Tinta Jumaat Isu 14 (20 November 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 14 (20 November 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,962
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-14/901120 20 NOVEMBER 2009 03 Zulhijjah 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORALHAMDULILLAH… untuk ke sekian kalinya kita dapat bertemu dengan bulan Zulhijjah, bermakna lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1431. Sudah semakin baikkah amal ibadat kita pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini? Justeru bagi menambah keinsafan kita terhadap kebesaran Allah SWT, JKKK Kg. Saman kali ini menerbitkan lembaran kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Semoga dengan lembaran ini, kita dapat merasai semangat ketaatan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT. -Editor

“YA ALLAH, TERANGKANLAH HATI ANAK-ANAK PENDUDUK JEMBULANG SAMAN YANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN. PERMUDAHKANLAH BAGI MEREKA UNTUK MENJAWAB SETIAP SOALAN, SEMOGA DENGAN RAHMAT-MU, MEREKA MEMPEROLEH KEJAYAAN. AMIN.” FIRMAN ALLAH SWT :

-ZULHIJJAH : BULAN TERAKHIR DALAM TAHUN HIJRAH-

"SESUNGGUHNYA KAMI

ZULHIJJAH ialah bulan terakhir dalam kalendar Islam. Dari segi bahasa, ianya bermaksud 'bulan haji' kerana kewajiban haji ditunaikan pada bulan ini. Rentetan itulah, bulan ini agak istimewa berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga mempunyai banyak kelebihannya tersendiri seperti yang diterangkan dalam banyak hadith. Antaranya ialah kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud ".....Sesiapa yang berpuasa pada salah satu daripada hari-hari

TELAH MENGURNIAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) KEBAIKAN YANG BANYAK (DI DUNIA DAN DI AKHIRAT) OLEH ITU, KERJAKANLAH SEMBAHYANG KERANA TUHANMU SEMATA-MATA DAN SEMBELIHLAH KORBAN (SEBAGAI BERSYUKUR) SESUNGGUHNYA ORANG YANG BENCIKAN ENGKAU, DIALAH YANG TERPUTUS (DARI MENDAPAT SEBARANG PERKARA YANG DIINGININYA)". SURAH AL-KAUSAR (AYAT 1-3) BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN 2009-2011 Penasihat

En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi

En. Abdul Noor B. Abdul Rajun T. Pengerusi

En. Said Bin Kani Penolong Setiausaha

En. Syafie B. Abdul Noor Ahli Jawatankuasa

Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin En. Awang Basar B. Diki Pn. Les Bt. Ibrahim Pn. Rusinah Bt. Hj. Jijat Pn. Maslah Bt. Sinjan Dengan Kerjasama

Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor

aeSALNO

BERTEKAD MENJAYAKAN WAWASAN

tersebut (10 hari pertama Zulhijjah) adalah seumpama berpuasa sepanjang tahun, beribadat pada salah satu daripada malam-malam tersebut adalah seumpama beribadat di malam LailatulQadar" (HADIS RIWAYAT TIRMIZI) Selain itu, 9 Zulhijjah dikenali sebagai " Yaumul A'rafah" (hari a'rafah) yang mana ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Berpuasa pada hari A'rafah telah ditekankan oleh Nabi SAW sebagai mustahab ( sunnat yang digalakkan). Berdasarkan sebuah hadith, berpuasa pada hari tersebut akan menjadi sebab pengampunan dosa yang dilakukan sepanjang tahun. Bersesuaian dengan bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama hidupkan bulan ini dengan penuh keimanan, ketaqwaan, pengorbanan dan amal-amal yang soleh. SEJARAH telah merakam berbagai -PERISTIWA DI BULAN ZULHIJJAHperistiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amir duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di Al Mu'minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia bulan ini. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang dibunuh oleh Abu Lu'luah Al Majusi. Dengan itu urusan pernah tercatat di bulan Zulhijjah; kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA. Perlantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah 1. PENYEMBELIHAN NABI ISMAIL AS Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis meA'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap syuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail Khattab sebelum kematiannya. AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia 5. ALI RA MENJADI KHALIFAH KEEMPAT untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan UthLambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan man RA, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada oleh Saidina Ali RA. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunat- khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun kan untuk berkorban menyembelih samaada unta, 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. 2. BAIATUL AQABAH Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia memper- Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu tahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyuSAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah). Sebenarnya kur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijra- dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sehan Nabi SAW ke Madinah. Nabi sudah menyediakan sungguhnya azab-Ku amatlah keras ". pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah (SURAH IBRAHIM : AYAT 7) sebelum berhijrah. Maha Suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah SAW). RENUNG-RENUNGKAN…. 3. BERLAKUNYA HAJI WIDA’ "Orang Yang Sibuk Mengejar KepentinRasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepugan Dirinya Sendiri Akan Mencipta luh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang Banyak Lawan" dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanatFIKIR-FIKIRKAN…. amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan da n a turca ra ke hidupa n di da la m Isla m. “Orang Yang Cemerlang Melihat Ha4. UMAR AL-KHATTAB MENINGGAL DUNIA langan Sebagai Peluang Untuk MenUmar adalah khalifah kedua selepas Abu Bakar RA. Begasah Potensi” liau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 14/20/11/2009 03 ZULHIJJAH 1430 H

-PERIHAL SERTA HIKMAH DI SEBALIK IBADAT KORBANIBADAT KORBAN adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan „ millat nabi Ibrahim‟ dan seterusnya menjadi „Sunat Kifayah‟ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari „Allah‟ s.w.t. Seperti mengerjakan ibadat „fardu‟ dan „sunat‟ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan. WAKTU UNTUK MELAKSANAKAN IBADAT KORBAN Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah „makruh‟ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut. HAIWAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK IBADAT KORBAN Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti „seekor‟ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun. PENGURUSAN DAGING KORBAN Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

SIFAT HAIWAN YANG DIMESTIKAN UNTUK IBADAT KORBAN Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya, tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti di atas. AMALAN SUNAT KETIKA BERKORBAN Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca „Bismillah‟ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan di tempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “ Allahumma haza

minka , hua ilaika, fatakabbal minni”

HIKMAH MELAKSANAKAN IBADAT KORBAN Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah : 1. Melatih dan membentuk mentality kaum muslimin supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain. 2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana yang sering kita ikrarkan dala msembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku, hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah SWT. 3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah SAW menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimin. 4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kerjasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah. 5. Dengan penyembelihan itu sendiri, boleh dinikmati oleh orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Sertai KOMUNITI SINAR di:

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

TEKA-TEKI PILIHAN 1.

Gajah lalu titi patah, lepas SURAH IBRAHIM (AYAT 42kambing pula lalu, apa yang 42. Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperpatah?

2.

Apakah benda bertali, kalau kita yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. pegang ia mati. Kalau kita lepas ia hidup. Namun akan mati juga 43. Mereka datang bergegas-bergegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, jika dibiarkan lama. sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong.

3.

Haiwan apa, perutnya di kepala, 44. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kakinya di kepala, tangannya di kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim : “Ya Tuhan kami, beri tanguhlah kami kepala, bahkan punggungnya (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, nescaya kami akan mematuhi pun di kepala.

4.

Masa kecil berkaki empat, bila telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? besar berkaki dua, bila tua berkaki tiga. Apa tu?

buat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah beri tangguh kepada mereka sampai hari

seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul” (Kepada mereka dikatakan) : Bukankah kamu

Pihak JKKK menggalakkan mana-mana individu untuk mengunjungi Laman Web/Blog Kg. Saman Untuk Memberi Pandangan Dalam Soal Pengurusan Kg. Saman & Komuniti Jembulang Saman :

www.kampungsaman.blogspot.com

JAWAPAN : 1. Patah balik ler… dah tak bleh lalu. 2. Gasing 3. Kutu 4. Manusia

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents