Tugasan 1 (30%).docx

  • Uploaded by: ZAKARIA BIN MAT ISA pju17C319
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 (30%).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,847
  • Pages: 7
1.0 PENGENALAN

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘knowledge worker’ dalam era revolusi maklumat abaf ke 21.

Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya. Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan. Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat.

Walaubagaimanapun, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satu profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adakah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek. Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 20132025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM. 1

1.0 PERANAN GURU DALAM MENINGKATKAN PROFESION KENDIRI DALAM PROFESIONAL PERGURUAN

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Perubahan atau penambaikan sistem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa. Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara .

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 - 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita. Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang berikut, iaitu : a) pengetahuan (murid yang berpengetahuan) b) Kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) c) Kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) d) Kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) e) Etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) f)

Identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan). 2

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan, guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut. Gurulah yang berperanan

memastikan

muridnya

berpengetahuan,

mempunyai

kemahiran

berfikir,

berkeupayaan memimpin, menguasai dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh, serta murid yang beridentiti nasional. Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 - 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang. Oleh hal yang demikian, guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melahirkan kesemua hasrat tersebut .

Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM. Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i - Think perlu dimanfaatkan secara serius. Hal ini demikian kerana, untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma, sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan. Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui PdP . Dalam proses tersebut, murid didedahkan pelbagai jenis soalan termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek bagi mencapai pendidikan bertaraf anatarabangs.

Dalam PdP, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu. Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, khususnya untuk memastikan kanak-kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi, guru perlu memainkan peranan. Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing - masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti PdP dalam membimbing murid agar menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Walaupun begitu, usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar. Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka. Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan 3

sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca. Oleh itu, guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka. Guru juga harus menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca .

PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting, maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Justeru, Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti PdP berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid menjadi insan yang mempunyai ciri kepimpinan dalam diri.

PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 4

tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu. Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan. Maka di sinilah peranan guru merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Dengan itu guru Bahasa perlu bekerjasama rakan-rakan sekerja dan panitia, membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.

5

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakanrakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

6

4.0 RUJUKAN

Abd. Fatah Hassan (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors. Abdullah Sani & Kumar, P (1990). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Ahmad Mahdzan Ayob & Noran Fauziah Yaakub (1992). Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch (1990). Kurikulum dan Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Omardin Ashaari (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia; Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ting Len Siong dan Muhamad Sidek Said (2007). Ingin Menjadi Guru. Puchong: Ilmu Media Trade. West-Burham, J & O’Sullivan, F (2006). Leadership and Professional Development in Schools. London: Pitman Publishing.

7

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20
Tugasan 1
May 2020 17

More Documents from ""

Esei 700.docx
May 2020 1
Esei 300.docx
May 2020 1
Essay Bi Boh.docx
May 2020 1
November 2019 66