Titas Esei 1.docx

  • Uploaded by: Amad
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Titas Esei 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,621
  • Pages: 8
1.0 PENGENALAN

India Muslim di Malaysia merupakan sebuah komuniti minoriti dari kalangan Muslim di Malaysia. Mengikut perangkaan daripada keseluruhan populasi Muslim di Malaysia, mereka adalah etnik Muslim kedua terbesar selapas Melayu, manakala ketiga terbesar adalah daripada bangsa Cina (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Walaupun di Malaysia masyarakat Muslim keseluruhannya mempunyai kepercayaan dan cara hidup Islam yang sama, namun dari sudut budaya dan identiti jasmani (fizikal) adalah berbeza. Apa yang ingin dibangkitkan ialah, walaupun masyarakat India Muslim sudah lama berhubung dan menetap di Tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu, namun hakikatnya masyarakat Melayu tidak mengenali mereka secara lebih mendalam. Masyarakat India Muslim dan India-Hindu di Tanah Melayu misalannya adalah tidak sama dari segi proses kedatangan. Masyarakat India Muslim tiba atas hubungan perdagangan. Berbeza dengan kedatangan India-Hindu secara dominannya melalui pengambilan buruh-buruh oleh kolonial Briton (British). Jika diimbas kembali sejarah, kedatangan India Muslim ke Tanah Melayu adalah disebabkan faktor perdagangan. Setelah Islam datang ke tanah India, perdagangan di kalangan orang India mula dikuasai oleh pedagang-pedagang India Muslim dari Bengal, Gujerat dan Coromandel khususnya selepas abad ke 15 M (Ragayah, 1997; Arasaratnam, 1980; Pillai & Subramaniam, 2009).

1

2.0 SEJARAH PENGHIJRAHAN

Kedatangan masyarakat India Muslim ke Malaysia seawal tahun 1402

Masihi. Pada

peringkat awal kedatangan masyarakat India Muslim ini lebih kepada menjalankan aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Kedatangan pedagang ini melalui jalan laut dan menjadikan pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai pintu masuk dan penempatan awal mereka.. Masyarakat India Muslim lebih sinonim dengan gelaran ‘mamak’.Perkataan ‘mamak’ dikatakan bermula apabila masyarakat tempatan mengambil kecederungan penutur bahasa Tamil dalam kalangan India Muslim yang menggunakan perkataan maama.Perkataan ini digunakan untuk memanggil mereka yang lebih tua iaitu pak cik. Sejak itu, pelabuhan-pelabuhan ini menjadi lokasi utama mereka menjalankan urusan perniagaan secara meluas dan pesat ke seluruh Tanah Melayu. Mereka sebahagian besar pelabuhan-pelabuhan tersebut dalam urusan

menguasai

perdagangan dan

perkapalan. Dengan kedatangan mereka juga mula terbina masjid dan sekolah agama kerana ketika itu terdapat ramai mubaligh dan tokoh agama dari India yang turut datang bersama mereka. Malah ada tokoh agama dari India ini yang dilantik menjadi penasihat agama kepada sultan dan pembesar negara. Pada tahap awal iaitu antara abad ke-13 hingga abad ke-19, kehadiran India Muslim bukan sahaja kerana aktiviti perdagangan tetapi juga bersifat keagamaan dan aktiviti penyebaran Islam turut menjadi agenda utama. Peranan mereka dalam perkembangan Islam bukan sahaja dapat dilihat di Tanah Melayu tetapi juga hampir di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di Sumatera. Keprihatinan mereka dalam aspek agama dapat dilihat usaha-usaha mereka menyebarkan agama Islam melalui sistem pendidikan serta penubuhan madrasah dan masjid.

2

3.0 KESAN ASIMILASI TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

Asimilasi merupakan aspek pencampuran sesuatu budaya dengan budaya yang lain. Masyarakat India Muslim di Malaysia ini juga memainkan peranan penting dalam bidang makanan. Hal ini kerana, kepesatan restoran Mamak ini melahirkan satu fenomena menarik di Tanah Melayu. Identiti makanan masyarakat India Muslim seperti ‘mee goreng mamak ’ ini secara langsung mengakui bahawa restoran yang diusahakan merupakan perkembangan yang penting bagi masyarakat ini di Tanah Melayu. Selain bidang makanan, masyarakat India Muslim turut terbabit dalam aktiviti perniagaan tekstil, percetakan, perniagaan barang kemas dan pertukaran mata wang asing. Masyarakat India Muslim di negara ini dapat dikategorikan kepada tiga kelompok. Pertama ialah, masyarakat India Muslim yang telah berkahwin dengan orang Melayu dan telah berasimilasi dengan budaya dan kehidupan Melayu. Kelompok ini dikenali sebagai Jawi Peranakan. Kedua ialah, masyarakat India Muslim yang tidak berkahwin dengan orang Melayu tetapi berasimilasi dengan budaya dan cara hidup Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.Kelompok ketiga ialah masyarakat India Muslim yang masih mengekalkan tradisi dan budaya mereka menggunakan bahasa Tamil dan janya boleh bertutur bahasa Melayu secara ringkas. Sejarah telah membuktikan bahawa semenjak beratus-ratus tahun yang lampau, hubungan perdagangan antara negara India dengan negara-negara Asia Tenggara berlaku secara meluas. Malahan kehadiran pedagang India dan Muslim ke rantau Asia Tenggara dan

ke Tanah Melayu disifatkan sebagai satu tahap perubahan dalam menunjukkan

perubahan dalam adat perkahwinan di mana perkahwinan campur telah mula berlaku. Pada masa itulah muncul golongan India Muslim ini.

3

4.0 PERGAULAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT

Pergaulan India Muslim dengan masyarakat setempat dapat dilihat dari aspek bahasa. Menurut

responden

yang

telah

ditemubual,

Encik

Muhydin

Bin

Abdullah

yang

mengusahakan perniagaan kedai makan di Sungai Buloh, apabila beliau bergaul dengan masyarakat sekeliling mereka akan bercakap dalam bahasa Melayu. Contohnya, apabila pelanggan yang datang merupakan kaum Melayu, secara automatiknya beliau akan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelanggannya itu. Perkara ini secara tidak langsung akan berlaku interaksi sosial antara kedua-dua kaum yang berbeza. Hal ini kerana apabila mereka saling bertutur sesama mereka, mereka akan dapat berlajar antara satu sama lain dari aspek gaya percakapan yang berbeza. Perkara ini dapat disokong oleh Nazari (2014), beliau berpendapat bahawa semasa individu atau insan yang berbeza kaum berinteraksi, perkara ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun berbeza bangsa. Selain itu masyarakat india juga telah berlaku melalui penubuhan parti politik yang telah diasaskan oleh kaum India Muslim. Menurut Encik Muhydin juga, parti politik yang dikenali sebagai Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM) ini akan bertindak sebagai wadah mewakili hasrat dan keperluan semua rakyat tidak mengira kaum namun tumpuan utama ialah untuk membela nasib kaum India Muslim. Penubuhan parti ini merupakan satu langkah kehadapan kerana secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kaum India Muslim ini dengan masyarakat setempat sekiranya mereka menjadi ADUN untuk mewakili masyarakat kawasan setempat yang diamanahkan dan mampu memakmurkan negara serta memupuk perpaduan antara kaum.

4

5.0 PEKERJAAN DAN PERGANTUNGAN EKONOMI Pada zaman sekarang apabila ana-mana pihak bercakap mengenai India Muslim atau mamak memang lazimnya dikaitkan dengan restoran nasi kandar dan warung kopi namun ramai yang tidak merujuk kepada pekerjaan professional yang melibatkan kaum India Muslim ini termasuklah bidang pembangunan dan pemerintahan Malaysia. Sejak masyarakat itu menetap di Tanah Melayu, mereka seperti kaum lain telah merasai zaman susah dan senang. Mereka telah banyak menyumbang terutama dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Selain itu, masyarakat India Muslim telah melahirkan tokoh bahasa yang hebat seperti Munsyi Abdullah yang menetap di Melaka pada zaman penjajahan Inggeris. Ada juga dalam kalangan golongan itu yang berkecimpung dan mencatatkan kejayaan dalam pelbagai bidang lain seperti penyanyi dan komposer tersohor, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur dan bekas Ketua Menteri Sabah. Dalam sejarah Malaysia, banyak masyarakat India Muslim yang berjaya dalam perniagaan. Antara syarikat dan jenama dikenali ramai adalah Darul Ehsan Property, Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Kumpulan Syed, Pasar Raya Mydin, SaudagarSaudagar Kertas, Percetakan Zafar dan Kumpulan Barkath. Rahsia kejayaan golongan itu dalam perniagaan sering menjadi tanda tanya dan selalu wujud pelbagai persepsi salah walaupun masyarakat India Muslim telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sebenarnya, budaya perniagaan golongan itu tidak hanya tertumpu pada ringgit dan sen semata-mata. Budaya niaga yang menjadi warisan keluarga adalah berasaskan kepada pelbagai strategi yang telah terbukti berjaya mengekalkan perniagaan dalam apa jua situasi. Budaya itu mempunyai teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari keuntungan semata-mata. Jadi jelaslah disini kita boleh simpulkan bahawa masyarakat India Muslim ini sememangnya menjadikan perniagaan sebagai sumber pergantungan ekonomi tetapi tidak menolak bahawa mereka juga memberi sumbangan dalam memperkembangankan politik dan ekonomi di Malaysia.

