Proposal Internship.docx

  • Uploaded by: puteriumeng
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Internship.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,538
  • Pages: 12
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG SK BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, 93200 KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

KERTAS KERJA PROJEK GUBAHAN LAGU SIFIR

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP MATEMATIK 1 (SK) JUN 2015 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL PELAJAR PISMP MATEMATIK 1 (SK) JUN 2015 DENGAN KERJASAMA PANITIA MATEMATIK SK BATU LINTANG

1.0 PENGENALAN Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun Dua, 2011). Ilmu Matematik digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai istilah dan konsep matematik digunakan dalam kehidupan seharian sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja oleh semua golongan masyarakat. Ilmu matematik juga membantu kanak-kanak memahami dunia mereka di luar sekolah dan membantu mereka membina asas yang kukuh untuk kejayaan di sekolah (NAEYC & NCTM, 2010). Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Seseorang perlu menguasai keempat-empat operasi ini sebelum dapat menguasai kemahiran, konsep atau topik matematik yang lain. Kadang kala, kemahiran yang diperkenalkan atau dipelajari mempunyai istilah dan konsep yang sangat asing kepada para penguna khususnya kepada murid sekolah rendah. Oleh yang demikian, guru perlu memberi kefahaman yang secukupnya kepada murid supaya mereka benar-benar memahami akan konsep berkenaan. Pemahaman yang penuh kepada sesuatu topik atau kemahiran adalah penting kerana saling berkaitan dengan konsep atau kemahiran matematik yang lain. Daripada empat operasi asas dalam matematik tadi, fokus utama kertas kerja ini adalah operasi darab di mana ia adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Sifir adalah perkataan yang tidak asing lagi oleh murid malah jika tidak dikuasai oleh mereka maka akan mendatangkan masalah untuk menyelesaikan soalansoalan yang melibatkan operasi darab. Oleh yang demikian, walaupun konsep sifir darab ini dilihat mudah namun pemahaman terhadap konsep dan kemahiran mendarab perlu ditekankan dan dikuasai oleh murid kerana mempunyai kaitan dengan kemahiran atau topik matematik yang lain. Fokus bidang matematik dalam pendidikan adalah proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Justeru, dalam kertas cadangan ini saya memilih teknik nyanyian sebagai elemen yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik tahun empat dan difokuskan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam sifir 7. Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar 2

tugas guru permulaan. Dalam hal ini, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek serta aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Bukan itu sahaja, Internship juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Sehubungan itu, projek gubahan lagu sifir ini dilakukan bagi memenuhi kehendak aktiviti Internship yang berkaitan dengan inovasi. Malahan, projek ini dilakukan bagi memberikan kaedah yang lain untuk menguasai sifir di sekolah di samping dengan gubahan melodi dan lirik lagu yang catchy dan menarik. Diharapkan agar dengan adanya gubahan lagu sifir ini, ia akan menjadikan murid-murid tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang lebih bersemangat dan meminati subjek Matematik seterusnya dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam sifir darab. Oleh hal yang demikian, teknik nyanyian dipilih kerana sifatnya yang mesra kepada kanak-kanak serta dapat menarik perhatian dan menyenangkan kanak-kanak. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang suka menyanyi dan bergerak. Justeru, kanakkanak mudah memahami sesuatu terutamanya pelajaran melalui aktiviti nyanyian. Menurut Lestari (2012), kaedah yang kreatif dan inovatif adalah menggunakan nyanyian kerana nyanyian adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain. Walau bagaimanapun menurut Lestari (2012), nyanyian yang diberikan perlu dibuat dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak kerana nyanyian mempunyai objektif yang tertentu. Justeru, dalam kajian ini saya telah mengolah lirik lagu tentang sifir 7 dan disesuaikan dengan gubahan melodi lagu kanak-kanak yang diminati ramai.

2.0 OBJEKTIF Objektif yang ingin dicapai adalah: a) Membantu meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Matematik. b) Membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam penguasaan sifir 7 dengan menggunakan lagu sifir c) Menambahbaik amalan PdPc saya sebagai seorang guru Matematik Tahun 4 dalam membantu murid menguasai sifir 7 dengan menggunakan lagu sifir.

3

3.0 PERINCIAN PROJEK Idea untuk mengubah lagu sifir ini adalah datangnya daripada pengalaman praktikum II lepas di SK Batu Lintang sendiri di mana murid-murid saya pada masa itu suka menyanyi dan menari. Mereka sangat tahu dan up to date dengan lagu-lagu dan trend semasa. Maka bermula daripada situlah saya mula belajar bermain satu alat muzik iaitu ukulele yang saya anggap agak sukar untuk mempelajarinya. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya di mana saya mula dapat kuasai 1 hingga 2 chord lagu seminggu dan saya mula berlatih semasa di sekolah mahupun di kolej kediaman. Kerana minat saya sendiri dan kehendak murid, saya pada mulanya meminjam sahaja ukulele daripada kawan dan saya anggap ianya tidak manis untuk menggunakan kepunyaan orang dalam tempoh yang agak lama. Kerana sebab itulah saya mula mengumpul duit sendiri dan membeli ukulele sendiri dengan harga RM200. Melalui pengalaman dan pemerhatian yang telah saya buat, saya mendapati sebelum memulakan PdPc iaitu topik darab, sebagai set induksi saya bertanyakan soalan sifir secara rawak kepada murid sebelum mereka dibenarkan duduk semasa di dalam kelas. Saya dapati bahawa murid yang sama sahaja yang mempunyai masalah dalam sifir dan kaedah itu agak kurang sesuai untuk membantu murid kuasai sifir walaupun mereka bersaing untuk menjawab soalan sifir supaya dibenarkan duduk. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengubah sebuah lagu untuk memudahkan mereka menghafal dan meningkatkan penguasaan murid dalam sifir darab. Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan “The number facts of multiplication are more difficult for some students because the patterns are less obvious and the number are larger. However, there are students who count the addition facts but know the multiplication facts. This phenomena occurs because the students are instruct to memorize the multiplication facts, but are allowed to count the addition facts.”

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh kerana itulah saya memilih sifir 7 kerana nombor 7 adalah nombor prima di mana sifir 7 ini tiada kaitan dengan sifir lain sebelumnya. Contohnya 4

seperti sifir 4 adalah berkait rapat dengan sifir 2 di mana sifir 4 adalah gandaan daripada sifir 2. Begitulah seterusnya sifir 8. Contoh lain adalah sifir 3 adalah berkait rapat dengan sifir 9. Namun begitu sifir 7 adalah sifir yang paling sukar untuk diingat kerana nombornya adalah bersifat berdiri sendiri agak asing berbanding dengan sifir lain. Lanjutan itu, gubahan lagu sifir yang merangkumi muzik dan lirik lagu dilakukan dengan rasionalnya agar selari dengan lagu-lagu semasa yang bersemangat dan mudah diingati oleh guru dan juga murid. Contohnya, lagu kanak-kanak seperti If You Happy and You Know It dan Are You Sleeping. Dengan kekangan masa kian mencemburui, malah pengetahuan serta kemahiran yang terhad dalam mengubah lagu, saya bercadang untuk membuat gubahan lagu dengan mengadaptasi lagu If You Happy and You Know It. Inovasi yang akan saya lakukan adalah dengan mengubah lirik lagu tersebut sesuai dengan sifir 7 dengan kaedah skip counting dan menambah sedikit lirik yang menarik dan ringkas. Selain itu, saya turut bercadang untuk mengubah sedikit melodi lagu If You Happy and You Know It agar menjadi lebih rancak, menarik dan catchy. Justeru dengan adanya gubahan lagu sifir ini, diharapkan ianya berupaya untuk meningkatkan penguasaan murid dalam sifir 7 samping menarik minat murid dalam mempelajari matapelajaran Matematik. Lirik lagu Sifir 7 (Dinyanyikan dengan melodi “If You Happy and You Know It”)

7, 14, 21, 28, 35, 42 and 49, 56 and 63, the last one is 70, counting seven is so fun, and easy, Counting seven is so fun and easy, Counting seven is so fun and….easy!

5

Aktiviti yang dicadangkan di mana akan dijalankan di dalam sesi PdPc yang menggunakan teknik nyanyian lagu sifir adalah seperti berikut: Fasa 1 (set induksi) i.

Guru menyanyikan lagu sifir kepada murid.

ii.

Guru membaca kuat lirik lagu sifir.

iii.

Guru menerangkan maksud setiap baris atau istilah yang terdapat dalam lirik lagu.

Fasa 2 i.

Murid diberikan lirik lagu oleh guru.

ii.

Murid menyanyikan lagu sifir dengan bimbingan guru dengan memfokuskan kepada ketepatan melodi lagu dan kaedah nyanyian lagu sifir.

iii.

Murid menghayati lirik lagu dan memahami maksud setiap baris dalam lirik lagu tersebut dengan bimbingan guru.

Fasa 3 iv.

Dengan menggunakan slaid, guru membincangkan soalan topik darab dengan murid serta perkaitannya dengan teknik nyanyian yang menggunakan lagu sifir.

v.

Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberikan.

Fasa 4 i.

Guru menyimpulkan PdPc dengan meminta murid menyanyikan semula lagu sifir dengan lirik dan tanpa lirik.

4.0 PENGANJUR Guru pelatih yang menjalani Program Internship selama sebulan dengan kerjasama pihak pentadbir sekolah, mentor serta guru-guru panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.

5.0 TARIKH DAN MASA Tarikh

: 8 Mac 2019 (Jumaat)

Masa

: 8.10 pagi – 9.10 pagi

6

6.0 TEMPAT Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. 7.0 KUMPULAN SASARAN Murid Tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. 8.0 JUMLAH PESERTA 29 Orang murid Tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. 9.0 SENARAI JAWATANKUASA 9.1 Jawatankuasa Induk PENAUNG PUAN SA’DIAH BINTI BAKAR (GURU BESAR SK BATU LINTANG)

PENASIHAT I ENCIK GANGGATHARUN A/L KUPPUSAMY (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK BATU LINTANG)

PENASIHAT II PUAN ROKIAH KEPLI (PENOLONG KANAN KURIKULUM SK BATU LINTANG)

PENASIHAT III PUAN FATIMAH BRAHIM (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BATU LINTANG)

7

MENTOR ENCIK UMPI BATIK (GURU SK BATU LINTANG)

KETUA/ PELAKSANA PROJEK UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL (GURU PELATIH INTERNSHIP)

8

10.0 PELAN TINDAKAN Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek gubahan lagu sifir. Jadual 1: Pelan tindakan projek gubahan lagu sifir Bil

Tarikh

Aktiviti

Tindakan

1.

19 Februari 2019

Berbincang dengan mentor mengenai

Nasihat daripada

projek inovasi yang ingin dilaksanakan

mentor dan perbincangan dengan rakan-rakan guru pelatih

2.

20 Februari 2019

Memberi cadangan projek kepada barisan

Kelulusan daripada

pentadbir sekolah (Guru Besar, Penolong

pihak pentadbir

Kanan Kurikulum, Penolong Kanan

sekolah dan mentor.

Kokurikulum) dan mentor berkenaan projek gubahan lagu sifir 3.

21 Februari 2019

Membuat gubahan lagu sifir

sehingga

rakan-rakan guru pelatih.

26 Februari 2019 4.

1 – 3 Mac 2019

Bimbingan daripada

Merancang RPH untuk melaksanakan

Bimbingan daripada

projek

rakan-rakan guru pelatih dan mentor

4 – 7 Mac 2019

Meminta pandangan daripada mentor

Kerjasama daripada

tentang lirik dan lagu dan RPH yang telah

mentor

siap 5.

7 Mac 2019

Melaksanakan projek gubahan lagu sifir

Kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah, mentor, dan murid Tahun 4 Biru SK Batu Lintang

9

11.0 PENUTUP Kesimpulannya, proses PdPc yang menggunakan teknik nyanyian dapat memberikan impak yang positif kepada diri murid khususnya dan juga guru. Menurut Harriet et al. (2013), muzik memberi kesan yang positif terhadap perhatian murid dalam bilik darjah. Pengintegrasian muzik dan juga pergerakan dalam bilik darjah adalah mudah, murah dan menyeronokkan. Di samping itu, pembelajaran matematik menggunakan elemen muzik dapat memberikan kefahaman perlajar terhadap matematik dengan cara yang menarik (An et al. 2008, 2011, 2013). Hal ini disokong dalam (An et al. 2013) iaitu guru memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan pengajaran matematik dengan pengintegrasian muzik. Guru perlu bijak dalam menggabungjalinkan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat serta membantu murid untuk belajar matematik. Di samping itu, Lestari (2012) menyatakan bahawa seseorang guru perlu bijak menggunakan kaedah yang kreatif dan inovatif untuk digunakan dalam PdP. Salah satu kaedah yang selalu digunakan ialah nyanyian. Ini kerana nyanyian merupakan sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain. Kaedah ini bersesuaian dengan kanak-kanak kerana dapat mengembirakan mereka dan juga tidak membosankan. Nyanyian diberikan kepada murid dengan cara mengajarkan nyanyian yang sudah ada, mengganti lirik dari lagu yang sudah dikenal sebelumnya dengan lirik lain atau membuat lagu baru dengan lirik yang sesuai dengan tujuan yang diinginkan. Jika sesuatu maklumat itu menarik kepada diri seseorang, maka akan lebih mudah maklumat itu diingat. Semakin mudah maklumat itu diingat, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Justeru, penggunaan unsur muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Projek inovasi internship yang dijalankan ini diharapkan dapat menjawab mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Penguasaan murid tahun empat dalam topik sifir darab diharapkan akan meningkat apabila teknik nyanyian digunakan sebagai intervensi semasa set induksi sepanjang proses PdPc topik darab di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, bagi pihak guru pelatih, projek gubahan lagu sifir ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terutamanya dalam menambahbaik amalan PdPc saya sebagai seorang guru Matematik Tahun 4 dalam membantu murid menguasai sifir 7 dengan menggunakan lagu sifir. Dengan ini, sokongan dan kerjasama daripada semua 10

pihak adalah diharapkan bagi kejayaan gubahan lagu sifir ini. Oleh itu, saya memohon agar kertas kerja gubahan lagu sifir ini akan mendapat pertimbangan yang wajar dan sepenuhnya daripada pihak sekolah. 12.0 RUJUKAN Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/ search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_ 0=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExt Search_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accn o=ED376355&_nfls=false. [2019, Feb 18]. An, S. A. & Capraro, M. M. 2011. Music-Math Integrated Activities For Elementary And Middle School Students. Irvine, CA: Education for All. An, S. A., Kulm, G. O., & Ma, T. 2008. The Effects Of A Music Composition Activity On Chinese Students’ Attitudes And Beliefs Towards Mathematics: An Exploratory Study. Journal of Mathematics Education,1(1), 91-108. An, S. A., Ma, T., & Capraro, M. M. 2011. Preservice Teachers’ Beliefs And Attitude About Teaching And Learning Mathematics Through Music: An Intervention Study. School Science and Mathematics Journal, 111, 235-247. An, S., Capraro, M.M. & Tillman, D.A. 2013. Elementary Teachers Integrate Music Activities Into Regular Mathematis Lessons: Effects On Students Mathematics Abilities. Journal for Learning through the Arts, 9(1). Andre Tuazon. 2015. Integrating Music in the Elementary Classroom. Ontario Institute for Studies in Education of the University of Toronto. Benson Charles Odongo Okongo. 2009. Promoting Child Development Through Music: A Comparison Of Preschool Teachers’ Perspectives In Kenya And United States. BA, Kenyatta University, Kenya. Fortin Jennifer. 2013. Integrating Music into Samoan Primary Schools: Teachers’ Perceptions and Potential Benefits. Independent Study Project (ISP) Collection. Paper 1713. Unpublished Paper. Geist. K. ,E.A. Geist & Kuznik. K. 2013. The Pattern Of Music Young Children Learning Mathematics Through Beat, Rhythmdan Melody. The education of Young Children. Hamisan Bin Salim. 2010. Penggunaan Muzik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kerja Amali Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia. Muzaed Nur Yusrin. 2012. Peningkatan Aktivitas Belajar Siswa Melalui Musik Sebagai Media Pembelajaran Matematika Yang Menyenangkan. Universitas Muhammadiyah Surakarta. Nik Azis Nik Pa. 2014. PenghasilanDisertasiBerkualitiDalamPendidikanMatematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

11

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

……………………………………….....

……………………………………….....

(UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL)

(ENCIK UMPI BATIK)

Guru Pelatih,

Guru Matematik,

PISMP Matematik 1(SK) Jun 2015

Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Lulus/ tidakdiluluskan oleh,

………………………………………..... (PUAN SA’DIAH BINTI BAKAR) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.

12

Related Documents

Proposal
June 2020 38
Proposal
October 2019 60
Proposal
June 2020 41
Proposal
July 2020 34
Proposal
December 2019 58
Proposal
November 2019 62

More Documents from ""