Tugasan Individu Kissm

  • Uploaded by: tintamas
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Individu Kissm as PDF for free.

More details

  • Words: 2,672
  • Pages: 23
Tugasan 3 Soalan 3A Perkara 16: Arahan Keselamatan menyatakan: • Ketua Jabatan bertanggunjawab sepenuhnya mengenai keselamatan jabatannya. • Mengambil langkah-langkah menurut peruntukkanperuntukkan arahan keselamatan supaya perkara terperingkat yang ada dijabatannya dikawal dengan sempurna pada setiap masa • Menentukan supaya laporan keselamatan dikemukan kepada pegawai keselamatan kerajaan apabila dikehendaki.

Sebagai guru besar yang baru dilantik, bincangkan tanggunjawab anda terhadap keselamatan dokumen di sekolah anda.

1

Pendahuluan

Pengurusan pejabat merupakan suatu aspek yang penting dalam pentadbiran sekolah, pengetua juga menumpukan perhatiannya terhadap tugas pentabiran dan urusan pejabat. Selain itu, pengetua juga terlibat dalam tugas mengajar dan menyelia, kerja sosial dan penyelidikan iktisas untuk membuat kerja-kerja pejabat. Mengikut Prof. Maclure seorang pakar pendidikan Amerika berpendapat pengetua / guru besar menpunyai masa yang terhad untuk mengendalikan urusan pejabat secara bersendirian. Oleh itu, suatu sistem perlu dilaksanakan agar kerja pejabat menjadi lancar dan teratur.

Pejabat didefinisikan sebagai tempat berurusnya pelbagai aktiviti yang bercorak pengurusan dan pentadbiran. Begitu juga, pejabat juga merupakan tempat mengawal dan menentukan kejayaan seluruh proses untuk mencapai matlamat aktiviti itu, pengurusan pejabat menpunyai perkaitan dengan mengatur dan menyusun pejabat dan menyediakan peraturan dan kaedah untuk membuat sesuatu kerja itu, Disamping itu, pengurusan kakitangan juga merupakan suatu aspek pengurusan pejabat yang penting dan perlu diberi perhatian penuh. Pengurusan

pejabatjuga

termasuk

pengendalian

alat-alat,

perabot

dan

sebagainya.

Pengurusan pejabat merupakan tugas dan tanggunjawab yang besar bagi seseorang pengurus sekolah. Pengurusan yang teratur dan berkesan akan

2

menjadikan kerja lebih efisien. Sebagai pengurus pejabat, Pengetua dapat memenuhi segala aktiviti yang berterusan dan memerlukan pentadbir yan berfikiran positif dan proaktif bagi menuju kecemerlangan pengurusan.

Guru besar/ pengetua sekolah ialah orang yang bertanggunjawab dalam mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan sekolah. Salah satu tanggunjawab guru besar ialah menjaga keselamatan dokumen disekolah.

Dokumen ialah maklumat rasmi yang perlu diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan. Ada dua jenis dokumen rasmi iaitu: Dokumen terperingkat

dan

dokumen

tidak

terperingkat.

Dokumen

terperingkat

mengandungi maklumat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan perlu bertanda mengikut peringkat keselamatan. Manakala dokumen tidak berperingkat

juga mengandungi

maklumat rasmi yang perlu

diberi perlindungan keselamatan secukupnya, tetapi tidak bertanda dengan peringkat keselamatan.

Di sekolah terdapat banyak dokumen seperti pekeliling, baucer, suratsurat dan lain-lain lagi. Segala dokumen ini mesti disimpan dengan cara yang betul dan mudah dicari pada bila-bila masa dikehendaki kelak.

3

Guru besar juga perlu mewujudkan sistem fail disekolah kerana sistem fail merupakan suatu proses

menyusun dan menyimpan segala rekod dan

dokumen. Segala bentuk surat menyurat disimpan di dalam fail. Bagi sesebuah sekolah, sistem fail menfail yang lengkap perlu diadakan bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.

Pada kebiasaanya, fail-fail hendaklah disimpan dalam kabinet-kabinet yang dibuat daripada logam, jenis-jenis fail yang sesuai untuk kabinet adalah fail yang jenis

berlipat yang nipis. Surat-surat diletakkan didalamnya dengan

menebuk lubang ditepi sebelah kiri dan digunakan bersama-sama dengan tali fail. Fail berkulit tebal dan keras tidak sesuai kerana fail jenis ini menggunakan ruang yang banyak.

