Tugasan 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,086
  • Pages: 5
Tugasan 2 λ

Watak Utama

Hilmi -

-

seorang pemuda kampung yang miskin dan mendapat pendidikan setakat Darjah Empat Sekolah Melayu. Sebenarnya ialah anak Datuk Johari tetapi Hilmi dan Datuk Johari tidak mengetahuinya. Rajin bekerja Mempunyai kemahiran artistik Mempunyai bakat yang luar biasa dalam bermain alat-alat muzik. Sentiasa gigih berusaha dan tabah dalam menghadapi cabaran Sifat penyayang Menghormati orang tua dan mendengar nasihat orang yang lebih tua Taat kepada perintah Allah SWT dan sentiasa menunaikan solat. Hatinya ikhlas dan disenangi oleh orang lain Sentiasa berjimat-cermat dan suka menabung. Bijak mengatasi kekecewaannya dengan mencipta lagu-lagu yang dapat menyentuh perasaan orang lain. Banyak mencipta dan menggubah lagu Pernah memenangi Festival Muzik di Tokyo. Menang 3 tahun berturut-turut dalam pesta muzik tahunan RTM. Kejayaannya yang paling besar ialah menyediakan “Hilmi Potpouri” dalam Pertunjukan Orkes Perdana RTM. Akhirnya mati di hospital tanpa mengetahui dia ialah anak Datuk Johari.

λ

Watak Sampingan

-

Hayati -

anak Datuk Johari dan Datin Salmah, adik Hilmi, dan tunang Mohsin. Gadis yang penyayang. Bersifat simpati dan belas kasihan kepada Hilmi dan diam-diam menjatuh cinta kepada Hilmi. Berkahwin dengan Mohsin kerana taat kepada kehendak ibu bapanya Sikapnya berubah selepas mencintai Hilmi. Hayati mulai rajin membaca buku-buku agama. Bersifat berterus terang dalam percakapan. Menjadi penyelamat dan pengganti Hilmi dalam Pertunjukan Orkes Perdana kerana Hilmi sakit.

Datin Salmah -

mementingkan pangkat dan memandang rendah kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengannya. Tidak mempunyai sifat belas kasihan dengan menyeksa Hilmi Suka dipuji dan gemar disanjung orang. Mempercayai kepercayaan karut, iaitu percaya bahawa anaknya berubah kerana perbuatan bomoh. Sentiasa sibuk dengan kegiatan sosial di luar rumah hingga tidak sempat mendidik anak dan mengurus keluarga. Mengabaikan agama dan tidak pernah menunaikan solat. Mudah terpengaruh oleh hasutan keluarganya supaya menyingkirkan Hilmi dari rumahnya.

Datuk Johari -

suami Datin Salmah, ayah kepada Hayati dan Hilmi. Mudah terpengaruh oleh kata-kata isterinya Mementingkan pangkatnya sebagai orang ternama sama seperti isterinya Bersifat kejam kerana sanggup menceraikan isterinya selepas sehari berkahwin. Sanggup melupakan kampung dan keluarganya kerana hendak membentuk identity sebagai orang ternama. Bapa yang mementingkan masa depan anaknya Sifat menunaikan janji Sifat belas kasihan Insaf akan perbuatannya yang menyeksa Hilmi Mati pada akhir cerita kerana terkejut mendengar berita kematian Hilmi di hospital.

λ

Plot

1. Kedatangan Hilmi di rumah Datuk Johari tidak disenangi oleh Datin Salmah. 2. Hilmi bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa kandungnya sendiri. 3. Kerajinan Hilmi menampakkan hasil. 4. Hilmi tertarik akan piano Hayati dan dia mencuba memainkan piano itu. 5. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana menyebabkan piano Hayati berbunyi sumbang. 6. Datuk Johari sekeluarga akan bercuti ke luar negeri dan Hilmi ditugaskan menjaga rumah mereka. 7. Hilmi gembira kerana dapat bermain piano Hayati. 8. Mamat membawa Hilmi menemui Encik Bakar dan Encik Bakar tertarik oleh bakat bermain organ yang dimiliki oleh Hilmi. 9. Hilmi gembira kerana dapat belajar bermain alat-alat muzik daripada Encik Bakar. 10. Keluarga Datuk Johari pulang semasa Hilmi sedang bermain piano Hayati. 11. Hayati memberikan hadiah yang istimewa kepada Hilmi, iaitu sebuah boneka menari. 12. Datin Salmah bimbang akan perubahan sikap anaknya. 13. Mohsin berkecil hati kerana menerima layanan yang dingin daripada Hayati. 14. Azizah menyesal bermesra dengan Hilmi kerana Hilmi hanyalah tukang kebun. 15. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana lewat pulang ke rumah. 16. Hilmi bertekad mahu keluar dari rumah Datuk Johari. 17. Hilmi bekerja di stesen minyak Shell Jalan Setapak. 18. Hilmi belajar bermain alat-alat muzik dan menggubah lagu. 19. Hayati akan berkahwin dengan Mohsin dan mengikut suaminya ke England. 20. Hilmi berjaya mempesonakan pennonton dengan persembahan lagu “Sebuah Intermeso” dengan biola secara solo. Gambar Hilmi disiarkan dalam surat khabar berbahasa Inggeris. 21. Sebelum berangkat ke London, Hayati sempat menemui Hilmi untuk menjelaskan isi hatinya terhadap Hilmi. 22. Hilmi diterima menganggotai Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. 23. Rumah tangga yang Hilmi dirikan dengan Azizah menemui kehancuran. 24. Hilmi banyak mencipta kejayaan dan akan memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. 25. Hayati muncul dan menggantikan Hilmi sebagai pemimpin orkes perdana. 26. Di hospital, Abang Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi sebenarnya ialah anak Datuk Johari. 27. Datuk Johari mati mengejut semasa mendengar berita melalui telefon tentang kematian anaknya, Hilmi di hospital.

λ

Teknik Plot

(a) Imbas Kembali - Datuk Johari teringat akan peristiwa perkahwinannya dengan seorang gadis di kampungnya. Isterinya itu diceraikan dan dia bertolak ke Kuala Lumpur. - Hayati teringat akan malam sebelum bertolak ke London, dia bergaduh besar dengan Mohsin. - Datuk Johari teringat akan kepulangannya ke kampung tujuh belas tahun dahulu, iaitu semasa kematian bapanya. Pada masa itu Hayati baru dilahirkan dan Hilmi berusia dua tahun. Datuk Johari teringat akan permintaan Abang Karim supaya menolong anaknya jika pergi ke Kuala Lumpur suatu masa nanti.

(b)

Dialog “Saya mesti pulang sembahyang. Bunga-bunga saya juga belum lagi saya siram.” “Bunga-bunga apa?” Azizah hairan. “Bunga-bunga di rumah pak cik saya.” Hilmi hairan melihat perubahan air muka Azizah itu. Mengapa dia terperanjat serupa itu? “Tak kan tak ada orang gaji yang boleh siramkan?” “Tidak ada... Saya seorang saja,” jawab Hilmi dengan jujur. “Jadi, kau...?” “Saya tukang kebun.”

(c) -

Monolog Dalaman Oh, Tuhan betapa luhurnya budi orang-orang kampung yang sederhana ini! jerit hati Datin Salmah. Mereka itu tidak seperti kawankawanku semorning coffee, yang suaminya berpangkat besar, yang kaya dan sebagainya, tetapi mencari kesempatan untuk bergunjingan menghancukan orang lain. Petikan di atas ialah monolog dalaman diri Datin Salmah semasa Abang Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi ialah anak Datuk Johari. Monolog itu menunjukkan Datin Salmah mengaku akan budi baik orang kampung. Abang Karim yang sanggup berkorban dengan menyimpan rahsia selama sembilan belas tahun demi kebahagiaan rumah

tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.

(d) -

λ -

Kejutan Kemunculan Hilmi di rumah Datuk Johari. Kebolehan Hilmi bermain piano tanpa mempelajarinya Hayati memberikan hadiah boneka menari kepada Hilmi. Perubahan watak Hayati yang mula bersembahyang dan membaca bukubuku agama. Kemampuan Hilmi menyampaikan lagu “Sebuah Intermeso” dengan biola secara solo. Hilmi tidak muncul pada malam Pertunjukan Orkes Perdana. Kemunculan Hayati sebagai pengganti Hilmi. Pengakuan Pak Karim bahawa Hilmi sebenarnya ialah anak Datuk Johari. Kematian Datuk Johari secara mengejut.

Pengajaran Jangan mementingkan pangkat dan kedudukan hingga sanggup menghina orang lain. Jangan hanyut dengan kemegahan diri hingga sanggup melupakan kampung halaman sendiri. Jangan mementingkan keseronokan hingga sanggup mengorbankan rumah tangga. Jangan minum arak kerana minum arak dilarang oleh agama. Jangan bertindak kejam terhadap seorang sebaliknya berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu cita-cita. Kita hendaklah ada rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. Kita hendaklah mematuhi nasihat orang yang berpengalaman kerana banyak manfaatnya. Kita hendaklah ada perasaan sayang-menyayangi sesama insan. Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan.

Related Documents

Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 2
May 2020 15
Tugasan 2
May 2020 18
Tugasan 2
October 2019 28
Tugasan 2
June 2020 17
Tugasan 2
August 2019 38