\
KERTAS CADANGAN ________________________________________________________________
PROJEK INOVASI PERMAINAN SUKU KATA (PerSuKa) (PERANCANGAN PROJEK) ________________________________________________________________
NAMA PELAJAR: MOHD NUR SALAM BIN SAIPIN NO. MATRIK : 2015192340052
PENSYARAH: EN. MOHD ROSE DZIDAN B. MOHAMAD DARDAN
1.0
TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi
yang melibatkan
warga sekolah bagi memenuhi tuntutan yang digariskan dalam panduan pelaksanaan Internship iaitu Program Latihan di lapangan pensiswazahan Guru Kampus Bahasa Melayu.
2.0
PENGENALAN
Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambanglambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh muridmurid berkeperluan khas. Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar membantu kanakkanak lebih berjaya menguasai tunjang-tunjang lain tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik. Inovasi ini dijalankan bertujuan menambahbaik amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks. Pengkaji menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui permainan ‘PerSuKa’. Permainan yang menyeronokkan dengan suku kata yang
berwarna-warni
diharapkan dapat menarik minat murid untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv, seterusnya kv + kv + kv. 3.0
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk:-
Memenuhi syarat yang digariskan dalam panduan pelaksanaan Internship iaitu Program Latihan di lapangan pensiswazahan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Membantu murid menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.
Mengekalkan minat belajar membatang suku kata terbuka kv + kv melalui pendekatan belajar melalui bermain ‘PerSuKa’.
Meningkatkan prestasi membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘PerSuKa’.
4.0
KUMPULAN SASARAN Bagi projek ini kumpulan sasaran saya adalah murid-murid tahap satu iaitu tahun 2
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : Mac 2019
Subjek : Bahasa Melayu
Kelas : 2 Sapphire
Tempat : PPKI Sk. Taman Tun Dr Ismail 2
6.0 PERBELANJAAN Barang keperluan Bola Ping Pong Kertas warna Buku jawapan Kertas Laminate
4 10 4 10 JUMLAH
7.0
Harga (RM) 15.00 5.00 2.00 3.50 34.50
JANGKA MASA
Tarikh : 4 Mac sehingga 15 March 2019
Tempoh: 2 Minggu
8.0 KESIMPULAN Projek Inovasi ini seharusnya dilaksanakan bagi membekalkan ilmu pengetahuan kepada bakal pendidik serta dapat membantu meningkatkan prestasi murid di sekolah. Besarlah harapan agar semua perkara yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
9.0
SYOR
Kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan projek inovasi yang telah dinyatakan seterusnya meluluskan cadangan untuk melaksanakan projek inovasi iaitu Permainan Suku Kata (PerSuKa)
Disediakan oleh :
Disokong oleh :
(MOHD NUR SALAM BIN SAIPIN)
Pelajar Pismp 8,
(EN. MOHD ROSE DZIDAN B. MOHAMAD DARDAN)
Institut Pendidikan Guru Kampus
Pensyarah Penyelia Internship,
Bahasa Melayu
Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Disemak oleh :
(Puan Siti Aisyah Binti Ibrahim)
Guru Pembimbing Pendidikan Khas, Pendidikan Khas, Sk., Kuala Lumpur.
Lampiran
i. ii.
Lakaran Kasar Projek Inovasi Cara bahan berfungsi
1. Pada awal permainan, muzik akan dimainkan oleh guru. 2. Murid akan diberikan balang yang berisi nombor soalan untuk diberikan pada rakan yang berada di sebelah. Perbuatan ini diteruskan sehingga muzik berhenti. 3. Murid yang memegang balang tersebut ketika muzik dihentikan akan mengambil satu nombor daripada balang tersebut. 4. Kemudian, murid tersebut akan menjawab soalan berdasarkan kad soalan. 5. Permainan diteruskan sehingga kad soalan habis.