Teks Majlis Persaraan

  • Uploaded by: Hanapiah Bin Embot
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Majlis Persaraan as PDF for free.

More details

  • Words: 511
  • Pages: 4
MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG PERSARAAN TN.HJ NORDIN B MOHAMED ALI PENYELARAS PKG REMBAU Makluman kepada sidang hadirin, Assalammulaikum………………. Selamat sejahtera……………… Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Sukacita dimaklumkan bahawa majlis ini adalah meraikan Yang Berbahagia Tn.Hj Nordin Bin Mohamed Ali Penyelaras PKG Rembau. Justeru itu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis yang begitu bermakna pada petang ini. Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, saya memohon kerjasama daripada pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut: •

Di sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan-tuan/puan-puan di pohon untuk mematikan (switch-off) telefon bimbit masing-masing atau menukar kepada mod getaran sebagai tanda menghormati majlis



Semasa majlis perasmian tamat,tuan/puan sekelian di minta bergerak ke tempat jamuan selepas tetamu utama dan dif-dif kehormat beredar terlebih dahulu

Segala kerjasama yang pihak tuan-tuan dan puan-puan berikan saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Adap bermajlis salam bersambut, Mengadap Illahi Maha terpuji, Keredaanya, Selamat dan Sejahtera Bersamalah kita memanjatkan hidayah Memohon restu,berkat di pinta Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Amran Bin Yazid untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al_Fadil Ustaz •

Jazakallah…….. di ucapkan kepada A—Fadil Ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian Sekapur sirih,seulas pinang Salam penghormatan sajian ungkapan, Ucapan aluan,sumbangsih perangsang, Pembuka majlis sebagai santapan Bagi meneruskan majlis kita pagi ini,majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Rokiah Bte Hj Mahat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Rembau merangkap Guru Besar SK Undang Rembau untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang telah diberikan,

Hadirin yang dihormati sekalian Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Banyak ubi perkara ubi Ubi keledek ditanam orang Banyak budi perkara budi Budi baik dikenang orang Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu Hinggap di balik pokok mayang Bunga kembang akan layu Budi baik bilakan hilang Jika belayar ke tanah Aceh Singgah dulu di kota Deli Jika hendak orang mengasih Hendaklah baik bicara budi Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang

Related Documents


More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"