Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicaraSarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seriBunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kitamenadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan doaitu tadi.
Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilangBegitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh YangDiraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yangberakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS
Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripadamurid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru. Dengan segalahormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan yang cukupistimewa.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A. Dengansegala hormatnya di persilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othmanmelakonkan watak guru kesayangan mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalianMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insanyang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan HjjhRokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerimacenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.Dipersilakan wakil daripada kelas Prasekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk menyampaikancenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untukmenyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. OthmanSekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yangdiraikan Tuan Haji Mawardi B. OthmanItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenangkenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman’ Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman ataskesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudianYang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman sebentar tadi.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenanganTuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindurinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othmankerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agarYang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkanmasa bersama-sama memeri ahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini. Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman.
Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa
CikguMawardi panggilan mesra
Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusia
Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semuaKini sudah tibanya masa
Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya
Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami
Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pinta
Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andaiada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacaramenanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman di SKPBS ini ,Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi WaBarakatuh
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh Masa Tempat
PERKARA/ PEMBACA
: 23 April 2014 : 10.30 pagi : Dewan Seri Setia, SK Kota Setia
BUTIRAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Hariff Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi
CATATAN
Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan
Budi,
Lambaian Kasih” sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri. ...................................(Lagu Negaraku) Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Bacaan Doa Jue
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju. Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa)
Ucapan Alu-aluan Hariff
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah
Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok Guru Besar SK Kota Setia Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas Penolong Kanan Hal-ehwal Murid Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah Yang Dihormati Barisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah Yang Dihormati Pegawai-pegawai di JPN dan PPD Dif-dif jemputan, Seterusnya Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian. Selamat datang ke : Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK Kota Setia. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” Jasamu dikenang Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota Setia Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Ucapan Ketua Murid Jue
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan PK1 Hariff
Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan
Ucapan Jue
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan YDP MGB & PPD
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hariff
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Persembahan Multimedia
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Jue
Para Hadirin yang kami muliakan, Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan. *** Persembahan multimedia
Ucapan Yang Dirai GB Hariff
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Hadirin yang dihormati, Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan. Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut. Hadirin yang dimuliakan, Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar. Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau. Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan. Hadirin yang dimuliakan, Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim. Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadi… Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin. Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan. Hadirin yang dimuliakan, Persembahan Khas Gurindam Jiwa Jue
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. ***………Ucapan GB
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi. Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul “Gurindam Jiwa”. Dipersilakan. **** persembahan Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.
Penyampaian Watikah Hariff
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat, Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas utamauntuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan. Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.
Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh RashidPenolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok
Penyampaian Hadiah & cenderamata Jue
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas. Rujuk senarai hadiah……
Penutup Hariff
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sebentar tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi. Umpama memanjat dah sampai ke puncak Yang ruas dah sampai ke buku Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul Yang menerima sudah menerima Kita telah pun berada di hujung acara. Untuk cikgu Karim……….
Guru umpama bintang cemerlang Walau bersara jasa dikenang Raut wajah damai dan tenang, Tiada terkalam kasih dijunjung, Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Penutup Jue
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersamasama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah. Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, seterusnya menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini. Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini. Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Hadirin yang dikasihi, Dalam satu tulisan karya agung Johann Paul iaitu penulis mashyur dari Jerman ada menyatakan bahawa “Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell” Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat manis ketika bersama, pasti akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita semua berasa terharu kerana perpisahan dengan Tuan Pengetua yang amat kita Hadirin yang dihormati sekalian, Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis lagi hati budinya. sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun khusus untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi. Raut wajah damai dan tenang Tiada terkalam kasih dijunjung Jasa baktimu tetap dikenang Baik budimu tetap disanjung. Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu. Salam kemaafan kami hulurkan Semoga kemesraan terus berpanjangan.