Tugasan 2 Edup.docx

  • Uploaded by: azzrul ariff
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2 Edup.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,041
  • Pages: 5
1.0 KEPERLUAN GURU MEMPERTINGKATKAN DIRI SEBAGAI SEORANG YANG PROFESIONAL Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, sistem pendidikan negara kita telah mengalami era revolusi abad ke-21. Sistem pendidikan kita amat dinamik dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka sebuah pelan transformasi pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 dan memenuhi aspirasi negara dalam usaha merealisasikan sebuah negara maju pada masa akan datang. Segala langkah yang dirancang tidak akan berhasil tanpa sokongan daripada guru-guru berkualiti. Sehubungan dengan itu, KPM memberi penekanan terhadap kualiti guru dengan melakukan anjakan keempat iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Bagi meningkatkan kualiti guru, kementerian akan meningkatkan kualiti Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) atau Continuous Professionalism Development (CPD) dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Guru merupakan tunjang utama sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana, guru merupakan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, amat penting untuk guru meningkatkan diri sebagai seorang yang profesional. Menurut Australian Council of Professions (2016),

2.0 PELAN

PEMBANGUNAN

KERJAYA

YANG

MENUNJUKKAN

BIDANG

PEMBANGUNAN DIRI YANG PERLU DIBANGUNKAN PADA PERINGKAT GURU PERMULAAN

3.0 ANALISIS AKTIVITI PPB YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH Saya telah menjalani internship di sebuah sekolah rendah Model Pembelajaran Abad Ke21 di Batu Pahat. Saya dapati sekolah tersebut melaksanakan program-program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah tersebut. Antara program PBB yang dijalankan ialah Kursus 1MPAK21, Bengkel Pengurusan Fail Kokurikulum, PLC dan banyak lagi. Saya telah memilih kursus 1MPAK-21 bil.2 sebagai program PBB untuk dikaji dan diteliti. 3.1 Perancangan aktiviti Setelah mengkaji dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan, saya dapati bahawa kursus 1MPAK bil. 2 SK Seri Puteri ini merupakan satu program yang memenuhi keperluan profesional guru. Hal ini adalah kerana, kursus ini dirancang hasil daripada soal selidik penilaian kendiri tentang keperluan latihan dalam perkhidmatan. Seramai 30 orang guru mengatakan perlu dan 2 orang guru

mengatakan

sangat

perlu

melaksanakan

kursus

pengetahuan

profesionalisme berkaitan kandungan dan kaedah pedagogi mata pelajaran. Kursus ini telah dirancang dengan baik kerana terdapat di dalam jadual perancangan latihan 2018 oleh setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sekolah tersebut. Antara dokumen yang telah disediakan ialah kertas kerja. Antara kekuatan yang saya kenal pasti dari aspek perancangan aktiviti ialah berkaitan kertas kerja. Berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan oleh setiausaha Pembelajaran Abad ke 21 (PAK), saya dapati maklumat yang disediakan jelas dan lengkap. Sasaran peserta bagi kursus 1MPAK bil. 2 ini adalah untuk semua guru SK Seri Puteri. Maklumat berkenaan hari, tarikh, masa dan tempat pelaksanaan juga jelas. Kursus ini diadakan pada hari Isnin iaitu 4 April 2019. Waktu kursus ini dijalankan adalah sesuai kerana tidak mengganggu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana kursus ini dilakukan selepas waktu persekolahan. Kursus ini dijalankan selama 2 jam 30 minit iaitu pada pukul 2.00 pm hingga 4.30 pm. Objektif yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja juga jelas, spesifik, boleh dicapai dan realistik. Antara objektif yang dikemukan ialah peserta kursus dapat membanding beza pelaksanaan kurikulum abad ke-20 dan abad ke-21, mengenal pasti amalan pedagogi yang sesuai untuk pembelajaran abad ke-21 dan menerangkan kepentingan pembelajaran abad ke-21.

Kertas kerja yang dikemukan ini juga lengkap kerana tentative disediakan dengan lengkap dan mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan bersesuaian.

Selain

itu,

dari

aspek

pengurusan

kewangan

anggaran

perbelanjaan yang dikemukan tidak melibatkan kos yang tinggi.

