Murid Dan Alam Belajar ( Kajian Kes)

  • Uploaded by: Casillas Cech
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Murid Dan Alam Belajar ( Kajian Kes) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,166
  • Pages: 5
Cikgu Manaf Mahmud mendapati murid-muridnya mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza, malah murid yang sama mempunyai kecerdasan pelbagai. Lima orang muridnya dalam Tahun Lima Hijau lemah dalam mata pelajaran Matematik. Mereka sukar menguasai kemahiran yang di ajar dan gagal menyiapkan tugasan yang diberikan. Sungguhpun begitu, Cikgu Manaf mendapati murid tersebut memberikan tumpuan yang baik dan kelihatan bersungguh-sungguh mengikuti pengajaran guru. Pada masa yang sama murid tersebut dapat menguasai dengan baik mata pelajaran lain. Berikut merupakan cadangan untuk Cikgu Manaf bagi menyelesaikan masalah murid yang gagal menguasai kemahiran Matematik. Cadangan yang pertama ialah, Cikgu manaf perlu mengetahui kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajarnya. Menurut Howard Gardner, Profesor Pendidikan dan Kognisi di Harvard Graduate School of Education, setiap individu mempunyai kecerdasan yang dimanifestasi pada tahap yang berbeza-beza. Oleh hal demikian, setiap individu mempunyai latar belakang kognitif yang berlainan. Terdapat 8 kecerdasan yang diutarakan oleh Gardner. Kecerdasan yang dimaksudkan oleh Gardner ialah : i.

Bodily-kinesthetic

ii.

Verbal-linguistic

iii.

Visual/ spatial

iv.

Musical

v.

Logical-mathematical

vi.

Intrapersonal

vii.

Interpersonal

viii.

Naturalistic.

Kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar dapat diketahui melalui kaji selidik yang dijalankan. Setelah mengetahui kecerdasan setiap murid, Cikgu Manaf akan dapat mengetahui keupayaan dan kelemahan murid dalam pembelajaran khususnya dalam Matematik. Mengetahui kecerdasan setiap murid penting bagi Cikgu Manaf untuk merangka dan merancang aktiviti pengajaran. Sebagai contoh, Mohammad mempunyai kecerdasan bodily-kinesthetic dan setelah mengetahui kecerdasan Mohammad, Cikgu Manaf akan dapat merancang aktiviti yang melibatkan penggunaan tubuh dan deria sentuhan supaya Mohamad dapat menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk memahami konsep Matematik yang di ajar. Cadangan kedua ialah, Cikgu Manaf perlu menggunakan sesuatu yang konkrit dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jerome Seymour Bruner, pengasas Pembelajaran Penemuan. Beliau menyatakan, untuk memudahkan pemahaman murid, amat penting untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit. Sebagai contoh, murid perlu memegang objek seperti kubus atau kuboid untuk pembelajaran yang berkaitan ruang dan isipadu dalam Matematik. Hal ini akan memudahkan mereka memahami dan mengingati konsep itu. Selain Bruner, Jean Piaget juga menekankan pembelajaran yang menggunakan benda maujud atau konkrit. Kaedah ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai kecerdasan Bodily-kinesthetic (fizikal) / visual (spatial). Di samping itu, Cikgu Manaf juga perlu menyusun maklumat atau isi pengajaran yang ingin disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Sebagai contoh, Cikgu Manaf menyediakan satu carta minda berkaitan tajuk pembelajaran seperti tajuk pecahan dan perpuluhan untuk murid-murid, sebelum menyampaikan huraian secara lebih terperinci. Kaedah ini akan memudahkan murid-murid untuk mengekalkan maklumat yang baru dipelajari dalam ingatan masing-masing. Sebenarnya, konsep yang dinyatakan tadi adalah kaedah advance organizers, satu kaedah deduktif yang mana ia bermula dengan sesuatu yang umum dan

berakhir dengan yang khusus. Kaedah ini diilhamkan oleh David Ausubel,ahli psikologi kognitif. Secara sedar atau tidak, teori yang dikemukan oleh David Ausubel ini bersesuaian dengan murid-murid yang mana kecerdasan mereka lebih cenderung kepada Visual ( spatial ). Seterusnya, Cikgu Manaf boleh mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky yang menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal, di mana perkembangan kanak-kanak di bahagi kepada dua iaitu had bawah dan had atas. Had bawah ialah kemahiran yang boleh di capai sendiri oleh kanak-kanak manakala had atas adalah kemahiran-kemahiran yang sukar di capai oleh kanak-kanak dan memerlukan bantuan daripada individu yang lebih mahir seperti guru dan rakan-rakan. Untuk mengaplikasikan teori ini, Cikgu Manaf dicadangkan untuk menyusun murid-murid dalam kumpulan kecil dan setiap kumpulan itu terdiri daripada murid-murid yang mahir dan tidak mahir. Oleh hal demikian, rakan-rakan yang telah mahir akan membantu rakan mereka yang lemah untuk memahami konsep yang di ajar. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah memahami sesuatu konsep yang di ajar. Di samping itu, Cikgu Manaf perlu menggunakan arahan yang mudah dan jelas kepada murid untuk melakukan sebarang aktiviti. Sebaiknya, Cikgu Manaf perlu mengaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Cikgu Manaf perlu mengurangkan kaedah penghafalan, sebaiknya bimbing murid mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

