Tinta Jumaat Isu 04 (11 September 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 04 (11 September 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,839
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT “Merasakan Diri Anda Lemah Adalah Titik Untuk Memajukan Diri “

JKKKKS-BKA-TJ-04/909011 11 SEPTEMBER 2009 21 Ramadhan 1430 H

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Musa r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

-DARI MATA PENA EDITORISU kali ini memaparkan sedikit sebanyak berkenaan NUZUL AL-QURAN dan LAILATUL-QADAR, untuk kita sama-sama bukan hanya untuk mengingati malah menginsafi kedua-dua peristiwa agung dalam bulan Ramadhan. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Ini jelas dengan peristiwa-peristiwa yang dijadikan Allah SWT, seringkali meletakkan kepentingan umat pada yang utama. Justeru, sebagai hambaNYA yang lemah, kita perlu mensyukuri rahmat Allah SWT, untuk sama-sama beribadat dan membuat kebaikan dalam satu unit berwawasan, terutamanya dalam bulan Ramadhan yang dirahmati ini. (buat sampai jadi!)— Editor

-NUZUL : DARI “ATAS” KE BAWAH“Perumpamaan Bagi Rumah Yang Dibacakan Padanya Ayat-Ayat Allah Dengan Rumah Yang Tidak Dibacakan Padanya Ayat-Ayat Allah Seumpama Orang Hidup Dengan Orang Mati”.

BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO

PERISTIWA nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan „Nuzul‟ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. „Al-Quran‟ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata „Al-Quran Mukjizat Akhir Zaman‟ atau „Al-Quran Yang Mempunyai Mukjizat‟. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam AlQuran. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril AS ialah lima ayat pertama daripada surah Al-„Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-„Alaq:1-5)

FIKIR-FIKIRKAN…. “Waktu Kamu Lahir, Kamu Menangis Dan Orang Sekelilingmu Tersenyum, Jalanilah Hidupmu Sehingga Dirimu Meninggal, Kamu Tersenyum Dan Orang Sekelilingmu Menangis”

1. 2. 3. 4. 5.

FAKTA-FAKTA MENARIK Otak akan lebih aktif ketika tidur daripada ketika anda menonton tv. Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang sudah mati. Pulau terbesar di dunia ialah Greenland. Semua benua di dunia bermula dengan Huruf A dan berakhir dengan huruf A. Makanan yang paling disukai oleh lipas ialah gam di belakang setem.

-HUBUNGAN NUZUL AL QURAN & LAILATUL QADARLAILATUL-QADAR ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami telah

menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam LailatulQadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (al-Qadar:1-5) Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

AJAIBNYA AL-QURAN : PERKATAAN BERULANG DALAM AL-QURAN : 1) DUNIA = 115 kali; AKHIRAT=115 kali 2) MALAIKAT=88 kali; SYAITAN=88 kali. 3) KEHIDUPAN=145 kali; KEMATIAN=145 kali 4) LELAKI=24 kali; PEREMPUAN=24 kali 5) LAUT=32 kali; DARAT=13 kali. Jika dicampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "LAUTAN" dan "DARATAN", jumlahnya adalah 32+13 = 45. JIKA DIBUAT PENGIRAAN MUDAH : 1. LAUTAN : 32/45x100= 71.111111111 % 2. DARATAN : 13/45x100= 28.888888888 % Angka di atas tidakkah sama dengan pandangan ahli sains kini yang menyebut keluasan LAUTAN sebanyak 70% dan DARATAN adalah 30 %??

RENUNG-RENUNGKAN….

PEMBERITAHUAN!!!! :JKKK Kampung Saman mengalu-alukan setiap individu untuk melayari laman blog Kg. Saman :

“Biar Cakap Sedikit Tapi Bersama Bukti, Biar Tak Banyak Cakap, Tapi Buktinya Nampak”

kampungsaman.blogspot.com

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 04/11/09/2009 21 RAMADHAN 1430 H

-DENGKI, CEMBURU, IRI HATI MACAM IBLISRasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman kepada Musa putera Imran A.S, “Wahai Putera Imran! Janganlah kamu dengki kepada manusia atas apa

-apa yang Aku anugerahkan kepada mereka dari kurnia-KU. Janganlah engkau bersenang hati memandang hal yang demikian itu. Dan jangan kamu turuti nafsumu untuk itu. Kerana sesungguhnya seorang pendengki itu marah kepada nikmat-nikmat-KU. Seorang pendengki itu adalah orang yang tidak menyukai pemberian-KU, yang telah KU berikan kepada hamba-hambaKU” Semua orang mengetahui bahwa dengki, iri atau sifat cemburu adalah sifat yang buruk. Tapi apa sebenarnya dengki atau iri itu? Dengki mungkin boleh didefinisikan sebagai satu emosi atau perasaan yang wujud ketika seseorang melihat dirinya memiliki kekurangan dan melihat orang yang lain memiliki kelebihan yang tidak dimilikinya. Kelebihan orang lain yang dimaksudkan adalah dalam bentuk-bentuk seperti kualiti kecerdasan, keperibadian, dan tidak terkecuali harta. Orang yang dengki kebiasaannya ingin memiliki apa yang tidak dimilikinya tetapi tidak pula berusaha untuk mendapatkannya.

