Tugasan 2 Edup Full.docx

  • Uploaded by: azzrul ariff
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 2 Edup Full.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,196
  • Pages: 11
ISI KANDUNGAN

1.0 KEPERLUAN GURU MEMPERTINGKATKAN DIRI SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL DAN PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA PERINGKAT GURU PERMULAAN. ................................................................. 1 2.0

ANALISIS AKTIVITI PPB YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH........................................................ 4

3.0

RUMUSAN ................................................................................................................................... 8

4.0

RUJUKAN ..................................................................................................................................... 9

5.0

LAMPIRAN ................................................................................................................................. 10

i

1.0 KEPERLUAN GURU MEMPERTINGKATKAN DIRI SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL DAN PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA PERINGKAT GURU PERMULAAN. Keguruan merupakan sebuah profesion yang profesional. Menurut Wong Kiet Wah, Noriati dan Boon Pong Yin (2018), profesional merujuk kepada ciri-ciri atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Para pendidik digolongkan sebagai golongan profesional kerana mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam bidang pedagogi. Guru merupakan tunjang utama sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana, guru merupakan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk meningkatkan diri sebagai seorang yang profesional. Peranan pendidik masa kini berbeza dan lebih kompleks. Menurut Mok Soon Sang (2012), guru mempunyai enam fungsi utama iaitu sebagai pembentuk nilai, agen sosialisasi, pendidik dan pakar rujuk, mentor, dan penyebar ilmu. Oleh itu, sebagai seorang pendidik, dia perlulah dilengkapi dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. mengamalkan

prinsip-prinsip

Oleh itu, guru perlu menghayati dan

pembelajaran

sepanjang

hayat

agar

dapat

meningkatkan tahap profesionalisme. Sistem pendidikan kita amat dinamik dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka sebuah pelan transformasi pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 dan memenuhi aspirasi negara dalam usaha merealisasikan sebuah negara maju pada masa akan datang. Salah satu faktor membangunkan pendidikan sesebuah negara adalah dengan membangunkan kualiti guru Segala langkah yang dirancang tidak akan berhasil tanpa sokongan daripada guru-guru berkualiti. Sehubungan dengan itu, KPM memberi penekanan terhadap kualiti guru dengan melakukan anjakan keempat iaitu meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Bagi meningkatkan kualiti guru, kementerian akan meningkatkan kualiti Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dengan lebih tumpuan ke 1

atas keperluan

individu

dan

latihan

berasaskan

sekolah.

Tunjang

utama

profesionalisme pendidik adalah bagi memenuhi keperluan murid. Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) adalah agenda utama KPM bagi melahirkan guru yang berkualiti. McMahon (2003), mengatakan PPB ialah aktiviti yang mampu meningkatkan tahap kecekapan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta keberkesanan mereka memainkan peranan dalam organisasi. Oleh itu, KPM telah memperkenalkan dasar latihan pembangunan profesionalisme keguruan iaitu Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) kepada

Pegawai

Perkhidmatan

Pendidikan

(PPP)

bagi

membantu

PPP

meningkatkan kompetensi profesional mereka pada setiap peringkat perkembangan dan laluan kerjaya guru melalui peringkat guru permulaan hingga ke peringkat guru pakar. KPM telah membangunkan enam peringkat perkembangan guru iaitu pelaksana, penggerak, pembimbing dan mentor, peneraju perubahan, pemikir stratergik dan pemikir holistik. Guru permulaan ialah guru baharu yang telah dilatih di Institusi Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kursus perguruan yang telah ditentukan. Pada peringkat ini, guru baharu yang berada di gred DG41 merupakan pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid. Kajian Abdul Aziz mendapati bahawa guru permulaan akan berhadapan dengan cabaran baru di dalam dan di luar persekitaran bilik darjah (Romano, 2008). Oleh itu, guru baharu perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 bagi memastikan mereka kekal relevan dan efektif dalam ekosistem pendidikan yang dinamik, mencabar serta mempunyai kaitan secara langsung dengan keberhasilan dan kemenjadian murid. Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan sebuah program yang dibangunkan untuk menyokong profesionalisme guru agar mencapai tahap kompetensi keguruan. PPGB ialah satu program berstruktur berasaskan sekolah untuk membantu guru baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar serta memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada guru baharu sehingga guru baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). 2

Pembangunan kerjaya merupakan satu proses beterusan yang melibatkan pergerakan individu melalui beberapa peringkat kehidupan dan setiap peringkat mempunyai isu, tema, dan tugasanya yang tersendiri. Oleh itu, melalui program PPGB ini guru permulaan dapat meningkatkan tahap profesionalismenya melalui aktiviti coaching dan mentoring. Terdapat tiga fasa dalam PPGB iaitu orientasi, pementoran dan fasa pentaksiran.