Melalui Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky juga, kemahiran berbahasa turut memainkan peranan dalam perkembangan kognitif murid. Murid yang bercakap sendiri lebih cepat perkembangan kognitifnya berbanding murid yang tidak bercakap sendiri. Cikgu Manaf juga perlu memberi peluang untuk mereka berinteraksi dengan diri sendiri untuk membuat intepretasi sendiri berdasarkan maklumat yang disampaikan. Sebagai contoh, Cikgu Manaf perlu memberi masa yang sesuai untuk murid memahami sendiri konsep matematik seperti operasi bercampur. Di samping itu, Cikgu Manaf perlu memainkan peranannya sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran muridmuridnya. Murid-murid yang berkecerdasan intrapersonal lebih gemar cara pembelajaran sebegini kerana mereka lebih gemar mengkaji dan memanipulasi sesuatu konsep dengan cara tersendiri. Persekitaran juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini turut dihuraikan oleh Dunn dan Dunn(1982) yang menyatakan persekitaran adalah salah satu daripada 5 rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Persekitaran yang dimaksudkan merangkumi reka bentuk, cahaya, bunyi dan suhu tempat pembelajaran. Reka bentuk atau susun atur sesebuah bilik darjah yang menarik perlu diwujudkan. Tempat

pembelajaran

mestilah

cerah,

senyap

dan

mempunyai

sistem

pengudaraan yang baik. Elemen-elemen ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar dan murid mudah untuk memahami perkara yang di ajar. Cikgu Manaf perlu menyusun bilik darjahnya dengan baik bagi memastikan murid-muridnya selesa untuk belajar. Cikgu Manaf juga boleh mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah seperti di bawah pondok atau pokok. Sebagai contoh, Cikgu Manaf menunjukkan bentuk seperti segitiga, kubus, piramid, kon dan sebagainya yang diaplikasikan di kawasan sekolah seperti atap pondok yang berbentuk piramid dan meja yang berbentuk silinder. Pembelajaran di bawah pokok atau di luar bilik darjah juga boleh menarik minat dan sedikit banyak membantu murid yang berkecerdasan

naturalistic dalam proses mengingat sesuatu konsep dan seterusnya membantu mereka menguasai Matematik dengan mudah. Di samping itu, Cikgu Manaf juga perlu menyediakan satu persekitaran pembelajaran sosial di mana murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dengan yang lain atau wujudkan pengajaran dua hala iaitu antara guru dan murid atau murid dengan murid. Cikgu Manaf perlu mengizinkan murid menyampaikan pendapat atau cadangan mereka dan memberi respon yang baik. Bagi murid yang berkecerdasan verbal-linguistik, mereka gemar untuk menyampaikan idea mereka dan mengharapkan respon yang baik daripada guru. Oleh itu, Cikgu Manaf perlu memberi respon yang positif kepada persoalan ataupun idea yang diutarakan oleh mereka. Bagi merangsang dan menarik minat murid yang berkecerdasan Musical, Cikgu Manaf boleh menggunakan pendekatan muzik atau seni. Cikgu Manaf boleh mengajar murid-murid dengan menggunakan lagu atau ritma untuk menghafal rumus atau formula Matematik. Sebagai contoh, Cikgu Manaf menyuruh murid-murid menghafal sifir dengan irama dan lagu yang tersendiri. Kaedah ini akan merangsang minda mereka untuk memudahkan proses penghafalan sifir. Sebagai kesimpulannya, Cikgu Manaf perlu menyedari keunikan muridmuridnya dan sedar bahawa setiap murid-muridnya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam perkembangan kognitif mereka atau lebih tepat lagi setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan berbeza-beza. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Cikgu Manaf untuk mamanipulasikan kecerdasan pelbagai mereka untuk memastikan mereka memahami dan menguasai sesuatu konsep yang ingin di ajar. Teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah di ubahsuai dengan situasi, masa dan keadaan agar setiap murid dan memahami isi pengajaran dan berjaya dalam peperiksaan.

Related Documents


More Documents from ""