Tinta Jumaat Isu 03 (04 September 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 03 (04 September 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,823
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

Biasa-Biasa Sahaja, Apa Nak Hairan, Kalau Nak Jadi Luar Biasa, Usahanya Tak Bolehlah Biasa-Biasa

JKKKKS-BKA-TJ-03/900940 4 SEPTEMBER 2009 14 Ramadhan 1430 H RALAT : 1. Ulangtahun Kemerdekaan sebenarnya ke-52. Mohon maaf kesilapan dalam ISU 02 (28 Ogos 2009, 7 Ramadhan 1430 H) 2. Cadangan/Komen : SMS : 013-5934110

Rasulullah SAW bersabda: ‫(القرآن شافع مشفع‬ ‫ ومن جعلو‬،‫وماحل مصدق‬ ‫أمامو قاده إلى الجنة ومن‬ ‫جعلو خلف ظهره ساقو‬ )‫إلى النار‬

(Al-Quran adalah rakan yang mampu memberi syafaat dan lawan yang sentiasa membenarkan. Sesiapa yang meletakkannya di hadapannya, ia akan memimpinnya memasuki syurga dan sesiapa yang meletakkannya dibelakang, ia akan menolak orang itu ke neraka) BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin

-DARI MATA PENA EDITORSELAMAT berpuasa. Pihak JKKK Kg. Saman mohon maaf dengan masalah kesilapan nombor SMS : Komen & Cadangan, yang sepatutnya 013-5934110, bukannya 013-5434110. HARAP MAKLUM!!. UPSR minggu depan umpama wisel permulaan bagi musim peperiksaan tahun ini. Justeru atas rasa tanggungjawab, pada isu kali ini TINTA JUMAAT selitkan petua hari-hari terakhir peperiksaan untuk sedikit sebanyak membantu anak-anak kampung kita bukan hanya untuk UPSR malah untuk PMR/SPM/STPM yang akan menyusul kemudian. Semoga dengan terbitnya ISU 03 ini, akan terus menjana akal berasaskan Islam dalam memimpin rohani & jasmani kita dengan matlamat untuk membentuk kehidupan kampung yang harmoni.—Editor

-BERIBADAT 83 TAHUN-

PETUA HARI-HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad LAILATUL QADAR adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat. Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum. Pada malam Lailatul Qadar, Jibrail A.S akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi manamana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini. Sumber : shukur.com

1. JANGAN PANIK 2.TIDUR CUKUP 3. BUAT NOTA RINGKAS 4. MAKANAN BERKHASIAT & SEIMBANG 5. SOLAT HAJAT & DOA

-SEMPURNAKAN ZAKAT FITRAHSEIRING dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat. Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan sebahagian

ZAKAT FITRAH 1430H/2009 BAGI NEGERI SABAH = RM 6.60 hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya. Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Waktu-waktu tertentu umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah:  Waktu Harus : Awal hingga akhir Ramadhan.



Waktu Wajib : Selepas terbenamnya matahari hari akhir Ramadhan.  Waktu Paling Afdal : Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan.  Waktu Makruh : Selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: ”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian

harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (AT-TAUBAH : 103) - Portal Rasmi JAKIM

Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran.

RENUNG-RENUNGKAN….

Editor aeSALNO

“APABILA SEMPURNA AKAL, MAKA AKAN KURANG PERKATAAN” FIKIR-FIKIRKAN….

PERANGAI ORANG KITA

“JIKA TIDAK PERNAH MEMEGANG BERUS CAT, MUDAH SAJA MENGATAKAN MENGECAT ITU PEKERJAAN YANG SENANG”

Sebarang komen, cadangan & sumbangan karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 03/04/09/2009 14 RAMADHAN 1430 H

Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah kepada umat Islam. Ia mempunyai kesan positif dalam mewarnai nilai kemanusiaan yang lebih baik. Abu A'la al-Maududi berkata, bahawa ibadat wajib adalah KEPENTINGAN masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran seperti firman- persiapan bagi manusia untuk melaksanakan ibadat lebih besar yang Nya bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Ibadat yang lebih besar ini antakerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula ranya meliputi aspek pengurusan, perjuangan dan kepemimpinan.

-PUASA DAN PENGURUSAN MASA-

berpesan-pesan dengan kebenaran dan bar.” (Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3).

berpesan-pesan

dengan

sa- Kaitan ibadat puasa dengan pengurusan masa adalah sebahagian

panduan penting untuk seseorang manusia membimbing organisasi dirinya dan masyarakat. Islam sentiasa mengajak umat manusia agar menjadikan perkara duniawi saling berkaitan dengan ukhrawi, tidak ada pemisahan antara kedua-duanya. Puasa mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan di akhirat kelak. Permulaan puasa fardu setahun sekali pada Ramadan menandakan betapa pentingnya untuk setiap manusia Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang menghargai nilai masa yang dianugerahkan Allah berjumlah 365 hari. diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala Solat melambangkan proses penyusunan jadual kerja wajib lima kali amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia. sehari, puasa pula suatu proses perjadualan perjalanan hidup manusia Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: setahun sekali. Kita perlu menyedari bahawa setiap detik yang dilalui adalah perjalanan hidup yang tidak akan kembali. Manusia kadang kala leka menyambut kedatangan musim baru, sedangkan di sebalik kelekaan itu ada panggilan ajal yang bakal menanti tidak lama lagi. Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

“Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan Allah SWT berfirman bermaksud, “Maka sesiapa yang menyaksikan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya diusaha dan dibelanjakan serta apa bulan itu (Ramadan), hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah, yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggung- ayat 185). SEBAGAI PEDOMAN jawab.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

-ADAM AS DIAJAR NAMA BENDA(Sambungan dari ISU 02 ) ALLAH SWT hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam." Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana." Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "Akan keluarlah Dajjal oleh malaikat:"Wahai kepada umatku dan dia akan hidup di Adam! Apa dan siapakah tengah-tengah mereka selama empat makhluk yang berada di puluh. Saya sendiri pun tidak pasti sampingmu itu?" Berkatalah Adam:"Seorang perem- apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun." puan." Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?" tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah." Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."Bersambung minggu hadapan : (IBLIS MULA BERAKSI)

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. Ia ditanya Sumber : Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

-TERJEMAHAN SURAH PILIHAN-

TEKA-TEKI PILIHAN SURAH ALI IMRAN (AYAT 102-106) 1.

2. 3.

4.

Hai orang-orang yang beriman, berBenda apa, masuk segi- 102. tiga, bila keluar ber- takwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya ; dan janganlah sekali-kali kamu gulung-gulung? mati melainkan dalam keadaan beragama IsKuih apa, bungkusnya lam. di dalam, isinya diluar? 103. Dan berpeganglah kamu semuanya Apa persamaan Erra kepada tali (agama) Allah, dan janganlah Fazira & Siti Nurhaliza? kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Aku berjalan di tepi Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa pantai, diatas pasir Jahilliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah tanpa mencecah air. mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Bila ku toleh kebe- kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaulakang, tiada kesan dara : dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daritapak kakiku. Kenapa? padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat -ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

cegah dari yang mungkar217 ; merekalah orang-orang yang beruntung. 105. Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah yang mendapat siksa yang berat. 106. Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan) ; “Kenapa kamu kafir setelah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu. (217) “Ma’ruf” ; segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan “Mungkar” ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.

DISEMAK :

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan men-

JAWAPAN : 1. Seluar Dalam. (ha!ha!ha!) 2. Kuih Salah Bikin. 3. Dua-dua tak kenal korang! 4. Sebab aku berjalan secara mengundur.

*Tinta Jumaat ini dterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents