Tinta Jumaat Isu 06 (25 September 2009)

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 06 (25 September 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,929
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“Biar Cakap Sedikit Tapi Bersama Bukti, Biar Tak Banyak Cakap Tapi Buktinya Nampak “ JKKKKS-BKA-TJ-06/909025 25 SEPTEMBER 2009 06 Syawal 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORPEJAM celik, pejam celik. Hari ini genaplah enam hari kita berada dalam bulan Syawal. Rasanya seperti baru semalam kita bertukar-tukar juadah untuk dihidangkan di masjid, bertarawikh, berbuka dan bersahur bersama. Semoga hari-hari kita selepas ini akan lebih dirahmati sehingga bertemu kembali Ramadhan akan datang. InsyaAllah.< Bergeraklah! Biar Sampai Jadi!> -Editor

-RAHSIA & HIKMAH PUASA ENAM-

Firman Allah SWT : “Dan hendaklah takut

kepada Allah orangorang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka, anakanak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”. (Surah An-Nisaa‟, Ayat 9)

BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO

BAHANG sambutan Aidilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam. Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa. Puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh. Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian

mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim) Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelak-

-PERISTIWA PERANG UHUDSALAH satu peristiwa penting dalam sejarah umat Islam yang berlaku dalam bulan syawal adalah PERANG (GHAZWAH) UHUD. Berapa ramaikah antara kita yang menyedari perang Uhud ini terjadinya dalam bulan Syawal? Dikatakan peperangan Uhud ini berlaku pada hari Sabtu,15 Syawal pada tahun ke-3 Hijrah.Peperangan ini banyak memberi tamparan terhadap umat Islam. Tahukah bagaimana perang ini diberi nama Uhud? Dinamakan peperangan Uhud kerana peperangan ini berlaku di bukit yang bernama Uhud. Bilangan tentera musuh ketika itu adalah seramai 3000 orang. Di kalangan mereka terdapat 17 orang wanita yang diketuai oleh Hindun binti „Utbah. Pada mulanya Rasulullah SAW bersama-sama dengan lebih kurang 1000 tentera Islam berangkat keluar Madinah termasuk 100 tentera berperisai dan 2 tentera berkuda. Ketika di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama-sama 300 orang munafik menarik diri daripada turut berperang bersama tentera muslimin. Namun, perjalanan tetap diteruskan. Sebelum bertemu pihak musuh, Rasulullah SAW telah mengingatkan agar pemanah tidak meninggalkan posisi masing-masing tidak kira walau apa pun yang berlaku. Sebilangan tentera musyrik berjaya ditumpaskan dan akhirnya mereka melarikan diri. Melihatkan tentera musuh yang hilang melarikan diri, kebanyakan tentera Muslimin menyangka bahawa ianya adalah satu ke-

-kan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang. Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith. Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya: Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh. Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya. Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan. Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

PERISTIWA LAIN DALAM BULAN SYAWAL 1) Dikurniakan Aidilfitri. Pada tahun ke 2 Hijrah, tahun puasa difardhukan, Rasulullah mengishtiharkan bahawa 1 Syawal adalah hari kebesaran umat Islam. 2) Perang Khandak Perang Khandak telah berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Khandak membawa erti 'parit'. Nama ini diambil sempena peristiwa umat Islam bersama-sama Rasulullah SAW telah menggali parit di sekeliling Madhinah untuk menghalang tentera kuffar dari melanggar Madinah. 3) Perang Hunain Perang Hunain terjadi pada 3 Syawal tahun kel 8 Hijrah, 15 hari setelah peristiwa Pembukaan Kota Makkah. Selepas Perang Uhud, umat Islam sekali lagi telah mendapat pengajaran yang amat bernilai iaitu kuantiti bukan faktor utama kemenangan. menangan, lalu mereka pun melanggar arahan Rasulullah SAW lalu pergi mengumpulkan harta rampasan perang. Tiba-tiba dalam kesibukan mereka mengumpulkan harta rampasan itu, muncul kembali tentera musuh lalu menyebabkan keadaan menjadi kacau bilau. Ramai tentera Islam yang terkorban antaranya Hamzah iaitu bapa saudara baginda sendiri dan ada juga sebahagian yang melarikan diri ke Madinah semula apabila tersebarnya khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Ramai sahabat yang terkorban dan tercedera ketika melindungi Rasulullah SAW daripada serangan musyrikin ketika itu. Peperangan ini dikatakan satu tamparan kerana menyedarkan kita bagaimana kemenangan pada awalnya berubah menjadi mimpi ngeri yang meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap umat Islam.

Artikel Yang Pernah Diterbitkan Boleh Juga Diperolehi Di Laman Blog : BERTEKAD MENJAYAKAN WAWASAN

www.kampungsaman.blogspot.com

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 06/25/09/2009 06 SYAWAL 1430 H

-WASSATIYAH : SEDERHANA DALAM ISLAM-

RENUNG-RENUNGKAN….

“Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran“ (AL-BAQARAH, AYAT 185)

Rasulullah SAW bersabda : “Andaikan kamu membuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberi keampunan padamu”.

WASSATIYAH atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Rasulullah SAW bersabda dari Anas Bin Malik r.a : “Permudahkanlah, jangan memberat-beratkan, tenangkanlah, janganlah meliarkan…” Arahan ini hendaklah difahami secara ilmiah bukan secara membabi-buta, yang dimaksudkan ialah melaksanakan segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya secara bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara melampaui batas, cuai, mengambil mudah, meringan-ringankan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya. Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan orang lain sehingga menjadi ia satu bida‟ah manakalah meringan-ringankan pula akan mendorong atau menjerumuskannya kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyama-ratakan dengan aktiviti hariannya. Ini bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a, beliau telah berkata :

“Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” - BUKHARI & MUSLIM Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang.

-FIKIR-FIKIRKAN….“Yang Penting Tindakannya, Bukan Apa Yang Hanya Berlegar Di Dalam Fikirannya”.

-TEKA-TEKI PILIHAN1.

2.

3.

4.

-MASJID IBARAT JANTUNG HATI UMAT KENAPA Nabi SAW membina 'Masjid' lebih dulu dari yang lain-lain? Apakah yang lain-lain itu tidak penting atau tidak diperlukan oleh masyarakat. Pasar raya, jalanraya, dewan serbaguna, balai raya, padang bola dan lain-lainnya juga penting dan diperlukan oleh masyarakat. Tetapi 'Masjid' tetap lebih penting dari yang lain-lain. Di sinilah jauhnya pandangan/wawasan Nabi SAW betapa 'Masjid' mempunyai peranan besar dalam kehidupan umat Islam dan orang-orang yang beriman. 'Masjid' adalah ibarat 'jantung hati' bagi seluruh umat Islam. Secara jelas dan umumnya, 'Masjid' adalah pusat bagi kehidupan umat Islam dan masyarakat sekelilingnya dalam segala perkara yang menyangkut apa jua urusan umat Islam. Sebagai tempat beribadat, sembahyang, beriktikaf, mencari ilmu, mendalami ilmu, bermesyuarat, berdiskusi, bermuzakarah dan tempat menguruskan segala macam urusan umat Islam, termasuk urusan perkahwinan, sosial, kaunseling dan sebagainya. Dan lebih besar peranan atau kesannya ialah 'Masjid' merupakan pusat membina dan membentuk manusia beriman dan golongan inilah yang akan membangun ummah, bangsa dan masyarakat sehingga ke tahap individu, keluarga, masyarakat dan ummah yang mampu pula mencipta masyarakat dan negara yang unggul. Cara dan pendekatan Nabi SAW membina dan memanfaatkan institusi 'Masjid' sebagai pusat utama bagi tujuan membentuk umat Islam dalam serba-serbi urusan ummah, mengasuh, mengasah dan mendidik peribadi umat yang mantap iman, tinggi akhlak dan taat beribadah. Malah di zaman Nabi SAW fungsi dan peranan 'Masjid' diluaskan menjadi tempat baitul-mal, pengadilan atau mahkamah, sebagai lembaga pengajaran dan pendidikan, tempat mendeklamasikan syair atau sajak, tempat membuat pengumuman perkara yang berkenaan kepentingan masyarakat dan sebagainya. Hatta berkaitan urusan perang juga dibicarakan di dalam masjid. Bukan semata-mata di-khususkan tempat sujud, sembahyang fardu, sunat, jenazah dan ber'iktikaf. Inilah antara fungsi dan peranan 'Masjid' di zaman awal Islam.

“Yang layak memakmurkan (mengimarahkan/menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, dan tidak (pula) takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk." (AT-TAUBAH : AYAT 18)

Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kurakura panjat pokok, Nampak apa? SURAH ALI-IMRAN (AYAT 139-142) -TERJEMAHAN AYAT PILIHANTulang seperti ikan, jinjang 139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah seperti zirafah, kadang di orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman. atas, kadang di bawah, kalau salah kedudukan, bleh 140. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun kabur pandangan, kurang mendapat luka yang serupa (dalam perang Badar). Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, kami pergilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan pendengaran. orang-orang yang beriman (dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya Apa orang Islam Arab kata (gugur sebagai) Syuhadah.231 ) Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. kalau : 1) Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati. 2) 141. Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinaSeorang gadis berlari kelil- sakan orang-orang yang kafir. ing kampung tanpa Seurat 142. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah benang. 3) Gaji akan dinai- orang-orang yang berjihad232 ) di antara mu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. kan 30% bulan depan. Bila makan pisang, buang kulit, tapi bila makan kulit, buang apa?

231). Syuhada ialah orang-orang Islam yang gugur di medan perang untuk menegakkan agama Allah. Sebahagian ahli tafsir mengertikannya dengan “menjadi saksi atas manusia” sebagai tersebut dalam ayat 143 surah Al Baqarah. 232). Jihad bererti : 1) berperang untuk menegakkan Islam dan melindungi orang-orang Islam. 2) Memerangi Hawa Nafsu. 3) Mendermakan harta benda. 4). Membanteras yang batil, dan menegakkan yang hak.

DAFTAR SEBAGAI RAKAN KOMUNITI Info JKKK terus melalui SMS kepada warga komuniti dari semasa ke semasa. Untuk daftar sebagai Rakan Komuniti melalui SMS : Taip : RKDAFTARNAMANO.IC

JAWAPAN : 1.Nampak sgt pembohong, kura-kura mana pandai panjat pokok. 2. Antena TV 3. 1: Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun 2: Astaghfirullahalazim 3: Alhamdulillah 4. Buang Tabiat

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

HANTAR Ke : 013-5943110

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents