TEORI BOWEN
KONSEP • Bowen lebih melihat keluarga sebagai satu unit yang perhubungan emosi dalam multigenerasi yang terbentuk mengikut sejarah keluarga itu sendiri.
KONSEP • Multigenerasi ialah terdapat percampuran generasi iaitu dari yang pertama, kedua dan yang ketiga. • Contohnya : Opah generasi pertama, mak ayah generasi kedua dan Upin, Ipin serta Kak Ros generasi ketiga.
KONSEP • Dalam perhubungan sebuah keluarga itu lebih mudah kita lihat ianya sebagai satu simbiosis di antara ahli keluarga dengan yang lain. • Simbiosis membawa makna bahawa sesuatu itu dilihat saling melengkapi.
TEKNIK • 'Differentiation of self' atau pembezaan kendiri adalah penting dalam perhubungan dalam keluarga. • Sejauh mana individu tersebut tahu membuat pembezaan kendiri semakin sihat perhubungan tersebut. • Pembezaan kendiri ialah sejauh mana individu tahu membuat keputusan untuk dirinya tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
TEKNIK • Triangles dalam perhubungan. • Tiga segi dalam perhubungan adalah wujud orang ketiga mencampuri dalam perhubungan atau isu yang timbul. • Contohnya ialah antara Upin dan Ipin bila bergaduh dan wujud campur tangan Opah akan membuat mereka berbaik semula. Ini contoh tiga segi yang positif. • Tetapi jika Upin dan Ipin nak buat keputusan sesuatu dan Kak Ros masuk campur biasanya akan membuatkan keadaan jadi semakin teruk dan susah. Yang ini pula contoh segi tiga negatif.