Sintaksis Dialek Kelantan

  • Uploaded by: Mohamad Shuhmy Shuib
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sintaksis Dialek Kelantan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,184
  • Pages: 6
AHMAD AWANG Sintaksis Dialek Kelantan

Oleh: Ahmad bin Hj. Awang Pegawai Perpustakaan, MPPP

Sintaksis Dialek Kelantan Karya: Abdul Hamid bin Mahmood Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun Terbit: 1994 Harga: RM15.00 Kajian tentang dialek Kelantan telah dilakukan sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beberapa orang pegawai pentadbir British seperti C.C.Brown, A.J.Sturrock dan Berwik telah membuat kajian tentang dialek Kelantan. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pegawi pentadbir British tidaklah boleh dianggap ilmiah kerana tidak mengikut disiplin linguistik. Pada tahun-tahun 1960-an dan seterusnya, terdapat kajian-kajian saintifik dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan seperti Nik Safiah Karim (1965), Ismail Hussein (1973), Hashim Musa (1974) dan Abdul Hamid Mahmood (1971). Sejak awal tahun 1980-an banyak terdapatdapat kajian-kajian tentang dialek dilakukan, terutamanya oleh mahasiswa-mahasiswa yang mengikuti Kursus Kajian Dialek di Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia. Kini Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan telah menjadi Fakulti Pengajian Bahasa Moden dan Universiti Pertanian Malaysia telah menjadi Universiti Putra Malaysia. Kertas-kertas ilmiah juga banyak dihasilkan tentang kajian-kajian dialek. Buku Sintaksis Dialek Kelantan ini ditulis oleh seorang anak jati Kelantan. Beliau merupakan ahli bahasa dan linguistik Melayu. Beliau ialah Prof. Dr. Abdul Hamid bin Mahmood, seorang Profesor di Universiti Putra Malaysia. Buku Sintaksis Dialek Kelantan ini merupakan hasil kajiannya yang teliti dan mendalam terhadap dialek Kelantan. Dialek Kelantan dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari negeri Kelantan. Kajian ini adalah bertujuan untuk menghuraikan sintaksis dialek Kelantan dengan menggunakan kaedah yang telah digunakan oleh Prof. Dr. Asmah bt. Hj. Omar (1969) dalam "The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description". Kajian ini dibuat berdasarkan pertuturan pengarang dan keluarganya sendiri yang menuturkan dialek yang dikaji. Di samping data-data yang dikumpulkan daripada beberapa orang informan yang terdiri daripda pelbagai golongan dari pelbagai daerah di sekitar negeri Kelantan dan daerahdaerah sempadan. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-saatu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Misalnya, faktor politik telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil menjadikan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang menyebabkan timbulnya dialek tempatan.

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolekideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat prbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian Abdul Hamid Mahmood untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap salah satu dialek tersebut. Dalam Bab 1 bahagian pendahuluan, Abdul Hamid Mahmood membincangkan tentang latar belakang dialek Kelantan. Apabila dibandingkan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu, didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang amat dominan terutamanya dalam domain yang berikut: 1. Fonologi - dari segi pengucapan dan fonem. 2. Morfologi - dari segi struktur morfem terikat, jenis dan jumlah morfem terikat, dan keseringan pemakaian morfem terikat. 3. Ayat - dari segi susunan ayat pasir, susunan kata aspek dalam ayat dan susunan kata penguat dalam ayat. 4. Leksikal - dari segi kata-kata seperti berikut: • • • •

Kata-kata Melayu. Kata-kata Kata-kata Melayu. Kata-kata

yang ada dalam dialek Kelantan, tetapi tidak terdapat dalam bahasa yang terdiri daripada satu suku kata. yang sama, tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa daripada bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek Kelantan.

Korpos perbincangan yang lebih mendalam bagi menjelaskan perbezaan-perbezaan tersebut dilakukan oleh pengarang dalam lima bab yang beikutnya. Bab Kedua menghuraikan bidang morfologi. Bab ini menghuraikan proses pembentukan kata, morfem terikat kerja dan morfem terikat nama. Morfem terikat dalam dialek Kelantan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu morfem terikat nama dan morfem terikat kerja. Terdapat 15 morfem terikat dalam dialek Kelantan, iaitu 8 morfem terikat kerja dan 7 morfem terikat nama. Morfem terikat kerja terdiri daripada 5 awalan, 1 akhiran, 1 imbuhan apitan, dan 1 suprafiksa kepanjangan konsonan. Manakala morfem terikat nama terdiri daripada 3 awalan, 1 akhiran, 2 imbuhan apitan, dan 1 suprafiksa. Bagi setiap morfem tersebut terdapat pula fungsi-fungsinya yang berbeza dalam konteks ayat yang berlainan. Golongan kata yang dihuraikan dalam Bab ketiga merupakan lanjutan daripada bidang morfologi, kerana kata dalam dialek Kelantan dapat digolongkan kepada golongan-golongan tertentu dengan menggunakan kriteria morfologi dan sintaksis. Kriteria morfologi mengkaji struktur kata, umpamanya satu kata sempurna itu boleh terbentuk daripada satu morfem bebas dan morfem trikat. Kriteria sintaksis mengkaji penyebaran kata yang lain dalam satusatu frasa atau ayat. Kata dalam dialek Kelantan dapat juga dibahagikan kepada tiga golongan besar berdasarkan posisi yang dihadiri oleh kata dalam satu-satu struktur tertentu, hubungannya dengan katakata yang lain, kemungkinannya untuk berganti tempat dengan kata lain, dan fungsinya. Golongan-golongan kata tersebut terdiri daripada:

i. Kata nama ii. Kata kerja, dan iii. Kata tugas. Bab Keempat membincangkan tentang frasa. Dalam tata tingkat nahu, frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Berdasarkan fungsinya, frasa ialah satu unsur daripada ayat. Dalam kajian ini, frasa itu boleh terdiri daripada satu kata sempurna, deretan kata sempurna, deretan partikel dan kata sempurna atau klausa. Pengarang telah mengemukakan juga beberapa jenis frasa lain yang turut membentuk ayataya dalam dialek Kelantan seperti frasa selapis, frasa majmuk dan termasuk juga golongan frasa seperti frasa nama, frasa kerja, dan frasa adverda berserta contoh-contoh yang menarik. Perbincangan dalam Bab Kelima mengandungi ayat tunggal dan jenis-jenisnya. Menurutnya, ayat tunggal atau ayat selapis ialah unit tatabahasa yang tertinggi jika dibandingkan dengan unit-unit tatabahasa yang lain. Ayat terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah, iaitu klausa, frasa, dan kata. Ayat tunggal ialah yang mengandung satu subjek dan satu predikat. Dalam dialek Kelantan, unsur-unsur ayat terdiri daripada FN, FK dan Adv (Adverba) yang tersusun mengikut satu-satu struktur ayat. Berdasarkan intonasi, iaitu kontor nada suara, ayat dalam dialek Kelantan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut: i. Ayat Penyata - terdiri daripada tiga jenis iaitu; ayat aktif, ayat pasir (pasif jati dan pasir semu), dan ayat ekuasional. ii. Ayat Tanya - terdiri daripada ayat tanya ya/tidak, dan ayat tanya bukan/ya/tidak. iii. Ayat Perintah - terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat ajakan. iv. Ayat Seru - Terdiri daripada ayat seru gembira, sedih, marah, terperanjat, dan sakit. Bab Keenam membicarakan tentang ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandung lebih daripada satu subjek atau predikat. Ayat majmuk terbentuk daripada gabungan ayat-ayat bebas dan ayat tak bebas. Ayat bebas ialah ayat yang boleh berdiri sendiri yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tak bebas pula merupakan ayat yang tidak dapat berdiri sendiri, didahului oleh kata hubung tak setara seperti 'kalau', 'oleh sebab', 'bila', 'masa', 'ketika' dam lain-lain. Buku ini amat sesuai dijadikan panduan dan rujukan oleh para penuntut, guru, pengkaji yang ingin mendalami pengtahuai mereka terhadap dialek ini. Setiap contoh yang dikemukakan dalam buku ini disertakan dengan transkripsi-transkripsi fonetik yang membentuk kata, frasa, dan ayat yang terdapat dalam dialek Kelantan di samping tulisan yang biasa. Hal ini membolehkan para pembaca yang bukan penutur dialek Kelantan menguasai sebutan atau pengucapannya dengan tepat dan jelas.

