Berdikari Memupuk Keyakinan Diri

  • Uploaded by: navinra
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Berdikari Memupuk Keyakinan Diri as PDF for free.

More details

  • Words: 265
  • Pages: 2
BERDIKARI MEMUPUK KEYAKINAN DIRI a)Hidup berdikari bermaksud seseorang itu mempunyai kebolehan dan kesanggupan melalukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. b)Seseorang yang berdikari mampu melaksanakan tanggungjawab dan tugas hariannya sendiri. c)Kebolehan untuk melaksanakan satu – satu tugas dan tanggungjawab adalah bergantung kepada keyakinan diri. d)Melaksanakan sesuatu tugas tanpa bantuan orang lain memberi peluang kepada individu untuk memperkembangkan potensi dan keyakinan yang ada pada diri. e)Seseorang itu dikatakan berdikari apabila seseorang itu mampu membuat keputusan untuk dirinya dan sanggup mengurus dirinya tanpa bergantung kepada ibubapa atau orang lain. f)Kebolehan seseorang malakukan sesuatu tugas atau kewajipan tanpa bantuan orang lain bergantung kepada peringkat umur , kematangan fizikal dan mental seseorang. g)Kanak – kanak daripda keluarga miskin dan kanak – kanak yatim piatu biasanya terpaksa hidup berdikari lebih awal daripada kanakkanak yang berada dan yang masih mempunyai ibubapa untuk menjaga mereka. h)Kanak – kanak yang dilatih dan digalakkan untuk membuat sesuatu sendiri sejak kecil lagi boleh berdikari lebih awal daripada kanak – kanak yang selalu dimanjakan.

i)Kalau kita lambat berdikari kita membebankan ibubapa, guru, dan orang lain yang menjaga kita. j)Individu di perinkat awal remaja seharusnya sudah berdikari melakukan pelbagai kerja di rumah dan di sekolah. k)Contohnya, di rumah anda seharusnya sudah boleh menjaga kebersihan, menghias rumah, menjamin keselamatan rumah, menjaga harta benda, mengasuh adik serta memasak makanan ringan sendiri. l)Di sekolah, anda seharusnya boleh membuat kerja sekolah sendiri, boleh mencari bahan, membuat rujukan sendiri serta melaksanakan tugasan dan latihan yang diberikan oleh guru tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. m)Sebagai kesimpulan, kita mesti berdikari supaya kita ada keyakinan diri. n)Kita akan sentiasa berusaha untuk maju dan berjaya.

Related Documents


More Documents from ""