Tugasan 2

  • Uploaded by: TrophyCana Xin
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 821
  • Pages: 5
1.0 Pengenalan Menurut Boon et.al (2009), media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu komunikasi yang membawa maklumat. Media terdiri daripada pelbagai jenis iaitu radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan bercetak, dan komputer (Chin, 2009). Oleh itu, media pengajaran merupakan sesuatu alatan untuk menyampaikan maklumat pengirim (guru) kepada penerima (murid) maklumat sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian penerima. Selain daripada itu, media pengajaran bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap pengajaran guru, malahan juga dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah. Sebagai contohnya, murid dapat belajar sendiri degan panduan dan bimbingan yang terdapat dalam media yang digunakan. Media interaktif merupakan media pengajaran yang amat berguna dan popular digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini kerana, media interaktif adalah satu bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang mempunyai kombinasi teks, gambar, audio, video dan animasi. Gabungan ini menjadi satu kesatuan sehingga berlakunya komunikasi dan interaksi. Dengan itu, murid tidak lagi hanya duduk untuk mendengar apa yang dicerita oleh guru tetapi juga dapat berinteraksi secara langsung dengan media interaktif ini. 2.0 Kriteria Penilaian Media Pengajaran Berdasarkan Instrumen Sesuai Instrumen yang telah saya gunakan sebagai dasar penilaian media interaktif saya ialah Lembaran Penilaian Media Interaktif Pengajaran. Berdasarkan EMPI (Evaluation of Multimedia Pedagogical and Interactive) yang ditulis oleh Crozat et.al (1998), saya telah memilih dan membuat rubrik penilaian pada insturmen saya. Selain daripada itu, saya juga merujuk kepada lembaran grid penilaian media interaktif yang dibuat oleh Angelina (2013) untuk penghasilan instrumen saya. Dalam instrumen saya, terdapat dua aspek yang harus dinilai pada media interaktif ialah media dan pedagogi. Pada aspek media, terdapat lima aspek lagi yang harus dinilai iaitu kualiti media secara teknikal, kemudahan penggunaan media, elemen media visual, elemen media audio dan interaktif. Pada aspek pedagogi pula, aspek pembelajaran dan standard isi kandungan media interaktif akan dinilai. Terdapat empat penilaian dalam aspek kualiti media secara teknikal antaranya adalah kemampuan media interaktif tersebut dapat digunakan pada berbagai jenis sistem operasi di komputer seperti Mac, Windows dan Linux. Kedua ialah pemasangan media interaktif. Contohnya, proses memasang media interaktif sama

ada senang atau susah. Ketiga, kelancaran pengoperasian media interaktif tersebut iaitu adakah media interaktif tersebut berjalan lancar tanpa hang/crash ketika digunakan. Keempat ialah dokumentasi iaitu manual penggunaan yang sempurna dan jelas disediakan sebagai petunjuk media interaktif ini. Dalam kemudahan penggunaan media pula, konsistensi kedudukan butang hyperlink, bentuk butang hyperlink serta warna dan fungsi pada setiap slaid dinilai. Sebagai contoh, butang hyperlink “Home” adalah sama kedudukan, bentuk, warna serta fungsi pada setiap slaid. Dalam elemen media visual, teks, warna teks dan background dan ilustrasi akan dinilai. Penilaian teks meliputi ukuran huruf, jenis huruf dan jumlah perkataan yang sesuai dalam slaid. Selain itu, warna teks dengan background dinilai secara adakah pemilihan warna teks sesuai dengan warna background. Seterusnya, ilustrasi seperti gambar, video dan animasi dinilai pada kualitinya sama ada baik dalam segi ukuran, warna dan kedudukan. Dalam elemen media audio pula, suara, sound effect dan backsound akan dinilai. Penilaian suara adalah kualiti suara yang meliputi suara bersih, jelas dan mempunyai tempo. Penilaian sound effect pula dinilai berkaitan dengan pelbagai jenis sound effect yan digunakan dan tidak mengganggu perhatian. Penilaian backsound pula merangkumi pemilihan backsound yang sesuai dan tidak menggangu perhatian pengguna serta tidak menutup suara. Media interaktif juga dinilai tentang kemampuan pengguna mengawal media interaktif serta dapat memberikan feedback pada setiap perlakuan. Pada aspek pedagogi, terdapat tiga elemen yang perlu dinilai dalam media interaktif, antaranya ialah keselarasan ilustrasi visual dan deskripsi iaitu adakah penjelasan ilustrasi visual adalah sesuai dengan deskripsi. Seterusnya ialah penekanan pembelajaran. Dalam konteks ini, media dilihat sama ada maklumat penting dihiaskan dengan bentuk dan warna yang berbeza. Akhir sekali ialah penilaian terhadap soal latihan yang diberikan. Soal latihan haruslah sesuai dengan tahap penguasaan pengguna. Tambahan pula, aspek yang dinilai adalah standard isi kandungan media interaktif. Ia merangkumi penilaian elemen kesesuaian informasi, gambar dan animasi dengan isi kandungan; kesesuaian isi kandungan dengan kurikulum seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah; dan kesesuaian isi kandungan dengan tujuan pembelajaran. Penilaian aspek ini lebih ke arah kepada informasi, gambar dan animasi yang digunakan dalam slaid sama ada sesuai dengan isi kandungan. Selain itu,

kesesuaian isi kandungan media interaktif tersebut dengan kurikulum dan tujuan pembelajaran pengguna juga dinilai. 3.0 Rumusan Secara kesimpulannya, Lembaran Penilaian Media Interaktif Pengajaran ini amat sesuai digunakan sebagai dasar penilaian media interaktif seperti CD Interaktif. Hal ini kerana, melalui instrumen ini, kita dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan media interaktif yang kita hasilkan. Dengan itu, kita dapat menambahbaik media interaktif kita supaya menjadikan lebih sempurna dan menarik.

Lampiran

4.0 Rujukan Boon, P. Y., Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan

Hassan. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Chin, Y. P. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: UG Press Sdn. Bhd. Osman Affan. (2017, September 8). 21 tips Microsoft Powerpoint. Diakses daripada SmartStudy

Consultant:

http://www.osmanaffan.com/21-tips-microsoft-

powerpoint/ Yusup Hashim. (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Related Documents

Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 2
May 2020 15
Tugasan 2
May 2020 18
Tugasan 2
October 2019 28
Tugasan 2
June 2020 17
Tugasan 2
August 2019 38

More Documents from "TrophyCana Xin"