Tinta Jumaat Isu 12 (06 November 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 12 (06 November 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,934
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-12/901106 06 NOVEMBER 2009 18 Zulkaedah 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORSALAM perjuangan kepada semua komuniti Jembulang Saman. TJ pada minggu ini menyentuh sedikit berkenaan hubungan manusia dan alam sekitar. Seringkali kita memandang mudah perkara untuk menjaga alam sekitar, sehingga acap kali perbuatan merosakkan alam sekitar dilihat adalah lebih senang untuk dilaksanakan. Justeru, dengan sedikit pengetahuan sebegini akan dapat memberi kesedaran dalam diri setiap bagi kita, untuk samasama menjaga alam sekitar untuk kesejahteraan kampung khususnya. Siapa Lagi Kalau Bukan Kita!!!!! -Editor

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.”

FIRMAN ALLAH SWT : " ALLAH, TUHAN

YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA DALAM ENAM MASA, KEMUDIAN IA BERSEMAYAM DI ATAS ARASY, KAMU TIDAK AKAN BEROLEH SEBARANG PENOLONG DAN PEMBERI SYAFAAT SELAIN DARIPADA ALLAH, OLEH ITU TIDAKKAH KAMU MAHU INSAF DAN MENGAMBIL IKHTIBAR ( UNTUK MENCAPAI KEREDHAANNYA)?.” ( SURAH SAJADAH, ayat 4 ) BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN

-HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITARMANUSIA dan alam mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat. Kehidupan manusia di muka bumi ini memerlukan sumber alam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, keperluan manusia untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya, adalah bersumberkan tumbuhantumbuhan, binatang ternakan, pokok-pokok kayu, hutan rimba belantara, hasil perut bumi, minyak, gas, segala bentuk logam dan sebagainya, kesemuanya memberi manfaat kepada kehidupan dan keperluan manusia dari dahulu hingga sekarang. SUBHANALLAH, Maha Kaya dan Maha Agung kekuasaan Allah SWT. Manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran semenjak dari zaman Nabi Adam AS sehinggalah sampai ke hari ini telah melalui perubahan zaman, peradaban dan ketamadunan, dan zaman ini yang telah mencapai Era pemodenan sains dan teknologi, telah membuktikan kecerdikan akal manusia melalui penerokaan ilmu serta penghasilan ciptaan-ciptaan atau rekaan-rekaan berbentuk material, kajian-kajian, penemuan-penemuan baru dan sebagainya. Kesemua sumber alam ini telah memberi manfaat dan asas kepada kita dalam mengejar kemajuan, pembangunan dan kekayaan yang sedang kita nikmati pada hari ini. Begitu panjang masa berlalu dan sumber alam dimanfaatkan ke tahap yang maksimum, maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini, bumi telah mengalami pencemaran dari segala aspek baik di udara, di darat mahu pun di lautan akibat dari aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal. Hutan yang menghijau diteroka dan ditebang, bukit bukau dirata dan digondol, pembangunan terus berlumba-lumba dan

tanpa disedari ianya mengundang bencana dan malapetaka kepada manusia. Dan mungkin kita sebahagian diantara manusia yang mengejar kemajuan dan pembangunan, telah melakukan kerosakan di atas muka bumi sama ada kita sedari atau pun sebaliknya. Kesedaran orang ramai terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar masih ditahap rendah, terutama sikap TAK APA terhadap menjaga kebersihan. Apabila berlaku sesuatu musibah seperti penularan wabak penyakit taun, denggi atau sebagainya di satu-satu kawasan, puncanya kerana pengabaian terhadap aspek kebersihan atau berlakunya bencana alam apabila hujan lebat melanda menyebabkan berlaku tanah runtuh atau banjir kilat, contohnya beberapa tahun lepas, ibu kota dilanda banjir yang mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda yang banyak, begitu juga berlaku pembuangan sisa-sisa toksik atau air tercemar yang tidak dirawat oleh kilang-kilang industry, melakukan pembakaran secara terbuka dan sebagainya, yang mana gambaran-gambaran ini menyebabkan berlakunya pencemaran, maka barulah kita sedar bahawa alam sekitar yang dikurniakan kepada kita ini perlu dipelihara. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ruum, ayat 41 :

“Telah Nampak Kerosakan Di Bumi Dan Di Laut Disebabkan Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah

-CERITA TELADAN : IKTIBAR DARI BUAH TEMBIKAI-

Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin

PADA suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. "Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO

BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN

FIKIR-FIKIRKAN….

RENUNG-RENUNGKAN….

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf “Janganlah Engkau Mengharap Selain lebih baik daripada sedekah yang diiringi Kepada ALLAH Dan Janganlah Engkau Takut Selain Kepada Dosamu” dengan perkataan yang menyakitkan”

RAKAN KOMUNITI (belia & remaja amat digalakkan): RK DAFTAR(jarak)NAMA(jarak)NO.IC & HANTAR KE 013-5934110

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 12/06/11/2009 18 ZULKAEDAH 1430 H

-BELIA AKAN HILANG FITRAH KEMANUSIAAN DENGAN DADAHUMAT Islam yang berjaya dan beruntung ialah umat Islam dan keluarga yang hidup dalam suasana fitrah kemanusiaan yang selari dengan prinsip ajaran Islam. Manakala manusia yang rugi ialah apabila fitrah kemanusiaannya menjadi rosak dan mengubah tingkahlakunya menjadi keji dan merosakkan akidah mereka. Persoalan besar timbul di sini ialah, apakah jemaah dan kita semua membuat penilaian sejauh mana kehidupan kita benar-benar selari dengan prinsip ajaran Islam?. Banyak faktor yang membawa kemusnahan dan penyelewengan fitrah manusia. Antaranya penglibatan manusia dengan perkara yang diharamkan Allah SWT. Berdasarkan dalil al-Qur'an, hadith, dan penemuan pakar-pakar perubatan, jelas menyatakan perkara yang diharamkan oleh Islam telah merosakkan adab, tatasusila keluarga, masyarakat, dan ketamadunan manusia. Apa yang nyata, perkara yang haram merosakkan kesempurnaan fitrah manusia. Hari ini, berbagai pelakuan yang dahsyat timbul akibat daripada penyalahgunaan dadah. Apa yang mendukacitakan kita ialah seseorang penagih itu sanggup mati, mencuri, merompak, meragut, mencedera bahkan membunuh orang lain. Dengan demikian, dadah bukan sekadar merosak akal fikiran dan pertimbangan manusia, tetapi juga menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga, dan agama. Semua ini adalah tanda-tanda manusia kehilangan fitrah taraf kemanusiaan mereka. Kami ingin menyeru terutamanya ibu bapa agar mengambil berat tentang pergerakan anakanak dan bertindak tegas dalam menyusun kehidupan mereka, lebih-lebih

lagi remaja. Menurut sumber Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pada tahun 2008 di dapati seramai 8,569 orang penagih baru yang dikesan adalah terdiri daripada golongan belia dan remaja yang berumur antara 13 dan 39 tahun. Justeru sebagai ibu bapa yang menjadi tunjang kekuatan keluarga, marilah kita membimbing kehidupan keluarga kita supaya berada dalam landasan fitrah yang menepati kehidupan umat yang bertamadun. Selain itu, semua pihak diseru agar mempergiatkan usaha membanteras kepupusan generasi muda yang berkualiti di negara ini. Sekiranya jiwa umat ini dimakmurkan dengan elemen ketamadunan, nescaya rakyat sihat negara berkat. Ingatlah, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 91:

Maksudnya: " Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak menimbulkan

permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?."

-PERISTIWA ZULKAEDAH : PERJANJIAN HUDAIBIYAHBERLAKU tahun Ke 6 H. Mengikut ahli sejarah Islam, Ibnu Hisyam di dalam kitabnya Sirah An-nabi, Jilid 3 , halaman 365-367 kata Ibnu Ishak kata Az-zuhri orang musyrikin Quraisy telah mengutus Suhail bin Amru supaya berjumpa dengan Rasulullah SAW dengan membawa pesanan seperti ini "Datanglah kamu menemui Muhammad, adakan perjanjian damai (as-sulh). Dalam perjanjian damai itu hendaklah dimasukkan butiran-butiran ini". Pda tahun ini hendaklah dia pulang, demi Allah janganlah dikalangan orang-orang arab bercakap mengatakan bahawa dia berhasil masuk ke tempat ini (mekah) dengan kekerasan". Suhail bin Amru datang berunding dengan Rasulullah SAW dengan panjang lebar untuk mendapatkan natijah yang baik daripada perdamaian itu. Rasulullah SAW memanggil Saidina Ali bin Abi Tholib sebagai penulis perjanjian damai Hudaibiyah itu. Orang-orang musyrikin dan muslimin sama-sama menyaksi perjanjian tersebut. Nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis Bismillahi ArRahmani Ar-Rahim, maka kata Suhail, berhenti !, Aku tidak kenal "ArRahman Ar-Rahim". Tulislah Bismikallahumma maka baginda Rasulullah menyuruh Saidina Ali menulis Bismikallahumma. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali menulis inilah perjanjian damai di antara Muhammad Rasulullah SAW. Kata orang-orang musyrikin Quraisy, berhenti ! Dan sapu perkataan Muhammad Rasulullah SAW. Jika kami mengakui kamu Rasulullah SAW maka tentu kami tidak memerangi kamu. Sapu olehmu perkataan Rasulullah SAW. Maka Saidina Ali tidak mahu menyapu perkataan Rasulullah. Mengikut ahli ilmu hadis Muhammad Fuad Abdul Baqi di dalam kitabnya, Al-Lu'lu' wal Marjan, jilid 2, halaman 244, Rasulullah SAW sendiri menyapu tulisan perkataan Rasulullah SAW dengan tangan baginda sendiri. Kata Suhail tulislah nama kamu dan nama bapa kamu. Mengikut ahli sirah, Abu Hasan Ali Al-Husni An-Nadawi di dalam kitabnya As-Sirah An-Nabawiah halaman 279 setelah selesai perjanjian damai hudaibiyah itu disempurnakan maka Rasulullah SAW berkorban menyembelih unta dan bercukur kepala baginda kemudian diikuti oleh

para sahabat Rasulullah SAW tidak puas hati dengan isi kandungan perjanjian damai hudaibiyah itu kerana dirasakan merugikan umat Islam di samping melihat orang-orang musyrikin Quraisy telah meletakkan syarat yang begitu ketat. Manakala sahabat Rasulullah SAW yang sangat tidak puas hati mengenai perjanjian ini ialah Saidina Umar Al-Khattab. Kemudian Saidina Umar Al-Khattab kembali menemui Rasulullah SAW dan mengulangi semula dialognya dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi dengan nada yang amat kesal, maka Rasulullah SAW menjawab kepada Saidina Umar Al-Khattab dengan sabdanya ." Sesungguhnya aku ini hamba Allah dan Rasul-Nya, aku tidak akan melanggar perintah-Nya dan Dia tidak akan menyesatkan aku !"Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada seluruh sahabat-sahabatnya, "Sabarlah kamu sesungguhnya Allah menjadikan perdamaian ini sebagai sebab zahir agama-Nya".

ANTARA KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH 1)

Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

2)

Jika mana-mana orang Quraisy menyerah kepada Muhammad tanpa izin walinya maka hendaklah dikembalikan kepada wali mereka.

3)

Mana-mana orang Islam pengikut Muhammad menyerah kepada orang-orang Quraisy tidak dikembalikan.

4)

Mana-mana dari masyarakat Arab yang ingin mengadakan perjanjian dengan orang Quraisy atau dengan Muhammad dibolehkan.

5)

Kita tidak boleh serang menyerang, curi mencuri dan khianat mengkhianati di antara satu sama lain.

6)

Tahun ini Muhammad dan pengikutnya hendaklah pulang meninggalkan Mekah menakalah tahun berikutnya boleh memasuki Mekah selama tiga hari. Tidak dibenarkan membawa pedang kecuali pedang yang berada di dalam sarung sahaja.

SURAH AL-HAJJ (AYAT 63-66)

TEKA-TEKI PILIHAN

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

1.

Negeri Apa Banjir Dulu, Baru 63. Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Hujan?

2.

Kenapa kepintaran lebih 64. Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungpenting pada perempuan guhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji. berbanding kecantikannya? 65. Apakah kamu tiada melihat bahwasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi Kenapa Anjing Kencing Ang- dan bahtera yang belayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan Dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan denan izin-Nya? Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih Lagi kat Sebelah Kaki? Maha Penyayang kepada manusia. Apa Binatang, Badan Kecil Macam Semut, Tapi Mata 66. Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari nikmat. Besar Macam “BULB”?

3. 4.

5.

Banyak-Banyak Ikan, Apa Ada Bulu Ketiak?

Ikan Semua Individu (Khususnya Belia) Adalah Digalakkan Untuk Menyuarakan Pendapat Dan Pandangan Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Soal Pengurusan Kampung :

www.kampungsaman.blogspot.com

JAWAPAN : 1. BAH...RAIN 2. Sebab Lelaki Bodoh Lebih Ramai 3. Takkan Nak Angkat Dua Belah Kaki? 4. Semut mata bengkak 5. Ikan Duyung

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents