Teori Bowen

  • Uploaded by: kasih
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Bowen as PDF for free.

More details

  • Words: 4,470
  • Pages: 55
Bowen Fam il y Sys tems T heor y OLEH: HARYATI ABU BAKAR MASRIYAH MOHD REJAB

KAN DUNGAN      

SEJARAH HIDUP BOWEN KONSEP UTAMA DALAM BOWEN FAMILY SYSTEMS TEORY PUNCA MASALAH DALAM KELUARGA TIMBUL MATLAMAT TERAPI PROSES DAN TEKNIK TERAPI PENILAIAN

SEPI NTAS MEN GEN AI TEO RI KELU ARG A TERAPI BO WEN  Ahli terapi keluarga psikoanalitik dan Bowen bermula pada 1950(Samuel T. Glading,1998)  Mereka ialah Nathan Ackerman dari New York dan Muray Bowen dari Washington D.C.  Mereka telah menggunakan teori psikoanalisis Sigmund Freud (1940) yang berpusatkan teori perseorangan. Kedua-dua terapi keluarga ini adalah berunsurkan teori psikoanalisis

Pers amaan Terapi Psikoanalitik dan Tera pi B owen Persamaan dari segi :  Konsep  Teknik melalui penyelidikan dan kajian  Kepercayaan-iaitu kedua-dua terapi ini percaya bahawa keluarga menumpukan kepada perkara silam yang mempunyai kesan kepada kehidupan masa kini.Sebagai contoh, pengalaman berinteraksi dikalangan kanak-kanak sewaktu kecil dengan ahli keluarga akan memberi kesan sehingga seseorang itu dewasa.  Intrapersonal dan interpersonal - Iaitu cara seseorang itu memandang dirinya merangkumi perwatakannya adalah dipengaruhi oleh orang lain.  Istilah-istilah - Pengikut kedua-dua terapi di atas telah mencipta istilah-istilah baru untuk menerangkan tentang dinamika keluarga.  Pendapat - Bowen dan Ackerman berpendapat bahawa perubahan dalam sesebuah keluarga itu memerlukan masa, kesungguhan dan berlaku secara beransuransur.

Senarai Nama Ahli- ahli Te rapi Ke luarg a Psikoanali tik 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)

Nathan Ackeman Ivan Boszormenyi James Framo Theodore Lidz Norman Paul Donald Williamson Robin Skynner Lyman Wynne

Pengenalan Terapi Kelu arga B owe n  Muray Bowen dan Michael Kerr merupakan pengasas terapi Keluarga Bowen.Walaupun begitu pengasas paling utama ialah Muray Bowen yang akan dihuraikan.  Bowen merupakan orang yang mula-mula sekali merealisasikan idea yang menghasilkan satu teori terapi keluarga yang berbeza.  Pengarang-pengarang dan buku-buku yang lain seperti Monica Mc Goldrick dan Randly Garson yang menulis buku “Gneograms in Family Assesment”(1985) dan Edwin Friedman “Generation to Generation: `Family Process In Church and Synogogue`(1985) telah mempopularkan teori dan teknik terapi ini. Hasilnya, teori dan sebahagian daripada sumbangannya kepada bidang kesusasteraan telah digunakan dengan pesatnya.

Sejara h Hidup Murra y B owe n

 Murray Bowen dilahirkan pada 1913 dan membesar di sebuah pekan kecil di Waverly,Tennessee.Bapanya pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar di situ.  Merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik.  Setelah meningkat dewasa Bowen telah berpindah jauh daripada keluarganya.Walaupun berada jauh, Bowen sentiasa menjaga kemesraan dan menghormati kedua ibu bapanya.  Bowen sentiasa mengekalkan hubungan kekeluargaan dengan cara yang harmonis.

Gambar University of Tennessee di Knoxville.

Sambungan…

Beliau mendapat B.S pada tahun 1934 menerusi

University of

Tennessee di Knoxville. Kemudian beliau mendapat MD pada tahun 1937 menerusi Medical School of the University of Tennessee Medical School di Memphis. Seterusnya beliau membuat internship di Bellevue Hospital di New York City dalam tahun 1938, seterusnya menyambung internship di Graslands Hospital,Valhalla, New York dari tahun 1939 hingga tahun 1941

Sambungan…  Kemudian pada tahun 1941 hingga 1946, beliau telah melibatkan diri dalam latihan ketenteraan. Selepas mendapat latihan kemahiran dalam bidang ketenteraan selama 5 tahun,Bowen layak berkhidmat dalam tentera darat di United State and Europe.  Bowen berminat untuk menukar profesion sebagai doktor pakar kepada psikiatris. Hal ini berlaku disebabkan, Bowen telah membuat pemerhatian terhadap keadaan diri para askar yang mengalami penyakit mental disebabkan oleh keadaan yang terlalu mendesak mereka untuk mencapai matlamat dalam perjuangan.  Selepas perkhidmatan dalam tentera darat berakhir, Bowen diterima untuk menjadi Fellowship dalam bidang pembedahan di Mayo Clinic.Sebaliknya beliau lebih berminat untuk meneruskan minat di Menninger Foundation di Topeka, Kansas sebagai Fellow dalam bidang psychiatry and personal psychoanalysis.

Pet a Pen nsylavania

Sambungan…  Bowen, sepertimana Nathan Ackerman, adalah seorang psikitris yang berminat untuk berkhidmat dengan keluarga di Klinik Menniger yang memberi rawatan kepada kanak-kanak psikopatik.  Bowen memulakan khidmatnya di situ pada tahun 1951,beliau menuntut ibu `kanak-kanak yang terganggu` ini tinggal bersama satu situasi dan mendapat layanan yang sama seperti anak-anak mereka ( Guerein, 1976)  Berdasarkan pengalaman ini, beliau menjadi lebih berminat untuk mengkaji “ibu-anak simbiosis” yakni ikatan perhubungan yang kuat berkembang antara seorang ibu dengan anak dan tidak membiarkan wujud perbezaan.

Sambungan…  Pada tahun 1954, Bowen telah menyertai Lyman Wynne di Nasional Institute Of Mental Health ( NIMH ) - Institut Kesihatan Mental Kebangsaan untuk mengkaji dinamika keluarga dan kanak-kanak yang menghidap penyakit Schizophrenia  Sebagai sebahagian daripada rawatan keluarga, Bowen telah bekerjasama dengan pasukan penyelidik di NIMH melaksanakan projek yang mengkhususkan kepada layanan dan rawatan kepada ahli-ahli keluarga yang mempunyai anak-anak Schizophrenia. Ketika ini dia telah mengenalpasti `ciri-ciri yang digambarkan oleh keluarga Schizophrenia adalah sama dengan gejala-gejala yang terdapat pada keluarga yang tidak berfungsi dengan baik` (Fenell dan Wanfold,1989,m.s 104)  Selepas beberapa tahun, beliau telah berpindah ke Unversiti Goergetown. Di sini beliau telah membuat penyelidikan ke atas dinamika dan membina pendekatan terapeutik hingga ke akhir hayatnya.

Uni ver siti Geor getown

Sambungan…  Semasa bertugas di Georgetown, terutama pada tahun 70an, Bowen telah menyiapkan kerjanya yang sangat proktif ke atas tahap personal dan profesion. Secara individu, beliau telah defragulated dirinya kepada orang tuanya dengan kembali kembali semula ke rumah mereka dan bertindakbalas secara kognitif serta bersikap berkecuali semasa menyelesaikan isu-isu emosional sepertimana yang dilaporkan oleh ahli-ahli keluarga kepadanya (Anonymus.1972).  Secara profesional, beliau telah menjelaskan teori-teorinya (Bowen1978); bermula Simposium Pusat Keluarga Georgetown, mengembangkan Pusat Keluarga Georgetown kepada pusat yang baru,iaitu kuartes luar kampus;dan juga telah merintis penemuan Persatuan Terapi Keluarga Amerika (AFTA) dalam memperbaiki usaha penyelidikan yang serius mengenai terapi keluarga (Wylie,1991,m.s 77)

Sambungan…  Bagi Bowen, terapi dan teori merupakan bahagian-bahagian daripada satu fabrik yang sama yang tidak boleh dipisahkan tanpa merugikan salah satu pihak.  Bowen lebih suka menganggap dirinya sebagai seorang ahli teori  Bowen juga seorang saintis yang mengkaji tentang kebenaran universal.  Teori Bowen terus berjuang untuk membuat kesinambungan teoriteori yang lain yang telah di compromize sebagai contoh : - alam/pemeliharaan, lelaki/wanita, dan penyakit fizikal/penyakit emosi (Friedman,1991,m.s 136)  Dalam kehidupan Bowen, beliau menghadapi kesukaran mengenai asal-usul keluarganya sendiri,Hal ini telah membawa satu kesan yang besar ke atas apa yang telah dicadangnya.Beliau telah dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya sendiri (Anonymous,1972/Papero,1991)

Pengi kti raf an Yang Telah Diteri ma  1978 – 1982, Originator and First President, American Family Therapy Association.  1985 June, Alumnus of the Year, Menninger Foundation.  1985 Desember, Fakulty, Evolution of Psychotherapy Conference,Erickson Foundation, Phoenix.  1986 June, Graduation Speaker, Menninger School of Pcychiatry.  1986, Governor`s Certificate, Tennessee Homecoming `86,Knoxville.  1986 October, Distinguished Alumnus Award, University of Tennessee-Knoxville.

Andai an Ter hadap K el uarga  Pada dasarnya Bowen telah menyatakan bahawa seseorang individu itu hanya dengan memeriksa dan membetulkan pola yang dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih cenderung untuk mengulang tingkah laku dalam keluarga mereka sendiri (Kerr,1988)  Peluang jenis yang mempunyai pola berulang-ulang ini secara khusus sama ada `terlalu bertindak secara emosional ( emosionally over involved). Sebagai contoh `emosi terputus`(emotionally Cutoff) iaitu terkenal melalui corak penghindaran daripada orang lain, sama ada secara fizikal atau psikologikal. Bowen turut mengaitkan dirinya dengan dengan sistem emosi keluarga.  Kunci elemen terapi keluarga Bowen adalah terdapat satu kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan kini yang datang daripada lingkungan kehidupan yang lalu (Friedman, 1991,m.s 139) kebimbangan ini berlaku secara emosional, fizikal dan dikongsi bersama oleh semua protoplasme.

Sambungan…  Sebahagian individu lebih mudah diserang kebimbangan berbanding dengan individu yang lain kerana itulah cara generasi sebelumnya dalam keluarga itu menyalurkan transmisi tersebut kepada mereka.(friedman,1991,m.s 140)  Hanya terdapat sedikit masalah sahaja yang dihadapi oleh individu atau keluarga yang mengekalkan kebimbangan pada tahap yang rendah. Dalam kes seperti ini, sistem emosi keluarga tidak diganggu. Bagaimanapun, ditengah-tengah kebimbangan itu berlaku pola yang boleh diramal berlaku.Green, Hamilton and Rolling (1986 m.s 189) telah membuat kesimpulan berikut : “Individu bersikap konsep kendiri yang rendah,menganggap diri mereka tidak boleh dibezakan mudah tersinggung sehingga membawa kepada tekanan pada diri.Lama kelamaan akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengidap penyakit fizikal atau penyakit sosial dan ketidakfungsian diri mereka akan menjadi lebih kronik apabila ianya berlaku. Keadaan ini berbanding dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi, mereka mampu menyeimbangkan emosi dengan kadar yang cepat apabila tekanan hilang”

Ko nsep-k onsep A sas Terapi B owen  Dalam memberi penekanan kepada kebimbangan yang kronik dan proses emosi dalam keluarga dan masyarakat, Bowen telah menekankan 8 konsep asas.  Ahli terapi percaya bahawa pemahaman kepada konsep asas ini adalah penting kerana ianya dapat membantu untuk rawatan keluarga.  8 konsep asas (Bowen,1978:Kerr 1981) adalah seperti berikut : 1) Perbezaan ( Differentation ) 2) Sistem Emosional (Emosional System) 3) Proses Transmisi Anekagenerasi (Multigeneration Transmission Family) 4) Sistem Emosi Keluarga Nuklear (Nuklear Family Emotional Family ) 5) Proses Unjuran Keluarga (Family Projection Process) 6) Segi Tiga (Triangles) 7) Posisi Persaingan Saudara Kandung (Sibling Position)\ 8) Kemerosotan Masyarakat (Society Regresion) (Bowen, 1978;Ker,1981)

Perb eza an  Merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengenali dirinya sendiri berdasarkan asal-usul keluarganya secara emosional dan intelektual.  Terdapat dua elemen yang mengimbangi kehidupan:kekitaan / kesepaduan dan individualiti.  Peringkat/tahap perbezaan ini adalah berbeza antara satu individu dengan individu yang lain yang boleh mereka capai dalam satu masa dan konsep itu sendiri melambangkan sesuatu proses (Bowen,1965)  Tahap pembesaran adalah atas satu `Kontinum` iaitu dari satu autonomi sebelah pihak yang memberi isyarat keupayaan berfikir melalui situasi yang jelas kepada ketidakboleh bezaan sebelah pihak yang lain,Situasi ini menandakan bahawa manusia adalah bergantung secara emosional kepada keluarga mereka walaupun tinggal berjauhan daripada mereka.

Sambungan perb eza an  Sepertimana dalam beberapa kes, hubungan seperti ini digambarkan sebagai `undifferentioted family ego mass` ( Bowen,1965,m.s 220) iaitu melalui proses perbezaan ini sesebuah keluarga dan individu itu menjadi berubah. Lihat rajah berikut Peringkat rendah,kesepaduan antara emosi dan intelektual diri individu

Poor Differentiation

Moderate



Differentiation

Peringkat tinggi , Perbezaan

Moderate-Good



Differentiation

Good



Differentiation

Sambungan…

 Sesebuah keluarga yang menonjolkan sesuatu masalah yang sedia ada mempunyai desakan terhadap beberapa pembentukan generasi dengan membawa masalah yang sedia ada tersebut.  Sebagai contoh, dalam sebuah perkahwinan, manusia lebih cenderung memilih pasangan yang sama tahap iaitu kurang tahap perbezaan latarbelakang keluarga, pendidikan, asal usul dan sebagainya. (Bowen 1976)  Dalam penyatuan menerusi perkahwinan ini, sesuatu sistem emosional keluarga nuklear berkembang.  Pasangan yang mempunyai personaliti diri yang tinggi boleh membentuk dan mengekalkan keperibadian diri yang unggul dan pada masa yang sama mempunyai kehebatan `mature non threatening emosional closeness` (Bowen,1965,m.s 220)  Sebaliknya pasangan yang mempunyai tahap pembezaan yang rendah akan menghadapi kesukaran untuk membentuk intimasi kerana telah membina `psuedo selves` sahaja iaitu kepura-puraan semata-mata ,( Kerr,1988,m.s 43 ).

