Teks Pengacara Majlis Program Ceramah.docx

  • Uploaded by: Asmak Ismail
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis Program Ceramah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 408
  • Pages: 2
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM CERAMAH MOTIVASI SAHSIAH DIRI 2018

Yang Berusaha, Encik Zaidi bin Ibrahim, Guru Besar SK Darul Hikmah, Yang Berusaha, En Zulkifli bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati, Puan Che Anita binti Mad Noor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati, Pn Nor Izzaty Khoo bin Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang Berbahagia, Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Sirih berlipat, sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Program Motivasi Sahsiah Diri bagi tahun 2018 ______________________________________________________________________________ Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara. Sebagai pembuka majlis dengan hormatnya mempersilakan En Zaidi bin Ibrahim Guru besar skdh bagi menyampaikan ucapan alualuan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ______________________________________________________________________________ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan guru besar atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi. ______________________________________________________________________________ Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan sesi motivasi oleh En Mokhtar bin Abd Rashid. Sedikit biodata En Mokhtar bin Abd Rashid. Beliau merupakan pengarah Premier Training and Consultancy. Beliau telah berkecimpung dalam bidang motivasi selama 24tahun dimana sasaran ceramah sekolah rendah, sekolah menengah,ipta, ipts, belia, staff dan keibubapaan. Selain itu, beliau juga merupakan panel yayasan sultanah bahiyah. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput En Mokhtar b Abd Rashid. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. ______________________________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada En Mokhtar b Abd Rashid atas sesi motivasi yang disampaikan sebentar tadi. Diharap para pelajar dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah diperolehi dari slot motivasi sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Zaidi bin Ibrahim, Guru Besar SK Darul Hikmah diiring Pn Che Anita bt Mad Noor untuk menyampaikan cenderamata kepada En Mokhtar b Abd Rashid atas kesudian beliau menyempaikan sesi motivasi pada hari ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. ______________________________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Guru Besar dan Pk Hem atas penyampaian cenderahati itu sebentar tadi. Dengan berakhirnya sesi ceramah motivasi itu tadi, majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. ______________________________________________________________________________ Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. Songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, Tersilap bicara harap maafi, Ketemu lagi, di lain acara Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Majlis menjemput En Mokhtar b Abd Rashid diringi Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, En. Zaidi b Ibrahim dan barisan penolong kanan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Related Documents


More Documents from "syakireen afini"