PENGENALAN Kepimpinan dalam Islam adalah satu kepercayaan. Biasanya, ia merupakan bentuk hubungan yang jelas diantara pemimpin dan pengikutnya, dimana pemimpin itu akan memberikan panduan, melindungi dan memerintah secara adil dan saksama terhadap pengikutnya. Oleh itu, penumpuan kepimpinan didalam Islam adalah terhadap integriti dan keadilan. Penekanan terkini keatas etika gelagat didalam kesusasteraan kepimpinan, satu penilaian terhadap moral berdasarkan kepimpinan dari sudut perspektif Islam akan memberikan suatu pandangan yang baru didalam bidang kepimpinan secar umum.
Definisi Kepimpinan Dalam Islam Sebagai permulaan, umat Islam berdasarkan gelagatnya sebagai pemimpin dan/atau pengikut mentaati peritah Allah sepertimana yang tertera didalam Al-Quran. Umat Islam mempercayai bahawa Nabi Muhammad S.A.W., yang merupakan panduan atau model yang baik terhadap pemimpin dan pengikut sepanjang zaman. Kepercayaan ini disokong apabila Allah S.W.T. bersabda tentang Rasulullah S.A.W.: Dan kau mempunyai keperibadian yang tinggi. Al-Quran Muhammad S.A.W. sebagai contoh dimana pemimpin dan pengikut umat Islam mencari kebenaran. Menurut Nabi Muhammad S.A.W., kepimpinan dalam Islam tidak tertumpu kepada golongan elit yang kecil semata-mata. Bahkan, bergantung kepada situasi, setiap orang merupakan pengembala, dan bertidak sebagai ketua. Nabi Muhammad S.A.W.: Setiap dari kamu adalah pelindung, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang apa yang kamu lindungi. Sahih Bukhari, Hadis 3, 733. KEPIMPINAN DAN TERAS KUASA
Kuasa adalah kebolehan untuk menguruskan manusia, informasi, dan sumber untuk memenuhi sesuatu tujuan. Terdapat lima jenis kuasa teras yang biasanya disebut didalam kesusasteraan kepimpinan, menurut perspektif Islam tentang kepimpinan meliputi kelimalimanya, tetapi dari sudut pandangan yang berbeza. Kuasa Sah Kuasa sah adalah berkaitan dengan kedudukan atau jawatan seseorang didalam organisasi. Secara umumnya Islam tidak menggalakkan umatnya untuk mencari sesuatu kedudukan didalam kuasa. Berkempen untuk sesuatu kedudukan yang memberikan kuasa mungkin disebabkan terpikat oleh kedudukan atau untuk kepentingan diri sendiri. Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa: Janganlah meminta kuasa, jika kau diberikan kedudukan kerana kau yang meminta-minta kuasa tersebut, kau akan ditinggalkan berseorangan, dan jika kau diberikan tanpa meminta-minta, maka kau akan dibantu. Sahih Muslim, 3, 1013 Pengecualian boleh diberikan terhadap injuksi ini apabila seseorang itu melihat situasi dimana ia boleh mendatangkan krisis atau bencana. Dia seharusnya memiliki kepakaran yang diperlukan didalam situasi tersebut, dia mungkin mencari kedudukan tertentu untuk memberikan bantuan dalam situasi tersebut. Sebagai contoh Nabi Yusuf A.S. telah memohon kedudukan daripada raja Mesir iaitu Firaun untuk mentadbir bahagian pertanian pada ketika itu. Suatu kebaiakan yang berlandaskan perhatian yang benar merupakan ruang lingkup Islam. Kuasa Ganjaran Seorang pemimpin yang mempunyai kedudukan kuasa mungkin juga boleh mengawal ganjaran, termasuk pembayaran gaji, keperluan tugasan kerja atau kenaikan pangkat. Begitu juga dalam pandangan Islam. Patut diberi perhatian bahawa Umar Ibn Al-Khattab R.A. pernah membayar gaji pegawainya dengan tinggi. Beliau mahu memastikan bahawa
pegawai-pegawainya tidak menerima atau mengambil rasuah. Dengan kebijaksanaanya serta kebolehannya dalam menguruskan kerajaan Islam ketika itu, menjadikan beliau seorang pemimpin Islam yang unggul. Kuasa Paksaan Selain mengawal ganjaran organisasi, seorang ketua didalam kedudukan kuasa juga mengawal
sekatan
kumpulan.
Islam
turut
mengesahkan
kuasa
paksaan
tetapi
mencadangkan agar paksaan tidak digunakan terhadap kejahatan. Bahkan Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa: Ketaatan diperlukan hanya dalam kebaikan. Sahih Bukhari ,9, Hadis 259. Dengan merujuk kepada pemimpin adalah hamba, Umar R.A. pernah berkata terhadap rakyatnya: Aku telah melantik gabenor dan agen bukan untuk memukul atau mengambil wang, tetapi untuk mengajar dan berkhidmat untuk rakyat. Kuasa Pakar Pemimpin yang memiliki kepakaran yang tinggi dan maklumat adalh kuasa pakar dengan snajungan daripada pengikutnya yang mana memerlukan informasi untuk melaksanakan tugas. Sebagai contoh, didalam solat berjemaah, seseorang mungkin akan dipilih sebagai imam kerana pengetahuannya didalam Islam. Ini bermaksud bahawa tiada imam tetap didalam Islam. Kuasa Rujukan Seseorang yang berkarisma apabila terdapat orang yang ingin menjadi pengikutnya kerana tertarik akan personalitinya. Pemimpin yang dilahirkan biasanya mempunyai karisma. Etika pemimpin berkarisma seperti Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menggunakan kuasa untuk manfaat manusia, belajar dari kritikan, bekerja untuk membangunkan pengikutnya menjadi pemimpin, dan berlandaskan standard moral. Sebagai contoh,
pemimpin yang sangat berkarisma dapat dilihat terhadap pemimpin Islam Amerika yang bernama Malcolm X. ramai yang terpegun terhadap Islam di Amerika Syarikat selepas mendengar atau membaca mengenai beliau. Kehidupan Malcolm X, menunjukkan sesuatu yang sangat berguna selain daripada
dewan
solatnya,
agama
memainkan
peranan
sebagai
pembangunan dan pengenalan terhadap ketidakpentingan bangsa. Beliau memberikan contoh bagaimana manusia boleh menggunakan sabitan kesalahan sebagai instrumen
yang kuat untuk mengubah haluan hidup
seseoarang dan orang lain.
Kesimpulan Model kepimpinan dalam Islam menitikberatkan khuluq atau etika gelagat seluruh umat Islam dan bukan Islam adalah sama. Dengan kukuhnya menanamkan kepercayaan terhadap Allah, dan minda terhadap peranan sebagai yang dipercayai, pemimpin Islam adalah dijangka, bertindak dengan benar, berubah menjadi lebih baik dan tidak memungkiri janji. Pemimpin perlu berunding dengan orang lain terutamanya dalam bidang yang kurang dikuasai. Pemimpin adalah dijangka untuk menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa merendah diri. Contoh pemimpin Islam seperti ini adalah jarang ditemui. Terdapat seorang pemimpin seperti itu, iaitu Presiden Uteem dinegara Mauritius, sungguh efektif dinegara diman orang Islam adalah minority. Merendah diri, beliau enggan untuk tinggal di kediaman rasmi presiden.
Beliau
dengan
teguhnya
melancarkan
perang
terhadap
rasuah
dan
mengutamakan golongan termiskin dinegara tersebut. Beliau disayangi oleh rakyatnya. Beliau mempercayai bahawa kemanusiaan hanya boleh berkembang dan makmur apabila menerima kepelbagaian budaya, dengan mempelajari perbezaan dan persamaan yang
dikongsi bersama. Umat Islam dan bukan Islam adalah sama dari sudut pandangan AlQuran yang mengetengahkan li ta’aarafuu iaitu perlu mengenali antara satu sama lain, yang merupakan suruhan Allah terhadap umat manusia. Wahai manusia kami telah menciptakan kau dari satu pasangan lelaki dan perempuan, dan kami juga telah menjadikan kamu berbilang bangsa dan kaum agar kamu mengenali anatara satu sama lain. Al-Quran, 49: 13
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TERAS KUASA KEPIMPINAN DALAM ISLAM KUMPULAN KULIAH BBA G-4
NAMA FRANK TELAJAN A/L THOMAS
NO. MATRIK 75377
HASRIZAL BIN SHAARI
75393
MOHD HAFIZI BIN ARIFIN
75503
MOHD KHAIDZIR BIN NOOR DIN
75510
MOHD SHAHRUL BIN RAMLI
75521