Sambungan…  Psuedo selves sentiasa berubah-rubah mengikut situasi dan selalunya mengakibatkan penyatuan diri kepada `common self` dengan cara menghapuskan sempadan ego di antara mereka.  Pasangan lebih cenderung menghasilkan anak-anak pada tahap pembezaan yang sama seperti mereka, satu proses yang digambarkan oleh Bowen sebagai Unjuran Keluarga ( Family Projection )  ( Kilpatrick,1980 )  Untuk mengelakkan kebimbangan, pasangan yang mempunyai tahap rendah pembezaan diri akan menjaga jarak emosi mereka antara satu sama lain.Lantaran apabila tahap kebimbangan semakin tinggi akan mengakibatkan masalah seperti berikut: 1) Konflik perkahwinan 2) Penyakit fizikal dan penyakit emosi yang dialami salah seorang daripada pasangan tersebut. 3)Projeksi masalah pasangan kepada anak-anak. 4) Kombinasi masalah di atas ( David,1979 )

Sambungan…  Apabila bekerja dengan pasangan, Bowen melihat wujudnya segitiga.Segitiga boleh berlaku antara manusia dengan manusia dan benda-benda yang lain.  Golongan yang berada dalam segitiga terdiri daripada a state of calm between a comfortable twosome and outsider . (Anonymous,1972).  Sebahagian daripada segitiga-segitiga itu adalah sihat tetapi sebahagianya adalah tidak.  Kes yang mutakhir, segitiga-segitiga selalunya berurusan dengan kebimbangan di mana ketegangan antara dua pihak ditujukan kepada objek lain.  Segitiga-segitiga pada asalnya di dalam keluarga melibatkan seseorang anak dengan orang tuanya.Dalam situasi yang penuh tekanan, kebimbangan tersebar daripada titik tengah segitiga di antara keluarga kepada segitiga di luar keluarga terutama sekali dalam sistem kerja dan masyarakat (Kerr,1988)

Cont oh segi ti ga Ibu

Ayah Anda

Sambungan…  Berdasarkan kefahaman tersebut, dapat disimpulkan bahawa mengapa keluarga Bowen bekerja untuk membantu manusia terutama pasangan, memisahkan daripada intelek dan dalam proses detriangulate. Mereka melakukan ini dengan cara menyoal soalan-soalan dalam `sesi` berkaitan dengan pemikiran dan membina satu bentuk pohon keluarga yang dipanggil `Genogram Aneka Generasi` (Multigeneration genogram) yang akan diterangkan nanti.  Bowen juga menggunakan pendekatan dengan cara memberi tugasan kerja rumah yang mengkehendakki individu melawat keluarga mereka untuk belajar melalui aktiviti bertanya (Bowen,1976)  Bowen melihat manusia yang mempunyai ciri-ciri personaliti tetap berdasarkan susunan tarikh lahir dalam keluarga (Toman,1961).Semakin rapat sesebuah perkahwinan replicates one`s sibling position` dalam keluarga asal, semakin baik peluang pasangan itu mencapai kejayaan.

Sambungan…  Sebagai contoh, jika anak lelaki bongsu berkahwin dengan perempuan sulung, kedua-dua mereka harus mendapatkan lebih penyelarasan kerana anak lelaki bongsu lebih suka diambil perhatian (being taken care of) sementara anak perempuan sulung lebih suka `mengambil perhatian`(taking care of) sebagaimana yang dilakukan semasa dalam peringkat pembesaran.  Berdasarkan permerhatian proses yang dinyatakan, ahli-ahli terapi cuba berusaha untuk saling memahami dan melihat kembali apa yang telah berlaku dan bebas untuk memilih bagaimana tingkah laku mereka pada masa kini.

Tekni k- tekni k Rawat an Ter api Kel uarga Bow en  Terapi keluarga Bowen memberi tumpuan terhadap peningkatan pembezaan (keperibadian diri/keluarga dan kepintaran/emosi).Pendekatan ini bukan berorientasikan teknik kerana terdorong dan terikat oleh sesuatu teknik pada suatu masa. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa prosedur yang selalu digunakan iaitu : 1) Genograms 2) Kembali Ke Rumah Semula 3) Defriangulation 4) Hubungan Seseorang Terhadap Seseorang 5) Perbezaan Diri 6) Bertanya soalan

Genogr ams Merupakan satu gambaran tentang sesebuah keluarga yang berbentuk geometri, garisan dan perkataan (Sherman, 1993). Ianya merangkumi maklumat berkaitan pekerjaan, kesihatan, perkahwinan dan perkara lain dalam sesebuah keluarga, termasuk perhubungan ahli keluarga lain sekurang-kurangnya tiga generasi. Melalui genogram ia dapat membantu seseorang dalam sesebuah keluarga melihat dan memahami corak sejarah dan perkara yang tidak mengancam oleh proses ini dan dapat membantu doktor keluarga menggumpul maklumat sebnayak mungkin dalam jangka masa yang pendek.Tambahan pula, genograms dapat menambahkan “kesalingfahaman dan toleransi” antara mereka dalam pembinaan genogram ini (Sherman,1993,m.s 91 ) Terapi Keluarga Bowen “menasihatkan kita supaya kembali,kembali,kembali dan ke atas, atas, atas” pokok keluarga mereka untuk melihat `pengitaran semula`.

Sambungan…  Keadaan ini bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat malah melahirkan perasaan dalam konteks dan persekitaran seseorang yang wujud semasa proses pembentukan individu. (White,1978,m.s 25-26) Proses ini menggalakkan pemindahan tindakbalas emosi kepada pengenalan yang jelas.  Data dalam genogram diteliti untuk : - Pengulangan corak seperti segitiga,potongan dan pencantuman. - Kebetulan tarikh seperti kematian atau umur berlakunya sesuatu tanda penyakit. - Kesan perubahan dan peralihan kitaran keluarga yang luar biasa seperti perkawinan, kamatian dan kelahiran anak (Mc Goldrick and Gerson, 1985, m.s 38).

Kem bali Ke R umah Sem ul a  Dalam teknik “Kembali Semula Ke Rumah” terapi keluarga mengarahkan individu atau ahli keluarga kembali ke rumahnya untuk memahami lebih mendalam lagi keluarganya di mana seseorang itu membesar (Bowen,1976).  Idea teknik dapat memberi maklumat untuk seseorang beroperasi dengan sepenuhnya dalam konteks keluarga di mana mereka adalah sebahagian daripadanya. Sebelum pulang ke rumah, seseorang itu perlu berlatih untuk belajar cara menenangkan diri (Bowen 1976)

Def ri angulat ion  Konsep ini merupakan proses yang berlaku dalam keadaan perhubungan dan tahap emosi secara terpisah.(Kerr,1988,m.s 55)  Proses ini berlaku dalam dua peringkat iaitu : Peringkat pertama, seseorang individu menghilangkan kegelisahannya terhadap keluarganya tetapi tidak menonjolkan perasaan kepada orang lain.  Peringkat kedua pula, Bowen menolong individu menjauhkan diri daripada menjadi fokus bila ketegangan atau kegelisahan timbul dalam sesebuah keluarga.  Dalam prosedur ini, seseorang tidak akan menjadi tumpuan atau dipersalahkan di mana ia akan diselubungi kegelisahan. Sebagai contoh jika seseorang yang sentiasa rasional semasa mengendalikan tekanan emosi,ia biasanya jarang menjadi fokus oleh dua orang lagi. (Bowen 1972)

Sambungan…  Manakala pada peringkat lain pula, keluarga dan ahli mereka bebas ,menyuarakan pendapat dalam mengambil perhatian dan cuba untuk bertindak (Piercy and Sprenkle,1986;Thomas,1992)

Hubungan Seseorang T erhadap Seseorang  Dalam teknik seseorang kepada seorang, dua ahli keluarga menghubungkan secara perseorangan terhadap satu sama lain meliputi cara pergaulan iaitu mereka tidak bercakap mengenai pihak lain (Triangling) dan tidak bercakap isu bukan individu itu sendiri. (Piercy and Sprenkle,1986,m.s 11). Sebagai contoh seorang bapa mungkin memberitahu anaknya, perbuatan kamu mengingatkan saya sendiri semasa saya sebaya kamu” sebagai tindakbalas, anaknya mungkin bertanya, “Saya tidak tahu hal berkenaan kamu semasa kamu masih budak lagi, tolong beritahu saya apa yang kamu telah buat dan apa perasaan kamu semasa umur seperti saya.” Proses begini dapat menggalakkan individuasi dan hubungan akan menjadi lebih rapat.

Perbez aan Di ri  Perbezaan diri adalah bergantung kepada seseorang bertindak sejauh manakah dia dapat memisahkan antara proses perasaan yang subjektif kepada proses pemikiran yang lebih objektif ”(Gibson and Donigian, 1993,m.s 28 ).  Prosedur ini melibatkan teknik yang telah dibincangkan bersama antara ahli keluarga dan terapis.  Kegagalan dalam membezakan manusia adalah diatasi oleh sistem emosi diri akan menyebabkan pencantuman di mana “yang automatik.”Dalam keadaan demikian, mereka akan “kurang anjal,dan kurang menyesuaikan diri dan emosinya lebih bergantung kepada persekitaran mereka”(Samber,L`Abate, and Weeks,1985, m.s 43)  Melalui generasi, kanak-kanak yang lebih terlibat dengan pencantuman keluarga cenderung terhadap darjah pembezaan diri yang lebih rendah (Bowen 1972)

