Tugasan 1 Sastera Melayu.docx

  • Uploaded by: Salasiah Said
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 Sastera Melayu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,857
  • Pages: 8
BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2016

KURSUS : BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN 1 : ESEI (INDIVIDU) Secara individu anda dikehendaki menghuraikan perkembangan sejarah sastera Melayu di Malaysia dan kesan pengaruh asing dalam perkembangan sejarah kesusasteraan di Malaysia. Panjang esei anda hendaklah 1000 perkataan.

Nama Pelajar

: Salasiah Binti Abd Said

No. Kad Pengenalan : 960729-09-5082 No. Matrik

: 201506041

Kumpulan

: PISMP BM Ambilan Jun 2016

Semester / Tahun

: Sem 2 / Tahun 1

Tarikh Serahan

: 6 Mac 2017

Pensyarah Penyelia : Hjh. Aishah Rohani Binti Hj. Nahar

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

TUGASAN 1 : Perkembangan Sejarah Sastera di Malaysia dan Kesan Pengaruh Asing Apabila menyebut tentang sastera, dalam pandangan umum sangat sinonim dengan nukilan, pantun, syair, sajak, cerpen dan novel. Justeru, banyak nama-nama besar dalam lapangan seni yang pasti dikenali ramai seperti Tun Seri Lanang, Abdullah Munsyi, Abdul Rahim Kajai, Keris Mas dan ramai lagi. Yang pasti, sastera bukanlah

hal

yang

semakin

tenggelam

dalam

masyarakat

meskipun

perkembangannya telah bermula sejak berabad lamanya. Hal ini menjadi tanda perkembangan ilmu dan juga lambang keunggulan serta kebijaksanaan orang Melayu. Seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif dalam Utusan Melayu (2015) memberitahu bahawa tiada bangunan ataupun tugu tetapi keunggulan Melayu terletak pada tulisannya iaitu manuskrip. Walau bagaimanapun, sering kelihatan kesan pengaruh asing dalam kesusasteraan Melayu sepanjang sejarah perkembangannya. Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu. Pada abad ke-17 selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk membukukan hasilhasil sastera lama. Hamzah Hamdani mengatakan terdapat dua kategori dalam sejarah sastera iaitu moden dan klasik. Sastera klasik yang dipanggil karya agung atau sinonim dengan rakyat sebagai hikayat. Selain itu, ada juga cerita-cerita rakyat yang disebut sebagai dongeng oleh penglipur lara (Utusan Melayu bertarikh 22 Ogos 2015). Sastera zaman awal atau lebih dikatakan sebagai sastera klasik berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos dan bersifat kolektif iaitu tidak diketahui siapa pengarang karya tersebut. Hal ini menjadikan hasil karya sastera itu milik bersama (Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1998). Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi alam semula jadi yang menghijau. Malahan, sastera klasik ini disampaikan dengan gaya yang cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan di Alam Melayu. Sastera ini lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu pada zaman dahulu. Menurut Zalila Syarif & Jamilah Hj. Ahmad (1993), sastera hikayat dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu sastera

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

hikayat berunsur Hindu, sastera berunsur Hindu-Islam dan sastera hikayat berunsur Islam. Oleh itu, wujudlah sastera Melayu yang mempunyai unsur percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam. Hasil kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam, hasil sastera saduran Hindu dengan latar Islam terhasil. Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur Hindu kepada bentuk sastera Islam. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya, nama-nama watak yang terlibat dan penggunaan kata-kata daripada al-Quran. Abdullah Munsyi dikatakan seorang modenis yang berjaya mengubah sastera klasik kepada sastera moden. Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karyakarya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah ghaib. Pembaharuan tersebut telah menimbulkan pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan sebagai tali barut Barat oleh para pengkritik hasil karya sasteranya. Karya yang dimaksudkan ialah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Genre dalam sastera moden ini terdiri daripada puisi (sajak), cerpen, novel dan drama. Sejarah sastera Melayu moden memperlihatkan hasil-hasil karya sastera berbau politik sekitar tahun 40-an yang memperlihatkan kesusasteraan berbentuk propaganda yang mendewa-dewakan kekuatan Jepun pada ketika itu. Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam melahirkan

sastera

yang

bermutu

dan

menyedarkan

masyarakat

tentang

kepentingan nilai kemerdekaan kepada semua bangsa. Pelbagai karya sastera telah berjaya dihasilkan oleh kebanyakan tokoh ASAS 50 seperti cerpen Esok, Lusa Tulat dan Berikutnya karya Awam-il-Sarkam yang banyak menyentuh persoalan sosial, politik dan agama yang menggambarkan kehidupan masyarakat pada ketika itu. Perkembangan kesusasteraan Melayu yang selanjutnya adalah pada zaman penjajahan Barat ke Tanah Melayu. Kemunculan alat cetak iaitu teknologi media Barat turut memainkan peranan. Ia telah memecahkan budaya tradisional iaitu manuskrip dan lisan. Malah penulisan yang dihasilkan menekankan penegasan kepada realisme dan objektif fakta. Menurut Shahnon Ahmad (1993), pengaruh kebudayaan Barat lebih banyak menonjolkan pengaruh seperti modenisme, nasionalisme

dan

humanisme

yang

sedikit

sebanyak

menukar

bentuk

perkembangan kesusasteraan Islam. Jati diri kesusasteraan Melayu yang dibina

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

oleh Islam beransur-ansur terhakis dengan penyerapan masuk tiga aspek yang sangat menonjol iaitu seks, kekosongan hidup dan salah gunaan kuasa. Antara karya yang berunsur kebaratan ialah Hikayat Nakhoda Muda, Syair peri Perjalanan Raffles ke Minangkabau dan Hikayat Abdullah. Selepas

merdeka,

sastera

lebih

bertujuan

untuk

menyatupadukan

masyarakat, meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan negara Malaysia akibat kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita. Dalam tahun 1980an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli N.O., Hassanuddin Mast Isa, dan Abu Hassan Morad. Kebanyakan mereka menulis novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Walau bagaimanapun, Keris Mas berjaya menonjolkan dirinya dalam dunia sastera apabila berjaya menghasilkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa dan mendapat hati masyarakat Malaysia pada waktu itu. Pada tahun 1993, perkembangan kesusasteraan Melayu banyak melibatkan program, pertandingan dan mula diserap masuk dalam kurikulum pendidikan Malaysia. Antaranya, diadakan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang – GAPENA. Novel Restu karya Ismail Kassan yang memenangi hadiah kedua telah dijadikan buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank diadakan pada tahun 1997. Dua buah novel remaja yang muncul ialah Julia karya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Othman Puteh turut menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga. Namun demikian, Shahnon Ahmad telah menggemparkan dunia sastera tanah air pada tahun 1999 dengan menulis novel kontroversi yang berjudul Shit. Sejarah kesusasteraan di Malaysia menyaksikan bagaimana kawasan tersebut pernah menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan Islam, kehadiran penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu dikatakan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakatnya. Bidang yang turut tidak ketinggalan menerima kesan daripada kolonialisasi itu ialah kesusasteraan Melayu, yang dianggap mengalami perubahan yang signifikan kesan daripada kehadiran orang Barat.

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

Bagi mengambil tahu susur galur kesusasteraan Melayu zaman purba yang menerima pengaruh dari kesusasteraan Hindu itu maka kenalah kita mengarah ke zaman kerajaan-kerajaan di tanah Jawa di bawah pemerintahan raja-raja yang beragama Hindu. Pendekatan menyerapkan nilai‑nilai Jawa kepada sastera Sanskrit India berlaku secara menyeluruh dalam bentuk sastera yang lain. Pendekatan orang Jawa terhadap wayang India yang memperkenalkan epik agung India Mahabrata dan Ramayana, yang mula dikenali di Jawa sejak awal abad ke‑9 ini memperlihatkan usaha ’menjawakan’ sastera Sanskrit. Sebagai contoh, watak utama epik‑epik ini iaitu Betara Rama dan Betara Kresna dianggap sebagai penjelmaan Dewa Wisnu, dewa maha agung dan raja‑raja Jawa Mataram dianggap sebagai anak cucu dewa Wisnu dan penjelmaannya juga (Ahmad Jelani, 2008). Maka itu epik‑mitos Mahabhrata dan Ramayana didekati oleh orang Jawa sebagai mitos tentang nenek moyang raja‑raja mereka. Pengaruh wayang India ini menghasilkan wayang purba Jawa yang mempunyai ciri‑ciri pemujaan arwah nenek moyang hasil daripada penyerapan dan penyesuaian nilai‑nilai Jawa ke dalam sastera Sanskrit dan seterusnya memberi kesan kepada kesusasteraan Melayu.

Keagungan sastera Melayu muncul di semenanjung Tanah Melayu apabila muncul sebuah peradaban besar Islam di Selat Melaka dengan lahirnya Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ilmu dan kehadiran ramai ilmuwan Islam di Melaka menjadikannya bukan sahaja pusat penyebaran Islam di alam Melayu tetapi juga pusat sastera Melayu yang tiada tolok bandingnya. Kesan peradaban Islam ini memperlihatkan dua mahakarya besar yang lahir daripada warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah; dituruti oleh deretan ribuan karya hikayat, syair dan pantun yang lain di seluruh bahagian daerah Islam di wilayah alam Melayu. Kewujudan peradaban atau tamadun Islam di wilayah alam Melayu ini turut melahirkan genre sastera baru yang mengambil pengaruh dari tradisi kebudayaan Islam yang luas dan maju itu. Antara genre sastera yang mencerminkan pengaruh atau peribadi tamadun Islam alam Melayu ini ialah genre cerita hikayat. Genre hikayat dikatakan adalah hasil pengaruh dengan kebudayaan Parsi‑Islam berdasarkan satu karangan dalam bahasa Parsi

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

berjudul Hekayate Mohammade Hanafiye yang kemudian turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul Hikayat Muhammad Hanafiah. Perkembangan penjajahan Barat khususnya berlaku sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan bukan sahaja melibatkan pengeksploitasian dalam bidang ekonomi, politik malah turut memberi memberi kesan kepada perkembangan kesusasteraan Melayu pada ketika itu terutamanya apabila orientalis Barat berkecenderungan menonjolkan kepentingan sumbangan karya-karya sastera zaman pra-Islam, khususnya Hinduisme yang dianggap telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap sejarah dan kebudayaan Melayu. Menurut Al Attas (1978) dalam Muhd Norizam Jamian (2015), pengenalan dan penerapan falsafah serta pemikiran Barat semakin memutuskan kegiatan sastera daripada tradisi persuratan Melayu zaman Islam, apabila orientalis Barat memperkenalkan istilah “moden” dan “baru” yang merujuk kepada period kesusasteraan Melayu selepas kehadiran Barat. Kesannya apabila “Kesusasteraan Melayu Moden” itu diperkayai dengan genre-genre sastera dari Barat seperti novel, cerpen, sajak yang sekaligus menenggelamkan bentuk-bentuk sastera pada zaman sebelumnya. Tegasnya, kehadiran pengaruh Barat ini telah menghilangkan ciri-ciri keluwesan dan kedinamikan bentuk-bentuk karya zaman Islam, yang fungsinya dianggap saling melengkapi antara satu sama lain. Tuntasnya, pembahagian sastera klasik dan moden sebenarnya berubah mengikut cara berfikir dan pemikiran masyarakat. Masyarakat yang semakin ke hadapan membawa bersama kemajuan dalam bidang sastera terutamanya untuk melepaskan diri daripada ikatan tradisional kepada bentuk yang lebih moden agar tidak ketinggalan zaman. Namun ini bukan bermakna sastera klasik terus mati bersama-sama perubah zaman. Kesusasteraan Melayu masih lagi menjadi sastera rujukan utama untuk mengetahui cara pemikiran masyarakat lama sebagai perbandingan dengan masyarakat kini, di samping menjadi khazanah berharga yang membuktikan kewujudan suatu bangsa yang bernama Melayu. Pengaruh-pengaruh yang menguasai karya-karya dalam kesusateraan Melayu pula membentuk jalurjalur wama bagai pelangi. Namun, kepelbagaian wama itulah yang menjadikannya begitu unik dan sekali gus kita dapat menikmati beraneka genre dan sub-sub genre dalam kategori puisi mahupun prosa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu.

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

RUJUKAN A. Zainoor Ismail. (Disember 2016). Rakaman Sejarah Kesusasteraan Tanah Air. Dewan Sastera. 15. Abdul Latif Abu Bakar (2008).https://www.utusan.com.my/rencana/perjalananpanjangsasteramelayu 1.127080. Diakses pada Februari 26, 2017. Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Dsitributors Sdn. Bhd.

Harun Jaafar (2003). Prosa Melayu Klasik : Telaah Persoalan dan Fungsi. Jurnal Bahasa. 8. 40-43.

Hassan Malik. (20 November 2014). Pesona Eropah Pada Zaman Peralihan Sastera Melayu. Sinar Harian. 10.

Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Pengajian Melayu 4: Kesusasteraan dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Zariat Abdul Rani (2006). Kehadiran Barat dan Kesannya Terhadap Kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. 17. 333-335. Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa : Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi. 31. 2. Shahnon Ahmad. (1993). Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. S.M. Zakir. Perkembangan Sastera Di Alam Melayu. https://nusacentre.wordpress.com/rencanaperkembangan-sastera-di-alammelayu. Diakses pada Mac 28, 2017. Zalila Syarif & Jamilah Hj. Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BMMB 3033 KESUSASTERAAN MELAYU

LAMPIRAN

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20

More Documents from "mohd izwan hafizi"

Rph T5 27.08.18.docx
June 2020 4
Esei 1.docx
June 2020 7
Notre Jeunesse Qu
November 2019 48
Said
June 2020 28