Teks Pengacara Majlis.docx

  • Uploaded by: Lyka Iqa Ho
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 571
  • Pages: 3
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL BAHASA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT TAHUN 2016 TARIKH : 23 SEPTEMBER 2016 / JUMAAT

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berusaha, Puan Azlinda Bt Mohd Nor Pengetua SMK Kapit Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan SMK Kapit; Penolong Kanan Akademik, Encik Kuiek Bon Siau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Bennet Anak Bungkong Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Leo Ak Matthias Kamandan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Jargalia Lidek Barisan Guru-guru Kanan, para guru serta rakan pelajar sekalian. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam sembah selamat datang Sudi tuan ke majlis kami. Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bahasa SMK Kapit 2016. Welcome to the closing ceremony of SMK Kapit Language Carnival 2016. Untuk memulakan majlis, para hadirin dimohon untuk berdiri tegak bagi menghormati nyanyian lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan disusuli dengan lagu sekolah ‘Bergerak Maju”.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat sebentar tadi. Para guru dipersilakan duduk. Untuk memberkati majlis, Dengan sukacitanya dijemput ____________________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________ atas bacaan doa itu tadi.


PERSEMBAHAN PELAJAR

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN (PN.AZLINDA)

Hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama saksikan persembahan daripada ________________________. Dipersilan. Terima kasih atas persembahan yang begitu memukau sebentar tadi. Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Hadirin hadirat sekalian, Karnival Bahasa ini telah berlangsung sepanjang bulan September. Untuk makluman para hadirin, terdapat pelbagai pertandingan menarik yang telah dianjurkan oleh panitia-panitia yang terlibat iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Iban. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diharap dapat mencungkil dan mengasah bakat-bakat terpendam para pelajar serta dalam masa yang sama meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Anak muda mengalun qasidah Tiada kekok tampil ke depan Pembuka kata berlalu sudah Mari kita mendengar ucapan. Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Pengetua SMK Kapit, Puan Azlinda bt. Mohd Nor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya menutup dengan rasminya Karnival Bahasa SMK Kapit bagi tahun 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Demikianlah tadi, ucapan daripada Puan Azllinda bt. Mohd Nor, Pengetua SMK Kapit. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan penutup beliau sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan semasa berlangsungnya Karnival Bahasa. Dengan segala hormatnya dipersilakan Guru Kanan Bidang Bahasa, Encik Francis Empawi untuk menjemput dan mengiringi Puan Pengetua SMK Kapit, Puan Azlinda bt. Mohd Nor untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi pertandingan _______________________

PERSEMBAHAN PELAJAR

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, sekali lagi kita akan disajikan dengan persembahan daripada ________________________. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. *Teachers and students, next we will be entertained by the performance from _________________________. Please welcome.

PERSEMBAHAN GURU

Thank you ______________________ for the amazing performace. Hadirin sekalian, seterusnya kita akan menyaksikan persembahan daripada wakil guru, Encik Abdul Hadi. Marilah kita sama-sama saksikan.

AKHIR KATA

Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Dengan berakhirnya acara itu tadi, MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL BAHASA SMK KAPIT 2016 telah pun sampai ke penghujungnya. Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan majlis dilaksanakan dengan sempurna. Gugur menguning buah kuini Menghijau pohon subur dibaja Majlis kita berakhir disini Silap dan salah lupakan sahaja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati

Related Documents


More Documents from "Maria Jantan"

Lp 5st1 30jan2018.docx
November 2019 52
Teks Pengacara Majlis.docx
November 2019 62
+math
October 2019 132
Linux
May 2020 38
Rwservlet-2
October 2019 58