Tinta Jumaat Isu 15 (27 November 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 15 (27 November 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,010
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-15/901127 27 NOVEMBER 2009 10 Zulhijjah 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORSELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430 H.. Pihak JKKK Kg. Saman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong penerbitan risalah ini sejak 15 minggu yang lalu. Sehingga kini sebanyak 15 isu telah diterbitkan dengan sebanyak dua (2) lampiran khas cadangan penduduk disertakan iaitu pada Isu 10 (Asas Solat, Doa & Surah Dalam Rumi) dan 14 (Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail). Setinggi-tinggi penghargaan kepada individu berkenaan yang masih ada jiwa tanggungjawab terhadap perkembangan masyarakat kita. -Editor

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.”

ALLAH SWT BERFIRMAN : "DAN JANGANLAH SEKALI-

KALI KAMU (MUHAMMAD) MENGIRA, BAHAWA ALLAH LALAI DARI APA YAN GDIBUAT OLEH ORANGORANG YANG ZALIM. SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBERI TANGGUH KEPADA MEREKA SAMPAI HARI YANG PADA WAKTU ITU MATA (MEREKA) TERBELALAK". SURAH IBRAHIM (Ayat 42)

BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN 2009-2011 Penasihat

En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi

En. Abdul Noor B. Abdul Rajun T. Pengerusi

En. Said Bin Kani Penolong Setiausaha

En. Syafie B. Abdul Noor Ahli Jawatankuasa

Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin En. Awang Basar B. Diki Pn. Les Bt. Ibrahim Pn. Rusinah Bt. Hj. Jijat Pn. Maslah Bt. Sinjan Dengan Kerjasama

Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor

aeSALNO

-HARI RAYA AIDILADHA : ERTI SEBUAH PENGORBANANKORBAN di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa. Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s. Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda SAW

-KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAHKELEBIHAN 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertimana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 13, Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu „Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tiada suatu hari pun,

amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, „Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).” Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah). Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi

BERTEKAD MENJAYAKAN WAWASAN

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)

Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan. Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal. Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata -mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.

ANTARA AMALAN YANG DIANJURKAN 1.

Menunaikan ibadah haji dan „umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.

2.

Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari „Arafah

3.

Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir pada Allah SWT.

4.

Bertaubat dan meninggalkan segala ma‟siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah.

5.

Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.

6.

Disyari‟atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah.

7.

Solat Hari Raya Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah.

RENUNG-RENUNGKAN…. “Tak Mampu Buat Semua, Jangan Tinggal Semua!!”

FIKIR-FIKIRKAN…. “Apabila Perut Penuh, Nescaya Tidurlah Fikiran”

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 15/27/11/2009 10 ZULHIJJAH 1430 H

-BERPOLITIK SEBAGAI FARDHU KIFAYAHBERPOLITIK itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ia adalah fardu kifayah. Rasulullah dan para sahabat pun berpolitik demi amanah Islam. Apa yang dikeji ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasardasar agama. Maka bukan semua hasrat dan keinginan mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam. Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji. Nabi Yusuf pun pernah meminta jawatan dalam negara Mesir. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 55-56: (maksudnya): Yusuf berkata: Jadikanlah aku mentadbir per-

bendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. Jelas, Nabi Yusuf meminta jawatan, bahkan menyata-

kan ciri-ciri kelayakan yang dimiliki olehnya demi membolehkan dia mendapatkan jawatan tersebut. Tindakan ini tidak dianggap salah kerana tuntutan keadaan atau keperluan semasa zamannya. Kata al-Imam alQurtubi (meninggal 671H): “Sesungguhnya Yusuf hanya meminta kuasa

setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikan dan menyampaikan hakhak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain.” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr). Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) juga menyebut bahawa meminta jawatan atas tujuan kemaslahatan agama bukanlah sesuatu yang dilarang oleh syarak (lihat: Ibn Taimiyyah, Majmu‟ah alFatawa, 8/68, Riyadh: Maktabah al-Abikan). Bahkan seseorang itu mendapat pahala jika dia inginkan jawatan itu kerana sedar akan kelayakan dirinya yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk umat dan menyelamatkan mereka dari kerosakan atau kezaliman, atau bimbang jawatan tersebut akan dikuasai oleh seseorang yang tidak layak atau zalim. Jika kita lihat para pejuang sebelum dan selepas kemerdekaan, mereka menuntut jawatan politik, tetapi demi kepentingan umat dan rakyat bukan untuk kemewahan diri. Semoga Allah memberikan ganjaran untuk mereka.

-DAJJAL : KHUTBAH RASULULLAH SAWDARI Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. "Di antara tipu dayanya itu

juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga." (Bersambung Isu Akan Datang)

“Jawatan kepimpinan adalah amanah dan beban. Ia menimbulkan kegerunan dalam setiap hati yang menyedari besarnya bebanan kedudukan politik pada hari Allah menghitung amalan manusia nanti.”

Sertai KOMUNITI SINAR di:

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

TEKA-TEKI PILIHAN

SURAH AL-JUMU’AH (AYAT 9-11)

1.

Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?

2.

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang boleh bertelur dan beranak? Kira dua alam lah.

9. Hai orang-orang yang beriman, apabila diseur untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada meningat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

3.

Antara huruf A sampai Z, mana huruf yang boleh kahwin?

10. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah, dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

4.

Banyak-banyak lubang, lubang apa yang rasanya nikmat, hangat dan nyaman?

5.

Binatang apa yang power dalam bab berkarate?

11. Dan apabila mereka melihat perniagaan atas permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah “Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan”, dan Allah sebaik-baik Pemberi rezeki. Pihak JKKK menggalakkan mana-mana individu untuk mengunjungi Laman Web/Blog Kg. Saman Untuk Memberi Pandangan Dalam Soal Pengurusan Kg. Saman & Komuniti Jembulang Saman :

www.kampungsaman.blogspot.com

JAWAPAN : 1. Air Terjun 2. Siput Babi 3. I dengan U 4. LU BANGun pagi-pagi, tarik selimut pastu tidur balik. 5. Kuda Belang

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents