Kolokium(penyelidikan)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kolokium(penyelidikan) as PDF for free.

More details

  • Words: 709
  • Pages: 4
BORANG KAJI SELIDIK --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tujuan Kajian : Mengkaji Punca dan Langkah Mengatasi Masalah Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja Zaman Globalisasi.

Nama Responden : -----------------------------------------------------------------------------Jantina

:

Lelaki Perempuan

Tempat Tinggal

: Tempatan Luar(Pelancong)

Tujuan Responden : ----------------------------------------------------------------------------Masalah Akhlak

: -----------------------------------------------------------------------------

Kekerapan Berkumpul: ---------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

OBJEKTIF KAJIAN.

Objektif kajian ini meliputi pelbagai aspek terutama dalam mengkaji punca-punca keruntuhan akhlak remaja yang semakin meningkat.Kajian yang di laksanakan turut bertujuan mengkaji kesan-kesan keruntuhan akhlak remaja terhadap masyarakat,malah terhadap Negara.Disamping itu,kajian ini dilakukan bagi mencari serta mengenal pasti jalan penyelesaian yang berkesan dan efektif bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja bagi melahirkan modal insane yang inovatif dan berfikiran kelas pertama.

KAEDAH KAJIAN. Kaedah kajian yang kumpulan kami guna dan praktikkan lebih kepada kaedah temu bual di kawasan kajian yang telah di tetapkan.Kami turut mempraktikkan kaedah pemerhatian bagi memudahkan kami memahami cara dan tindak tanduk setiap remaja yang berkecenderungan ke arah keruntuhan akhlak.Disamping itu,kami juga turut melayari internet atau laman-laman web yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak untuk mengkaji kadar peningkatan yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja zaman globalisasi ini.Selain itu,kami turut menjadikan akhbar-akhbar setra majalah-majalah sebagai rujukan sampingan kami bagi menjamin info yang kami perolihi lebih tepat.