Binaan Makna

Oleh: Ahmad bin Hj. Awang Pegawai Perpustakaan, MPPP

Binaan Makna Karya:Darwis Harahap Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun Terbit: 1994 Harga: RM12.00 Perkara yang penting dalam perbincangan tentang bahasa ialah binaan bunyi, binaan kata, binaan ayat dan binaan makna. Bidang binaan makna agak jarang diperkatakan secara khusus. Biasanya bidang binaan makna diperkatakan semasa membincangkan binaan bunyi, binaan kata dan binaan ayat. Pada kebiasaannya binaan makna hanya memperkatakan tentang makna luaran sahaja. Bab Pertama dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Pengenalan, Latar Belakang Semantik dan Rangkuman. Membincangkan tentang bahasa, kita tidak terlepas daripada perkataan semantik, iaitu ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Bahagian latar belakang semantik, penulis telah membincangkan persoalan semantik bermula dari Zaman Yunani iaitu dari Socrates (469 - 399 SM) sehingga tahun 1980-an. Antara tokoh yang disenaraikan ialah de Saussure, Charles Moris, John Rupert Firth yang terkenal dengan Teori Semantik Kontekstual, Chomsky, J. McCawley, Mansoer Pateda, dan lain-lain lagi. Chomsky dan McCawley mempunyai pengertian yang berbeza tentang semantik. Kesan daripada pertentangan itu maka timbullah semantik generatif yang dipelopori oleh McCawley dan semantik interpretif yang dipelopori oleh Chomsky. Bab kedua membincangkan tentang Semantik dan Ilmu Lain. Bab ini membincangkan secara sepintas lalu tentang peranan makna dalam bidang disiplin ilmu yang lain seperti bidang falsafah, psikologi, antropologi dan sosiologi, susastera, sejarah, komputer dan linguistik. Para ahli psikologi berpendapat bahawa makna timbul daripada rangsangan dan tindak balas sesuai dengan gambaran fikiran terhadap benda nyata dan tidak nyata dan juga hasil daripada proses pemelajaran seseorang. Sebaliknya daripada sudut susastera, makna terdiri daripada lapisan makna biasa (makna bersurat), makna yang tersirat, makna kreatif dan makna pribadi. Ditinjau dari segi linguistik, banyak ahli bahasa menyatakan bahawa makna telah wujud semasa bahasa masih berada pada tahap struktur dalaman. Takrifan tersebut dapat dijelaskan dengan mengambil contoh bahasa Melayu yang mempunyai pembinaan kata

dengan cara pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan (pemaduan) yang bertujuan untuk memperluaskan makna. Bab Ketiga memperkatakan tentang "Makna sebagai Sumber Perkataan". Beberapa teori diperkatakan di awal bab ini. Teori yang dikemukakan ialah teori tekanan sosial, teori anomatopia, teori interjeksi, teori seruan, teori ding-dong, teori permainan vokal, teori isyarat oral dan lain-lain. Dalam "Takrifan Makna", penulis telah mengemukakan beberapa teori yang dikemukakan oleh ahli bahasa. Antara mereka termasuklah Ferdinand de Saussure, Bloomfield, Firth, dan Chomsky. Kesimpulannya, semantik ialah cabang linguistik yang mempelajari erti daripada kata, erti daripada ayat, erti daripada frasa, dan cara erti itu dibentuk. Daripada huraian yang dilakukan, penulis menyimpulkan bahawa bahasa tidak sahaja memperlihatkan cara berfikir seseorang tetapi bahasa juga dapat mengambarkan cara berfikir seseorang atau penutur yang menggunakan bahasa tersebut. Bab Keempat bertudul "Perkataan dan Makna". Perkara-perkara yang dibincangkan ialah beberapa istilah yang amat erat hubungannya dengan kata dan makna. Istilah yang dimaksudkan itu ialah sinonim, antonim, homonim, homofon, hiponin dan emotif, luas dan sempit, gaya dan tekanan, laku dan situasi, taksa dan lojik. Berdasakan judul-judul tersebut penulis memberi huraian terhadap sesuatu kata, sama ada kata itu mempunyai makna yan sama atau berbeza, atau perkataan tersebut mempunyai bentuk yang sama tetapi berlainan makna dan berbagai-bagai lagi. Bab Kelima bertajuk "Makna Gramatis". Makna gramatis ialah makna yang terrkandung dalam sesuatu imbuhan apabila digabungkan dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya (kata terbitan). Makna gramatis dianggap suatu ciri yang istimewa dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan makna melalui pengimbuhan. Jika sesuatu kata dasar itu tidak cukup untuk mewakili makna yang dimaksudkan, maka kata dasar tersebut dapat dibina dengan imbuhan sehingga menimbulkan makna yang baru. Bab Keenam bertajuk "Makna Leksikal". Makna leksikal ialah makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah apakah yang dimaksudkan dengan kamus, bagaimana menggunakan kamus, kelompok kata dan kata paduan dan rangkuman. Bab Ketujuh bertajuk "Makna Kata Tugas", iaitu perkataan yang bertugas memberi keterangan kepada kata inti. Hal-hal yang dibincangkan dalam bab ini ialah pengenalan, Kata Tugas untuk Kata Nama, Kata Tugas untuk Kata Kerja, Kata Tugas untuk Kata Sifat, Kata Tugas Memberikan Kata Karyaan, Kata Tugas untuk Ayat dan Rangkuman. Dari huraian yang diberikan, dapatlah dirangkumkan bahawa kata tugas tidak memiliki makna tetapi ia memberi keterangan sama ada pada kata nama, kata kerja, kata sifat, kata karyaan mahupun pada ayat. Walaupun kata tugas ini tidak memiliki makna, ternyata ia mempunyai tugas yang penting dalam pembinaan makna kerana jika penggunaannya salah mengakibatkan makna keseluruhan ayat tersebut tidak boleh diterima (tidak gramatis). Dengan demikian, penggunaan kata tugas sama pentingnya dengan penggunaan kata inti kerana kedua-duanya saling melengkapi. Bab Kelapan bertajuk "Makna Ayat". Hal-hal yang dibincangkan dalam bab ini ialah tentang makna tersurat, dan makna yang tersirat yang dibahagikan kepada makna kiasan, bidalan, pepatah, perbilangan, lidah pendeta, cogan kata atau moto, pemeo, dan ungkapan atau simpulan bahasa.

Menurut penulis, makna ayat dalam bahasa Melayu pada umumnya hanya membincangkan makna yang tersurat dan dapat menolong kita memahami makna yang tersurat dan tersirat. Apabila seseorang itu telah memahami kedua-dua makna tersebut baharulah ia akan mengetahui makna yang tersirat. Jadi untuk mempelajari sesuatu bahasa yang lengkap dan luas, maka seseorang itu amat perlu mempelajari bentuk atau ayat yang tersirat. Bab Kesembilan adalah merupakan kesimpulan daripada perbincangan yang telah dilakukan oleh penulis. Satu sifat bahasa yang perlu disedari ialah sesuatu yang baharu atau yang asing pada mulanya tidak difahami tetapi jika ia sering diutarakan maka ia menjadi mudah difahami. Jadi, pada dasarnya pemahaman terhadap bahasa ialah keseringan atau keberulangan. Jika sesuatu perkataan itu sering diulang maka masyarakat pengguna akan mudah difahami. Buku ini telah dapat menghuraikan konsep-konsep yang ada dalam bidang semantik dengan menggunakan bahasa yang mudah. Penggunaan contoh yang banyak memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu konsep atau huraian. Penulis buku ini, Darwis Harahap adalah seorang pensyarah bahasa, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah berjaya menulis dalam bidang kepakarannya. Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pengguna bahasa Melayu.

Related Documents

Sintaksis
May 2020 20
Dialek Bahasa
December 2019 23
Skbl 6043 Sintaksis
May 2020 19
Dialek Dalam Bahasa Melayu
November 2019 28

More Documents from "aliyatim"