Tinta Jumaat Isu 13 (13 November 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 13 (13 November 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,984
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-13/901113 13 NOVEMBER 2009 25 Zulkaedah 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORSALAM Satu Malaysia. Mesyuarat Khas AJK Induk JKKK Kg. Saman minggu lalu, membuka lembaran baru dalam sistem pengurusan Kampung Saman khususnya, dengan merombak Biro-Biro JKKK dengan satu matlamat untuk bergerak lebih aktif. Menyedari hakikat matlamat pembangunan utama dalam Islam adalah membangunkan sumber manusia, justeru strategi untuk memperkasakan sistem pengurusan komuniti perlu dicongak sebaik mungkin sebagai pemacu masa depan komuniti yang lebih cemerlang. <Siapa Lagi? Kalau Bukan Kita!!> -Editor

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.”

FIRMAN ALLAH SWT :“HAI ORANG-

ORANG YANG BERIMAN, JANGANLAH KAMU MEMAKAN HARTA SESAMAMU DENGAN JALAN YANG BATIL, KECUALI DENGAN JALAN PERNIAGAAN YANG BERLAKU DENGAN SUKA SAMA SUKA DI ANTARA KAMU, DAN JANGANLAH KAMU MEMBUNUH DIRIMU ; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENYAYANG KEPADAMU” . ( SURAH AN NISAA’, ayat 29 ) BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN 2009-2011 Penasihat

En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi

En. Abdul Noor B. Abdul Rajun T. Pengerusi

En. Said Bin Kani Penolong Setiausaha

En. Syafie B. Abdul Noor Ahli Jawatankuasa

Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin En. Awang Basar B. Diki Pn. Les Bt. Ibrahim Pn. Rusinah Bt. Hj. Jijat Pn. Maslah Bt. Sinjan Dengan Kerjasama

Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor

aeSALNO

BERSAMA MENJAYAKAN WAWASAN

-PEMBANGUNAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAMISLAM tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan asalkan cara pembangunan itu dicapai, diurus, ditadbir dan dimanfaatkan adalah tidak melampaui batas-batas hukum yang dibenarkan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian

sendiri di mana Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada rukun sebab dan musabab yang mencetuskan natijah tersebut. Firman Allah SWT. yang bermaksud:'“Telah nampak kerosakan di darat dan

capai kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek dengan niat untuk memperlihatkan keceriaan ummah dari segi fizikal, kerohanian, kesatuan, keselamatan, kebebasan, keterbukaan, ketenteraman, kebijaksanaan, kesihatan dan perpaduan. Dengan demikian akan terbukti betapa Islam adalah satu-satunya panduan hidup yang mampu memberi dan menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Akan tertolaklah tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam kononnya Islam adalah agama yang menolak kemajuan dan hanya sesuai untuk mereka yang berputus asa dan bebal sahaja. Dalam pada itu, Islam tidak mahu pembangunan dan kemajuan yang palsu yang dibina atas asas yang rapuh iaitu kerakusan mengaut kekayaan peribadi, menindas, mengugut, rasuah, menipu, tamakkan kuasa atau mencetuskan permusuhan di kalangan rakyat. Islam telah menggariskan sifatsifat, keperibadian, budaya, imej dan sistem nilai yang perlu disemai, diamal dan dihayati oleh semua agenagen pembangunan sama ada dalam merancang, menilai atau meluluskan satu-satu projek yang hendak dilaksanakan dalam sesebuah negara. Mereka semua tidak sewajarnya mengutamakan aspek material dan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan manusia dan makhluk seluruhnya. Pembangunan sewajarnya mendatangkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua dan tidak pula menimbulkan apa-apa kerosakan, kerugian dan kebinasaan kepada mana-mana makhluk baik di daratan, lautan dan udara. Allah SWT telah memberi ingatan kepada manusia bahawa apa jua kerosakan di muka bumi adalah angkara dari perilaku manusia itu

Oleh itu, apa jua bentuk pembangunan hendaklah tidak menimbulkan kesan sampingan yang lebih mendatangkan bahaya daripada faedah kepada manusia dan makhluk yang lain. Di dalam kaedah Islam sekiranya sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan itu jelas akan mencetuskan banyak keburukan dari kebaikannya maka rancangan tersebut perlulah dibatalkan. Dalam pada itu, Islam memberikan jalan keluar dari kesempitan terutama pada saat yang kritis sehingga tidak diwajibkan menjalankan kewajipan yang telah ditetapkan dan diperbolehkan melanggar sesuatu ketentuan agama dalam keadaan kesempitan itu. Hal ini dijelaskan di dalam kaedah usul fiqh: 'Keadaan darurat itu membolehkan yang diharamkan'. Ini kerana terkadang manusia tidak dapat melaksanakan apa yang diperintahkan Islam dalam keadaan sempit (darurat) kerana jika dikerjakan juga akan terjadilah suatu kemaksiatan yang lebih besar lagi. Kelonggaran (rukhsah) dalam Islam ini membuka jalan kepada mencapai tingkat pembangunan, kesempurnaan dan kecemerlangan sesuai dengan kemampuan dan fitrah manusia itu sendiri di pelbagai zaman, masa dan di sebarang tempat.

kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui” (Al-Baqarah: 188). Umat Islam perlu men-

FIKIR-FIKIRKAN.. “Bukan Semua Yang Manis Itu Manis, Adakalanya Di Hujung Lidah Terasa Manis,Di Hujung Tekak Menjadi Pahit” RENUNG-RENUNGKAN…. “Mempertajamkan Kapak Seminit Itu Lebih Baik Daripada Menghayunkan Kapak Yang Dempak Setiap Hari”

di laut disebabkan perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” Surah ArRum : 41) Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri” (An-Nisaa’: 79).

MATLAMAT PEMBANGUNAN DALAM ISLAM 1) Membangunkan Sumber Manusia Pembangunan Islam mesti menyediakan tenaga manusia dan barisan pelapis yang mencukupi untuk melaksanakan pembangunan yang cemerlang. 2) Meningkatkan Kualiti Hidup Peningkatan kualiti hidup masyarakat dalam pembangunan sesebuah negara datangnya dari usaha setiap pihak iaitu bermula dari individu, keluarga & masyarakat sehinggalah kepada pihak berkuasa yang memerintah. 3) Memanfaatkan Pengeluaran Yang Berguna Seluruh kejadian yang terdapat di alam ini adalah untuk dipergunakan dan untuk kemudahan manusia menjalani kehidupan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menjadikan bagi kamu seluruh kejadian di bumi ini” (Al-Baqarah: 29) Pengeluaran yang bermanfaat sama ada hasil galian, hasil tanaman atau hasil industri merupakan salah satu ciri keistimewaan bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi satu tuntutan Islam.

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 13/13/11/2009 25 ZULKAEDAH 1430 H

-DAKWAH : KAEDAH BARU DI ZAMAN MULTIMEDIAKALAU dilihat dan diikuti perkembangan Islam dari dahulu sampai sekarang, ternyata bahawa para da'i khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan nampaknya tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini. Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. Malah jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan telivisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya. Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banayak untuk menjayakannya. Pengwujudan Koridor Raya Multimedia adalah bukti nyata penerimaan tersebut. Masyarakat umat

Islam mestilah menerima bahawa multimedia adalah penting dalam penyebaran dakwah Islamiah pada masa ini. Namun dalam mempastikan ianya benar-benar berfungsi dan berkesan, ada beberapa masalah yang mesti diatasi. Masalah-masalah itu ada yang berkaitan dengan peribadi, struktur organisasi dan hubungan kerjasama antara berbagai pihak yang terlibat. Masalah yang agak ketara kini ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu menggunakan teknologi ini. Akibatnya mereka lambat menyesuaikan diri samada untuk menyedia dan menyebar bahan-bahan dakwahnya dan juga lambat untuk memberi jawapan kepada berbagai masalah yang ditimbulkan menerusi media ini. Kurang keupayaan dalam menguasai bahasa Inggeris, juga merupakan masalah yang menyebabkan penggunaan multimedia kurang diminati oleh kalangan para da'i dan ulama Islam di negara ini. Sikap ini mungkin ada hubungan dengan apa yang terdapat dalam pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'.

Dakwah ialah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam, menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah dan pendekatan tertentu'. Multimedia ada beberapa definisi, antaranya ialah 'Penggunaan dua atau lebih jenis media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat'.

-PERISTIWA HAJI WIDA : HAJI TERAKHIR RASULULLAH SAW’PERISTIWA Haji Wida' berlaku pada tahun kesepuluh Hijrah. Ia dinamakan demikian ialah kerana Nabi SAW kembali ke rahmatullah setelah beberapa ketika baginda mengerjakan ibadat Haji tersebut. Peristiwa Haji Wida' bermula selepas Nabi SAW kembali dari peperangan Tabuk, baginda mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq r.a sebagai seorang pemimpin untuk memimpin rombongan Haji manakala baginda pula menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyambut kedatangan rombongan kafilah Arab yang tidak putus-putus mengunjungi baginda dari seluruh pelusuk semenanjung Tanah Arab untuk menyatakan baiah mereka dan pengislaman mereka. Kemudian Nabi SAW mengutuskan beberapa orang para sahabat bersama dengan setiap rombongan untuk mengajar perkara agama kepada mereka. Apabila baginda merasakan bahawa Islam telah tersebar ke seluruh negara Arab malah menjangkau ke negara-negara persekitarannya, baginda terasa ingin mengerjakan ibadat Haji sambil mengajar cara-cara untuk mengerjakan ibadat Haji kepada umat Islam dalam bentuk praktikal, menyampaikan nasihat yang baik kepada mereka serta memberikan kupasan mengenai syariat Islam dan matlamatnya kepada mereka di dalam khutbah baginda. Setelah itu baginda bertolak dari bandar Madinah pada tahun kesepuluh Hijrah kemudian berniat Ihram Haji dan Umrah di Zul Hulaifah. Umat Islam yang mengikuti Baginda pada masa tersebut adalah seramai lebih dari seratus ribu orang. Rombongan tersebut memperlihatkan suasana yang sangat menarik dan semangat serta diberi penghormatan oleh sejarah sebagai suatu sanjungan dan penghargaan. Inilah dia orang yang memulakan dakwahnya secara berseorangan dan bangsa Arab yang sebelumnya mereka semua berdiri menentang Baginda malah mereka memerangi baginda dengan menggunakan apa sahaja yang mereka miliki, berlegar-legar di sekitar Baginda dan berjalan di belakang Baginda serta Baginda memimpin

2. 3.

4. 5.

FAKTA-FAKTA PENTING HAJI WIDA’ HAJI WIDA’ BERLAKU PADA TAHUN KE SEPULUH HIJRAH. HAJI WIDA’ ADALAH SATU-SATUNYA HAJI YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW SELEPAS DILANTIK MENJADI RASUL. DALAM HAJI WIDA’, RASULULLAH SAW MENYAMPAIKAN KHUTBAH TERAKHIR YANG SARAT DENGAN PRINSIP-RINSIP UMUM ISLAM, SEBELUM BAGINDA WAFAT.

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

TEKA-TEKI PILIHAN 1.

mereka di dalam keadaan penuh tawaduk, penuh ketatan, kasih dansayang. Selepas berihram, Nabi SAW menyampaikan khutbah kepada rombongan yang sangat besar tersebut. Baginda memberi nasihat kepada mereka dan mengajar mereka cara-cara untuk mengerjakan ibadat Haji di mana baginda bersabda kepada mereka: Yang bermaksud: Kerjakanlah ibadat Haji kamu sebagaimana aku kerjakan. Untuk pengetahuan juga, Haji wida' adalah satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas dilantik menjadi rasul. Apabila umat Islam mendengar beruta bahawa baginda akan mengerjakan haji pada tahun itu maka umat Islam seluruh pelusuk Tanah Arab berbondong-bondong turun mengerjakan haji sehingga dianggarkan oleh ahli sejarah bilangan mereka hingga mencapai seramai 24,000 orang kesemuanya. Dalam haji tersebut Rasulullah s.a.w telah memberikan khutbah terakhir yang mesti dihafal oleh semua penuntut ilmu lantaran kandungannya mengandungi prinsip-prinsip umum Islam.

SURAH AN NAML (AYAT 87-90) Bila kecik dia hitam, sudah 87. Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan di besar dia jadi putih. segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghaCD karaoke apa yang selalu dap-Nya dengan merendahkan diri. orang cari? 88. Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan Kalau seorang, sendiri tahu. sebagai jalannya awan. (Begituhlah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap seKalau berdua, dua-dua sama suatu ; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan. tahu. Tiada siapa tahu, kecuali seorang. Kalau berem- 89. Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka dia memperoleh (balasan) lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari kejutan yang dahsyat pat, lagilah tak tahu. pada hari itu. Kenapa hidung lembu berair? 90. Dan barangsiapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam Cari punya susah, sudah daneraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan. pat, buang. Pihak JKKK menggalakkan mana-mana individu untuk mengunjungi Laman Web/Blog Kg. Saman Untuk Memberi Pandangan Dalam Soal Pengurusan Kg. Saman & Komuniti Jembulang Saman :

www.kampungsaman.blogspot.com

JAWAPAN : 1. Micheal Jackson 2. CD Yang Hilang 3. Kentut 4. Lembu Tak Tahu Guna Tisu. 5. Tahi Hidung.

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents