1
BAB 1: PENGENALAN Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi yang dilahirkan. Ini kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan pelapis kepada pembangunan dan kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu? Pendidikan bersepadu adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni. Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan disamping didorong oloeh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat menyatukan diri atau diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni. Itulah serba sedikit konsep Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia dan berbeza dengan diamalkan di barat bersifat sekular. Aspek yang perlu dititikberatkan ialah Minda generasi muda penting diperkasakan dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi keutamaan. Antara kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong. Seperti yang saya huraikan serba sedikit diatas tadi, ternyatalah bahawa nilai dan akhlak amat penting bagi genarasi muda dalam memperkasakan diri menuntut ilmu. Nilai adalah ukur tara yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu perkara. Selain itu, serba sedikit ianya turut memberi kesan kepada seseorang. Contohnya Bercakap benar umpamanya adalah nilai dan amalan baik. Jika kebenaran yang disampaikan, maka kebenaran juga diterima. Apabila kita berdusta, maka ia akan memudaratkan diri dan orang lain. Pendidikan bersepadu menjadikan nilai al-Quran sebagai sumber berdirinya ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda nyata. Jadi kertas kerj ini akan membincangkan serta membandingkan Pendidikan Bersepadu yang dikemukakan barat dengan paradigma Pendidikan Bersepadu di Malaysia serta menekankan kepada konsep, matlamat, dan kokurikulum.
2
BAB 2: KONSEP, MATLAMAT PENDIDIKAN, DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ACUAN MALAYSIA. 2.1 KONSEP: Pendidikan Bersepadu ialah Pendidikan yang menekan kepada nilai yang murni dalam menuntut ilmu pengetahuan. Seperti di Malaysia, pendidikan yang dikemukan oleh barat iaitu menggunakan konsep garis lurus tidak sesuai diamalkan di Malaysia.1 Ini kerana Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Agama persekutuan bagi Malaysia ialah agama Islam justeru pendidikan yang diamalkan di Malaysia ialah Pendidikan Bersepadu yang tidak memisahkan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi. Pendidikan itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bahkan ia mampu menyediakan rakyat untuk menghadapi masa depan dan globalisasi. Selain itu, Pendidikan Bersepadu menurut acuan Malaysia ialah berpusatkan kepada Allah iaitu pada hakikatnya Allah adalah maha mengetahui. Justeru itu, segala kebenaran ilmu tidak perlu dipersoalkan lagi dan tidak memerlukan kajian saintifik berulang kali untuk menentukan kebenarannya. Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia juga amat berbeza dengan konsepnya di barat di mana di barat agak sekular dan liberal serta mempersoalkan sesuatu kebenaran ilmu yang pada hakikatnya adalah benar. Akibatnya, barat menanggung pelbagai kesan dan akibat antaranya ialah Berlakunya gejala sosial yang kronik di Barat adalah berpunca dari pergaulan bebas antara lain undang-undang Barat membenarkan perkahwinan sesama sejenis sekaligus mengiktiraf hubungan sejenis yang terkutuk itu.2 Selain tiu, masyarakat Barat menjadi kucar-kacir. Institusi keluarga yakni institusi terpenting dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera, semakin hari semakin dilanda kehancuran," jelasnya, anak-anak tidak 1
Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20. 2
Prof. Dr. Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta Departemen Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.
3
lagi menghormati ibu bapa, suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pula bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.
2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN: Matlamat Pendidikan Bersepadu sebenarnya ialah berpusatkan kepada Allah iaitu percaya bahawa setiap ilmu adalah datang darinya. Sebenarnya ia menyentuh mengenai akidah, kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.3 Dengan ini, Pendidikan bersepadu itu boleh mengatasi masalah gejala sosial sebagaimana berlaku di Barat. Selain itu, matlamat yang penting ialah mebina nilai dan akhlak yang sempurna selaras dalam proses menuntut ilmu. Apa yang saya ingin tekankan ialah akhlak yang baik akan terjelma dalam amalan nilai-nilai murni dan akan melahirkan potensi intelek yang sihat, serta jauh dari sifat-sifat tercela. Matlamat pendidikan bersepadu juga melahirkan masyarakat serta penuntut yang baik dan mulia ini bermakna matlamat agung pendidikan ialah untuk membina pembangunan manusia.
2.3 KUKURIKULUM Sebenarnya dalam aspek Kukurikulum bersepadu ialah cuba mengimbangi ilmu agama, ilmu sains kemanusiaan dan ilmu sains tabii. Ini kerana dalam dunia era goblalisasi ilmu sains dan teknologi amatlah penting dan dititikberatkan.4 Kemajuan yang dicapai dunia sekarang ini memerlukan kemajuan sains dan teknologi. Dalam islam tidak salah mempelajari ilmu keduniaan bahkan Allah juga menggalakkan umatnya supaya meneroka rahsia-rahisa Allah berpandukan jalan yang diredai olehnya.
3
Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 30. 4
Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 29.
4
Selainj itu, perlaksanaan kukurikulum adalah berperingkat dan dimulakan dari bawah ke atas misalnya dari tahap satu hinggalah ke tahap enam. Dalam menuntut ilmu, tidak kira apa jua ilmu, kekuatan rohani amat penting. Antara sebab musabab wujudnya kukurikulum di dalam pendidikan ialah semata-mata untuk membina kekautan rohani selari dengan kekuatan akhlak yang berteraskan kepada agama. Tanpa agama manusia akan hidup dalam keadaan huru hara dan tanpa pegangan. Kukurikulum ini sepatutnya dijadikan sebagai budaya dalam membina masyarakat yang harmonis dan berakhlak mulia. 3.0:
KONSEP,
MATLAMAT
PENDIDIKAN,
DAN
KUKURIKULUM
MENGIKUT ACUAN BARAT. 3.1: KONSEP Seperti yang ditekankan diatas dari segi Pendidikan Bersepadu di Malaysia jelaslah bahawa ia menekankan kepada nilai-nilai murni untuk membentuk pelajar yang berakhlak mulia. Tetapi apa yang terdapat di barat pula adalaha berlainan. Konsep bagi Pendidikan Moden barat sebenarnya didorong aspek globalisasi dan ditunjangi oleh falsafah pendidikan barat. Sebab itu tidak hairan mengapa di Barat banyaknya masalah yang berkaitan dengan gejala sosial, keruntuhan isntitusi kekeluargaan dan bermacam lagi5. Selain itu, ianya berbentuk bebas atau liberal dimana masyarakat barat berfikiran terbuka tanpa berpandukan atau merujuk kepada ilmu wahyu seperti yang terdapat di Malaysia. Selain itu, konsep Pendidikan di barat juga boleh diertikan sebagai meletakkan kebebasan akal begitu tingi sehingga dibolehkan meragukan ilmu wahyu serta
dengan
dorongan
ilmu
falsafah
juga
membuatkan
masyarakat
barat
mempersoalkan segala ilmu yang diperolehi. Ini jelas lagi jika kita imbas kepada konsep falsafah barat sehinggakan adanya terdapat satu bab mengenai Skeptisme iaiti meragukan terhadap segala perkara. Selain itu, unsur demokratik juga boleh dikaitkan kerana induvidu bagi masyarakat barat mempunyai hak mutlak untuk membina nilai baru menurut 5
Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10.
5
kepentingan dan kemandirian induvidu tersebut. Justeru kehidupan sekular yang diamalkan oleh mereka ini sebenarnya memisahkan agama dengan semua urusan kehidupan tanpa dibatasi oleh sesautu perkara. Unsur yang dinyatakan ini menjadi asas dan tunjang pemikiran bagi mereka. Sebab itu tidak hairan mengapa kesannya begitu ketara sehinggakan timbulnya masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang begitu meruncing. Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia tidak mengikut model ini yang juga dinamakan Model garis lurus.
3.2 MATLAMAT PENDIDIKAN Seperti yang kita faham, di barat khususnya mengamalkan Model Garis lurus iaitu model yang menekankan semakin tinggi pendidikan manusia itu, maka semakin jauh ianya daripada tuhan. Itulah matlamat pendidikan barat yang cuba menakul sesuatu perkara berdasarkan kepada rasional akal semata-mata tanpa melihat aspek dari sudut agama mereka. Jika kita imbas kembali pada zaman gelap, barat pada masa itu berada dalam keadaan terumbang-ambing berikutan pengongkongan dari pihak gereja. Lagipun pihak gereja pada masa itu tidak meggalakkan pemikiran fatalistic dan bercirikan kepada sains. Walhal, dunia islam pada masa itu sudah maju lebih terkehadapan dan lahirnya tokoh-tokoh pemikiran islam terkemuka seperti Ibn Sina, AlKhawarizmi, Ibn Batuta dan lain-lain lagi. Selain itu, pemikiran liberal yang diamalkan oleh mereka membebaskan daripada nilai agama, nilai pegangan dan kepercayaan mereka lebih berasaskan kepada fakta saintifik yang bersumberkan kepada fungsi akal semata-mata. Matlamat pendidikan yang diamalkan oleh mereka juga ialah seolah-olah mengeksploitasi kepentingan induvidu lain dan semakin jauhlah hubungan mereka dengan tuhan mereka. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu belajar untuk diri serta mendapat kedudukan yang tinggi agar mereka dipandang golongan bijak pandai di mata masyarakat. Umunya
6
pendidikan di barat ini bersifat induvidualistik dan materialistic iaitni bertujuan sematamata untuk mencapai kepuasan diri tanpa batassan. 3.3 KUKURIKULUM Jelaslah bahawa pendidikan di barat menolak dan mengenepikan pegangan agama dan ilmu wahyu.6 Dengan era globalisasi dunia tanpa sempadan, semakin rancaklah mereka mengenepikan agama serta berpegang teguh kepada sains dan penakulan akal. Kukurikulum pendidikan mereka juga berbeza iaini semakin tingi pendidikan seseorang itu, maka manusia makin jauh daripada tuhan. Ini didorong oleh aspek liberal yang diamalkan di kebanyakan Negara barat serta gagal untuk menyediakan jalan atau satu jambatan untuk berhubung dengan tuhan mereka. 4.0 KESIMPULAN Jika kita amati Pendidikan di barat serta di Malaysia ternyata amat jauh sekali berbeza ini kerana di Malaysia menekankan kepada unsure ketuhanan iaitu setinggi mana ilmu seseorang itu, maka induvidu itu wajib mempercayai bahawa ilmu yang didapati oleh seseorang itu ada batasannya. Selain itu, pendidikan acuan di Malaysia juga menekankan kepada nilai-nilai murni serta memupuk kepada akhlak yang baik bagi melahirkan masyarakat yang harmonis. Berbeza di barat bahawa semakin tinggi tahap pendidikan seseorang itu, maka semakin jauhlah mereka dari tuhan serta ilmu wahyu. Ini kerana jelas bahawa ilmu yang mereka pelajari serta mereka dapati hanyalah untuk diri mereka semata-mata serta bersifat materialistic dan liberal. Jadi tidak hairan mengapa isntitusi kekeluargaan dan masalah gejala sosial di barat begitu meruncing. 5.0 BAHAN RUJUKAN Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10 6
Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 15.
7
Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 30
Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.
Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta Departemen Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.