5

6.0 PENGARUH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM INTERAKSI SOSIAL

Pengaruh bahasa Melayu dalam interaksi sosial India Muslim di Malaysia, ialah kaum ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan untuk berinteraksi sesama mereka. Kaum Jawi Peranakan yang kebanyakkannya berasal dari Pulau Pinang lebih selesa dengan penggunaan dialek daerah Pulau Pinang (Mohd Imran dan Abdul Qayyum, 2016). menurut beliau lagi, gaya pertuturan India muslim atau Jawi Peranakan ini lebih ekspresif yang digunakan oleh orang Melayu lain di Pulau Pinang, dengan bahasa jasmani ‘body language’ dan gerak badan yang tersendiri. Perkara ini berlaku dalam interaksi sesama kelompok. Perkara ini menjelaskan bahawa apabila mereka bertutur, terdapat ketinggian suara serta intonasi dalam pertuturan akan terhasil, hal ini merupakan penanda identiti kaum yang dipengaruhi oleh cara pertuturan kaum India Muslim. Satu ciri pembeza yang dapat digunakan bagi membezakan pertuturan orang berketurunan Jawi Peranakan adalah penghasilan fonem /r/. Hal ini kerana dalam penyebutan awal /r/ pada awal dan tengah kata dalam kalangan dialek Jawi Peranakan bersifat getaran alveolar, manakala /r/ di posisi yang sama dalam dialek Melayu Pulau Pinang

lebuh berbunyi frikatif uvular,

contohnya dialek Kedah. Namun, bunyi /r/ di hujung kata, seperti sudah menjadi umum dialek Pulau Pinang, dihasilkan dengan sengau glotal.

7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Malaysia adalah sebuah negara unik yang berlatarbelakangkan masyarakat berbilang kaum dan agama. Kepelbagaian inilah yang mencerminkan aspek keindahan Malaysia yang seharusnya diraikan sesama kita dengan sikap berlapang dada dan perasaan muhibah. Masyarakat India Muslim telah berhijrah dari selatan India pada awal abad ke-10 dan kebanyakannya menetap di Semenanjung Malaysia. Sejak dari awal lagi golongan itu telah menjadi tulang belakang untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang berbudi pekerti yang luhur, kita tidak seharusnya mendiskriminasi kaum India Muslim ini kerana mereka juga mempunyai hak yang sama rata seperti kaum lain di Malaysia.

6

8.0 RUJUKAN

Arasaratnam S. 1980. Indians in Malaysia and Singapore. Oxford University Press.

Auni A. 2001. Islam dan Perdagangan dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darulfikr Sdn. Bhd.

Azharudin M.D. 2008. Sejarah masyarakat India Muslim di Malaysia: satu tinjauan awal. Dlm.

Sivachandralingam Sundara. (Pnyut.). Sejarah Masih Relevan pp: 259-

293. Shah Alam: Karisma Publication.

Faisal M.S. & Zamri M. 2008. Rahsia bisnes mamak. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hanafi D. 1985. Politik dan budaya India Muslim di Pulau Pinang: satu persoalan teoritis ethnisiti. Dlm. Khoo Kay Kim, Mohamad Abu Bakar, Abdullah Zakaria Ghazali, Zainal Abidin Borhan, Adnan Nawang & Jazamuddin Baharuddin (Pnyut). Malaysia Masa Kini. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. pp. 20 – 26. TEMU BUAL Encik Muhydin Bin Abdullah. 2019. Masyarakat india muslim di Malaysia. Temu bual, 21 Maci, di Sungai Buloh, Selangor

7

LAMPIRAN

RESPONDEN TEMUBUAL

NAMA: ENCIK MUHYDIN BIN ABDULLAH UMUR: 47 TAHUN PEKERJAAN: PENGUSAHA KEDAI MAKAN LOKASI: SUNGAI BULOH, SELANGOR

8

Related Documents

Titas Esei 1.docx
October 2019 14
Titas
June 2020 22
Titas
May 2020 28
Titas
October 2019 30
Titas
August 2019 86
Esei
June 2020 35

More Documents from ""