Hidupku

  • Uploaded by: Santai 86
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hidupku as PDF for free.

More details

  • Words: 2,075
  • Pages: 8
Ting ting ting…jam locengku berbunyi. Ah! masih awal lagi kataku. Sang suria pun setentunya masih lagi ingin dibuai mimpi indah. Aku bangun walaupun rasa malas masih menyelubungi diri. Ah! Biarlah ku awal sedikit hari ini. Ayahku seperti biasa sememangnya udah selesai menunaikan solat subuh yang ditunut oleh ugama. Man!!!, teriak ayahku dari pelatar di depan rumah. Aku katakan ayahku berteriak tetapi sebenarnya hanya melagauku seperti percakapan biasa sahaja. Aku tidak meyahut sepatah kerana aku tidak ingin menggangu ahli keluargaku yang sedang nyenyak tidur dibuai angim malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku sebenarnya ingin menemani ayahku pergi melihat bubunya dan mungkin terus memukat di laut yang sudah menjadi periuk nasi kami sekeluarga sejak turun temurun. Bangun awal dan menaiki perahu sudah menjadi lumrah hidupku yang dilahirkan sebagai anak sulung dalam keluarga nelayan. Dengan berbekalkan sedikit makanan lebihan makan malam semalam dan kopi panas aku dan ayahku meredah kesejukan dengan perahu yang digerakan oleh dua buah enjin motor sangkut berkuasa enampuluh kuda. Tidak seperti selalu, aku mengambil alih tugas ayahku untuk mengembudikan perahu. Aku berasa simpati dengan keadaan usia senja ayahku yang terpaksa membanting tulang yang tidak mengenal erti penat tidak tahu apa itu sakit dan membahaya. Dan aku sedar sekarang tanggung jawabnya semakin bertambah kerana aku sudahpun berada di pengajian yang tinggi iaitu tahap klimaks pembelajaran atau lebih dikenali menara gading. Tambahan pula adik-adikku bukan lagi bersekolah semuanya di peringkat menengah. Tiba-tiba aku terhenti dari lamunanku yang terkenangkan layar kehidupan keluargaku setelah ditampar oleh hembusan kabus dingin yang tebal di waktu pagi yang sekali-sekala disertai percikan air ombak-ombak kecil yang melompat bertempiaran lari tanpa arah bila diterjah oleh perahu ayahku. Akhirnya kembali ke alam nyata dan kembali menumpukan perhatian terhadap perahu yang ku kemudikan. Dan apa yang tumpukan adalah akan perkara yang belum ku ketahui akan berlaku di depan perjalanan ini dan masa depan diriku serta keluargaku.

1

“Man!! Kita ke kawasan bubu dulu untuk mengambil sedikit umpan jikalau ada ikan yang mati atau sudah hampir busuk,” kata ayahku yang puas sudah makan asam dan garam. Dan aku tanpa perlu ditunjuk arah terus menuju ke arah tersebut. Matahari sudah pun kembali kepada tugasan hariannya, telah jaga dari tidurnya, keringat yang mengalir di seluruh badan telah membasahi baju kami berdua. Pemandangan turut berubah yang tadi samar-samar sekarang sudah menjadi lautan yang terbentang luas hanya awan-awan kebiru-biruan sebagai pantai di setiap hujung pandangan mata. Hasil tangkapan sememangnya sejak dari mula memuaskan dengan udang yang banyak beroleh dari mengandang pukat udang dan memancing atau lebih tepat merawai banyak menumpas beberapa jenis ikan yang lumayan. Aku tersenyum puas melihat udang siar dan ikan berahan serta ikan merah yang diikuti beberapa ikan kecil yang memenuhi kontena yang berisi ais. Akan tetapi aku tidak leka dengan hasil tangkapan malah aku mensyukuri atas limpah kurniaNya jua rezeki murah hari ini. Ketika matahari benar-benar tegak berdiri barulah ayahku membawa pulang. Dalam perjalanan pulang aku membayangkan udang rebus dan ikan masak asam pedas yang setentunya menjadi teman nasiku di rumah nanti. Setibanya di tempat pemunggahan ikan yang kebetulan tidak berapa jauh dengan pelantar rumah, ayah menyuruhku berjalan kaki ke rumah menghantar hasil tangkapan yang telah dipilih olehnya sewaktu perjalanan tadi dan dia sempat memesan agar aku kembali semula ke tempat itu untuk membantunya memunggahkan tangkapan. Selang tigapuluh minit kemudian aku sudah terpacak semula di tempat pemunggahan tetapi aku terlewat membantu kerana semuanya sudahpun selesai dan telahpun habis dijual. Ayah pula mengembudikan perahu ke pelantar aku terus sahaja mengemaskan alatan-alatan ke laut dan mengemaskan bekas yang digunakan untuk membawa makanan. Akhirnya setelah perahu dibersihkan bersama barulah aku membersihkan diri sendiri yang diikuti oleh ayahku setelahku selesai.

2

Aku kekenyangan sehampir sesak nafas setelah selesai waktu makan malam. Aku terus keluar ke penjuru beranda. Malam itu aku menghabiskan malam dengan bercerita dengan ayahku sambil sekali-sekala diselati gurauan di samping mengenangkan kisahkisah silam yang pernah dilalui oleh ayahku. Perbualan kami anak beranak berakhir dengan kata-kata nasihat ayahku agar terus berusaha gigih demi mencapai hala dan tujuan hidup. Namun demikian satu-satunya kata yang tersemat disanubariku adalah… “Man kita adalah manusia biasa, manusia yang hanya tahu merancang dan sentiasa penuh dugaan yang mana kita sendirilah yang menentukan dengan petunjuk dariNya jua” Aku hanya mampu diam dan memikirkan kata-kata yang keluar dari bibirnya yang katanya penuh dengan harapan dan permintaan. Selang seminggu sudah berlalu, namun kata-kata nasihat ayah masih lagi segar dalam ingatan dan mungkin akan menjadi bahan api dalam mengharungi masa yang akan datang yang penuh dengan onak duri. Selang seminggu itu juga menandakan cuti semesterku sudah pun berada di penghujung waktu. Segala barang-barang keperluan sudahpun aku sediakan. Apa yang tinggal yang belum aku sediakan ialah semangat diri untuk meneruskan putaran hidup yang akan menempuh alam pembelajaran selayaknya seorang mahasiswa harus lakukan. Sekali lagikah aku harus meningalkan keluarga yang serba serbi kekurangan sedangkan aku hanya sebebasnya melepaskan beban bertan-tan kepada ayahku yang usianya telah kesenjaan. Perasaan yang serba-salahku kian membuak namun memaksa diriku menelannya perlahan-lahan kembali sehinggalah azan subuh dilaungkan pada pagi terakhirku di kampong tercinta. Tepat pukul sembilan setengah pagi aku mula megatur langkah menuruni anak tangga setelah meminta izin untuk pergi menimba ilmu dan aku hanya mampu melambai sayu kepada ahli-ahli keluarga yang hanya mampu memerhatikan dan mengintai dari beranda rumah.

3

Sedar tak sedar, esak tangisku akhirnya terhenti apabila pemandu teksi telah menyapa perasaanku yang haru-biru setelah kereta teksinya betul-betul depan dengan pagar tempat kediamanku yang aku yang sebenar-benarnya rumah iaitu asrama mahasiswa. “nak… kita dah pun sampai ke tempat kamu tuju.”, kata empunya teksi. “sudahlah nak, demi ilmu anak patut bekorban dan mantapkan juang dirimu serta bersyukur kerana mempunyai orangtua yang tahu bertapa tingginya nilai ilmu.” Tambahnya lagi. Aku sekali terdiam membatu terus membisu hanya kepalaku hanya mampu kepalaku sahaja yang turun naik menandakan diriku mengerti apa yang diungkapkan makna yang terkandung dalam kata-kata hikmatku. Suasana pandangan sudah berubah dengan pemandangan bangunan-bangunan batu yang berderet-deret. Dan bangunan itu juga tempatku banyak menghabiskan masa untuk bersemadi selain di kampus tempatku menuntut ilmu yang kononnya boleh menjamin masa depanku dan keluargaku nanti. Kawan-kawan juga sudah ramai berkeliaran ke sana ke mari dan ada juga yang kelihatan melepak di penjuru tangga. Di samping itu sekali-sekala kedengaran bunyi helaian ketawa mereka. Namun aku tetap aku yang penuh dengan perasaan yang berkecamuk dan terus digagahi langkahku menuju bilikku yang kemungkinan atau sememang terbiasa mendengar keluh kesahku dari dahulu hingga nanti. Di waktu lewat petang, setelahku selesai mengemaskan barang-barangku yang di bawa dari kampong, aku keluar dan duduk di anak tangga di luar untuk merehatkan dan menenang pemikiranku dengan kawan-kawanku yang sememang dari tiba ku di asrama sudah membuat persidangan tertutup tangga itu. “Man… kenapa nampak muram… Gerenti tidak sanggup berpisah dengan buah hati ni.” Kata salah seorang sahabatku. “Atau rindu bantal busukmu?” tambahnya lagi dengan iringan pecahan ketawa mereka yang serba-sedikit menghiburkan hatiku yang bersedih.

4

Kedengaran loncengan jam berbunyi berderingan bergema riuh di dalam bilikku menanda aku harus bangun tetapi aku dah bangun sejam lebih awal dari yang sepatutnya. Entah mengapa dalam tidur aku tadi tidak berapa nyenyak. Berkemungkinan aku masih lagi merasa lenguhnya badan akibat semalam yang jauh perjalanan dari kampong menuju ke asrama tambahan pula kami tidur akhir yang seperti kebiasaan yang kami buat setelah lama tidak berjumpa iaitu bercerita yang menambahkan lagi episod sebuah memori di anak tangga telah lama tergantung, setelah masing-masing cuti balik kampong yang semuanya berasal dari kampong yang berbeza. Di pagi hari pertama pembelajaran bermula di kampus, pelbagai ragam para mahasiswa, ada yang herkumpul di sesebuah tempat untuk bersembang-sembang, ada yang kelihatan berjalan mundar-mandir dengan wajah hampa dan sugul yang hala tuju jalannya yang diri sendiri tidak mengetahui, dan tidak kurang juga ada yang kelihatan gembira semacam yang pada tanggapanku gembira dapat bertemu dengan sahabat handai atau berjumpa secara sepenuhnya dengan kekasihnya. Tetapi diriku hanya melangkah layu dengan hayunan kaki yang lemah menunggu tersungkur yang lemahnya bukan kerana tidak serapan tetapi perasaan yang hambar. Begitulah seterus keadaan di kampus sehingga tamat sesi pembelajaran pada hari tersebut. Apabila habis sesi kuliah dan tutorial, aku kembali ke asrama yang ku kata kandang manusia dan itulah yang sebenarnya keadaan asrama. Maka bermula kembali sambungan episod kehidupan di asrama. Dan begitulah kehidupan seorang mahasiswa yang dipenuhi bermacam tugasan dan besembang-sembang sehingga tamat satu semester dan kemungkinan tamat pengajiannya barulah selesai episode tersebut. Tidur, makan, mandi, membuat tugasan dan lain-lain lagi, tiba-tiba Ramadhan muncul lagi. Keadaan kehidupan di asrama berubah sedikit. Tiada lagi kelihatan pelakon episode drama tangga dan hilaian ketawa di kalangan mereka di setiap petang. Apa yang ada adalah wajah-wajah yang sugul kelemahan yang harapan waktu berbuka diawalkan.

5

Kemeriahan waktu berbuka membuatkan air mataku bergenang di kelopak mata yang empangannya seakan-akan pecah yang membolehkan airnya mengalir ke pipi. Aku teringat suasana berbuka ketika aku belum lagi melangkah ke manara gading. Waktu itu, akulah yang paling banyak songeh. Manakan tidak, aku minta ibuku semestinya menyediakan kuih bingka ubi yang mejadi kegemaran sejak kecil dan ayahku mesti menantiku untuk sama-sama pergi ke masjid untuk berjemaah sembahyang sunnat Terawikh. Aku memberikan alasan jikalau semua itu kerana jikalau aku pergi nanti tidak ada lagi banyak songeh (tetapi ternyata sekarang sudah pergi- pergi menimba ilmu). Bulan Ramadhan, bulan yang sentiasa menjadi suatu kemestian yang dinantikan oleh masyarakat asrama. Walaupun tidak pernah dinyatakan mereka menantinya (termasuk diriku) tetapi dapat dilihat suasananya. Waktu malamnya amatlah jauh berbeza, kami dan kawan-kawan yang lain akan bersengkang mata sehingga waktu sahur. Dalam masa itu juga mereka akan mengambil peluang untuk menyambung episod memori di tangga yang dulunya sebelum puasa dilakukan penggambaran sebelah petang, ada juga yang mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran ataupun paling tidak membuat tugasan esei. Dan aku tetap seperti aku tiada yang begitu keistimewaan pada malam-malam puasa, hanyalah airmata kadang-kadang berlinangan ketika bersendirian di bilik atau ketika berehat sejenak dalam membuat tugasan. Ya, mengapa aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan… Ah! Mungkin ada hikmahnya disebalik kesusahan dan penderitaan ini… Dan apabila sahur tiba, barulah suasana malam kembali normal. Semua sedang menikmati juadah besahur- termasuk diriku juga. Selesai sahur, riuh rendah menghilang dan aku fikir semua sudah terlelap, maka bermulalah sesi ulangkajiku kerana saat itulah peluang untukku menumpukan perhatian untuk belajar. Suasana pembelajaran di bulan Ramadhan turut berubah, banyak yang kelihatan mata separuh tutup dan adakalanya mata yang biasa menjadi mata cina-sepet semacam sehinggakan ada yang mengambil peluang minta kuliah diawalkan habis sedikit (termasuk diriku).

6

Ramadhan berlalu membawa bermacam-macam cerita, pergi dan datang seperti biasa, bagai angin datang lalu tetapi setiap kali datang masih lagi gagal membawa tenat di jiwa pergi ketika ia berlalu. Sekarang tiba hari raya pada bulan Syawal, mungkinkah terdapat perbezaannya kali ini atau seperti biasa iaitu cuti yang diberikan adalah pada hari raya pertama sahaja. Walau apapun terjadi, cuti sehari atau tidak kehidupan seorang pelajar haruslah diteruskan, terus belajar sampai ke liang lahat nasihat atukku dahulu… keluhku di malam terakhir puasa yang mana diriku sudahpun berada di kampong demi memohon keampunan kepada kedua orangtuaku- sungguhpun aku rasa tidak pernah menentang apa lagi menderhaka. Awal-awal pagi lagi, ayahku telah menyuruhku bersedia untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya. Dengan penuh gaya dan bersemangat aku mengikut ayah datang ke masjid sungguhpun hanya memakai pakaian khas iaitu baju cara Melayu yang telahku gunakan beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi sungguhpun begitu baju tersebut masih lagi dapat dipakai dan tidak ketat-secara tidak lansung aku masih tersenyum kerana berat badan masih maintain. Seperti kebiasaan, di masjid suasana riuh rendah dengan suara tempik sorak kanak yang kegembiraan (sememangnya lumrah kehidupan kanak-kanak yang sememangnya masa untuk bersama untuk bermain dengan kawan-kawan). Manakala yang sudah berumur kelihatannya berseri-seri di setiap wajah mereka dan persalaman sememangnya satu kewajipan ketika bertegur sapa dengan didahului kata salam terutama di bulan yang penuh dengan kebaikan serta secara tidak lansung merapatkan silaturrahim. Dan aku juga seperti mereka tetapi aku seperti aku hanya mampu tersenyum ketika diberi salam sebelum salam yang diberikan dijawab-senyum itu merupakan sedekah dan menjawab salam adalah satu kewajipan bagi seorang muslim.

7

Selesai sahaja menunaikan sembahyang hari raya, di rumah, keadaan inilah yang seringkali menjadi pemakin semangat dalam meneruskan kehidupan. Pertama sekali aku menyalami dan mengucup kedua belah tangan orangtuaku. Kucupan itu ku sertakan dengan kata-kata mohon kemaafan jikalau adanya kesilapan yang pernah diriku lakukan tanpa sedari. Di atas meja kecil hidangan pelbagai jenis kuih-muih disediakan untuk para tetamu yang akan datang berkunjung-lumrah hari raya, sanak saudara dan sahabat handai datang berkunjung ke rumah untuk bermaaf-maafan. Keadaan suasana malam raya penuh dengan kemeriahan yang begitu ku idamkan selama ini telah menjadi impian sekali lagi. Kanak-kanak seperti selalu, bermain dan terus bermain sehingga hampir pukul sepuluh malam barulah kembali reda hanya sekali sekala kedengaran suara mat rempit melasingkan motonya

8

Related Documents

Hidupku
June 2020 10

More Documents from "arief"

Hidupku
June 2020 10
Mawar Kehidupan
June 2020 13
Tarea 2
August 2019 41
Thesis 111.docx
November 2019 13