Keyakinan Guru

  • Uploaded by: Mozais Mozalina
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keyakinan Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 3,067
  • Pages: 11


Keyakinan guru-guru sains mengajar sains dalam bahasa Inggeris Mohd Zaaba Haji Ismail Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Mergong Prof. Madya Zurida Haji Ismail Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK Mata pelajaran sains dan matematik mula diajar daham bahasa Inggeris mulai 2003 diperingkat tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah. Perubahan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuklah kesediaan dan kemampuan guru-guru sains sekolah rendah dan menengah untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Hal ini timbul kerana kebanyakan daripada guru sekolah telah mengikuti sistem pendidikan rendah hingga peringkat tertiari dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dipelajari sebagai bahasa kedua dan guru-guru tidak biasa mengikuti atau mengajar dalam bahasa Inggeris. Kertas kerja ini membentangkan dapatan dari suatu kajian yang dijalankan dengan tujuan untuk meninjau keyakinan guru-guru sains mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Data diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan kepada seramai 150 orang guru-guru sains sekolah rendah dan menengah. Temubual secara tidak formal juga turut dilakukan dengan mengajukan soalan-soalan jenis terbuka. Dapatan menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa dan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Sikap yang positif ini turut memberi keyakinan kepada guru untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris.

Pengenalan Mata pelajaran sains dan matematik mula diajar daham bahasa Inggeris mulai 2003 diperingkat tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dari peringkat awal. Pendedahan awal sebegini memang penting bagi memperkukuhkan persediaan asas pelajar sebelum memasuki institusi pengajian tinggi. Di peringkat ini sebahagian besar bahan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran untuk kedua-dua subjek berkenaan dilakukan dengan berkesan pihak kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT). Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas bahasa Inggeris, program peningkatan Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam International Seminar on Learning and Motivation anjuran Institut Kemajuan Remaja Awal Kanak-Kanak (IKRAK) dan Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan (FSKP), Universiti Utara Malaysia pada 10 – 12 hb. September 2005 di City Bayview Hotel, Langkawi.

penguasaan bahasa Inggeris, ETeMS, dilaksanakan. Matlamat ETeMS secara keseluruhannya ialah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris guru-guru sains dan matematik bagi membolehkan pengajaran dilaksanakan secara berkesan dalam bahasa Inggeris. Guru-guru sains dan matematik yang mengikuti kursus ETeMS diandaikan telah pun menguasai ilmu pengetahuan dan memiliki kemahiran pedagogi yang berkaitan dengan mata pelajaran masing-masing. ETeMS diharapkan dapat merangsang dan menggalakkan perkembangan bahasa Inggeris guru-guru matematik dan sains dalam tiga bidang yang luas iaitu bahasa untuk mengakses maklumat, bahasa untuk pengajaran sains dan matematik dan bahasa untuk keperluan professional. Keperluan professional bermaksud guru-guru boleh berinteraksis, berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan sekerja serta pihak-pihak lain. Bahasa dalam pembelajaran sains Pelajaran sains memang dianggap rumit oleh kebanyakan pelajar. Kerumitan ini bukan sahaja disebabkan oleh penggunaan symbol bagi mewakili konsep, tetapi juga bahasa yang perlu dikuasai, terutama istilah teknikal dan bukan teknikal (Cassels & Johnstone, 1985). Kajian-kajian oleh Cassels dan Johnstone (193, 1985) mendapati bahasa teknikal menjadi rumit sebab pelajar kurang biasa, namun masih mampu pelajar tangani. Masalah yang lebih rumit ialah berkaitan penggunaan bahas harian dalam konteks sains. Perkataan biasa bukan saintifik merujuk kepada istilah yang mempunyai satu atau lebih makna dalam bahasa harian tetapi mempunyai makna yang khusus dalam konteks saintifik. Makna perkataan biasa bukan saintifik ini mungkin berbeza sama sekali daripada makna dalam perkataan harian biasa. Menurut Aziz Deraman (1998), keberkesanan bahasa sebagai bahasa pengantar ilmu dalam pendidikan jarang dibincang, dinilai atau dibahaskan khususnya bahasa pendidik dan bahasa dalam buku. Bahasa yang digunakan oleh pendidik dan juga buku memberi pengaruh yang besar kepada pelajar. Justeru, para pendidik, penulis dan penggubal kurikulum perlu memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa dalam pengajaran agar

dapat meningkatkan minat dan pencapaian pembelajaran para pelajar terutama dalam sains. Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains merupakan bahasa berasaskan kandungan isi pengetahuan dan alat pembelajaran dalam sains. Penguasaan bahasa diperolehi semasa sesuatu konteks diperkenalkan bagi membolehkan pelajar menguasai kedua-dua bahasa dan isi kandungan. Lightbrown dan Spada (1993) menyatakan pemerolehan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris akan meningkat semasa pengajaran menggunakan bahasa berasaskan konteks. Hal ini adalah kerana pendekatan pembelajaran bahasa adalah paling baik melalui penekanan yang relevan dan isi kandungan yang bermakna daripada belajar bahasa asing secara berasingan. Manusia tidak belajar bahasa dan menggunakannya selepas itu, malah mereka belajar bahasa semasa menggunakannya. Kekeliruan antara bahasa harian dengan bahasa saintifik juga membentukhalangan kognitif yang utama dalam pembelajaran sains. Leavit (1995), membincangkan terdapat perbezaan antara bahasa Maliceet (kaum asli Amerika Utara) dengan bahasa Inggeris. Di dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan angin, yang menerangkan sesuatu objek secara khusus. Bahasa Maliceet tidak terdapat perkataan angin tetapi hanya mempunyai kata kerja yang membawa maksud hembusan atau berangin. Perbezaan dalam sebutan linguistik juga memberikan kesukaran kerana memberikan makna yang berbeza. Mori, Y (1976) telah menjalankan kajian yang membandingkan perbezaan sebutan linguistik mendapati pelajar berbahasa Jepun keliru dengan konsep speed berbanding dengan pelajar berbahasa Thai. Ini kerana di dalam bahasa Jepun speed diterjemahkan sama makna dengan perkataan fast dan early. Pollnick dan Rutherford (1996) berpendapat keupayaan membaca, menulis dan bertutur dengan jelas berperanan dalam pendidikan sains. Jika pelajar mahu mempelajari sains, mereka perlu menguasai bahasa dengan baik. Kajian Buriel dan Cardoza (1988) mendapati bahawa pelajar Mexican American jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar yang bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda. Kemungkinan ini amat membimbangkan kerana fenomena ini akan menyebabkan pelajar semakin menjauhi

sains yang selama ini dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan akan membantutkan matlamat kerajaan untuk meramaikan lagi saintis di masa akan datang. Perubahan polisi berkaitan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris merupakan suatu cabaran bukan sahaja kepada guru yang melalui sistem pendidikan kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa Melayu malah juga kepada guru yang berlatar belakangkan pendidikan dalam bahasa Inggeris. Pastinya perubahan ini menimbulkan banyak masalah kepada guru-guru sains dan matematik. Kajian awal Zurida dan Mohd Ali (2002) mendapati guru-guru sains yang sedang mengikuti program pendidikan perguruan praperkhidmatan masih belum bersedia dan kurang yakin akan keupayaan mereka untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, program pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta perancangan yang teliti diharap mampu merealisasikan pencapaian dalam kedua-dua bidang iaitu bahasa Inggeris dan sains. Justeru, suatu tinjauan yang melibatkan guru-guru terlatih dijalankan bagi menentukan keyakinan mereka untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Metodologi Tinjauan ini melibatkan seramai 150 orang guru-guru sains sekolah rendah dan menengah dengan bilangan responden perempuan (78.7%) melebihi responden lelaki (21.3%). Ciriciri responden dirumuskan dalam Jadual 1. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual secara tidak formal dengan guru-guru sains yang terlibat. Data dari soal selidik dikod dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 bagi mendapatkan kekerapan respon bagi setiap item. Data dari respons soalan terbuka dan temubual dianalisis bagi mendapatkan pola dan dikumpul mengikut kategori yang dikenalpasti. Dapatan dan perbincangan Dapatan dan perbincangan dibentangkan mengikut dua tajuk utama: •

Sikap dan keyakinan guru terhadap pembelajaran bahasa Inggeris



Sikap dan keyakinan guru mengajar sains dalam bahasa Inggeris

Jadual 1: Ciri-ciri responden Sekolah

Jantina Etnik Kelulusan akademik

Pengalaman mengajar

Kursus ETeMS yang dihadiri

SK SJKC SJKT SMJ SMJK Lelaki Perempuan Melayu Cina India SPM STPM Diploma Sarjana Muda Sarjana < 5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun > 20 tahun Peringkat 1 Peringkat 2 Belum

Bilangan (%) 55 (36.7) 34 (22.7) 2(1.3) 47 (31.3) 12 (8) 32 (21.3) 118 (78.7) 100 (66.7) 48 (32.0) 2 (1.3) 56 (37.3) 34 (22.7) 20 (13.30 38 (25.3) 1 (0.7) 18 (12.0) 34 (22.7) 35 (23.3) 59 (39.3) 4 (2.7) 65 (43.3) 61 (40.7) 24 (16.0)

Sikap dan keyakinan guru terhadap pembelajaran bahasa Inggeris Respons bagi item-item berkaitan dengan sikap terhadap pembelajaran dalam bahasa Inggeris adalah positif. Guru-guru berpendapat bahasa Inggeris merupakan bahasa yang mudah dikuasai berbanding bahasa lain. Mereka juga berpendapat bahasa Inggeris perlu dipelajari dan dikuasai bagi membolehkan individu terlibat dalam bidang sains dan teknologi. Minat yang positif turut tidak menjamin keyakinan dalam diri guru untuk berbahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan keyakinan guru terhadap penggunaan bahasa Inggeris amat lemah.

Cuma 33 % responden sahaja yang berasa yakin dapat

bercakap dalam bahasa Inggeris di khalayak ramai. Pun begitu, 94 % daripada responden percaya sebarang kelemahan dalam menggunakan bahasa Inggeris boleh diperbaiki jika mereka selalu menggunakan bahasa tersebut. Justeru, 62 % daripada responden yakin mereka dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Sikap dan keyakinan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris Jadual 2 menunjukkan taburan respons kepada item-item berkaitan pandangan responden terhadap pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Sebahagian daripada responden masih kurang pasti sama ada sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris (41.3%). Namun demikian, sebahagian besar (66.0%) berpendapat kandungan sukatan pelajaran sains dalam bahasa Inggeris sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Mereka juga berpendapat bahan-bahan sokongan yang disediakan membantu dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris (88.0%). Daripada jumlah responden yang terlibat cuma 56% daripada responden menyatakan mereka selesa dengan penguasaan mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Justeru, responden berpendapat mengajar sains dalam bahasa Inggeris adalah suatu cabaran bagi mereka (80%) dan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris akan mengambil masa yang panjang (70.0%). Pun begitu, 86.0% menyatakan mereka bermotivasi untuk bekerja kuat bagi mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Masih ramai daripada responden (56.7%) berpendapat mengajar sains dalam bahasa Inggeris membuatkan mereka berasa tidak selesa dan 42% berasa tidak seronok mengendalikan kelas amali sains dalam bahasa Inggeris. Justeru, ramai (92.0%) yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan mengajar sains dalam bahasa Inggeris, berusaha keras supaya boleh mengajar sains dalam bahasa Inggeris sebaik mana mengajar sains dalam bahasa Melayu (93.3%) dan berterusan mencari kaedah mengajar sains dengan berkesan dalam bahasa Inggeris (86.6%). Responden pada umumnya didapati mempunyai sikap yang positif terhadap pengajaran sains. Antara item yang mendapat respons yang tinggi bagi menunjukkan sikap yang positif adalah seperti: •

Saya berasa gembira mengajar sains dalam bahasa Inggeris (77.3%).



Pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris begitu menarik (64.6%).



Saya dapat mengendalikan kelas sains dalam bahasa Inggeris (77.3%).



Saya (93.3%).

Jadual 2: Sikap terhadap pengajaran sains dalam bahasa Inggeris Pernyataan

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Saya berasa gembira mengajar sains dalam BI

116 (77.3%)

18 (12.0%)

15 (10.0%)

Mengajar sains adalah suatu cabaran bagi saya Pengajaran dan pembelajaran sains dalam BI menarik Mengajar sains dalam BI membuat saya berasa selesa Kandungan sukatan pelajaran sains dalam BI sesuai dengan tahap pelajar Pengajaran sains dalam BI mengambil masa yang panjang Saya mudah memahami sains dalam bahasa Inggeris Saya berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan mengajar sains dalam BI Saya bermotivasi untuk bekerja kuat mengajar sains dalam BI Saya berasa seronok mengendalikan kelas amali sains dalam BI Saya berasa selesa dengan penguasaan saya mengajar sains dalam BI Bahan-bahan sokongan yang disediakan membantu dalam pengajaran sains dalam BI Saya dapat mengendalikan kelas sains dalam bahasa Inggeris Memang sepatutnya sains diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah Saya berterusan mencari kaedah mengajar sains dalam BI Saya berusaha keras supaya boleh mengajar sains dalam BI sebaik mana mengajar sains dalam BM Saya tahu bagaimana untuk menanam minat pelajar terhadap sains

120 (80.0%)

20 (13.3%)

10 (6.7%)

97 (64.6%)

41 (27.3%)

11 (7.4%)

64(42.6%)

49 (32.7%)

36 (24.0%)

99 (66.0%)

31 (20.6%)

17 (11.4%)

105 (70.0%)

24 (16.0%)

20 (13.3%)

92 (61.4%

32 (21.3%)

21 (4.0%)

138 (92.0%)

7 (4.7%)

2 (1.3%)

129 (86.0%)

14 (9.3%)

5 (3.3%)

87 (58.0%)

39 (26.0%)

24 (16.0%)

84 (56.0%)

41 (27.3%)

24 (16.0%)

132 (88.0%)

10 (6.6%)

6 (4.0%)

116 (77.3%)

24 (16.0%)

8 (5.3%)

84 (56.0%)

42 (28.0%)

20 (13.3%)

130 (86.6%)

13 (8.7%)

3 (2.0%)

140 (93.3%)

8 (5.3%)

1 (0.7%)

84 (56.0%)

57 (38.0%)

8 (5.3%)

Jadual 3 menunjukkan taburan respons kepada item-item yang berkaitan dengan keyakinan guru untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Guru-guru pada umumnya mempunyai pengetahuan untuk mengajar sains (67.3%) dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran sains dengan berkesan dalam bahasa Inggeris (67.3 %). Mereka

berpendapat mereka mempunyai kemahiran asas untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris (78.6%). Justeru, mereka mampu menjawab soalan-soalan pelajar dalam bahasa Inggeris (68.6%) dan berbincang keputusan amali dalam bahasa Inggeris (58.6%). Pun begitu, cuma 50.7% sahaja yang yakin mereka dapat mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dalam kelas sains. Jadual 3: Keyakinan mengajar sains dalam bahasa Inggeris Pernyataan

Setuju

Tidak pasti

Tidak setuju

Saya yakin akan kemampuan saya untuk mengajar sains dalam BI dengan baik Saya yakin dapat mengguna BI sepenuhnya dalam kelas sains Saya yakin dengan pengetahuan saya untuk mengajar sains dalam BI Saya yakin dapat mengajar sains dengan berkesan dalam BI Saya mengetahui cara/kaedah untuk mengajar konsep sains dengan berkesan dalam BI Saya yakin mempunyai kemahiran asas untuk mengajar sains dalam BI Saya yakin dapat mengendalikan aktiviti amali sains dalam bahasa Inggeris Saya dapat mengendalikan aktiviti sains dengan berkesan dalam BI Saya dapat menjawab soalan-soalan pelajar dalam BI Saya yakin dapat berbincang keputusan amali dalam BI

101 (67.3%)

37 (24.7%)

9 (6.0%)

76 (50.7%)

54 (36.0%)

25 (16.7%)

101 (67.3%)

30 (20.0%)

16 (10.7%)

95 (63.4%)

35 (23.3%)

15 (10.0%)

73 (48.7%)

56 (37.3%)

18 (12.0%)

118 (78.6%)

24 (16.0%)

7 (4.7%)

98 (65.3%)

36 (24.0%)

15 (10.0%)

76 (50.7%)

52 (34.6%)

18 (12.0%)

103 (68.6%)

30 (20.0%)

14 (9.4%)

88 (58.6%)

51 (34.0%)

10 (6.7%)

Jadual 3 juga menunjukkan respons ‘tidak pasti’ dan ‘tidak setuju’ hampir menyamai respons ‘setuju’ bagi kebanyakan item. Respons guru menunjukkan hampir separuh daripada responden masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun responden berpengalaman mengajar subjek sains namun pengalaman mengajar adalah dalam bahasa Melayu. Keupayaan mengajar dalam bahasa Inggeris masih belum teruji sepenuhnya. Justeru, usaha perlu dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan guru untuk melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pedagogi bagi menyampaikan isi kandungan sains dalam bahasa Inggeris.

Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris memerlukan guru menguasai bukan sahaja bahasa teknikal dalam sains malah juga istilah-istilah bukan teknikal. Istilah-istilah bukan teknikal, mengikut Cassels dan Johnstone (1985), adalah lebih sukar berbanding istilah teknikal dalam sains. Justeru, guru-guru perlu juga diberi latihan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya bahasa akademik kognitif (cognitive academic language) bagi membolehkan mereka menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan dalam bahasa yang betul. Kursus-kursus yang dirancang seharusnya memberi sebanyak mungkin peluang kepada guru untuk berlatih dalam usaha memperolehi kemahiran yang diperlukan. Fokus kursus bukan sahaja terhadap penguasaan bahasa Inggeris malah merangkumi cara-cara menyampaikan isi pelajaran dan arahan dalam bahasa Inggeris. Masalah komunikasi boleh menjadi suatu masalah yang besar bukan sahaja kepada pelajar bahkan kepada guru-guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris. Masalah ini menyebabkan guru terpaksa mengajar dalam dwi bahasa bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran dan pembelajaran. Namun jika guru menghadapi masalah dalam membina ayat dan membuat soalan dengan menggunakan bahasa Inggeris kerana kurang atau lemah kosa kata maka ini akan menjejaskan kualiti pengajaran. Pelajar akan menjadi lebih keliru dan menjadi pasif dan tidak berminat untuk belajar sains dalam bahasa Inggeris. Justeru, kursus komunikasi yang bersesuaian dengan keperluan guru perlu diadakan bagi meningkatkan kosa kata guru dan seterusnya kefasihan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Penutup Keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolehan kendiri (efikasi kendiri) untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris penting dipupuk. Tahap kelulusan akademik dan pengalaman sedia ada yang dimiliki tidak menjamin keyakinan untuk mengajar sains dalam bahasa Inggeris dan tidak mencukupi untuk membolehkan pelaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Dapatan kajian ini menunjukkan walaupun responden mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar sains namun hampir sebahagaian daripada mereka kurang yakin akan kemampuan untuk mengendalikan kelas

sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan juga menunjukkan responden pada umumnya mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran dan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Keyakinan guru dalam menyampaikan isi pelajaran dalam bahasa Inggeris dapat ditingkatkan melalui latihan-latihan berterusan beserta maklumbalas akan kemajuan yang dicapai.

Rujukan Aziz Deraman (1998). Bahasa berkesan untuk Pendidikan berkesan. Dalam Mahoraini Yusoff (Ed.). Prosiding Seminar JPPG, Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan (m.s 29-36). Cassells, J. & Johnstone, A.H. (1983). Meaning of words and the teaching of chemistry. Education in Chemistry, 20(1), 10-11. Cassells, J. & Johnstone, A.H. (1983). Words that matter in science. London: Royal Society of Chemistry. Duran, B.J., Dugan, T. & Weffer, R. (1998). Language minority students in high school: The role of language in learning biology concepts. New York: John Wiley & Sons, Inc. Fullan, M. (1982). The meaning of educational change. New York: Teachers College Press. Gibbons, B. A. (2003). Supporting Elementary Science Education for English Leaner: A Constructivist Evaluation Instrument. The Journal of Educational Research, 96(6), 371-380. Johnstone, A.H. & Selepeng, D. (2001). A language problem revisited. Chemistry Education: Research and Practice in Europe, 2(1), 19-29. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Kajian Antarabangsa Ketiga Matematik dan Sains – Ulangan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Krashen, S. (1981). Second Language Acquisition and Second Language Learning. Oxford, England: Pergamon Press. Lightbrown, P.M. & Spada, N. (1993). How language are learned. NY: Oxford University Press.

Mori,Y (1999). Epistemological beliefs and language learning beliefs: What do language learners beliefs about their learning? Language Learning, 49(3), 377-415. Naimah Ishak (2002). Kajian penilaian pelaksanaan mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah luar bandar. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke-IX, Hotel Cititel, Pulau Pinang. Pollnick, M. & Rutherford, M. (1996). The use of mother tongue and English in the learning and expression of science concepts: A classroom based study. International Journal of Science Education, 18(1), 91-103. Rutherford, Margaret and Nkopodi, N (1990). A Comparison of the recognition of some science concept definitions in English and North Sotho for second language English speakers. International Journal of Science Education, 12(4), 443-456, University of the Witwatersrand, Republic of South Africa. Saidi Samsudin. (2004). Kefahaman Perkataan biasa bukan saintifik dalam mata pelajaran sains di kalangan pelajar tingkatan duat. Laporan Praktikum sebagai syarat separa untuk keperluan Ijazah Sarjana pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Short, D. (1998). Social studies and assessment: Meeting the needs of students learning English. In S. Fradd & O. Lee (Eds.), Creating Florida's multilingual global work force, (pp. VI 1-12). Tallahassee, FL: Florida Department of Education. Spurlin, Q. (1995). Making science comprehensible for language minority students, Journal of Science Teacher Education, 6(2), 71-78. Torres, H.N. & Zeidler, D.N (2002). The Effects of English Language Proficiency and Scientific Reasoning Skills on the Acquisition of Science Content Knowledge by Hispanic English Language Learners and Native English Language Speaking Students. Electronic Journal of Science Education, ISSN 1087-3430 Vol. 6 - No. 3 March 2002 http://unr.edu/homepage/crowther/ejse/torreszeidler.pdf Trowbridge, L .W. & Bybee, R. W. (1990). Becoming a secondary school science teacher ( 5th edition ). Columbus OH: Merrill Publishing Company. Zurida Ismail & Mohd. Ali Samsuddin (2002/2003). Mole: Furry animals, in-house spies or amount of substance? Vocabulary problems in teaching science. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 18, 76-84. Zurida Ismail, et. al. (1997). Tanggapan Terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi serta Sikap dan Kepercayaan Guru Besar dan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Sains dan Pengajaran Sains. Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Related Documents


More Documents from "fairus"

Kecundang
May 2020 42
Keyakinan Guru
May 2020 35
Kain Songket
December 2019 40
Mengertilah
April 2020 39