3.2 Pelaksanaan Aktiviti Kursus ini telah berjalan dengan lancar. Bengkel ini telah dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, SK Seri Puteri. Tempat pelaksanaan kursus ini sangat kondusif kerana ruang yang luas dan mempunyai penghawa dingin. Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan motivasi, minat

dan menggalakkan aktiviti intelektual serta

komunukasi dan interaksi antara peserta kursus. Menurut Fraser (1998), persekitaran pembelajaran dalam

konteks

sosial,

adalah tempat pembelajaran berlaku samaada psikologikal

dan

pedagogikal

yang

boleh

mempengaruhi pencapaian dan sikap seseorang.

3.3 Laporan Keberhasilan program Analisis laporan

3.4 Penilaian terhadap kejayaan program Latihan dalam perkhidmatan dalam bidang pendidikan adalah amat penting untuk membentuk warga pendidik yang kompeten. Menurut Rossilah (2008), kekerapan guru menghadiri latihan akan memberi peluang percambahan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan tuntutan pembangunan professional yang memerlukan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan yang berterusan. Setelah menganalisis perancangan, pelaksanaan dan laporan keberhasilan kursus, saya dapati bahawa kursus 1MPAK 21 ini dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran yang direkodkan menunjukkan bahawa 93.8% guru di sekolah tersebut mengikuti kursus yang dijalankan ini. Hal ini membuktikan bahawa kursus ini mendapat respon yang baik.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti daripada kursus 1MPAK 21 ini. Antaranya ialah dari aspek masa. Hasil daripada laporan program dan soal selidik penilaian pengurusan program, didapati masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Selain itu, surat panggilan rasmi menghadiri kursus 1MPAK 21 ini tidak diedarkan kepada guru-guru. Surat panggilan rasmi ini amat penting untuk mengelakkan pertindihan maklumat. Bukan itu sahaja, hasil laporan daripada soal selidik menunjukkan bahawa peserta kursus merasakan bahawa penyampaian fasilitator kurang menarik.

30 20 setuju 10

sangat setuju

0 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

3.5 Cadangan penambahbaikkan Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah pihak yang mengendalikan LDP ini ialah menjemput fasilitator yang lebih mahir dan pakar dalam bidang Pembelajaran Abad Ke-21. Kursus ini menggunakan modul 1MPAK 21 yang dirangka oleh IPG Kampus Temenggung Ibrahim (IPGKTI). Oleh itu, pihak sekolah boleh menjemput pensyarah daripada IPGKTI yang terlibat dalam membangunkan modul tersebut untuk menyampaikan kandungan modul. Seterusnya, kejayaan program hendaklah diukur melalui pengaplikasian input dan maklumat kursus oleh guru. Cadangan saya ialah, pihak pentadbir sekolah boleh menyediakan ganjaran kepada guru-guru menunjukkan prestasi yang memberansangkan setelah menjalani kursus. Hal ini bertujuan meningkatkan kepuasan kerja. Salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru ialah faktor motivasi. Ganjaran yang disediakan merupakan ganjaran ekstrinsik. Peningkatan yang berlaku dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran,

menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian pelajar (Junaidah & Nik Rosila, 2013).

4.0 Rumusan

RUJUKAN Fraser, B. J. (1998). Science learning environments: Assessment, effects and determinants. In B. J. Fraser and K. G. Tobin (Eds.), The International Handbook of Science Education (pp. 527–564 ). Dordrecht, The Netherlands: Kluwer. Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob.2013. Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guruguru pendidikan khas. Asia Pacific of Educators and Education, Vol.28,103- 115.

https://books.google.com.my/books?id=V5GiRjAcKycC&pg=PA4&lpg=PA4&dq=latihan+ber orientasikan+pertumbuhan&source=bl&ots=Ij3ex4HTqR&sig=ACfU3U0960xO9gnnhGTOnl 8tFGg2FrK5EQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwie8O_0Y7hAhVr73MBHd0ODUgQ6AEwDnoECAIQAQ#v=onepage&q=latihan%20berorientasik an%20pertumbuhan&f=false https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZI KAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBE LAJARAN

Related Documents

Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 2
May 2020 15
Tugasan 2
May 2020 18
Tugasan 2
October 2019 28
Tugasan 2
June 2020 17
Tugasan 2
August 2019 38

More Documents from "TrophyCana Xin"