Gru Kritik Jurnal.docx

  • Uploaded by: Aazam Ariff
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gru Kritik Jurnal.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 726
  • Pages: 3
1.0 Pengenalan 1.1 Nama Jurnal Jurnal Kepimpinan Pendidikan

1.2 Tajuk Artikel / Penulisan Model Kepimpinan Maya dan Kesejahteraan Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia : Perantara oleh Komunikasi dalam Kumpulan

1.3 Penyelidik Mohd Yusri Ibrahim dan Wan Ismail Wan Abdullah

1.4 Tahun Terbitan Januari 2015, Bil. 2, Isu 1

1.5 Petikan IBRAHIM, Mohd Yusri; ABDULLAH, Wan Ismail Wan. MODEL KEPIMPINAN MAYA DAN KESEJAHTERAAN KERJA PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA PERANTARAAN OLEH KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 1-10, oct. 2017. ISSN 2289-9669

2.0 Pengenalan dan Pernyataan Masalah Penulisan jurnal ini terhasil apabila pemimpin dalam sesebuah organisasi sering menghadapi masalah dengan tempat kerja dan situasi yang mencabar pada masa kini. Cabaran baru yang timbul ialah pekerja secara fizikalnya berada terpisah agak jauh dengan pemimpun atau penyelia mereka (Schultz, 2010). Dalam konteks Malaysia, pemimpin sekolah secara umumnya sangat sibuk. Mereka jarang berada di sekolah disebabkan terpaksa menghadiri mesyuarat, perjumpaan, majlis dan pelbagai komitmen di luar kawasan sekolah (Mohd Yusri, 2012; Bity Salwana et. al, 2008; Maimunah, 2005). Akibatnya, mereka tidak mempunyai banyak masa dan ruang member perhatian terhadap organisasi sekolah, khususnya dalam aspek kurikulum dan pengajaran (Mohd Suhaimi & Zaidatol Akmaliah, 2007; Azlin, 2006). Akibat keterbatasan masa tersebut, komunikasi dalam kumpulan menjadi kurang efektif 1

apabila pemimpin organisasi kurang berhubung dengan pekerja mereka (Mohd Yusri et. al, 2013) Sehubungan itu, untuk mengatasi masalah ini, penulis telah mencadangkan penggunaan teknologi mobil dalam kepimpinan di mana pemimpin sekolah boleh menjalankan fungsi mereka secara maya. Model hipotesis yang digunakan oleh penulis adalah berdasarkan teori tiga tahap iaitu ciri-ciri produk, kesan dan nilai-nilai peribadi (products attributes, consequences and personal values).

3.0 Kekuatan 3.1 Cadangan penyelidik mengenai penggunaan teknologi mobil dalam kepimpinan sekolah adalah menarik sejajar dengan perkembangan teknologi serta keperluan persekitaran pada era kini. Tujuan cadangan ini adalah untuk memastikan adanya kesinambungan hubungan kerja antara pemimpin dengan kakitangannya biarpun pemimpin sekolah berada di luar kawasan sekolah. 3.2 Jurnal ini mempunyai cadangan model hipotesis kajian yang bersesuaian di mana penulis menggunakan teori tiga tahap iaitu ciri-ciri produk, kesan dan nilai-nilai peribadi (products attributes, consequences and personal values). 3.3 Jurnal ini mempunyai pernyataan masalah dan sorotan kajian lampau yang jelas. 3.4 Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik yang ditadbir secara atas talian bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat. 3.5 Data kajian dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) di mana kekuatan model SEM ini yang merupakan analisis statistik multivariat yang mengkaji hubungan antara konstruk mengikut teori atau kajian terdahulu melalui model hipotesis yang dibina. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam analisis pemodelan ini adalah penganggaran kebolehjadian maksimum (ML). Kaedah penganggaran tersebut memerlukan taburan data yang bersifat kenormalan multivariat di samping memenuhi bilangan sampel yang tertentu. 3.6 Data kajian yang dikumpulkan adalah menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik sendiri (menunjukkan kemampuan penyelidik membangunkan soal selidik sendiri) yang mengandungi empat bahagian utama iaitu demografi, kepimpinan maya, komunikasi dalam kumpulan dan kesejahteraan kerja. Bahagian 2

kepimpinan maya pula mengandungi empat dimensi iaitu interasksi maya, perkongsian fail elektronik, perkongsian takwim dan menyuarat atas talian. Semua bahagian dan dimensi soal selidik mempunyai tahap kebolehpercayaan yang baik iaitu antara 0.716 hingga 0.908 menunjukkan .

4.0 Kelemahan 4.1 Jurnal ini tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Maka, gambaran keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta mengikut prosedur yang sebenar. 4.2 Jurnal ini tidak objektif kajian dan kepentingan kajian yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian. 4.3 Jurnal ini tidak menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab atau permasalahan yang wujud dalam populasi yang telah dipilih menyebabkan fakta untuk menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian ini. 4.4 Prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal. Ia amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan. 4.5 Jurnal ini tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciriciri sampel tidak dinyatakan dengan jelas dan boleh menyebabkan keraguan kepada penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian. 4.6 Jurnal ini sepatutnya menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajiankajian terkini dan terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.

3

Related Documents

Invile Gru 76-85
November 2019 9
Siaran Gru Cemerlang
June 2020 8
Kritik Albana
May 2020 75
Kritik Interpretif.docx
December 2019 85
Altruism Kritik
June 2020 60

More Documents from ""