Bert any a Soal an  Sebahagian daripada teknik-teknik dalam terapi Bowen ialah `bertanya soalan’  Bertanya soalan merupakan tindakan yang berkesan dan alat penting bagi ahli terapi Bowen.  Perkara-perkara seperti kematian,kelahiran dan perkahwinan memberi kesan tertentu terhadap keluarga  Contohnya apabila berlaku kematian ahli keluarga,,hubungan kekeluargaan mungkin akan terancam begitu juga dengan emosi yang menjadi tidak stabil (Bowen,1976). Dalam hal ini pertanyaan yang dilontarkan akan dapat menolong ahli keluarga yang terlibat dalam masalah tersebut dan dapat mengenali ahli yang lain secara lebih mendalam lagi.

Persamaan

Ahl i T erapi Kel uarga Bowen

 Dalam model Bowen, perbezaan terapi adalah kritikal. Ahli terapi perlu bertindak tenang dan membiasakan diri daripada keluarga yang asas (Friedman,1991)  Sifat neutral adalah tingkah laku utama yang pelu ditingkatkan  Untuk berhubung dengan keluarga ahli terapi perlu melalui perubahan emosi (Kerr,1981). Ideanya adalah jika ahli terapi tidak melalui perubahan penting dalam rawatan keluarga dahulu, mereka yang terlibat berhubungan dengannya tidak dapat mengalami perubahan yang sihat.  Selain menyelesaikan secara tersendiri perasaan mengambil berat terhadap keluarga, ahli terapi Bowen selalunya terlibat dalam melatih dan mengajar.  Pada mulanya,aktiviti berlaku dalam keadaan berkenalan antara ahli keluarga,terutama sekali individu dan pasangan, mereka berbincang dengan ahli terapi atau satu sama lain supaya isu yang beremosi tidak menyelubungi mesej dalam perhubungan.

Sambungan…  Menurut Bowen, ahli terapi tidak seharusnya menggalakkan mereka yang terlibat dan terlibat dan terperangkap dalam perasaan emosi dan kekeliruan, tetapi mengajar mereka mengatasinya dengan memberi contoh sebagai seorang yang bersifat rasional, semulajadi dan dapat mengawal diri.  Ahli terapi harus bertindak seperti dialog Socrates di mana pengajar tersebut bertanya soalan dengan jelas sehingga pelajar dapat berfikir sendiri (Wylie,1991,m.s 27)  Melalui proses terapi ini terdapat perkaitan antara batasan dan pembezaan isu daripada perspektif sejarah. Ahli terapi mengarahkan individu mencari maklumat permulaan, bagaimana pelbagai tekanan terhadap keluarga dapat ditonjolkan dan sejauhmanakah keberkesanan keluarga tersebut menyesuaikan diri terhadap tekanan semenjak dari permulaan. Maklumat tersebut dapat digunakan untuk melukis genogram.

Sambungan…  Dengan memeriksa pengalaman yang dinamik ini,ahli-ahli terapi bertindak sebagai penjelas terhadap klien dalam menilai dan bekerja melalui corak pelbagai generasi yang tercantum dan terpisah. Seterusnya bahagian yang rumit akan dapat diselesaikan.

Proses Terapi dan H asi lnya Bagi Terapi Keluarga Bowen  Menurut Bowen, hasil yang paling berjaya dilakukan adalah ahli keluarga boleh memahami corak antara generasi dan memahami sejarah hidup yang mempengaruhi cara mereka bertindak sekarang (Learner,1983)  Pengetahuan yang mendalam tentang sejarah hidup ahli keluarga dapat memudahkan ahli dalam keluarga memberi tumpuan sekiranya berlaku perubahan terhadap ahli keluarga.(Smith,1991,m.s 25)  Perubahan lazimnya berlaku bila ahli terapi membantu ahli keluarga membezakan peranan antara satu sama lain dan fungsi masing-masing dan interaksi antara ahli keluarga akan menjadi lebih kukuh.(Bowen,1978).  Pada sesi akhir rawatan, isu-isu mengenai corak perhubungan dan ketidakselarasan antara ahli keluarga harus diselesaikan.Seseorang individu harus menghubungkan antara kebebasan bertindak dengan tahap pengetahuan dan corak melemparkan kemaharan kepada orang lain harus diubah.(Kerr and Bowen,1988)

Sambungan…  Model terapi keluarga Bowen mementingkan perubahanperubahan individu dan pasangan seluruh keluarga tersebut selalunya tidak ketara.Sebaliknya tujuan individu adalah untuk rawatan walaupun cara ini adalah lebih sistematik.  Terai ini juga mementingkan perhubungan antara ahli dalam keluarga disertai dengan cara terapi yang menuju ke arah penambahbaikan dalam sistem perhubungan keluarga tanpa mengira jumlah ahli keluarga yang terlibat dengan sesi rawatan.  Sehubungan dengan itu, dengan mengubah seseorang ahli dalam keluarga tersebut maka seluruh ahli akan dipengaruhi dengan lebih baik oleh ahli yang menerima rawatan.  Oleh kerana, kedua-dua pasangan suami –isteri adalah dua ahli keluarga yang jelas dalam ego keluarga maka perubahan akan cepat berlaku bila pasangan tersebut bekerjasama dengan ahli teori psikoterapi keluarga.(Bowen,1965,m.s 220)

