Teks Pengacara Majlis.docx

  • Uploaded by: Aliah Jasmin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,124
  • Pages: 6
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI DUA TAHUN 2019

AGENDA

TEKS

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang _________________, Encik ______________ diiringi oleh ______________ Yang Berusaha En. Mahadi b. Dollah, GB SK Sungai Dua.

SALUTASI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera Yang Berusaha, Tn. Hj. Hamzah b. Hj Abu Peg. Pendidikan Daerah Tampin Yang Berbahagia, En. Fauzi bin Kamari Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Dua Yang Berusaha, En. Mahadi bin Dollah Guru Besar SK Sungai Dua En. Mohd Zin b. Said Guru Pen. Kanan 1 Pn. Supiyaton bt. Mokti Guru Pen. Kanan HEM Pn Zainatun bt. Husain Guru Pen. Kanan Kokurikulum Guru-guru, AJK-AJK PIBG SK Sungai Dua Para kakitangan sekolah Para ibu bapa Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

UCAPAN ALUAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua bagi tahun 2019. Pihak sekolah merakamkan ucapan selamat datang dan selamat

CATATAN

menyaksikan acara sukan yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini.

PERBARISAN

Hadirin hadirat sekalian, Majlis akan dimulakan dengan acara perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang bertanding dalam acara perbarisan rumah sukan dan unit beruniform pada hari ini. Dengan itu, dijemput Yang Berusaha, Encik Mahadi b. Dollah, Guru Besar SK Sungai Dua untuk tampil ke pentas bagi menerima tabik hormat. Dipersilakan. **MUZIK DIMAINKAN** Perarakan masuk kontinjen rumah sukan ke tengah padang ini akan diketuai oleh adik Muhammad Fitri Aqil b. Mohd Sazri. Di belakang pula ialah pembawa bendera kejohanan yang ……….. Hadirin sekalian, 1. Mendahului perarakan ialah kontingen dari rumah MERAH. Kontingen ini di bawah bimbingan Pn. Rozita bt. Wahi dan diketuai oleh Ahmad Wafi b. Suhaimizan. Dengan motto MERAH MEMBARA, TETAP JUARA, Rumah Merah bertekad untuk merebut gelaran juara pada tahun ini. 2. Berikut pula, sedang melangkah masuk ialah kontingen dari Rumah HIJAU. Kontingen ini dipimpin oleh Us. Khairul Niza b. Osman dan diketuai oleh adik Dany Daryus b. Mohd Azirin. Motto ________ diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah Hijau untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini. 3. Seterusnya ialah kontingen dari Rumah KUNING. Kontingen ini dibimbing oleh Pn. Nurinon bt. Sulong dan diketuai oleh adik Muhammad Iman Najwan b. Azwan. Dengan motto, KUNING MELANGKAH MEGAH, rumah Kuning merupakan Johan Rumah pada tahun lepas.

BACAAN IKRAR

Hadirin yang dihormati, Seterusnya, majlis mempersilakan adik Muhammad Fitri Aqil b. Mohd Sazri untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih adik Muhammad Fitri Aqil. Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini. PERARAKAN KELUAR

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati, Demikian tadi selesainya upacara perbarisan oleh murid-murid SK Sungai Dua pada tahun ini. Sekarang dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. Hadirin yang dihormati, Sebentar lagi akan berlangsung acara ………………………. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah……………. Di lorong yang pertama ………………………… Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH Tuan-tuan dan puan-puan, Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara …………………….. Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan Encik/Puan/Cik ……………………………………………………….. untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. (kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……) Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah ………… Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah……… Dan johan/pemenang pingat emas acara ………………… ialah …………… dari rumah……………………….. Tahniah kepada para pemenang. Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik ………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

MAJLIS PENUTUPAN AGENDA ALUAN

TEKS Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontinjen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera Yang Berbahagia, En. Fauzi bin Kamari Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Dua Yang Berusaha, En. Mahadi bin Dollah Guru Besar SK Sungai Dua En. Mohd Zin b. Said Guru Pen. Kanan 1 Pn. Supiyaton bt. Mokti Guru Pen. Kanan HEM Pn Zainatun bt. Husain Guru Pen. Kanan Kokurikulum Guru-guru, AJK-AJK PIBG SK Sungai Dua Para kakitangan sekolah Para ibu bapa Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

BACAAN DOA

Tuan-tuan dan puan-puan, Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput ___________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________ atas bacaan doa sebentar tadi.

PERASMIAN PENUTUP

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan balapan dan padang tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

CATATAN

Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk menyempurnakan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua pada kali ini, majlis menjemput _______________________ , (jawatan)______________ untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua tahun 2019. Majlis dengan ini mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH

Murid-murid dan hadirin sekalian, Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________, dengan diiringi oleh ________________________, (jawatan) ____________ untuk menyampaikan hadiah.

=============== OLAHRAGAWAN/ OLAHRAGAWATI

Majlis dengan ini mempersilakan. ====================================================== Hadirin sekalian, Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. --------------------------------------------------------------Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah ____________________________. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara ___________________________________________________ --------------------------------------------------------------Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah ____________________. Beliau telah meraih pingat _______________________________.

=============== JOHAN RUMAH

==================================================== Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, Kita akan umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding. Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah ____________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah Sukan ________________________ untuk menerima

hadiah. Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah. Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua bagi tahun 2019 jatuh kepada: Rumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian __________ untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah sebentar tadi. CENDERAHATI

PENUTUP

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian _________________ merasmikan majlis penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua 2019, majlis menjemput _______________ untuk menyampaikan cenderahati. Dijemput ________________ untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Hadirin sekalian, Dengan itu, maka berakhirlah Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Dua bagi tahun 2019 . Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa. Akhir kata, maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan “Majulah Sukan SK Sungai Dua demi menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan. Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua. SEKIAN, WABILLAHI WASSALAMUALAIKUM WABARAKATUH.

TAUFIQ WALHIDAYAH, WARAHMATULLAHI TA’ALA

Related Documents


More Documents from "Maria Jantan"