BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
Tugasan 1: (25%) Penulisan Esei 1
Ilmu semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa sama ada secara lisan mahupun tulisan. Kajian makna ini dapat dilakukan pada peringkat kata, frasa ataupun ayat. Ilmu semantik telah hadir sejak zaman Yunani lagi. Walau bagaimanapun, perkembangan semantik di Malaysia mula rancak pada tahun 1980-an. Secara individu anda dikehendaki membincangkan sejarah perkembangan ilmu semantik dan kelewahan dalam makna bahasa Melayu berdasarkan pelbagai sumber yang sahih. Panjang tugasan anda ialah 1000 patah perkataan.
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
1.0 Pendahuluan Perbincangan pada kali ini menyentuh tentang sejarah perkembangan ilmu semantik yang berlaku sejak zaman Yunani sehinggalah berkembang di Malaysia. Pertumbuhan ilmu semantik ini membawa kepada penciptaan sejarah yang baharu sebagai salah satu lagi cabang ilmu linguistik selain bidang morfologi, sintaksis dan fonotik. Melalui sejarah perkembangan semantik inilah wujudnya teori-teori dan pendekatan semantik dalam merungkai makna yang berbentuk tulisan mahupun ujaran. Jadi, berdasarkan teori dan pendekatan yang muncul dalam bidang semantik dapat menghuraikan kelewahan dalam makna
bahasa
Melayu.
Kelewahan
sering
terjadi
apabila
penutur
atau
penulis
menyampaikan sesuatu yang tentunya mempunyai makna tersendiri. Kelewahan dalam makna bahasa Melayu ini telah dinyatakan oleh Trask (1996) dalam Zaharani Ahmad (2016) iaitu suatu keadaan yang berlebih-lebihan yang melibatkan pengulangan atau penambahan unsur bahasa yang tidak diperlukan. Oleh itu, kewujudan ilmu semantik terdahulu membawa kepada penciptaan sejarah perkembangannya dan unsur kelewahan makna dalam bahasa Melayu dapat dirungkai dengan menggunakan ilmu semantik.
2.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik Titik permulaan sejarah perkembangan bidang semantik berlaku dengan kemunculan perkataan daripada kata kerja bahasa Yunani yang membawa maksud “menandai” atau “melambangkan”. Istilah ini diperkenalkan dalam bidang semantik oleh Michael Brail (1883) menerusi S. Nathesan (2016). Istilah semantik kemudiannya telah diperluas menjadi satu kajian tentang makna dan telah diserap masuk sebagai salah satu cabang linguistik. Asalnya, perkembangan bidang semantik ini hanya dikaji pada peringkat harfiah yang meliputi perihal makna dan kepentingannya oleh kebanyakan ahli falsafah seperti Socrates, Aristotle, Gorgias dan Phytagoras. Contoh jelas dapat dilihat kajian yang dilakukan oleh Plato (Faridah Nazir dan Faiziah Shamsuddin, 2016) bahawa bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandungi makna-makna tertentu menerusi karyanya yang bertajuk Crafylus. Namun, semantik mula dititikberatkan pada awal abad ke-19 dan ke-20 dengan memberi penekanan kepada kajian terdahulu yang mementingkan perubahan makna kepada masalah deskriptif dan struktur dalaman semantik. Seterusnya, ilmu makna ini mencapai kemuncaknya dengan penghasilan karya Gustaf (1931) menerusi S. Nathesan (2016) yang bertajuk “Meaning and Change of Meaning with Special Reference to the English Language” yang mengemukakan tentang analisis faktor semantik pada peringkat asas. Kebanyakan kajian makna dipelopori oleh ahli falsafah pada ketika itu kerana ahli bahasa beranggapan
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
bahawa pengertian makna tidak dapat dikaji secara terus berasaskan fakta sebenar seperti yang berlaku pada bidang fonologi, sintaksis dan morfologi. Maka, sebarang pendekatan atau teori semantik tidak dapat dikembangkan pada masa itu. Seterusnya, pada selepas tahun 1950, banyak penyelidikan dan kajian makna telah diperluas sama ada di luar mahupun dalam negara. Misalnya, pada tahun 1951 di Nice, Perancis, keputusan telah dibuat untuk menempatkan semantik di bawah disiplin linguistik dan bukannya di bawah bidang falsafah. Hal ini membawa maksud bahawa pendekatan yang digunakan banyak menyentuh tentang perbendaharaan kata dalam mentafsir makna kerana ingin memberi ruang kepada bidang semantik untuk berkembang maju. Walau bagaimanapun, perkembangan bidang semantik agak lambat di Malaysia berbanding dengan bidang linguistik yang lain seperti morfologi, fonologi, fonetik dan sintaksis (Nor Hashimah Jalaluddin, 2014). Hal ini kerana kajian berkenaan dengan bidang semantik kurang dilaksanakan tidak seperti bidang-bidang linguistik yang lain. Keadaan tersebut berkait rapat dengan perkembangan bidang semantik di luar negara. Perbezaan pendapat mengenai skop bidang semantik turut mempengaruhi perkembangan bidang tersebut secara amnya. Farizah Nazir dan Faiziah Shamsuddin (2016) turut menyatakan bahawa ketiadaan pakar dalam bidang semantik seperti mana dalam bidang morfologi dan sintaksis menyebabkan usaha untuk memperkembang bidang tersebut mengalami kesukaran. Usaha-usaha dalam memperkenalkan ilmu semantik di Malaysia ini banyak diketengahkan oleh pakar linguistik tanah air iaitu Nor Hashimah Jalaludin (1994) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa tahap perkembangan semantik di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu semantik falsafah dan semantik linguistik. Peringkat pertama iaitu semantik falsafah banyak dijalankan oleh ahli falsafah seperti Ogden, Richard, Carnap dan Korzybski yang memberi penekanan makna dari sudut falsafah. Manakala, semantik linguistik pula dipecahkan kepada empat peringkat yang bermula dengan Semantik Struktural, Semantik Generatif dan Interpretif, Semantik Formal dan terakhir sekali Semantik Sistem Penuh. Setiap peringkat memperlihatkan kelebihan dan kelemahan tersendiri sehingga tiba ke peringkat terakhir iaitu Semantik Sistem Penuh menghubungkaitkan ilmu semantik dan pragmatik bagi memperoleh makna yang lebih sempurna. Jadi, dapat dilihat bahawa perkembangan semantik di Malaysia sejajar dengan perluasan ilmu semantik di luar negara yang semakin mantap dari aspek pemberian makna. 3.0 Kelewahan Makna dalam Bahasa Melayu Kelewahan ialah berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Sering kali kelewahan terjadi sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Menurut
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
Hasnah Mohd Saleh (2017), bahawa hal ini berlaku demikian kerana pengguna tidak menyedari bahawa dalam bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang mengandungi makna “banyak”, iaitu lebih daripada satu orang, benda, perkara atau sebagainya. Maka, kelewahan makna dalam bahasa Melayu boleh terjadi dalam bentuk pengulangan perkataan, penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan dan kehadiran kata sendi nama secara berturutan. Kelewahan yang pertama dapat dilihat dalam akhbar Metro bertarikh 28 Ogos 2018 iaitu ‘Demi untuk generasi hari ini tidur lena.’ Berdasarkan ayat tersebut, jelas wujud unsur lewah dalam kata sendi nama yang hadir secara berturutan. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (1997) mengatakan bahawa kata sendi nama demi yang bermaksud tujuan tidak boleh digabungkan bersama kata sendi untuk yang juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, untuk menjadikan ayat tersebut gramatis, salah satu kata sendi nama mesti digugurkan menjadi seperti berikut: a. Demi generasi hari ini tidur lena. b. Untuk generasi hari ini tidur lena.
Kelewahan yang seterusnya melibatkan penghasilan karya tulisan Farid Poniman, Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini (2010) bertajuk Menjadi Pemimpin Super iaitu ‘Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah memperbesarkan wadah kita.’ Fenomena kelewahan makna yang berlaku dalam ayat di atas ialah aspek makna leksikal (makna kamus) yang merujuk kepada kata kerja memperbesarkan. Gandingan imbuhan perkan telah membawa kepada terbitan yang lewah. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (1997) juga menyatakan bahawa kata terbitan memperbesarkan dianggap tidak gramatis kerana bersifat lewah. Jadi, untuk menjadikan struktur ayat tersebut gramatis, salah satu imbuhan per- atau –kan hendaklah digugurkan menjadi seperti berikut: a. Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah membesarkan wadah kita. b. Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah memperbesar wadah kita. Selain itu, kelewahan kata nama yang hadir secara serentak yang membawa makna klewahan. Banyak karenah-karenah 4.0 Kesimpulan Natijahnya, dengan kewujudan ilmu semantik sebagai sebahagian disiplin linguistik telah membawa kepada perkembangan sejarah semantik mengikut zaman dan peringkatperingkat tertentu. Penemuan teori dan pendekatan semantik dihasilkan menerusi kesepakatan tokoh-tokoh linguistik yang banyak membuat penyelidikan diperingkat dalam
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
dan luar negara. Disamping itu, penemuan unsur kelewahan makna dalam bahasa Melayu juga merupakan sebahagian subdisipilin dalam bidang semantik yang boleh membawa fenomena kelewahan makna apabila diujarkan atau dalam bentuk penulisan.
Zaharani
Ahmad (2016) juga bersetuju bahawa penggunaan bahasa yang lewah itu dianggap tidak gramatis dan gejala itu menyalahi peraturan dan sistem tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, ilmu semantik wajar diketengahkan dan diangkat sebagai salah satu bidang linguistik yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam bahasa Melayu daripada aspek pemaknaan.
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU
TUGASAN 1
RUJUKAN Farid Poniman, Indrawan Nugroho & Jamil Azzaini. (2010). Menjadi Pemimpin Super. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Faridah Nazir & Faiziah Shamsuddin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Hasnah Mohd Saleh. (2017). Frasa: Elakkan Penggunaan yang Lewah. Majalah Pendidik. Nathesan S. (2016). Teori Semantik dan Kajian Kepustakaan Terhadap Semantik Leksikal. Jurnal Bahasa. 109. Nik Safiah Karim & Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (1994). Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Palmer F.R. (1992). Semantik, Penterjemah: Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. (2016). Perubahan Morfologi dalam Tiga Edisi Kamus Dewan. Jurnal Bahasa. 421. Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar. Jurnal Antarabangsa. 4(1).