Kepentingan An Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Sesebuah Negara

  • Uploaded by: Casillas Cech
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingan An Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Sesebuah Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 969
  • Pages: 4
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI SESEBUAH NEGARA. Sebagaimana yang

kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk

mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin

atau

pentadbir

menjalankan

tugasnya

tanpa

berlakunya

penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Menurut

Hasnah

Husin (2007),

kewujudan perlembagaan

adalah

bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undangundang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin.

Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurut Perkara 34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apaapa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda mengunakan kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu, Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri. Langkah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong. Sistem politik Malaysia adalah warisan sistem politik beraja telah wujud sekian lama. Justeru itu, sistem politik beraja telah dimaktubkan dalam perlembagaan tetapi diwujudkan dalam konteks Raja Berpelembagaan. Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin kedaulatan

institusi

beraja,

Perlembagaan

Persekutuan

Malaysia

memperuntukkan undang-undang melalui Perkara 181. Oleh hal demikian, kedaulatan raja-raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Di samping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan

menjunjung institusi beraja

yang wujud sekian lama. Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undangundang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah.

Sebarang masalah dalam penggubalan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya. Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang melayu

ialah

Tanah

Simpanan

Melayu,

kuota

dalam

perkhidmatan

awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,lessen perdagangan dan permit (Paimah Atoma,2008) Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan

bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang. Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Oleh hal demikian, keharmonian serta kemakmuran negara tidak akan tercalar disebabkan perbuatan tidak setia ataupun belot pada negara dan derhaka kepada Yang di-Pertuan agong. Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian, kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan dan panduan perlembagaan.

Related Documents


More Documents from ""