Tampil Penuh Keyakinan Diri

  • Uploaded by: Mohamad Shuhmy Shuib
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tampil Penuh Keyakinan Diri as PDF for free.

More details

  • Words: 812
  • Pages: 4
Tampil penuh keyakinan diri... Dihantar oleh lizawati on 2006/8/3 11:18:47 (1251 bacaan) Oleh Haswari Ali MENGAPA penampilan sangat penting dalam diri seseorang individu? Perlukah seseorang itu tampil menarik? Apakah sebenarnya yang dikatakan ketrampilan menarik? Ramai yang berkata, penampilan menarik menambah keyakinan kepada tuan punya badan, memberi anggapan baik kepada orang yang melihat, menambah kawan dan macam-macam lagilah perkara yang positif. Betulkah? Penulis dan Pengkritik Fesyen Bebas, Dazman Abdul Manan berkata, penampilan amat penting kerana lazimnya manusia menilai diri seseorang pada luaran bila kali pertama bertemu. Tetapi penampilan bagaimana yang dikatakan menarik? Dazman berkata, perkara itu subjektif walaupun ia satu keperluan. Sesetengah orang menganggap ketrampilan menarik adalah yang berupa bergaya, mengikut peredaran fesyen semasa. Ada juga yang suka rupa atau stail yang luxurious (mewah). ?Bagi saya yang simple tetapi kemas. Ia sangat anggun atau menarik. Klasik itu sentiasa kekal cantik,? katanya. Untuk tahu lebih lanjut, ikuti temubual i-Kon dengan Dazman... Bagaimana untuk mendapatkan penampilan menarik? Pertama sekali `your attitude has to be pleasant?. Kecantikan dalaman perlu ada untuk kelihatan menarik. Apa gunanya kalau berpakaian mahal atau cantik tetapi bersikap angkuh dan sombong? Terus penampilan diri tercemar begitu saja. Siapa selalunya yang sangat mementingkan penampilan. Lelaki atau perempuan. Mengapa? Dulunya wanita yang begitu prihatin tetapi sekarang lelaki pun sungguh mementingkan penampilan diri mereka. Fenomena ini bagus kerana `looking good often equals to feeling good?. Imej atau gaya yang positif selalunya memberi kesan yang baik terhadap diri

seseorang. Ia merangsang keyakinan dan kemandiri. Adakah penampilan ada kaitan dengan karisma? Sudah tentu. Apabila seseorang itu berketrampilan hebat atau menarik, secara automatik dipandang baik di mata masyarakat dan mungkin sesetengah yang melihat akan menganggap dia berkarisma. Ciri-ciri seseorang yang berpenampilan menarik? Bersopan serta beradab dan mempunyai tata-tertib yang tinggi. Bonus jika dia pandai bergaya. Golongan bagaimana pula yang sangat mementingkan penampilan? Golongan bekerja kerana mereka sering berjumpa serta berhubung dengan orang lain. Ada individu yang kurang yakin atau takut apabila fizikalnya besar atau kurang cantik. Mengapa fenomena ini berlaku? Majalah fesyen dan pengaruh televisyen harus dipersalahkan dalam hal ini kerana hanya mempamerkan lelaki dan wanita yang cantik saja. Disebabkan itu, masyarakat seolah-olah di `brainwash? untuk menganggap mereka-mereka di dalam majalah tersebut dan di kaca TV adalah yang paling cantik. Ada pula yang tidak kisah dengan penampilan diri mereka, kotor, kusut atau tidak bersolek. Lantas membiarkan diri mereka begitu saja. Tanpa ada kesedaran dalam diri. Mengapa hal ini terjadi? Ini berkaitan dengan nilai diri. Tahap keyakinan yang rendah selalunya akan mendorong kepada tekanan dan ini akan membawa kepada perasaan malas dan murung. Lantas, semuanya akan kucar kacir termasuklah penampilan diri. Bagaimana untuk menangani masalah seperti ini? Belajar untuk menyayangi diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang ada. Buat terbaik dalam hidup walau apa yang terjadi. Walaupun anda tidak mempunyai kerja yang anda idamkan, cuba buat yang terbaik apa jua yang anda sedang ceburi. Bila anda gembira, semua perkara berjalan dengan lancar. Sebagai rakan atau teman sekerja, bagaimana agaknya cara terbaik untuk mendekati dan menasihati individu yang enggan menjaga penampilan diri?

Cara terbaik, jadilah rakan kepada individu berkenaan. Biarkan mereka selesa dengan kamu. Bila anda telah berjaya menjadi kawan baik dengan orang itu barulah anda boleh memberi nasihat serta tunjuk ajar yang betul pada dia. Ada yang hanya hangat-hangat tahi ayam apabila membuat sesuatu perubahan seperti dari gemuk kepada kurus, daripada pucat kepada pandai bersolek. Mengapa ini terjadi dan bagaimana cara untuk mengatasinya? Ini berkaitan dengan disiplin diri individu tersebut. Untuk mengubah diri kepada yang positif, anda perlu ada semangat serta kemahuan yang kuat untuk mengecapi cita-cita. Ukur baju di badan sdendiri, kelihatan menarik dengan alat solekan yang betul dan makanlah makanan sihat. Adakah perlu berbelanja besar untuk tampak menarik? Nasihat anda? Tidak. Bila bercakap mengenai fesyen, ia berkaitan dengan perbelanjaan bijak. Contohnya anda boleh dapatkan baju cantik dari pasar malam atau jika suka dengan jenama, pergilah berkunjung ke Factory Outlets atau jualan murah hujung tahun. Jika memiliki bentuk badan menarik, tidak perlu memiliki jurulatih peribadi kerana boleh bersenam di taman riadah secara percuma. Tak perlu juga mengupah pakar pemakanan kerana boleh merujuk sendiri menerusi buku dan internet. Perlukah seseorang itu pergi ke grooming class untuk berpenampilan menarik? Jika ada duit lebih, mengapa tidak. Tetapi jika tidak berkemampuan, anda boleh mendapat tunjuk ajar melalui buku-buku berkenaan subjek tersebut atau melayari internet. Bahan bacaan yang mungkin boleh dirujuk berkaitan keterampilan menarik? Terlalu banyak di pasaran. Ada yang menyentuh tentang fesyen, juga yang mengenai etika di meja makan, disiplin diri dan keyakinan. Pernah juga saya terjumpa buku mengenai cara-cara untuk menambat hati majikan/kekasih atau sesiapa saja dengan nada suara yang betul. Kehadiran teknologi rawatan kecantikan, seperti pusat pelangsing, suntikan, pembedahan plastik, liposuction dan sebagainya. Pendapat anda? Adakah ia perlu? Saya tidak percaya bahawa kecantikan datang hanya dengan sebilah pisau, kecuali jika berlakunya kemalangan atau kecelakaan. Pada pendapat saya rawatan kecantikan seperti suntikan atau liposuction yang memberi kesan cantik yang cepat pasti ada

kesan sampingan, tidak sekarang, mungkin di lewat usia nanti.

Related Documents


More Documents from ""