Tamadun Dari Perspektif Islam

  • Uploaded by: Casillas Cech
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Dari Perspektif Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 2,775
  • Pages: 14
BARAT MEMBERI TAKRIFAN TENTANG TAMADUN YANG BERBEZA DENGAN

MENEKANKAN

KEPADA

KONSEP

TAMADUN

MENURUT

PERSPEKTIF KEDUA-DUANYA. Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai satu istilah yang sesuai bagi melambangkan sebuah kegemilangan. Ia membezakan manusia yang bertamadun dengan kelompok manusia yang tidak bertamadun atau dikenali sebagai barbarian(orang gasar). Dasawarsa ini, istilah tamadun digunakan secara meluas oleh ahli akademik, ahli politik, ahli sejarah dan wartawan mengikut tafsiran dan citarasa tersendiri. Hal ini kerana latar belakang, pencapain akademik dan budaya yang berlainan membawa kepada penafsiran yang berbeza. Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan, dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Pelbagai definisi dan takrifan telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut aliran dan bidang. Perkataan tamadun tidak boleh dipisahkan dengan perkataan kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Begitu juga pengertian perkataan civilization (tamadun) dalam bahasa inggeris digunakan juga dengan perkataan culture (kebudayaan) atau digunakan dalam konteks yang sama. Keempat-empat perkataan itu saling kait mengait dan mencakupi antara satu sama lain. Perkataan tamadun yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang berasal daripada istilah bahasa Arab. Hal ini adalah disebabkan fenomena peminjaman istilah. Fenomena ini tidak dapat dielakkan lagi dalam teori antara bahasa. Peminjaman istilah yang belaku pada perkataan tamadun ini dikenali sebagai peminjaman bulat-bulat. Hal ini kerana, perkataan tamdun di pinjam daripada bahasa Arab tanpa sebarang penambahan

atau

pengurangan

pada

perkataan

tersebut..Banyak

faktor

yang

mempengaruhi fenomena peminjaman istilah ini,antaranya ialah faktor agama dan penjajahan.

1

Daripada sudut semantik, tamadun adalah kata terbitan daripda kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. ( Ibrahim et al. 1960:873). Di samping itu, perkataan tamadun ini juga melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkan seperti madinah (bandar) dan madani (keselesaan hidup dan ketinggian budi). Dalam konteks ini Madinah beerti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun sendiri memberi erti civilization. Bahkan konsep bandar tersebut mempunyai pengertian yang lebih luas iaitu merujuk kepada pembangunan manusia daripada aspek akhlak dan tatasusila kemanusiaan dalam segenap lapangan hidup setelah mereka menerima Islam. Menurut The oxford Dictionary (1995), salah satu makna modern ialah new and up to date yang bermakna baru dan mutakhir. Berdasarkan perbandingan ini, konsep moden dan modenisasi Barat mempunyai kaitan dengan takrif tamadun dan ada kemungkinan Barat mengambil inspirasi daripada takrif tamadun daripada perspektif Islam.

2

Konsep Tamadun Menurut Perspektif Islam. Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah ketamadunan yang gemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada ketamadunan dunia. Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. dikaitkan dengan kemujulan tamadun dunia yang merubah kehidupan masyarakat jahiliyah. Beberapa tokoh islam memberi definisi tersendiri berkaitan dengan tamadun. Profesor Syed Naquib Al-attas telah mendefinisikan tamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Pada pandangan beliau, tatasusila ataupun tingkah laku merupakan simbol kepada sesebuah tamadun. Sebagai contoh, kedatangan islam telah menghapuskan segala amalan jahiliyah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak dan sebagainya. Amalan dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasullullah telah mempengaruhi masyarakat arab pada masa dahulu untuk mengikut ajaran islam dan patuh kepada segala hukum islam serta meninggalkan amalan jahiliyah. Mereka dengan penuh tawaduk mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian dan senario inilah menggambarkan tentang definisi tamadun yang diutarakan oleh Profesor Syed Naquib Al-attas. Selain beliau, terdapat beberapa lagi tokoh islam yang tampil dengan definisi yang tersendiri. Antaranya,. i.

Sayyid Qutb. Bagi beliau, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral islam. Dalam islam, sesebuah tamadun memerlukan sebuah sistem pemerintahan yang mapan dan mampu memberi kesan kepada semua masyrakat. Hal ini kerana pemimpin sesebuah sistem sosial yang akan menentukan hala tuju organisasi tersebut. Di samping itu, segala aspek kehidupan perlulah berteraskan kepada ajaran islam kerana islam adalah ad-din iaitu satu cara hidup yang sempurna.

3

ii.

Muhammad al-Bahiy Beliau

tampil

mengatakan

bahawa

tamadun

ialah

keseluruhan

penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. iii.

Muhammad Rasyid Redha. Agama adalah asas tamadun. Hal ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamdun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya Kejayaan empayar islam pada masa lampau adalah disebabkan oleh ketaatan dan sikap tawaduk para sahabat dan mujahidin pada masa itu. Mareka mampu mencipta tamadun yang gemilang kerana ketaatan kepada Allah walaupun tanpa peralatan yang canggih. Perjuangan dan kehidupan mereka pada masa itu berpandu kepada ajaran islam melalui Al-quran dan As-sunnah. Hal ini menjadikan kehidupan mereka lebih bertamadun dan dikagumi oleh generasi pada hari ini. Selain, kejayaan umat islam terdahulu dalam mencipta tamadun juga dipengaruhi oleh kepimpinan Rasullulah. Akhlak dan tingkah laku baginda tidak dapat dinafikan oleh sekalian umat. Sesungguhnya, sesebuah tamadun itu akan lebih sempurna dengan kehadiran pemimpin yang berkaliber dan berkomitmen tiggi.

4

iv.

Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah. Hal ini kerana ia merupakan landasan yang sempurna dalam membangunkan segenap aspek kehidupan manusia. Jika Aqidah Islam merupakan nadi pembangunan sesebuah tamadun yang sempurna, maka Syariat Islam pula ialah acuan binaan tersebut. Sesiapa yang mahu menjadikan dirinya sseeorang yang mulia, acuannya ialah Syariat Islam.

v.

Ibn Khaldun. Tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Disamping itu, bagi beliau, tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya

vi.

Mahmood Taib an-Najmi (1971) Beliau menerangkan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia untuk menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.

5

Konsep Tamadun Menurut Perspektif Barat. Selain daripada tokoh atau sarjana islam, tokoh barat juga tampil untuk menerangkan konsep tamadun pada perspektif mereka. Orang barat mengakui bahawa mereka adalah bangsa yang bertamadun tinggi berbanding bangsa lain. Mereka menggunakan alasan menyebarkan tamadun untuk menjajah negara yang mereka anggap tidak bertamadun. Secara mudahnya, sarjana barat berpendapat tamadun ialah satu pencapaian tinggi yang diperoleh oleh manusia dalam semua aspek kehidupan. Tamadun barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesuatu bangsa itu bertamadun ataupun tidak. Bagi barat, tamadun membawa dua makna iaitu nilai moral dan material. Bagi Karl Marx, tamadun dibahagikan kepada infrastruktur (material) dan superstructure (spiritual). Bagi Marcel Mauss, tamadun adalah semua pencapaian manusia. Jelaslah di sini bahawa barat mementingkan pembangunan lahiriah untuk mengukur sesebuah tamadun. Antara sarjana barat yang mengemukakan pendapat mengenai tamadun ialah ; I. E.B.taylor Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. II. Arnold Toynbee Beliau mendefinisikan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sisitem politik , pengetahuan dan seni. III. Will Durant Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen,iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

6

Arnold Toynbee dan Will Durant mempunyai pemikiran yang agak sama berkenaan konsep tamadun. Bagi mereka, tamadun ialah peningkatan kualiti hidup ataupun pengeluaran hasil yang dipengaruhi oleh sumber ekonomi, sistem pemerintahan atau politik dan tahap pencapaian akademik tanpa mengetepikan seni dan akhlak ataupun tingkah laku masyarakat. IV. J.K.Fiebleman Beliau mempunyai pandangan tersendiri berkenaan konsep tamadun. Beliau menganggap tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. V. Oswarld Spengler. Tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu yang membawa kepada kemajuan. Kedua-dua tokoh ini menggunakan konsep kemajuan kebendaan atau material bagi maksud tamadun. Bagi mereka, kayu ukur bagi sesebuah tamadun ialah penghasilan barang-barang baru untuk kegunaan seharian dan material yang dihasilkan itu mestilah lebih baik daripada sebelumnya. VI. Robert J.Braidwood Beliau merujuk tamadun ini kepada perbandaran. Tamadun juga haruslah mempunyai satu struktur politik , undang-undang formal dan seterusnya terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, anggota keselamatan, pelabuhan dan terusan. Kewujudan sistem jalan raya yang baik menjadi antara faktor yang penting bagi sesuatu tamadun. Ini kerana anggota masyarakat akan dapat berhubung dengan masyarakat luar bagi berkongsi pengetahuan dan kemajuan. Hal ini akan meningkatkan produktiviti dan memajukan kawasan mereka. Di samping itu, undang-undang yang kemas juga amat perlu bagi mengawak tingkah laku manusia.

7

Intihanya, tamadun dalam konsep islam lebih luas skopnya yang meliputi kemajuan dalam bidang kerohanian (rohaniah) dan kebendaan (lahiriah) yang berlandaskan kepada wahyu, al-Sunnah dan akal fikiran. Tamadun menurut perspektif islam dapat dijelaskan dengan ayat yang paling ringkas iaitu suatu pencapaian manusia dalam bidang kebendaan (lahiriah) dan kerohanian (rohaniah) yang berpusat di bandar meliputi kemajuan seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, undang-undang, politik dan sebagainya yang meliputi muamalat, syariat, munakahat dan akidah yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun menurut perspektif barat pula berlandaskan kepada pemikiran dan akal semata-mata dalam menentukan corak ragam kehidupan seharian. Mereka mengetepikan peranan agama dalam kehidupan mereka. Di samping itu, sarjana barat lebih menumpukan kemajuan lahiriah dalam konsep yang diutarakan oleh mereka sehingga melupakan pembangunan rohaniah.

8

MATLAMAT PEMBELAJARAN SUBJEK TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang agung di dunia ini. Pembentukan tamadun ini merangkumi aspek rohani dan jasmani. Pembinaan tamadun ini bersandarkan sumber wahyu iaitu Al-Quran serta As-sunnah. Tamadun islam bermula daripada peristiwa kerasulan Nabi Muhammad sehinggalah hari ini. Baginda berjaya membentuk empayar islam yang luas dan menjadikan islam satu kuasa besar dan digeruni oleh musuh-musuh islam. Dalam pembentukan tamadun Islam, ia mementingkan pembinaan dari segi aspek rohani dan jasmani dalam melahirkan sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan makmur. Malah dalam pembentukan tamadun ini, ia berpegang kepada tiga asas yang penting bagi umat Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Setiap umat islam perlu berpegang teguh kepada rukun iman, patuh kepada suruhan dan larangan Allah serta sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian. Pengenalan subjek tamadun islam di Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh identiti diri sebagai warganegara Malaysia yang baik. Melalui pengetahuan dan penghayatan peradaban manusia, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan dunia dalam usaha mewujudkan perasaan bangga dan cinta terhadap tanah air, semangat kekitaan dan perpaduan, dan persefahaman antarabangsa. Di samping itu, pengenalan subjek tamadun islam juga bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah, pandangan dunia serta prinsip, nilai dan aspek penting dalam tamadun Islam. Diharap dengan pendedahan ilmiah mengenai agama, budaya dan pencapaian unggul di dalam pelbagai aspek kehidupan tamadun islam, para pelajar yang bakal menjadi pemimpin, pentadbir dan ahli profesional masyarakat Malaysia, akan lebih berpengetahuan dan peka akan isu-isu ketamadunan yang boleh menyumbang kepada pemupukan dan penghayatan budaya hormat dan toleransi antara agama dan bangsa, dan perpaduan negara.

9

Di samping itu, pengenalan subjek tamadun islam juga bertujuan

untuk

mengangkat islam sebagai al-din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.Para pelajar akan didedahkan dengan prinsip-prinsip islam yang membentuk tamadun yang gemilang. Di samping itu juga, pendedahan ini penting agar para pelajar dapat mengubah cara hidup mereka supaya menjadi lebih baik sama ada dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek, dan berlainan dari cara hidup mereka sebelum ini. Matlamat subjek tamadun islam secara umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem pemeritahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., khulafa’ al-Rashidin dan zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Para pemerintah terdahulu menggunakan sepenuhnya hukum Allah dan inilah yang menjadi faktor wujudnya tamadun yang agung ini. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat islam khusunya dan bukan islam amnya. Oleh itu, dengan pengajaran subjek tamadun Islam ini, maka para pelajar dapat mengambil iktibar serta cuba untuk meneruskan sistem pemerintahan Islam pada masa hadapan demi menjaga keamanan di negara Malaysia ini. Selain itu, subjek tamadun Islam juga bertujuan untuk memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang mengamalkan toleransi yang tinggi dan memantapkan penghayatan niali-nilai murni dikalangan rakyat Malaysia. Di samping itu,subjek tamadun islam juga bertujuan untuk melengkapkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa. Oleh hal demikian, Malaysia akan melahirkan insan yang beretika dan berakhlak mulia di samping memajukan diri sendiri dan negara.

10

Matlamat khusus subjek tamadun Islam adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam. Disamping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat. Ciri-ciri yang bersifat alat Bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama ialah hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam, kedua ialah hubungan manusia dengan sesama manusia, dan ketiga ialah hubungan manusia dengan alam sejagat. Dengan pemahaman yang mendalam tentang subjek tamadun Islam, para pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka, seperti menjaga hubungan sesama manusia supaya kehidupan lebih aman dan makmur tanpa pergaduhan. Selain itu, kita juga akan menghargai alam ini dan cuba untuk menjaganya sebaik mungkin. Melalui kesedaran dalam diri setiap insan setelah mempelajari subjek ini, akan terdetik di hati untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh dalam melaksanakan segala apa yang telah diperintahkan. Kesimpulannya, pengenalan subjek Tamadun Islam ini mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Pengajaran Tamadun Islam di Malaysia akan melahirkan semangat kerjasama, saling menghormati dan bertoleransi dalam apa jua keadaan. Di samping itu, subjek ini juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah bagi membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Subjek Tamadun Islam ini juga seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi merealisasikan impian negara pada masa kini dan hadapan.

11

REFLEKSI. Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah di atas keizinannya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi matapelajaran Tamadun Islam Dan Tamadun Asia tepat pada masanya. Sekalung ucapan terima kasih saya tujukan buat pensyarah pembimbing, Ustaz Nik Abdullah Bin Nik Cob, pensyarah daripada jabatan Pengajian Islam dan moral di atas tunjuk ajar dan teguran yang telah diberikan oleh beliau. Jutaan terima kasih juga saya tujukan buat ibubapa saya di kampung di atas semangat dan perangsang yang telah bonda berdua berikan. Buat sahabat seperjuanganku, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan buah fikiran dan idea yang membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian tidak dapat saya lupakan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan kerana rujukan yang saya perolehi amat mencukupi bagi saya menyiapkan tugasan ini. Saya meminjam beberapa buah buku di Perpustakaan Daerah Dungun yang berkaitan dengan tamadun islam. Di samping itu saya juga mendapatkan maklumat daripada laman web. Namun demikian, sistem jalur lebar institut yang lemah melambatkan proses untuk mendapatkan maklumat daripada internet. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya mendapat input-input yang berguna berkaitan tamadun islam khususnya dan islam amnya. Kegemilangan tamadun islam pada zaman dahulu menyebabkan saya berfikir bagaiman mereka mampu mencipta tamadun yang agung sedangkan tiada peralatan canggih ketika itu. Di samping itu, semangat juang umat terdahulu yang taat kepada suruhan dan larangan Allah membuatkan saya sedar bahawa tamadun yang gemilang hanya boleh di capai oleh insan yang menghayati erti islam yang sebenar. Kekuatan sesebuah tamadun bergantung kepada kekuatan akidah anggota masyarakat itu.

12

Saya mengalami sesuatu yang pahit ketika menyiapkan tugasan ini. Kelalaian saya menyebabkan tugasan yang hamper siap hilang daripada Komputer. Saya terpaksa membuat semula tugasan ini buat kali kedua setelah tugasan yang pertama hilang daripada computer. Berkat kesabaran dan dorongan daripada sahabat, saya berjaya menyiapkan semula tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Peristiwa ini mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya berharap tugasan KKBI ini dapat memberi input-input yang berguna kepada pembacanya dan diri saya sendiri. Segala kekurangan dalam tugasan ini, saya memohon maaf dan sebarang ilmu yang terdapat dalam tugasan ini, sebolehnya di kongsi bersama oleh semua manusia yang bergelar insan. Sekian, terima kasih.

13

1) Mustafa Haji Daud,1999. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd 2) Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 3) Mohd Liki Hamid, 2003. Pengajian Tamadun Islam edisi ke-2: Siri Pendidikan Tinggi. 4) Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.Rahman, 2000. TITAS Kertas 2. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

14

Related Documents


More Documents from "Sarip bin Adul"