Transkrip Temubual
Penemubual : Assalamualaikum Cikgu, Boleh tak cikgu ceritakan sedikit tentang latar belakang diri ? Cikgu : Waalaikumussalam. Nama saya Arozani Binti Abdul Aziz, Dilahirkan pada 25/12/1963. Berasal dari Kelantan, dan saya, Pendidikan sehingga SPM. Dan masuk Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Hmmm, pada tahun 1985. Penemubual : Bagaimanakah pengalaman cikgu sebagai pendidik ? Cikgu : Saya telah menjadi seorang pendidik semenjak 35 tahun yang lalu semenjak 1985 sehinggalah kini. Penemubual : Mengapa cikgu memilih profession ini sebagai satu kerjaya ? Cikgu : err… iya merupakan satu kerjaya yang merangkumi semua, minat saya kepada perguruan adalah atas dasar ingin memajukan anak bangsa. Penemubual : err, apakah tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik ? Cikgu : Sebenarnya bila dikatakan sebagai seorang pendidik, tugasnya merangkumi semaua, err, semua jenis tugas, selain daripada pdp ataupun pdpc guru juga bertanggungjawab mendidik murid-murid kepada nilai-nilai murni sejagat, dan sosialisasi, serta guru juga boleh menerapkan disiplin kepada anak-anak bangsa. Penemubual : Dan apakah sumbangan cikgu semenjak bertugas sebagai seorang pendidik. Cikgu : Saya semenjak bertugas, saya banyak memberi sumbangan, selain daripada menjaga murid di asrama, saya juga berkhidmat sebagai translator, ataupun juru Bahasa isyarat untuk aa, orang-orang pekak di mahkamah. Penemubual : aa, apa cabaran yang cikgu pernah hadapi sebagai seorang pendidik ? Cikgu : Cabaran.. banyak tuu. Sebab bila kita menjadi seorang pendidik kita bukan sahaja mengajar, kitalah err.. pendamping kitalah juruteknik kitalah mekanik, segala tugas-tugas orang lain kita pikul, jadi apa yang tercabar semenjak saya menjadi guru ialah ketika saya menjadi warden untuk murid-murid pekak. Kita akan menjaga dari A sampai Z. Penemubual : bagaimanakah hendak menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Cikgu : err, bagi guru cemerlang pakar Pendidikan khas, saya, iaitu masalah pembelajaran, saya perlu lah pakar dalam bidang saya. Bidang yang saya pilih ialah Pendidikan khas masalah pendengaran. Jadi mahir dalam bahasa isyarat dan bagaimana untuk ada inovasi untuk murid meningkatkan pelajaran. Penemubual : Apakah yang cikgu pegang sepanjang menjadi seorang pendidik Cikgu : Prinsip yang saya pegang adalah, apabila hendakkan sesuatu, buat sampai jadi. Penemubual : Baiklah soalan seterusnya, bagaimanakah cara cikgu mengawal kelas dengan baik ? Cikgu Aro : Yang penting adalah bagaimana sikap kita di dalam kelas, aaa, fist impression kita di dalamkelas. Sekiranya kita tegas, tetapi ada kelembutan, jadi kita dapat menarik perhatian murid-murid. Dan murid murid dengan sendirinya menyukai kita dan dapatlah kita mengawal situasi di kelas tersebut.
Penemubual : Seterusnya apakah strategi yang cikgu gunakan dalam kelas ? Cikgu : haa, untuk meningkatkan mutu pdp kita perlulah kreatif, dan kita perlulah minat dalam sesuatu. Untuk meningkatkan apa saja yang kita hendak, target kita. Kita perlu kreatif dan mestilah berfikiran di luar kotak. Penemubual, Seterusnya apakah etika dan akauntabiliti yang perlu ada pada seorang guru ? Cikgu : Seorang guru perlulah bijak dalam segala segi, selain daripada segi akademik, mestilah bijak bersosialisasi, mestilah matang berfikiran dan tidak mudah hmm.. apaa terkejut dengan apa saja pembaharuan dalam Pendidikan dan mesti ada, apaa aa, mesti ada,, (gelak kecil) mestilah ada prinsip sendiri mestilah ada falsafah, mesti ada tujuan dia. Penemubual : Apakah contoh-contoh seorang guru yang melanggar etika dan akauntabiliti seorang guru ? Cikgu : aa, dia tidak berdisiplin, menjalankan tugas sambil lewa, dan dia tidak ada minat, bila dia tidak minat , dia tidak akan menjalankan tugas, dan dia tidak akan dapat aaa sesuatu dalam tugas dia., okay, sesuatu yang diingini dalam tugas dia, kalau dia tidak minat, habislah, dia tidak akan kreatif dia tidak aka nada idea langsung untuk menceritakan sesuatu pattern dalam Pendidikan dia. Pengajaran dia. Penemubual : Sebagai seorang guru yang cemerlang, apakah nasihat yang cikgu dapat berikan kepada bakal-bakal guru ? Cikgu : Bagi bakal-bakal guru, apa yang perlu ada, adalah minat, nombor satu minat. Nombor dua kreatif, dan nombor tiga kita tidak akan meniru orang kita mesti ada inisiatif kita sendiri, kita ada corak kita sendiri yang kita akan bawa supaya anak-anak didik kita ni, mendapat seusatu yang mereka akan kenang sehingga bila-bila. Itu je. Penemubual : Okay, terima Kasih Cikgu. Cikgu : Sama-sama.