Tugasan 2 : Penulisan Akademik
Pengenalan
Guru adalah agen pendidikan yang berkesan ( Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991, dalam Ahmad Mohd Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru perlu menjadi pelajar sepanjang hayat memandangkan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang dan berubah. Untuk menjadi seorang agen pendidikan yang berjaya, guru perlu mengambil masa yang lama. Guru perlu mengamalkan sikap ingin 'belajar untuk mengajar', sentiasa meningkatkan penguasaan ilmu dan pengetahuan isi kandungan pelajaran melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sejawat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, menjalankan penyelidikan dan mempamerkan sikap keterbukaan kepada peluang pemerolehan ilmu. Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai suri teladan yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang. Guru cemerlang merupakan guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Biasanya, golongan ini menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam penulisan ini, penerangan mengenai hasil dapatan temu bual yang telah dijalankan meliputi aspek peranan, tanggungjawab dan sumbangan guru cemerlang yang telah ditemubual. Puan Arozani telah banyak memberikan input yang berguna dan bermakna kepada kami sebagai siswa guru semasa menemubual beliau. Hasil dapatan temubual ini akan dihuraikan pada bahagian yang seterusnya.
Hasil Dapatan
Latar Belakang Guru Cemerlang.
Nama
Arozani Binti Abdul Aziz
Tempat Lahir
Kelantan
Tarikh Lahir
25/12/1963
Pendidikan
Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka
Pengalaman
35 Tahun
Mengajar
Berdasarkan pemerhatian saya, Puan Arozani merupakan seorang guru yang sangat disegani dan dihormati oleh pentadbir sekolah, rakan sejawat, pembantu pengurusan murid, dan murid-murid. Pada pendapat saya, perwatakan beliau yang tegas dan penuh kasih sayang itu merupakan faktor utama yang menjadikan beliau seorang guru yang disegani. Beliau juga seorang yang sangat rendah diri. Sebagai contohnya, beliau sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara baharu. Hal ini kerana pendidikan merupakan satu perkara yang bersifat progresif. Saya memetik kata-kata beliau yang berbunyi ‘minat saya kepada perguruan merupakan adalah atas dasar ingin memajukan anak bangsa’. Puan Arozani merupakan seorang guru yang sangat prihatin terhadap murid-muridnya. Kepedulian terhadap murid ini merupakan salah satu etika keguruan yang patut dimiliki oleh semua guru. Beliau sentiasa mencuba perkara baharu yang inovatif dan kreatif untuk meastikan sesi pembelajaran dan pangajaran beliau berjalan dengan lancar dan nseiring dengan zaman sekarang. Beliau juga sentiasa mencuba untuk mencapai objektif pembelajara pada tahap yang maksimum untuk memastikan anak-anak muridnya sentiasa mendapat perkara baharu di dalam pengajaran beliau. Selain itu, Puan Arozani juga mementingkan perkembangan permasalahan murid yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Seperti faktor sosio-ekonomi keluarga, emosi, fizikal, dan sosial murid. Puan Arozani akan sentiasa bertanya khabar kepada muridmuridnya. Ini adalah untuk merapatkan hubungan guru dengan murid agar murid lebih selesa bersama beliau. Menurut Shahabudin Hasyim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014) menyatakan bahawa “guru seharusnya membina perhubungan yang baik antara murid dan persekitaran agar dapat mengurangkan tahap kerisauan murid terhadap pembelajaran dan mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan menarik”. Dengan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dengan kepedulian guru, ia akan membantu murid dalam pencapaian akademiknya. Seseorang guru yang sentiasa menunjukkan sifat mesra dan dekat dengan murid seperti sentiasa berdialog secara terbuka dengan murid akan membuatkan murid tersebut lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk belajar. Oleh itu, guru mestliah mencuba sedaya upaya unttuk menunjukkan sikap ambil peduli terhadap murid untuk memastikan murid dapat merasai kesungguhan guru tersebut membantunya. Sehubungan dengan itu, guru yang mempunyai nilai kepedulian yang tinggi terhadap murid sepatutnya mampu untuk menunjukkan komitmen mereka dalam mengajar dan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahannya dalam cara menghasilkan murid yang baik. Pengetahuan berdasarkan buku teks sahaja tida memadai memandangkan perkembangan maklumat, teknologi, dan
pengetahuan baharu sentiasa berlaku. Selain daripada itu, kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan oleh guru menjadi tanada aras kepada tahap kepedulian guru terhadap murid. Hal ini dapat saya perhatikan pada Puan Arozani, kerana setiap kali saya memerhatikan kelas beliau, sentiasa ada bahan bantu mengajar yang sangat inovatif dan kreatif. Seterusnya beliau juga sedang melengkapkan projek PECS yang mana akan membantu murid non-verbal untuk berkomunikasi dan menyampaikan hasrat mereka kepada guru ataupun rakan-rakan. Pemilihan kerjaya guru sebagai kerjaya merupakan satu pilihan yang sangat berat untuk dilakukan, namun begitu kerjaya ini memberikan peluang untuk berkhidmat kembali keapda masyarakat, dan mereka juga boleh menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Di saamping itu pandangan umum yang menganggap bidang perguruan merupakan satu profesion yang mulia. Saya memetik kata-kata Puan Arozani:
Iya merupakan satu kerjaya yang merangkumi semua, minat saya kepada perguruan adalah atas dasar ingin memajukan anak bangsa. Sebenarnya bila dikatakan sebagai pendidik, tugasnya merangkumi semua, semua jenis tugas. Selain daripada pdp ataupun pdpc, guru juga bertanggungjawab mendidik murid-murid kepada nilai-nilai murni sejagat, dan sosialisasi serta guru juga boleh menerapkan disiplin kepada anak bangsa.
Tanggungjawab utama seorang guru merupakan mendidik dan mengajar anak bangsa kita. Namun begitu kerjaya ini bukanlah satu kerjaya yang mudah bagi seorang guru, mahupun guru tersebut mempunyai pengalaman mengajar yang luas. Seorang guru yang hebat akan sentiasa menjadi insan yang terbuka untuk belajar. Guru perlulah menjadi seorang yang sentiasa rajin dan gigih belajar untuk membentuk diri menjadi seorang yang guru yang sentiasa relevan dalam industri pendidikan ini selari dengan peredaran zaman. Matlamat seorang guru tersebut perlulah dijadikan sandaran utama bagi seseorang guru itu untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka. Matlamat inilah nanti yang akan menjadi kayu ukur bagi kepuasan kerja seseorang guru itu. Mereka tidak akan mudah berasa bosan dan akan terus bergerak secara progresif demi mencapai keinginan yang dihajatkan. Di samping itu, guru perlu sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara. Guru bertanggungjawab mencari dan meningkatkan pengetahuan, menggunakannya atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagai insan pendidik
yang berjiwa guru, harus menganggap tugas mengajar adalah suatu amanah yang diberikan untuk berbakti dan bersedia berkongsi ilmu tanpa mengharapkan ganjaran mahupun pengiktirafan demi kemajuan bangsa dan negara. Seperti yang dikatakan oleh Puan Arozani.
Untuk meningkatkan mutu pdp kita perlulah kreatif, dan kita perlu minat dalam sesuatu. Untuk meningkatkan apa sahaja yang kita hendak, target kita, kita perlu kreatif dan mestilah berfikiran di luar kotak.
Dalam memperkembangkan diri, saya harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”.
