Teks Pengacara Majlis Pidato 2017.doc

  • Uploaded by: syakireen afini
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis Pidato 2017.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 1,003
  • Pages: 7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, JOHOR BAHRU, JOHOR.

TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK

PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN IPGKTI 2017 7 OGOS 2017

PERKARA

TEKS Mengumumkan ketibaan

PENGUMUMAN KETIBAAN, VIP, PENSYARAH, HAKIM

Yang Berbahagia Pn.Rubiah Binti Ahmad Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Diiringi oleh, Timbalan-timbalan pengarah, Setiausaha Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Panel-panel hakim Serta barisan JPP yang ke -51

PEMBUKAAN

Bunga mawar mekar di taman Indah dipandang harum mewangi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis bertambah berseri Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Dan Salam muafakat Johor Yang Berbahagia Pn.Rubiah Binti Ahmad Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Yang Berusaha, Dr.Yazid Bin Abd.Manap Timbalan Pengarah Pengurusan Yang Berusaha, Dr.Mazlan Bin Aris, Timbalan Pengarah Akademik

CATATAN/TINDAKAN

Yang Berusaha, Setiusaha Akademik, Dr.Wan Noor Siah Bin Wan Abdullah Ynag Dihormati, Pn.Hjh.Normah Binti Abd.Samad Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana Para pensyarah Seterusnya, Siswa siswi guru yang dikasihi sekalian

BACAAN DOA

Terbang tempua kesemak berduri, Hinggap sebentar di pohon rumbia, Tangan ditadah sepuluh jari, Mohon berkat Yang Maha Esa. Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Saudara Muhd Fazir Bin Ramle @ Kamri untuk memimpin bacaan doa. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Amin Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

PENGENALAN PIDATO

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya dapat kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada petang ini iaitu Pertandingan Pidato Kemerdekaan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim bagi tahun 2017. Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalualukan kehadiran hadirin sekalian Untuk pengetahuan hadirin, Terdapat 13 aktiviti yang akan berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan ini iaitu 1.Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2. Pertandingan Permainan Futsal & Bola Jaring antara Kolej Kediaman sempena Karnival Kolej Kediaman

3.Jualan sempena Karnival Kolej Kediaman di bawah Biro Keusahawana 4.Karnival Kolej Kediaman( Hari Terbuka) serta Pemilihan Blok dan Bilik Terbersih 5.Malam Kebudayaan iaiatu Tarian Endang 6. Pertandingan Bersama Rektor iaitu Perasmian Bulan Kemerdekaan 7. Pertandingan Mengarang Sajak Kemerdekaan 8. Majlis Yasin dan Tahlil untuk Pejuang Kemerdekaan Negara 9. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 10. Larian Merdeka Patriotik 11.Bendera Jalur Gemilang Terbesar (Malaysia Book Record) 12. Penutupan Bulan Kemerdekaan yang akan disempurnakan oleh YB En. Vidyanathan A/L Ramanadhan (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor) 13 Rekreasi Kemerdekaan di Kuala Tahan Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, para jemputan , pensyarah-pensyarah, ajk pelaksana, para peserta dan seterusnya hadirin yang dimuliakan sekalian. Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPGKTI bagi tahun 2017 adalah anjuran JPP ke-51 dengan Jabatan Pengajian Melayu. Pertandingan pidato kemerdekaan telah menerima sebanyak 11 penyertaan daripada pelbagai opsyen dan semester. Tema pertandingan pidato ini ialah Kemerdekaan dan Patriotisme Generasi Y. Manakala, tujuan pertandingan pidato ini dianjurkan adalah untuk mengasah bakat siswa siswi guru dalam pengucapan awam serta secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan siswa siswi guru IPGKTI.

PERKENALKAN HAKIM

Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan iaitu EN.ABD.JALIL BIN MAD YUNUS selaku ketua hakim daripada Jabatan Pengajian Melayu. Seterusnya, EN.ISA BIN AWANG daripada Jabatan Pengajian Melayu. dan akhir sekali EN. JEFRI BIN HUSIN daripada Jabatan Pengajian Melayu.

PESERTA 1

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau iaitu saudari LEE TING HUI daripad 3 PISMP BAHASA CINA, dipersilakan.

PESERTA 2

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato. iaitu Saudari VIANNIY LIN VERUS daripad opsyen 1 PPISMP PENDIDIKAN JASMANI/ Dipersilakan.

PESERTA 3

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta ketiga untuk menyampaikan pidato.iaitu saudari NURUL FATHIAH BINTI ZULKIFLI daripada opsyen 1 PPISMP PENDIDIKAN JASMANI, dipersilakan.

PESERTA 4

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan pula peserta keempat untuk menyampaikan pidato iaitu saudari TAY AI CHOO daripada opsyen 1 PISMP BAHASA CINA, dipersilakan.

PESERTA 5

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kelima untuk menyampaikan pidato iaitu saudari NUR ATIQAH BINTI MANSOR daripada opsyen 1 PPISMP SANIS, dipersilakan.

PESERTA 6

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta keenam untuk menyampaikan pidato iaitu saudara MUHD KHAIR AIMAN BIN KHAIRUL AZHAR daripada opsyen 1 PPISMP SAINS, dipersilakan.

PESERTA KE-7

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta ketujuh untuk menyampaikan pidato iaitu saudari DING ANN CHI daripada opsyen 1PISMP BAHASA CINA , dipersilakan.

PESERTA KE-8

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan pula peserta kelapan untuk menyampaikan pidato iaitu saudari ZETTY AKMAR BINTI ZULKARNAIN daripada opsyen 5 PISMP RBT,dipersilakan

PESERTA KE-9

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kesembilan untuk menyampaikan pidato iaitu saudara MUHD HAZWAN BIN MOHD NAWAWI daripada opseyn 1 PPISMP PENDIDKAN JASMANI, dipersilakan

Peserta Ke-10

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kesepuluh untuk menyampaikan pidato iaitu MUHD AIDIL NAIM BIN ARIFFIN daripada opsyen 1 PPSIMP PENDIDIKAN JASMANI, dipersilakan.

Peserta ke-11

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta terakhir untuk menyampaikan pidato iaitu saudari SIM SIN RU daripada opsyen 1 PPSIMP RBT, dipersilakan.

REHAT SEKETIKA KIRA MARKAH

Terima kasih diucapkan. Dengan berakhirnya pidato daripada peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPGKTI bagi tahun 2017. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan Hadirin sekalian,

RUMUSAN KETUA HAKIM

PENUTUP

Bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput ketua hakim iaitu EN.ABD JALIL BIN MAT YUNUS daripada Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPGKTI bagi tahun 2017. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Penyampaian hadiah Pertandingan Pidato Kemerdekaan IPGKTI bagi tahun 2017 akan disampaikan pada 18 September 2017 semasa Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang akan disempurnakan oleh YB En. Vidyanathan A/L Ramanadhan. (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor).

Di atas dahan burung tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua kembali. Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf seandainya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kelemahan kami sendiri. LAGU IPGM

Kini majlis kita sudah berada di penghujungnya. Sebelum bersurai, para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia.

BERSURAI

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mengumumkan perarakan keluar, Dif-dif kehormat

Related Documents


More Documents from ""