Sambungan…  Keluarga tersebut memperbaikki fungsi masing-masing bila pasangan tersebut lebih bersifat mementingkan kognitif.Walaupun begitu ahli teori boleh menjalankan rawatan dengan semua ahli keluarga atau dengan kehadiran seorang ahli keluarga sahaja.(Bowen,1965,m.s 220)

Sambungan…  Dengan sifat saling berkaitan antara teori dan terapi telah menyebabkan para ahli teori keluarga lain menggunakan pendekatan ini dalam menjalankan rawatan.  Dalam rawatannya beliau sentiasa peka dan terpeinci dalam mencadangkan arah haluan ahli dalam keluarga.  Pusat rawatan yang ditubuhkan beliau di Georgetown adalah untuk melahirkan para terapis yang mahir melalui pendekatan yang beliau gunakan.  Terapi keluarga Bowen amat sistematik, sentiasa dalam kawalan penumpuan kognitif antara kerjasama antara sesama ahli. .  Terapi ini tidak seperti terapis keluarga lain, terapi ini boleh digunakan sepenuhnya untuk individu atau pasangannya.

Anal isa Masal ah K el uarga Cobb dan Proses Rawat an Latar belakang kelurga Cobb Keluarga Cobb terdiri daripada keluarga 3 generasi iaitu terdiri daripada ayah (David,45 tahun), ibu (Juanita,45 tahun), anak lelaki (James,16 tahun), anak perempuan (Anita,12 tahun) dan ibu Juanita (Lily,65 tahun).Ayah Juanita (Joan,meninggal 3 tahun lalu kerana sakit jantung). Ayah David (Dan,70 tahun) ibu David (Rufhia,68 tahun) tinggal di bandar berdekatan. Pasangan David dan Juanita telah berkahwin selama 20 tahun. Seperti ayahnya, David agak renggang dengan keluarganya kerana terlalu memberi penumpuan kepada kerjayanya. David berasal dari golongan kelas menengah.Dia mempunyai seorang kakak, Daisy yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Ayah David mengidap penyakit darah tinggi tetapi ibunya seorang yang sihat.Juanita adalah anak tunggal. Semasa berusia 13 tahun, ibu Juanita (Lily) hampir bercerai dengan suaminya (John) selepas 20 tahun berkahwin. Juanita dan Lily

Sambungan… Juanita dan Lily menjaga rumah dan keluarga manakala David pula bekerja sebagai salesman di sebuah syarikat pengedar barangan cucian. Masalah yang menyebabkan keluarga Cobb ini mencari pertolongan adalah kerana anak mereka, James (18 tahun) sering pulang ke rumah lewat malam hingga menyebabkan pelajarannya merosot. Dia pernah ditahan polis kerana merayau pada waktu malam. David dan Juanita mensyaki James minum minuman keras dan mengambil dadah.Wang dalam beg tangan Juanita telah dua kali dicuri dalam beberapa minggu yang terakhir. Lily pula menganggap James seorang budak yang tidak bertangunggjawab.Apa yang menarik di sini nama cucunya adalah sama dengan nama bekas kekasihnya yang hampir meruntuhkan rumah tangganya. Anita pula tidak memperdulikan James. Walaupun Anita seorang pelajar yang baik tetai hubungannya dengan ibunya agak renggang.

Kons epsi Kel uarga Menurut Persepsi Bow en  Keluarga Cobb amat ketara dalam perspektif keluarga Bowen kerana beberapa sebab iaitu: 1) Corak yang sama dalam konflik ibu-anak perempuan selepas beberapa generasi . 2) Pihak lelaki dalam keluarga ini pula agak renggang dengan pihak keluarga samada kurang meluangkan masa. 3) Terdapat isu yang menarik nama James adalah menyamai nama kekasih neneknya yang hampir meruntukan rumahtangga neneknya.  Hal ini seperti kebetulan dalam sepanjang tempoh 20 tahun, perkahwinan Juanita seorang lagi James muncul untuk memberi masalah kepada mereka.

Proses Rawat an  Lazimnya rawatan yang diberikan dalam mana-mana keluarga menurut perspektif terapi Bowen selalunya melibatkan sama ada individu atau pasangan. Dalam kes keluarga Cobb, terapi menumpukan kepada unit kekeluargaan dan membantu keluarga tersebut membuat Genogram. Genogram itu kemudiannya disemak oleh juru terapi dan keluarga tersebut untuk merangka corak keluarga.  Selepas menganalisa corak kehidupan keluarga, ahli terapi menumpukan perhatian bersama keluarga itu kepada isu yang melibatkan masalah tersebut.  Dalam kes keluarga Cobb wujud segitiga antara Lily, Juanita dan James yang tidak berfungsi dengan betul. Ini dapat dikatakan isu pepecahan `emosi`, dan David menjadi contoh dalam kes ini. Sikap kurangnya berinteraksi dengan keluarga menyebabkan wujudnya satu rongga dalam rumahtangga. Kesannya dapat dilihat pada perangai James sekarang.

Sambungan…  Oleh itu, kemahiran keibubapaan dan cara berinteraksi dengan anak-anak perlu dititikberatkan , terutamanya yang berkaitan dengan corak keluargaCobb yang terdahulu.  Dalam usaha membantu keluarga Cobb, ahli terapi akan meminta pasangan keluarga itu berbincang dari hati ke hati. Dalam hal ini ianya dapat dimulakan dengan David dan Juanita berbincang berkaitan rumahtangga mereka.Sementara perbincangan di luar sesi boleh dibuat antara James dan David, Lili dan Juanita.  Dalam perbincangan ini soalan secara (cognitif) amat digalakkan terutamanya soalan yang tidak pernah disoal dahulu. Sebagai contoh, hubungan sulit Lily.  Secara keseluruhannya, melalui cara begini, keluarga terbabit akan mula berubah sikap, kerana tuduh-menuduh dan pertelagahan tidak wujud lagi. Cara yang betul untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dapat dimulakan dengan ahli keluarga berinteraksi dalam posisi yang berbeza.

Kekuatan T erapi

B owen

 1) Terapi Bowen lebih memberi penekanan terhadap apa yang berlaku pada masa silam,iaitu dengan menggalakkan sesetengah keluarga atau ahli keluarga untuk meneliti masalah silam dan bukannya masalah yang sedang dialami sekarang.Cara yang sebegini amat berkesan dalam membantu ahli keluarga terbabit dalam memulihkan hubungan kekeluargaan yang bermasalah. 2) Selain itu,aspek yang menjadikan Terapi Keluarga Bowen ini unik daripada terapi lain iaitu memaparkan satu pendekatan dan pradigma yang tersendiri. Justeru itu keberkesanan pendekatan ini tidak harus dipertikaikan lagi.

Kel emahan Teori Walaupun terdapat kelebihan dalam pendekatan terapi Bowen ini. Terdapat juga kelemahan dalam terapi ini iaitu: 1) Rawatan kepada pendekatan ini melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi.Tidak semua orang mampu melaburkan wang yang banyak dalam proses melalui pendekatanBowen ini.Seperti terapi psikoanalisis, hanya segelitir kecil sahaja orang mendapat faedah menerusi pendekatan ini.

Kes impulan  Psikoanalisa dan terapi keluarga Bowen adalah dua cara yang sering digunakan apabila menghadapi masalah keluarga. Terapi keluarga psikoanalisa dimulakanoleh Nathan Ackerman dimana ianya menggunakan prinsip psikoanalisa individu kepada keluarga. Cara ini membolehkan keluarga terlibat lebih dihormati dan digemari oleh ramai psikologis.Murray Bowen dalam bidang psikoanalisa mencipta pendekatannya yang tersediri dalam menolong keluarga terbabit yang melibatkan pasangan berdasarkan pengalaman lampau beliau dan eori psikoanalisa.  Kedua-dua cara tersebut memberi penekanan kepada pentingnya kuasa perasaan dalaman dalam kehidupan keluarga.  Terapi keluarga yang berorientasikan psikoanalisa menenkankan kerjasama dengan individu dalam keluarga  Teori Bowen adalah sistematik walaupun klien utamanya adalah individu dan pasangan. Ianya menekankan kepada pentingnya melihat sejarah lampau antara generasi.

Sambungan…  Pendekatan Bowen menggunakan strategi kognitif untuk menolong pasangan dan ahli keluarga, manakala ahli terapi keluarga psikoanalisis berorientasikan dalaman (perasaan). Dalam kedua-dua pendekatan ahli terapi bertindak sebagai jurulatih dan guru walaupun cara rawatan dan keputusannya berbeza.  Secara keseluruhannya, kedua-dua pendekatan adalah terperinci, iaitu menumpukan hasil dalam jangka masa panjang. Ianya menekankan perasaan dalaman dan memerlukan pelaburan masa dan sumber yang banyak.  Teori Bowen juga menumpukan perhatian kepada keputusan dan hasil yang memberi klien mengenali corak hubungan keluarga yang terputus yang telah terjadi dalam generasi keluarga mereka meliputi individu dan keluarga.

Sek ian,

Terim a k asih

Related Documents

Teori Bowen
October 2019 20
Teori Bowen
May 2020 7
John Bowen
December 2019 19
Bowen Series
June 2020 5
Teori
October 2019 61
Teori
May 2020 46

More Documents from "JoW Rocks"