Teori Gelagat Pengguna

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Gelagat Pengguna as PDF for free.

More details

  • Words: 1,361
  • Pages: 6
TEORI GELAGAT PENGGUNA / KELAKUAN PENGGUNA Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau perkhidmatan jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau mencari penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang. Menurut pandangan / pendekatan konvensional, fenomena ini adalah disebabkan oleh pengguna yang ingin memaksimumkan kepuasan material mereka dengan menggunakan pendapatan mereka yang terhad. Tetapi ini bukan begitu di dalam ekonomi Islam. Menurut ekonomi Islam, pengguna akan memaksimumkan kedua-dua kepuasan sama ada kepuasan material mahupun kepuasan rohani. Dengan lain perkataan, pengguna Muslim akan cuba memaksimumkan bukan sahaja kepuasan di dunia ini bahkan juga kepuasan dirinya di akhirat. Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif konvensional dan juga dari perspektif Islam.

Konsep Rasionaliti dan Utiliti Perspektif Konvensional Teori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara normal kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan. Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional bermakna mana-mana pengguna akan selalu cuba memaksimumkan kepuasan material mereka dari penggunaan sumber pendapatan yang terhad yang mereka ada. Mereka mengambil keputusan berdasarkan pemikiran sendiri bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin dipengaruhi oleh citarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain. Selalunya nilai-nilai agama kurang diambilkira di dalam membuat keputusan tersebut. Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan utility material atau kepuasan material.

Perspektif Islam Pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatan mereka untuk memaksimumkan kepuasan material sejajar dengan kepuasan kerohanian. Utiliti material akan menjadikan mereka sangat puas di dunia ini, manakala utility kerohanian membuatkan mereka puas di kemudian hari, akhirat. Maka dengan itu, pendapatan digunakan bukan sahaja untuk memenuhi utility material bahkan juga utility kerohanian. Contohnya, disamping membelanjakan pendapatan untuk makanan, pakaian, dan lain-lain keperluan, mereka mungkin juga mahu membelanjakan sebahagian pendapatan mereka sebagai derma kepada yang memerlukan. Mereka membuat keputusan perbelanjaan bukan sahaja berdasarkan kepada pemikiran sendiri tetapi juga yang lebih penting berasaskan nilai-nilai agama iaitu agama Islam. Walaupun, barangan bukan-halal lebih murah daripada barangan halal, mereka akan tetap membeli barangan tersebut walaupun mahal. Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan utility material dan juga utility kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah AlBaqarah ayat 201, maksudnya: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka”.

Memaksimumkan Utiliti dari Perspektif Konvensional Ada 2 pendekatan: 1. Pendekatan Kardinal 2. Pendekatan Ordinal

Pendekatan Kardinal Dalam topic ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan: 1. Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan 2. Syarat memaksimumkan utility dalam kes satu barang dan dalam kes lebih daripada satu barang 3. Kesan ke atas kuantiti barang yang diminta apabila harga berubah

Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan Pendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utility, utility sut dan hukum utility sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan. Jumlah Hasil (Total Utiliti) – tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Marginal Utiliti – utility tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama Secara normalnya, semakin banyak kita menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan, semakin berkurangan kepuasan yang kita perolehi dari setiap tambahan penggunaan barangan tersebut. Hukum Utiliti Sut Berkurangan – semakin pengguna meningkatkan penggunaan sesuatu barangan atau perkhidmatan secara berterusan, utility tambahan atau kepuasan tambahan yang diperolehi bagi setiap tambahan seunit penggunaan barangan tersebut adalah semakin berkurangan. Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Ayam Goreng

Unit digunakan 1 2 3 4 5 6 7

Jumlah Utiliti 8 15 21 24 25 25 19

Marginal Utiliti / Kepuasan Tambahan 8 15 – 8 = 7 21 – 15 = 6 24 – 21 = 3 25 – 24 = 1 25 – 25 = 0 19 – 25 = -6

Dari jadual di atas, kita mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25 apabila pengguna meningkatkan penggunaan ayam goreng daripada 1 hingga 6. Marginal Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan ayam goreng. Secara graf kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut: R

JH

MU Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti (MU) sama dengan kosong.

Syarat untuk memaksimumkan utility / Keseimbangan Pengguna Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan kepada kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu barangan bukanlah percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan pendapatan yang kita ada. Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian, pengguna selalunya membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan nilai pembelian barangan itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan benar-benar berpatutan (berbaloi) dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan yang diperolehi. Jika berpatutan, maka pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini memastikan pengguna merasa puas dengan pembelian sesuatu barangan. Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan utility / kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga ayam goreng RM3.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan penggunaan / pembelian unit terakhir ayam goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa: Harga ayam goreng = Marginal Utiliti ayam goreng Pc

=

MUc

Jika kombinasi dua barang, maka pengguna memaksimumkan utility apabila, MUA PA

=

MUB PB

Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah. Unit yang digunakan / dibeli 1 2 3 4 5

Ayam Goreng

Burger

Jumlah Hasil

Marginal Utiliti

Jumlah Hasil

Marginal Utiliti

24 44 62 78 90

24 20 18 16 12

10 18 25 31 36

10 8 7 6 5

6 7

96 100

6 4

40 43

4 3

Harga ayam goreng adalah RM2.00 dan harga burger RM1.00. Peruntukan pendapatan yang diberi adalah sebanyak RM10.00. Apakah kombinasi ayam goreng dan burger yang dapat memaksimumkan kepuasan / utility pengguna ini. Syarat pertama, MUA PA

=

MUB PB

Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama. Unit yang digunakan 1 2 3 4 5 6 7

MUA PA 24/2 = 12 20/2 = 10 18/2 = 9 16/2 = 8 12/2 = 6 6/2 = 3 4/2 = 2

MUB PB 10/1 = 10 8/1 = 8 7/1 = 7 6/1 = 6 5/1 = 5 4/1 = 4 3/1 = 3

Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MUA/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu pada kombinasi 2 unit ayam goreng(AG) dan 1 unit burger(B), 4 AG dan 2 B, 5 AG dan 4 B, dan 6 AG dan 7 B. Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka, dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan seperti berikut:

Kombinasi 1 2 3 4

Unit X Harga

Jumlah = RM10

(2 AG X RM2) + (1 B X RM1) (4 AG X RM2) + (2 B X RM1) (5 AG X RM2) + (4 B X RM1) (6 AG X RM2) + (7 B X RM1)

RM5 RM10 RM14 RM19

Kesimpulannya, kombinasi 2 adalah kombinasi yang memaksimumkan utility pengguna.

Related Documents

Teori Gelagat Pengguna
November 2019 33
Gelagat Pengguna
October 2019 29
Pengguna
May 2020 20
Pengguna Rasional
June 2020 28
Data Pengguna Akun Sitb.xlsx
December 2019 26

More Documents from "shandy"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38