Fasa

orientasi

ialah

proses

membantu

guru

baharu

untuk

menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Fasa orientasi ini dapat membantu guru permulaan memupuk sikap positif dan mengamalkan nilai profesional keguruan, meningkatkan keyakinan diri dan motivasi mereka. Seterusnya, pementoran berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah atau guru berpengalaman lebih daripada lima tahun dan guru cemerlang. . Pementoran ditakrifkan sebagai satu proses di mana individu yang lebih berpengalaman bertindak sebagai kaunselor, pembimbing, tutor atau jurulatih kepada individu yang tidak berpengalaman dalam sesuatu bidang tertentu (Rekha & Ganesh, 2012). Melalui pementoran ini, dapat membantu guru baharu menyepadukan teori dengan amali PdP, menguasai dan memantapkan strategi pengajaran dan mengenal pasti serta

menyelesaikan

masalah

yang

berlaku

semasa

pdpd

dan

dapat

memperkembangkan potensi guru. Bukan itu sahaja, amalan komunikasi antara mentor

dan

mentee

akan

memotivasikan

diri

mentee

untuk

melakukan

pembangunan diri mereka (Eller, Lev & Feurer, 2006). Fasa terakhir ialah fasa pentaksiran yang berbentuk formatif. Melalui pentaksiran yang dijalankan ini, guru permulaan dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri. Berdasarkan analisis tersebut, guru permulaan dapat mempertingkatkan diri dengan mengikuti PBB yang bersesuaian dan menjadi asas kepada tindakannya memilih laluan kerjaya. Selain itu, guru permulaan boleh membangunkan diri dia melalui aktiviti penyeldidikan. Guru permulaan boleh melakukan kajian tindakan untuk membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan inovasi daripada masalah yang dihadapi. Bukan itu sahaja, melalui pelaksanaan kajian dapat meningkatkan keupayaan guru permulaan menguruskan kerjayanya dengan sendiri kerana menjalankan kajian tindakan memerlukan pelbagai kemahiran.

3

2.0 ANALISIS AKTIVITI PPB YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH Saya telah menjalani internship di sebuah sekolah rendah Model Pembelajaran Abad Ke-21 di Batu Pahat. Saya dapati sekolah tersebut melaksanakan programprogram Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru di sekolah tersebut. Antara program PBB yang dijalankan ialah Kursus 1MPAK-21, Bengkel Pengurusan Fail Kokurikulum, PLC dan banyak lagi. Saya telah memilih kursus 1MPAK-21 bil.2 sebagai program PBB untuk dikaji dan diteliti. 1.1 Perancangan aktiviti Kursus ini telah dirancang dengan baik kerana terdapat di dalam jadual perancangan latihan 2018 oleh setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sekolah tersebut. Antara dokumen yang telah disediakan ialah kertas kerja. Antara kekuatan yang saya kenal pasti dari aspek perancangan aktiviti ialah berkaitan kertas kerja. Berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan oleh setiausaha Pembelajaran Abad ke 21 (PAK), saya dapati maklumat yang disediakan jelas dan lengkap. Sasaran peserta bagi kursus 1MPAK bil. 2 ini adalah untuk semua guru SK Seri Puteri. Maklumat berkenaan hari, tarikh, masa dan tempat pelaksanaan juga jelas. Kursus ini diadakan pada hari Isnin iaitu 4 April 2019. Objektif yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja juga jelas, spesifik, boleh dicapai dan realistik. Antara objektif yang dikemukan ialah peserta kursus dapat membanding beza pelaksanaan kurikulum abad ke-20 dan abad ke-21, mengenal pasti amalan pedagogi yang sesuai untuk pembelajaran abad ke-21 dan menerangkan kepentingan pembelajaran abad ke-21. Kertas kerja yang dikemukan ini juga lengkap kerana tentatif disediakan dengan lengkap dan mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan bersesuaian. Selain itu, dari aspek pengurusan kewangan anggaran perbelanjaan yang dikemukan tidak melibatkan kos yang tinggi.

4

1.2 Pelaksanaan Aktiviti Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan dijalankan mengikut perancangan yang telah dirangka. Bengkel ini telah dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, SK Seri Puteri. Tempat pelaksanaan kursus ini sangat kondusif kerana ruang yang luas dan mempunyai penghawa dingin. Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan motivasi, minat dan menggalakkan aktiviti intelektual serta komunukasi dan interaksi antara peserta kursus. Menurut Fraser (1998), persekitaran pembelajaran

adalah

tempat pembelajaran berlaku samaada dalam konteks sosial, psikologikal dan

pedagogikal

yang

boleh

mempengaruhi

pencapaian

dan

sikap

seseorang. Selain itu, waktu kursus ini dijalankan adalah sesuai kerana tidak mengganggu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana kursus ini dilakukan pada hari Isnin selepas waktu persekolahan. Kursus ini dijalankan selama 2 jam 30 minit iaitu pada pukul 2.00 pm hingga 4.30 pm.

1.3 Laporan Keberhasilan program Berdasarkan laporan yang telah disediakan, saya dapati bengkel ini berjaya dilaksanakan. Kekuatan program ini ialah semua guru melibatkan diri secara aktif semasa kursus dijalankan. Manakala, kelemahan yang dicatatkan ialah dari aspek kekangan masa dan cadangan penambahbaikkan yang dicadangkan oleh guru setiausaha PAK-21 ini ialah memperuntukkan masa yang lebih lama untuk menjalankan kursus 1MPAK bil. 2 yang melibatkan kursus submodul 2 iaitu berkaitan kurikulum. Keberhasilan program ini dilampirkan di dalam laporan dalam bentuk jadual.

1.4 Penilaian terhadap kejayaan program Latihan dalam perkhidmatan dalam bidang pendidikan adalah amat penting untuk membentuk warga pendidik yang kompeten. Menurut Rossilah (2008),

kekerapan

percambahan

guru

menghadiri

pengetahuan

dan

latihan

kemahiran

akan

memberi

peluang

seiring

dengan

tuntutan

5

pembangunan professional yang memerlukan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan yang berterusan.

Setelah mengkaji dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan, saya dapati bahawa kursus 1MPAK-21 bil. 2 SK Seri Puteri ini merupakan satu program yang memenuhi keperluan profesional guru. Hal ini adalah kerana, kursus ini dirancang hasil daripada soal selidik penilaian kendiri tentang keperluan latihan dalam perkhidmatan. Seramai 25 orang guru mengatakan perlu dan 5 orang guru mengatakan sangat perlu melaksanakan kursus pengetahuan profesionalisme berkaitan kandungan dan kaedah pedagogi mata pelajaran.

Hasil analisis perancangan, pelaksanaan dan laporan keberhasilan kursus, saya dapati bahawa kursus 1MPAK-21 ini dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran yang direkodkan menunjukkan bahawa 100% guru di sekolah tersebut mengikuti kursus yang dijalankan ini. Hal ini membuktikan bahawa kursus ini mendapat respon yang baik.

Selain itu, berdasarkan analisis soal selidik keberhasilan program, saya dapati bahawa 100% guru bersetuju bahawa kefahaman mereka terhadap kurikulum abad ke-21 dan amalan pedagogi yang sesuai untuk pembelajaran abad ke-21 meningkat setelah menghadiri kursus ini.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti daripada kursus 1MPAK-21 ini. Antaranya ialah dari aspek masa. Hasil daripada laporan program dan soal selidik penilaian pengurusan program, didapati masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Selain itu, surat panggilan rasmi menghadiri kursus 1MPAK-21 ini tidak diedarkan kepada guru-guru. Surat panggilan rasmi ini amat penting untuk mengelakkan pertindihan maklumat. Bukan itu sahaja, hasil laporan daripada soal selidik menunjukkan bahawa peserta kursus merasakan bahawa penyampaian fasilitator kurang menarik.

6

1.5 Cadangan penambahbaikkan Antara

cadangan

penambahbaikkan

yang

boleh

dilakukanbagi

meningkatkan kualiti program yang dijalankan pada masa akan datang ialah pihak yang mengendalikan LDP ini ialah menjemput fasilitator yang lebih mahir dan pakar dalam bidang Pembelajaran Abad Ke-21. Kursus ini menggunakan

modul

1MPAK-21

yang

dirangka

oleh

IPG

Kampus

Temenggung Ibrahim (IPGKTI). Oleh itu, pihak sekolah boleh menjemput pensyarah daripada IPGKTI yang terlibat dalam membangunkan modul tersebut untuk menyampaikan kandungan modul. Selain itu, pihak penganjur juga perlu mengedarkan surat panggilan rasmi untuk menghadiri program latihan dalam perkhidmatan agar guru-guru dapat membuat persediaan untuk menghadiri program tersebut. Masa yang diperuntukkan untuk penyampaian kursus ini agak singkat. Justeru itu, tempoh kursus ini perlu dipanjangkan lagi di samping menambah kandungan program yang mampu meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru tentang kurikulum abad ke-21. Contohnya, dilaksanakan pada hujung minggu kerana tidak menganggu waktu persekolahan. Bukan itu sahaja, pihak sekolah boleh berkolaborasi dengan sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Tengku Mariam bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran. Seterusnya,

kejayaan

program

hendaklah

diukur

melalui

pengaplikasian input dan maklumat kursus oleh guru. Cadangan saya ialah, pihak pentadbir sekolah boleh menyediakan ganjaran kepada guru-guru menunjukkan prestasi yang memberansangkan setelah menjalani kursus. Hal ini bertujuan meningkatkan kepuasan kerja. Salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru ialah faktor motivasi. Ganjaran yang disediakan merupakan ganjaran ekstrinsik. Peningkatan yang berlaku dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran, menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian pelajar (Junaidah & Nik Rosila, 2013).

7

3.0 RUMUSAN

Nor Hasnida dan Effandy (2010) menegaskan bahawa guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesion. Oleh itu, guru perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini demi meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. KPM sangat menitikberatkan tentang keperluan PPB dalam kalangan PPP. Keberkesanan program PPB adalah faktor utama yang menentukan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan bagi memenuhi aspirasi murid sebagaimana yang dihasratkan oleh PPPM. Tuntasnya, program PPB amat penting untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorag guru itu, maka setiap guru perlu sentiasa membangunkan kualiti diri.

8

4.0 RUJUKAN Eller, F.A, Lev L.E & Feurer, A. (2006). Supporting the beginning teacher in Singapore Schools. APERA Conference. National Institute of Education, Singapore. Fraser, B. J. (1998). Science learning environments: Assessment, effects and determinants. The International Handbook of Science Education (pp. 527– 564). Dordrecht, The Netherlands: Kluwer. Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific of Educators and Education, Vol.28,103- 115. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Panduan Program Pembangunan Guru Baharu . Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. McMahon, A. (2003). Continuing Proffesional Development for Handbook of Educational Leadership and Management. London: Pearson Education Mok Soon Sang. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Nor Hasnida Che Md Ghazali & Effandi Hj Zakaria. (2010).

Perkembangan

Profesional ke arah pembangunan Modal Insan Guru. Kertas Kerja Seminar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Rekha NK & Ganesh PM. (2012). Do Mentor Learn By Mentoring Others?. Journal of Mentoring and Couching in Education 1(3), 205-217. Rossilah Jamil. (2008). Analisis Keperluan Latiham: Teori dan Praktis. Johor: Universiti Teknologi Maklumat Wong, K.W, Noriati A. Rashid & Boon, P.Y. (2018) Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

9

5.0 LAMPIRAN

BIL

DOKUMEN

1

Kertas kerja

2

Kehadiran peserta kursus

3

Laporan kursus

4

Contoh soal selidik penilaian bengkel kursus

CATATAN

1MPAK bil. 2 5

Jadual Perancangan Latihan 2018

10

Related Documents

Tugasan 2 Edup Full.docx
April 2020 25
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 2
May 2020 15
Tugasan 2
May 2020 18
Tugasan 2
October 2019 28
Tugasan 2
June 2020 17

More Documents from "pu3anemones"