Amalan
membaca,
menulis
dan
melakukan
penyelidikan
tindakan
untuk
memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan dapat menajamkan kecekapan serta keyakinan dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Guru seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka dan sentiasa prihatin terhadap murid. Guru perlulah cakna dalam hal ini dan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi pendorang serta pencetus semangat bagi murid tersebut untuk terus mempertingkatkan diri mereka samada dari segi akademik ataupun sahsiah. Pelbagai sumbangan yang boleh dilakukan sebagai seorang guru di sekolah. Seseorang guru itu tidak semestinya menjadi sekadar guru kepada muridnya. Sebagai seorang umat manusia, seorang guru juga perlulah menjadi seorang rakan sekerja yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada rakan yang lain. Sekiranya terdapat rakan sekerja yang mempunyai masalah, kita perlulah menghulurkan bantuan yang termampu. Tindakan tersebut telah dilakukan oleh Puan Arozani yang tidak teragak-agak untuk tampil membantu dan menyelesaikan masalah rakan sekerjanya. Sebagai guru harus mengetahui betapa pentingnya mengetahui peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Perkembangan pendidikan masa kini memerlukan guru melaksanakan pelbagai peranan seperti berikut:
Pengamal ilmu
Agen perubahan
Pengganti ibu bapa
pembimbing
Agen sosialisasi
Pembentuk tingkah laku
Pengamal reflektif
penyelidik
Pengurus pembelajara n
Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas bahu guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masingmasing. Sebagai contoh teladan atau model, guru haruslah secara berperingkat dan berterusan mempersiapkan diri dari segi keilmuan, berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas, meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat, melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya. Puan Arozani juga pernah menjadi warden asrama untuk murid berkeperluan kha (masalah pendengaran) Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juru bahsa isyarat untuk orang-orang pekak di Mahkamah. Hal ino menunjukkan guru merupakan salah satu daripada profesisin yang memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Peranan guru amatlah meluas. Kesimpulan Untuk menjadi guru yang hebat dan cemerlang bukanlah sesuatu yang mudah untuk di capai. Bahkan saya juga terkesan dan dapat mengambil iktibar daripada kata-kata Puan Arozani.
bagi guru cemerlang pakar Pendidikan khas, saya, iaitu masalah pembelajaran, saya perlu lah pakar dalam bidang saya. Bidang yang saya pilih ialah Pendidikan khas masalah pendengaran. Jadi mahir dalam bahasa isyarat dan bagaimana untuk ada inovasi untuk murid meningkatkan pelajaran
Pada beliau, guru ini merupakan anggota masyarakat yang sangat penting terutama sekali dalam meningkatkan kemenjadian seorang anak bangsa. Kemenjadian murid merupakan aspek yang terpenting bagi matlamat seorang guru itu. Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah negara, dan kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru. Justeru, guru perlu sentiasa bersedia menghadapi transformasi dalam bidang pendidikan dengan meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi. Akhir sekali, guru berperanan penting dalam institusi Pendidikan dan mempunyai tanggungjawab besar dalam membangunkan masyarakat agar tidak ditelan peredaran zaman tanpa menghiraukan komuniti kerja sekeliling. Puan Arozani telah memberikan input yang sangat banyak serta wajar dijadikan inspirasi. Jauh di sudut hati, temu bual ini telah banyak menerbitkan rasa syukur kerana Tuhan telah mempertemukan saya dengan insan yang sangat hebat. Temu bual ini telah membuka mata saya tentang besarnya peranan, tanggungjawab dan sumbangan sebagai seorang guru.
Rujukan Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan dan Masyarakat, Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn. Bhd Marshal, D.G (1992). Teacher’s Career and Promotional Patterns. Bristol; The Palmer Press. Mohd Aris Aris B. Abdul Karim (1990). “Pengurusan Sumber Dalam Meningkatkan Produktiviti Guru”, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Konvensyen Pendidikan II. Irawati, I. I. 2014. ‘Pengaruh Disiplin Guru Terhadap Motivasi Belajar Pendidikan Agama Islam’ Doctoral
Dissertation, Iain Kendari).
Rozi Mohamad. 2016. ‘Komitmen Guru Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Harian Berprestasi Tinggi Dan Berprestasi Rendah’. Di Daerah Kota Bharu, Kelantan Sulaiman, M. B. 2013. ‘Hubungan Tekanan Dengan Komitmen Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Guru
Program
Pembelajaran’. Di Zon Mertajam.
Pendidikan
Khas
Integrasi
Bermasalah