Tiap-tiap sekolah menpunyai sistem failnya yang tersendiri, berbeza antara satu sama lain mengikut kehendak dan kemahuan masing-masing. Antara kelainan yang ternyata dalam sistem fail dikalangan sekolah itu sendiri. Kaedah pengelasan tajuk-tajuk besar dan pecahan tajuk-tajuk kecil, ada yang menggunakan kulit fail yang berbeza, dan ada juga kecenderungan untuk menambah nombor fail baru kepada nombor yang sedia ada.

Disamping itu, guru besar/ pengetua dipertanggunjawabkan menerima dan memproses dokumen berperingkat serta mengedar kepada kakitangan berkenaan. Guru besar hendaklah berhati-hati dalam menguruskannya, Suatu

4

sistem hendaklah ditentukan sama ada dokumen itu dihantar kepejabat sebelum diedarkan kepada pegawai lain ataupun menyediakan borang pergerakkan dokumen. Pengedaran dokumen yang menpunyai pengelasan keselamatan hendaklah dibuat terus daripada pengawai menjaga dokumen kepada pegawai yang berkenaan. Kalau melalui pekerjaan am rendah,dokumen–dokumen itu hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat dan dilakri sebelum diedarkan. Bagi dokumen simpanan dalam perhatian ( SDP ) – KIV sebuah buku senarai dokumen hendaklah disediakan dengan cermat dan teratur. Maklumat mengenai dokumen, tarikg dokumen dikeluarkan dan tarikh dokumen dikembalikan. Ia dimuatkan dalam catatan rekod SDP itu dengan jelas.

Selain itu, guru besar juga perlu menghantar dokumen berperingkat dengan selamat. Guru besar hendaklah menentukan bahawa dokumen-dokumen tertentu diberi peringkat keselamatan. Adalah ditegaskan bahawa dokumen yang mengandungi rahsia besar, rahsia sulit dan terhad adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, jika maklumat yang terkandung didalamnya jatuh ke tangan mereka yang tidak sepatutnya, ini mungkin menjejaskan keselamatan sekolah. Tindakan perundangan boleh diambil terhadap guru besar yang berkenaan.

Dokumen-dokumen yang diberi pengelasan keselamatan hendaklah menpunyai pendaftaran berasingan. Tegasnya suatu pendaftaran khas untuk tujuan itu diadakan di pejabat dan disimpan dibilik sulit.Dalam keadaan biasa,

5

dokumen-dokumen disimpan ditempat yang selamat, terkawaldan berkunci. Hanya pegawai bertugas yang dibenarkan untuk melihat dokumen-dokumen ini.

Guru besar perlu menyelenggara daftar keluar dan masuk surat berperingkat. Surat-surat keluar dan masuk dalam pengurusan pejabat (

sekolah)

menpunyai

kaitan

rapat

dengan

pejabat

pos.

Kaedah

penyelenggararaan bagi kedua-dua jenis surat ini adalah tidak sama dan berbeza.

Sekolah yang berdekatan dengan pejabat pos biasanya menyewa peti surat di pejabat pos supaya surat- surat mudah dipunggut tiap-tiap hari. Kerani boleh membuka surat-surat yang diterima itu kecuali surat peribadi. Surat-surat ini akan dicatatkan tarikh terima sebelum diberi kepada pengetua atau guru yang berkenaan. Setelah menyemak surat-surat ini, pengetua / guru besar perlu mengambil tindakan selanjutnya. Surat-surat ini dimasukkan kedalam bakul keluar masuk ataupun surat simpanan dalam perhatian ( SDP) mengikut keperluan masing-masing.

Semua surat yang dikirimkan keluar hendaklah direkodkan, buku atau borang khas digunakan untuk tujuan ini. Dalam rekod ini, hendaklah dicatatkan tarikh, alamat, pekara, bilangan rujukan dan belanja bagi surat tersebut. Kerani yang berkenaan hendaklah mahir dengan urusan dan peraturan pejabat pos. Bagi surat-surat yang dihantar dengan tangan, disediakan sebuah “ despatch

6

book ” yang didalamnya disediakan ruangan alamat, tarikh dikirim, tarikh terima dan tandatangan.

Sekolah bukanlah hanya tempat untuk belajar, tetapi juga terdapat dokumen-dokumen yang perlu dijaga

dan dilindungi keselamatannya agar

maklumat-maklumat kerajaan terpelihara.

7

Rujukan

1. Pengurusan Sekolah, Omardin Ashaari, Utusan Publications SDN BHD 1996. 2. Perintah-perintah Am Bab “A ” dan “G ” , MDC Publishers SDN BHD, Edisi 2006

8

Tugasan 2 Soalan 2A

“Kita dikenali dari apa yang kita lakukkan berulangkali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan, tapi satu tabiat.” Aristotle Huraikan lima elemen “ Tonggak 12 “ berikut yang dapat dijadikan amalan bersesuaian dengan pernyataan di atas.

9

Pendahuluan

Tonggak Dua Belas mencirikan dengan terperinci asas-asas pembentukan peribadi para penjawat awam , tanpa mengira peringkat, kedudukan dan jenis perkhidmatan. Semua peringkat penjawat awam akan mendapat manfaat dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas. Perkhidmatan awam itu sendiri akan menjadi lebih cekap, produktif dan mengutamakan kualiti jika prinsip-prinsip itu dijadikan budaya organisasi yang sentiasa mendapat manfaat jika semua penjawat awam dan organisasi yang mereka wakili menghayati prinsip-prinsip Tonggak Dua Belas.

Tonggak Dua Belas tersebut ialah:

a) The value of time (Menghargai masa )

b) The success of perseverance ( Ketekunan membawa kejayaan )

c) The pleasure of working ( Keseronokan bekerja )

10

d) The dignity of simplicity ( Kemuliaan Kesederhanaan )

e) The worth of character ( Ketinggian peribadi )

f) The power of kindness ( Kekuatan sifat baik hati )

g) The influences of examples ( Pengaruh teladan )

h) The obligation of duty ( Kewajipan menjalankan tugas )

i) The wisdom of economy ( Kebijaksanaan berhemat )

j) The virtue of patience ( Keutamaan kesabaran ) k) The improvement of talent ( Peningkatan bakat )

11

l) The joy of originating ( Nikmat mencipta )

Dalam dua belas tonggak peringatan ini, lima elemen akan diberi huraian terperinci yang mana dapat dijadikan amalan dan dilaksanakan dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam khususnya.

1) The value of time (Menghargai masa) Orang yang menghargai masa menganggap “ masa itu emas ” . Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti kerugian kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap orang diberi masa yang sama banyak. Terpulanglah kepada setiap individu bagaimana dia merancang masanya. Seorang penjawat awam hendaklah tidak membuang waktu, tidak bertangguh mengerja sesuatu yang penting yang ditugaskan. Terutama sekali membuat keputusan-keputusan yang penting yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara.

Masa yang ada pada seseorang itu pada sesuatu hari mengandungi tiga bahagian: satu pertiga untuk bekerja; satu pertiga untuk tidur dan berehat; satu pertiga lagi untuk beribadat ( dalam erti ibadat khusus ) , bersenang-senang , melaksanakan tugas untuk keluarga dan masyarakat. Jika pmbahagian masa ini diikuti dengan sedar dan betul- betul, maka kita akan dapat meningkatkan produktiviti kerja.

12

Contoh: Seorang pegawai yang menghargai masa akan bertindak dengan segera setelah diarahkan oleh Ketua Jabatan. Setiap kerja yang perlu dilaksanakan dilakukan dengan teliti besesuaian dengan perancangan masa yang ditetapkan.

Amalan- amalan positif: 

Menepati masa



Menyegerakan tugas



Mempunyai perancangan waktu



Bijak mengurus tempoh masa yang diberi



Memupuk masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif



Menetapkan ” target date ” untuk menyiapkan kerja.



Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan

Amalan-amalan negatif dan dilarang: 

Berbual-bual kosong



Tidak menyegerakan tugas



Tidak ada ” sense of urgency ”



Tidak merancang pekerjaan



Tidak ada priority



Melayan tetamu yang tidak berkenaan



Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi

13



Membuat kerja peribadi di pejabat



Membuat kerja yang tidak mustahak



Ke kantin dalam waktu bertugas



Tidak peka kepada pembaziran masa



2) Ketekunan membawa kejayaan (The success of perseverance) Ketekunan beerti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada organisasi dan individu.

Contoh: Setiap guru yang diarahkan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana untuk Hari Guru, masing-masing menjalankan tugas mengikut bahagian tugas yang ditetapkan. Jika semua guru bekerjasama serta melaksanakannya dengan penuh tekun, secara tidak langsung, kerja yang mengambil tempoh yang lama dapat disingkatkan.

Amalan-amalan positif: 

Sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran pekerjaan



Tidak patah semangat



Bercita-cita tinggi



Berpandangan jauh



Sanggup berkorban 14



Bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah



Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas



Tekun dalam melaksanakan tugas

Amalan- amalan negatif dan dilarang: 

Mudah tersinggung



Kurang berdisiplin



Mudah putus asa



Tidak tekun



Mudah mengalah



Tidak bercita-cita tinggi



Tidak ada inisiatif



Tidak kreatif



Suka bertangguh



Disuruh buat baru buat

3) Keseronokan bekerja (The pleasure of working) Kerja merupakan satu beban yang dilakukan untuk hidup, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu, jika kita mengambil pendirian yang optimistic kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.

15

 Bekerja hendaklah dijadikan sebagai satu ibadah  Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran  Jika kerja itu kita anggap pengkhususan kita, dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

Contoh: Penjawat awam yang cemerlang akan bekerja dengan penuh tanggungjawab dan penuh dedikasi. Setiap kerja serta tugasan yang diarahkan dijalankan dengan amanah dan tidak akan terasa terbeban di bahunya sekalipun kerja yang dilakukan kemungkinan baru pertama kali dilaksanakan.

Amalan-amalan positif: 

Menganggap kerja sebagai satu bakat



Mempunyai inisiatif sendiri



Menghasilkan sesuatu yang berfaedah



Mempunyai komitmen terhadap kerja



Sedia memberi kerjasama

Amalan-amalan negatif dan dilarang: 

Menganggap kerja sebagai beban



Tidak komited



Hanya menunggu arahan



Tidak suka menolong



Tidak dipercayai dan selalu dicurigai 16

4) Ketinggian peribadi (The worth of character) Peribadi seseorang ialah “the total personality ‘’- wataknya, sikpnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik dirumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum. Pengalaman hidup biasanya membawa watak. Namun watak sahaja tidak cukup untuk membantu satu peribadi yang baik. Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Perilaku atau pekerti yang penuh adab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi. Selain itu, gaya yang segak, kemas dan bersih menambahkan hiasan luaran

peribadi.

Contoh:

Seorang

guru

tidak

hanya

dinilai

dari

segi

penampilannya sahaja, bahkan dilihat dari segenap aspek komunikasi serta cara bergaul dengan rakan sejawat dan juga masyarakat.

Amalan-amalan positif: 

Teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan



Menyempurnakan tugas dan amanah



Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab



Berilmu dan berpengetahuan luas



Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan



Sedia berkorban



Berlumba-lumba membuat kebajikan



Kemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakan

17



Bersifat penyayang



Bersifat sabar dan teguh menghadapi cabaran



Bertimbang rasa tetapi tegas



Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan



Taat setia dan patuh kepada arahan



Bersyukur dalam menghargai kebaikan



Bersih daripada sifat dengki



Berani dan berpendirian teguh



Bertanggungjawab dan sedia berbakti



Jimat cermat dalam segala aspek



Tertib dan baik budi bicara



Cergas dan cekap dalam menjalankan tugas



Cekal dalam menghadapi cabaran



Bekerjasama dan saling menghormati

Amalan-amalan negatif dan dilarang: 

Selalu berpura-pura dalam tindakan



Bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk



Sukar untuk membuat kebajikan



Suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat



Tamak dalam mengejar pangkat dan kedudukan



Gopoh dalam bertindak

18



Mengampu untuk mendapat pujian dan sanjungan



Mungkir janji



Suka menghina dan merendahkan usaha orang lain



Pemarah dan tidak sabar



Khianat dalam melaksanakan tugas



Berdendam serta hasad dengki

5) Pengaruh teladan (The influences of examples) Manusia hidup bermasyarakat dan masyarakat itu dipimpin oleh seorang pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat itu. Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik. Sebaliknya yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Contoh; Guru Besar merupakan Ketua Jabatan yang berperanan memimpin orang di bawahnya. Setiap gerak lakunya menjadi ikutan para guru. Jika beliau sendiri tidak menunjukkan kepimpinan yang baik, bagaimana orang di bawah dapat mencontohi beliau.

Amalan-amalan positif: 

Sentiasa berkelakuan baik



Tidak tamak kepada harta dan kedudukan



Bermoral dan berakhlak tinggi



Tertib dan beradab sepanjang masa



Rajin dan kuat bekerja 19



Amanah dan bertanggungjawab



Jujur dan ikhlas dalam setiap usaha



Berpandangan jauh



Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri



Berdisiplin dalam semua tindakan



Sanggup berkorban setiap ketika



Gemar dan cintakan ilmu yang bermanfaat

Amalan-amalan negatif dan dilarang: 

Buruk perangai dan tingkah laku



Jahil dan tidak suka membaca



Hasad dengki dan buruk sangka



Mempersendakan agama



Kedekut dan bakhil



Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab



Suka mengumpat dan mengadu domba



Terlalu sensitif dan cepat marah



Tidak kenal budaya sendiri



Hipokrit serta berpura-pura

20

Tiga Asas Tonggak Utama

Merujuk kepada buku ” Penerapan Nilai dan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ” , jika diteliti dan difahami maksud yang ditujukan dalam tonggak dua belas, terdapat tiga tonggak utama yang menjadi teras kepada tonggak-tonggak lain. Tiga tonggak utama itu ialah ” Ketinggian Peribadi ” , ” Pengaruh Teladan ” dan ” Peningkatan Bakat ” . Ketinggian peribadi menjadi penghulu tonggak-tonggak yang lain yang mana pada hakikatnya merupakan ciri peribadi yang menyeluruh, mencakup semua aspek keunggulan peribadi manusia.

Tonggak ke-tujuh ” Pengaruh Teladan ” memberikan dimensi lain kepada tonggak ke-lima ( Ketinggian Peribadi ) iaitu dimensi kekeramatan ( charisma ) seorang tokoh yang mengamalkan ciri-ciri yang disenaraikan dalam tonggak kelima. Tonggak ke-tujuh ini sekaligus mengandungi peringatan dan amaran ; peringatan bahawa contoh yang baik akan diikuti dan dijadikan panduan; amaran bahawa

contoh

buruk

akan

mendatangkan

kemusnahan.

21

malapetaka,

kerugian

dan

Tonggak ke-sebelas ” Peningkatan Bakat ” walaupun kurang bermakna tetapi mempunyai maksud tersendiri. Setiap manusia dijadikan oleh Maha Pencipta dengan potensi-potensi tertentu, dan setiap kadar itu boleh dikembangkan untuk dimanfaati bersama. Ilmu pengurusan moden memberi perhatian penting kepada bakat dengan menggalakkan percambahan fikiran, mewujudkan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja ( KMK ) dan di Malaysia diwujudkan pula pelbagai Anugerah Inovasi Pentadbiran Awam. Semua ini membuktikan bahawa aspek peningkatan bakat adalah penting dan diutamakan dalam pengurusan moden.

Huraian kepada tiga tonggak teras ini bukanlah bermaksud mengabaikan tonggak-tonggak yang lain tetapi sekadar memberi gambaran yang agak jelas bahawa kesemua dua belas tonggak itu boleh dianalisis dan dihuraikan dengan lebih mendalam jika didekati secara positif.

Penutup

Secara kesimpulannya, tonggak dua belas merupakan gabungan pelbagai nilai yang diterapkan kepada penjawat awam agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada masyarakat, yang mana setiap satu daripada nilai-nilai ini mempunyai kepentingannya jika betul-betul dimanfaatkan serta dilaksanakan sebaik mungkin

22

Rujukan 1. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ), Adnan Baharom, Anas Suray, Haji Daud Md. Saman, Kumpulan Budiman SDN kuala Lumpur. 2. Pendidik, Bil 46/ Mac 2008, pencetus idea masyarakat pendidik. 3. http://www.opensubscriber.com

23

Related Documents

Tugasan Individu Kissm
April 2020 23
Tugasan Individu
May 2020 19
Tugasan 1 Kissm
May 2020 21
Tugasan Individu
May 2020 11
Tugasan+individu+sem1
October 2019 16

More Documents from "WAN HAMINUDDIN BIN WAN HUSSIN"

Bhs Mly Tahun2
April 2020 36
Kkbi Agama Islam
April 2020 39
Cover Kissm
April 2020 42
Ujian_diag_bm2
April 2020 37
Pemulihan Khas
April 2020 46
Assign Individu Ip
April 2020 37