Ketika Allah SWT mengangkat Nabi Adam AS sebagai khalifah di muka bumi, Iblis merasa sangat kecewa, kerana dia berharap dirinyalah yang diangkat sebagai khalifah, namun Allah SWT mengangkat makhlukNya yang baru diciptakan, Adam AS. Kedengkian muncul di dalam diri Iblis. Dia merasa dia jauh lebih mulia dari Adam AS, dan lebih lama beribadat kepada Allah SWT. Imam al-Shadiq as berkata, “Sebelum memudaratkan orang yang

didengki, seorang pendengki telah mendapatkan kemudaratannya lebih dulu, sebagaimana Iblis (yang dengki kepada Adam as) lebih dahulu mendapat laknat (dari Allah) karena kedengkian kepada Adam AS.”

Rasulullah SAW bersabda, “Ingatlah! Janganlah kalian memusuhi

nikmat Allah! Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, siapa pula orang yang memusuhi nikmat Allah?”, Jawab Rasul saww, “(yaitu) orang-orang yang dengki.”

PAGI 11 Sepember 2001, dua menara kembar World Trade Center dilanggar dua pesawat jet komersial dan secara ajaib runtuh secara TopDown menyembah bumi. Mengimbas kembali kejadian yang berlaku ke atas serangan mengejut bangunan (WTC) banyak teori dan pendapat berbeza diketengahkan oleh segelintir pihak. Lebih kurang 3,000 orang dianggarkan mati semasa kejadian itu berlaku. Semua pesawat yang digunakan dalam serangan itu, dikatakan telah dirampas oleh para pengganas terutama al-Qaida. Benarkah tuduhan ini atau ada dalang disebaliknya?. Sehingga hari ini setelah genap 8 tahun, kesan psikologi sangat buruk terhadap Islam. Semoga kita lebih menghargai keharmonian hidup berkomuniti di Malaysia.

punilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

-IBLIS MULA BERAKSI<Sambungan dari minggu lepas>

SESUAI dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah SWT dari Syurga akibat bantahannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selamalamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia. Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahawa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal. Diulangulangilah pujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan. Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata. "Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar. Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami

sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Am-

TEKA-TEKI PILIHAN 1.

2.

3.

4.

Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Batang apa berlubang-lubang, atas tirus bawah kembang, kadang tegak, kadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

adalah musuh bagi sebahagian yang lain, kamu dapat terus hidup dan tetap tinggal di sana sehinggalah sampai waktu yang ditentukan”.

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. (Bersambung Minggu

Hadapan : Siri Akhir : Pengajaran Dari Kisah Adam A.S)

SUMBER : Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

-TERJEMAHAN SURAH PILIHAN-

SURAH AL-HUMAZAH (AYAT 1-9) 1.

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

7.

Yang (membakar) sampai ke hati.

8.

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

9.

(sedang mereka itu) diikat pada tiangtiang yang panjang.

2.

Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya1601

3.

Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya,

4.

Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

5.

Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

DI SEMAK :

6.

(iaitu) api yang (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,

P/s : Terima Kasih Kepada Yang Memberi Komen!!

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Apa bezanya jatuh pokok dengan jatuh perigi?

Selepas member pengampunan kepada Adam dan Hawa, Allah SWT berfirman : “Turunlah kamu ke bumi, di mana sebahagian kamu

1601). Maksudnya mengumpul dan menghitunghitung harta yang kerananya dia menjadi kikir dan tidak mahu menafkahkannya ke jalan Allah SWT.

Artikel Yang Pernah Diterbitkan Boleh Juga Diperolehi Di Laman Blog :

JAWAPAN : 1.Seluar Panjang 2.Hidung Koranglah! 3.Lampu Rumah Jiran Korang 4.Jatuh Pokok : (Naik Dulu Baru Jatuh) Jatuh Perigi : (Jatuh Dulu Baru Naik).

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

suduplastik.blogspot.com -Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents