Kenali Musuh Islam: Orientalis FASAL PERTAMA TAHAP-TAHAP GHAZWUL FIKRI Kedatangan dan kebendaan bangsa Barat Kristian di negara-negara kita Islam tidaklah dengan sekaligus. Mulanya dengan pasukan materi, lalu diikuti oleh orientalis (istiyhraq) dan missionarisme (tabsyir) yang bersifat ma’nawi. Selanjutnya mereka lakukan kolonisasi dan mereka potang-potong akar pemerintahan Islam. Kemudian mereka tebarkan idea-idea sekularisme dan nasionalisme, dan setelah itu mereka bunuh khilafah Islamiyah. Akhirnya setelah tentera mereka hengkang dari negeri-negeri Islam, mereka tinggalkan tentera lain yang kulitnya sama dengan kulit kita dan bahasanya pun sama dengan bahasa kita ( iaitu anak negeri sendiri yanga sudah menjadi dalang). Nah, dengan laskar anak negeri inilah yang mereka lakukan perubahan sosial dan politik. Aktivis mereka dalam hal ini dapat dibahagi dalam tiga tahap, iaitu: Tahap pertama: Tahap sebelum menjatuhkan Khilafah Islamiyah. Tahap kedua: Tahap pembunuhan terhadap Khilafah Islamiyah. Tahap ketiga: Tahap sesudah jatuhnya kekuasaan Khilafah Islamiyah
PEMBAHASAN PERTAMA TAHAP SEBELUM JATUHNYA KHILAFAH ISLAMIYAH. Tahap ini dimulai dengan perang Salib, kemudian Orientalisme, dan disusuli dengan missionarisme. Pertama:Perang Salib. Kami tidak menulis sejarah, tetapi hanya meringkas dari ungkapan dari kenyataan sejarah. Di antara kenyataan itu ialah bahawa bangsa Barat telah mengatur tentera untuk memerangi dunia Timur Islam atas nama Salib di bawah bendera Salib. Dan para pemuka gereja di Eropahlah yang telah mengatur para penguasa dan rakyat untuk melaksanakan peperangan ini, lalu ditetapkannya sebagai perang agama. Pepecahan kaum muslimin menjadi negara-negara kecil dan kelemahan Daulah mereka telah menjadikan orang-orang Nasrani berani memerangi mereka. Dan tidak benar apa yang digambarkan sebahagian penulis Arab bahawa penjajahan bangsa Barat itu bertujuan mencari keuntungan ekonomi sahaja. Memang benar bahawa eksploitasi kekayaan atau ekonomi itu merupakan salah satu tujuan penjajahan yang mereka lakukan, tetapi tidak merupakan tujuan utama. Tujuan utamanya ialah agama (penyebar agama), dan dalam hal ini peranan para pemimpin spiritual Masihi dan sekutu-sekutunya tidak dapat
diabaikan dan dilupakan. Mereka ingin membalas dendam dan menyakiti orangorang Islam yang dahulu pernah menjarah ke jantung Eropah dan berhasil menguasai Laut Tengah hingga masuk ke Perancis Selatan. Setelah melampiaskan dendam dan menyakiti kaum muslimin, mereka kemudian memaksa kaum muslimin memeluk agama kristian. Inilah yang akan dibincangkan dalam etape kedua peperangan ini. Allah berfirman di dalam AlQuran: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".(AL-BAQARAH:120) "Mereka tidakhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari Dinmu(kekafiran) seandainya mereka sanggup".(ALBAQARAH:217) Dan benarlah apa yang dikatakan oleh penulis Amerika William Ghoycare, bahawa orang-orang Yahudi berada di belakang Perang Salib. Mereka bermaksud untuk melemahkan kaum muslimin dan kaum Nasrani sehingga mereka dapat meningkatkan praktik ribawi di tengah-tengah Perang Salib. Namun seandainya tidak digerakkan bangsa Yahudi, orang-orang kristian itu pun akan tetap bergerakjuga. Kerana, apa yang mereka lakukan ketika Perang Salib itu hanyalah pelampiasan dari dendam yang terpendam. Sedangkan apa yang mereka sembunyikan dalam dada mereka adalah lebih besar lagi. Perlindungan Dalam Islam Untuk Umat, Bukan Untuk Pemimpin. Kalau daulah Islam pada waktu itu berpecah-belah, maka Allah telah menjadikan umat Islam ini sebagai salah satu mukjizat agamanya setelah Al-Quran. Al-Quran telah menyatakan bahawa umat Islam ini adalah sebaik-baik umat bagi manusia, sehingga benarlah kata orang bahawa Al-Ashmah (perlindungan) dalam Islam itu adalah untuk umatnya, bukan untuk pemimpinnya, yang didasarkan pada sabda Rasulullah saw: "Umatku tidak akan melakukan kesepakatan untuk melakukan kesesatan". Kemudian apabila kita perhatikan sejarah yang dilalui umat Islam ini, mereka tetap tegar dan menjulang, meskipun hatinya menghadapi bermacam serangan. Bangkitlah umat Islam ketika mereka melihat tanda Salib diatas kepala musuhmusuh mereka… Bangkitlah mereka memerangi musuh-musuh Allah dan musuhmusuh mereka dengan segala jalan. Mereka persiapkan jiwa dan darahnya untuk membela agama Allah… mereka ingin segera bertemu Allah dan memasuki surgaNya.. kerana itu Allah memberikan kepada mereka dua kebaikan sekaligus, iaitu kemenangan dan surga… Dan kembalilah (pulanglah) tentera Salib dengan
membawa kerugian setelah berperang selama dua abad… Dan dalam sejarah Perang Salib terdapat kisah kepahlawanan dan kehebatan kaum muslimin yang perlu ditulis dengan tinta emas. Dalam peperangan itu muncullah Asy-Syahid Nuruddin Mahmud bin Zanki AtTurki, kemudian muncul pula Shalahuddin Al-Ayyubi Al-Kurdi dan lain-lainnya. Mereka yang memimpin umat ini menuju kemenangan untuk tetap mengeksiskan universalitas dakwah Islam yang mendunia sehingga "Tidak ad kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa Arab kecuali takwa". Dan penduduk Turkistan (yang sekarang berada di bawah kekuasaan rezim komunis) telah berjuang membebaskan negeri Islam dari pasukan Salib yang pendendam. Meskipun, tidak ada negara lain yang melindungi mereka ketika tentera Rusia membunuh sekitar tiga juta jiwa penduduknya…dan bangsa Barat Kristian yakin bahawa bagaimanapun lemahnya Daulah Islam, mereka tidak akan dapat meraihnya dan menguasai umatnya sehingga terlebih dahulu harus mereka kuasai (rampas) akidah dan pemikirannya… Tahap berikutnya ialah istisyraq (Orientalisme) dan tabsyir (Missionarisme). Kedua :Orientalisme Perang Salib telah membuahkan idea-idea baru bagi mereka yang terkenal dengan istilah istisyraq atau orientalisme, kerana sebahagian bangsa Arab yang didorong oleh fanatisme Salibiyahnya telah menulis tentang Islam. Dan sudah tentu, kerana fanatisme Salibiyahnya maka penulisan mereka tidak didasari kejujuran ilmiah. Mereka sengaja hendak merosak dan memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut, antara lain: Melontarkan keraguan dengan mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan Nabi Muhammad saw. Dan kerana kesderhanaan serta keimanan para sahabatnya sehingga mendorong mereka untuk menukilkannya dan mengatakannya dari sisi Allah. Mengaburkan sumber-sumber hukum Islam antara lain sumber-sumber Ilahiah (Al-Quran dan Sunnah) dengan ijtuhad. Mereka menganggap bahawa semua itu ciptaan manusia, lalu mereka samakan sahaja kedudukkannya. Menyerukan kepada tasawuf yang sekiranya dapat memalingkan pelakunya dari melakukan jihad. Padahal semangat jihad inilah yang membangkitkan mereka menghadapi pasukan Salib.(Vide: Ash-Shufiyyah Fil Islam karya orientalis Nilcoson, halaman 78). Kegiatan orientalis ini bermula di Spanyol (Andalus) pada tahun ke tujuh Hijriyah ketika sedang berlakunya peperangan antara pasukan Salib dengan kaum muslimin. Maka Alfonso, Raja Kastilia, memanggil Michael Schot untuk membahas ilmu-ilmu kaum muslimin dan peradaban mereka. Lalu Schot mengumpulkan pendeta-pendeta di daerah yang berdekatan dengan kota Toli-Toli dan mereka terjemahkan beberapa buku berbahasa Arab ke dalam bahasa Perancis. Kemudian Schot menyerahkannya kepada Raja Sicilia yang telah memerintahkan
pembuatan naskah tersebut dan mengirimkannya ke Universiti Paris sebagai hadiah. Dan Uskup Agung Toli-Toli, Reymond Lul, melakukan penerjemahan dengan tekun. Setelah itu maka orang-orang Eropah aktif melakukan penerjemahan berbagai cabang ilmu pengetahuan, seperti ilmu ketuhanan, ilmu kedoktiran, ilmu pasti, ilmu falak dan lain-lainnya. Dan setelah ada pencetakkan, maka didirikanlah beberapa pencetakkan dan penerbitan berbahasa Arab di Eropah untuk mencetak buku-buku yang dipelajari di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi di Eropah. Aktifitas orientalis tidak terpisah dari kegiatan missionaris, kerana kepentingan mereka saling menopang . Maka kekalahan tentera Salib dalam beberapa peperangan secara berturut-turut mendorong merekauntuk menambah pengetahuan tentang kebudayaan dan peradaban Islam. Dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengubah Perang Salib ini dari perang bersenjata menjadi perang pemikiran (ghazwul fikri). Keputusan mereka ini diilhami oleh wasiat Saint Louis Raja Perancis dan pemimpin Perang Salib VIII yang mengalami kekalahan. Dan Louis sendiri kemudian menjadi tawanan tentera Mesir di kota AlManshuriah . Untuk membebaskan dirinya, Louis membayar tebusan yang sangat besar . Dan setelah pulang ke Perancis, dia yakin bahawa tidak ada jalan untuk mengalahkan kaum muslimin dengan menggunakan kekuatan senjata, kerana keteguhan mereka berpegang padaIslam mendorong mereka untuk berjuang dan mengorbankan jiwa raganya demi membela Islam, Allah dan melindungi wilayah kekuasaan Islam beserta kehormatanya.Kerana itu harus ditempuh jalan lain, iaitu memalingkan ideologi Islam dan kaum muslimin melalui GHAZWUL FIKRI (Invasi pemikiran/intelektual). Untuk itu para ilmuwan dan cendiakawan Eropa mengadakan pengkajian terhadap peradaban Islam.Tujuan mereka agar mereka boleh memperolehi senjata baru yang dapat dipergunakan untuk melakukan perang intelektual. Demikianlah, medan peperangan itu telah berpindah tempat,. Dari peperangan bersenjata menjadi peperangan dalam lapangan akidah dan ideologi. Tentunya, sasaran utama yang hendak mereka capai ialah merosak akiah islamiah yang sentiasa menghasut kaum muslimin untuk berjuang dan mati syahid.Dalam rangka melakasanakan pesan Saint Louis, iaitu untuk merosak akidah dan menghisap kekuatan, keimanan, dan semangat jihad kaum muslimin, orangorang eropa berusha memisahkan antara akidah dan syariah dan memberikan gambaran kepada dunia bahawa Islam itu adalah agama ritualistik (yang hanya mementingkan ibadah) dalam erti sebagaimana halnya agama Kristian. Begitulah yang mereka lakukan sehingga mereka berhasil pula memisahkan agama dari pemerintahan (sekularisme).Maka orang-orang Islam kehilangan rahsia besar yang tersimpan dalam ketegaran akidah dan mutiara agamanya. (Al-Islam fi Wajhit Taqhrib Al-Muhaththath Al-Istisyraq wat Tabsyir, karya ustaz Anwar Jundi, halaman 7-8. Dan banyak orang yang berependapat bahawa orientalis itu lahir dari imperialisme dan missionarisme. Imperialisme memandang bahawa pemahaman
islam secara benar akan memberikan kekuatan kepada masyarakat Islam sehingga dapat menangkal kesewenangan imperalisme. Maka bekerjalah para orientalis untuk merosak akidah Islam. Mereka mencampuradukkan idea-idea dan pemikiran yang benar dengan yang salah dari negara-negara yang menang dan yang dikalahkan yang mereka sebut dengan, peradaban, kedunian atau penyatuan kebudayaan dan pemikiran manusia. Adapun tabsyiriyah (missionaris) bertujuan menghentikan perluasaan dan pengembangan Islam agar tidak menyaingi Kristian dinegara-negara yang menjadi sasaran pengkrstianan yang mereka lakukan. Yang dianggap sebagai bahaya paling besar menurut pandangan kaum messionaris ialah bilamana pemahaman Islam secara benar masuk kedunia Barat. Dan yang perlu diingat, ketika kaum muslimin menaklukkan kota Konstantinopel- ibu kota Romawi Timur tempat markaz (pusat) kepastoran gereja gereja Timur -para pemimpin gereja merasa ketakutan. Mereka pun lantas membuat kebohongan dan menjelek-jelekkan Islam dan hukum Islam yang adil. Penyebab yang mendorong mereka melakukan hal ini adalah kerana kebanyakkan dari kalangan rakyatnya yang hendak memeluk Islam terlalu ramai. Mereka menghalangi rakyatnya agar tidak memeluk Islam yang memperkenankan poligami dan penceraian. Lalu datanglah kaum Zionis dilapangan istisyraq (orientalisme ). Kaum Zionis mencuba kaum Muslimin agar tidak bersatu padu dalam menghadapi gerakan Yahudi Internasional dan negara Yahudi yang zalim (Israel ).Para orientalis aktif bekerja disektor ini. Perkembangan Orientalisme Pada permulaan abad ke 13 hijrah (akhir abad ke !8 Masihi) kaum orientalis sengaja mengubah metode dan strategi. Mereka menggunakan metode baru yang dianggap mampu membebaskan orientalis dari tujuan missionarisme. Mereka mengarahkan program hanya untuk pengkajian ilmiah semata mata. Maka didirikanlah pengajian pengajian perguruan tinggi untuk mempelajari bahasa bahasa Timur di ibukota negara-negara Eropah, seperti London, Paris, Leiden, Berlin dan sebagainya.Dan disana diadakan jurusan khusus untuk mempelajari bahasa Arab dan bahasa-bahasa negeri Islam yang lain, seperti bahasa Parsi, Turki, Urdu dan lain-lain. Tujuannya ialah untuk membekali pemerintah imperialis dengan wartawan-wartawan yang piawai dan tahu selokbelok dunia Islam. Maka banyaklah mahasiswa muslim yang tertarik untuk kuliah disana. Dan sudah tentu pemikiran-pemikiran tentang Islam yang dikuliahkan disana mempengaruhi mahasiswa muslim tersebut.Selanjutnya para orientalis berusaha mengembangkan program mereka untuk mendirikan perguruan tinggi dinegara-negara Islam bahkan memdirikan lembaga-lembaga ilmiah disana, seperti di Cairo, Damaskus, dan Baghdad. Di Barat didirikan pula organisasi keagamaan, politik dan ekonomi yang sekiranya dapat dipergunakan oleh pihak penguasa pada masa sebelumnya untuk membekali para orientalis. Negara-negara imperialis juga mendirikan beberapa organisasi di negara-negara Islam yang telah dikuasainya.semua itu demi kepentingan orientalisme itu sendiri
juga misi katholik dan protestan.misalnya, di Mesir terdapat Lembaga Ketimuran di Dair Dominikam, Lembaga Perancis, Nadwah Al-Kitab, Darus Salam, dan Universiti Amerika. Di Libnon terdapat Universiti Santo Yusuf (perguruan Tinggi Kepastoran Katholik yang sekaran dikenali dengan sebutan Al-Jami’ah AlYusu’iyyah) dan Universiti Amerika di Beirut (yang dulu diberi nama Al-Kulliyah As-Suriyyah Al-Injiliziyyah - milik Protestan).dan di Syiria terdapat sekolah AlLayik, Al-Farir, Darus Salam dan sebagainya. Demikian pula di negara-negara Islam lainnya. Tujuan Orientalisme. Pertama: Mengahalangi bangsa-bangsa kritian agar tidak memeluk Islam. Untuk itu kaum orientalis berusaha memburuk-burukkan Islam dan menutup segala kebaikannya untuk membodohkan kaumnya dengan mengatakan bahawa Islam itu tidak layak dijadikan aturan hidup.Ini adalah merupakan usaha paling merbahaya yang dilakukan oleh para orientalis dan missionaris. Hal ini berlaku setelah pasukan Salib pulang ke Eropah dengan membawa gambaran yang jelas mengenai cara pergaulan dan toleransi kaum muslimin tehadap mereka. Kerana itu tokoh gereja berusaha menghalang orang-orang yang hendak menyampaikan kesan mereka tentang kebaikan dan keindahan Islam, dan mereka berusaha menerjemahkan Al-Quran dengan merosak arti dan pengertiannya. Kaum orientalis berusaha menimbulkan kebencian bangsa Eropah terhadap Islam setelah bangsa Turki Usmani mengalami perkembangan yang baik selama beberapa abad. Mereka tanamkan perasaan benci dan dendam kepada bangsabangsa Eropah. Mereka menghasut dengan subhat-subhat dan kebatilan yang dapat menghalangi Islam dari bangsa Eropah. Mreka berusaha sekuat mungkin agar Islam tidak dapat dilaksanakan. Kedua: Membantu imperialisme dan kolonialisme terhadap negara-negara Islam dan berusaha menghancurkan kekuatan Islam dengan menyalah ertikan makna jihad. Mereka berusaha memalingkan pandangan kaum muslimin agar tidak berjihad dijalan Allah dan menganjurkan agar pasukan Islam menyibukkan diri dengan melakukan ibadah mahdhoh dan berzuhud (pantang keduniaan) yang mereka namakan" jihad akhbar " (jihad paling besar). Kemudian memecahbelahkan persatuan umat Islam mencabik-cabik Daulah Islamiah. Menjauhkan syariat Islam agar tidak diamalkan dikalangan masyarakat Islam dan menggantukan Islam dengan berbagai-bagai sistem perundangan, ekonomi, politik, dan pendidikan. Ketiga: Memisahkan kaum muslimin dari dasar-dasar ajaran Islam dan mengacaukan ajaran tersebut serta menjauhkannya dari sumber-sumbernya. Merobohkan pilar-pilarnya yang asasi agar tidak lagi dijadikan tiang penyangga bagi kehidupan muslim, baik dalam kehidupan peribadi mahupun kolektif. Sehingga, Islam itu hilang dari jiwa dan akal mereka. Hal ini dimaksudkan agar kaum muslimin menyerah dan menerima kebudayaan dan pemikiran kaum imperialis. Disamping iu dilemahkan pula akidah mereka supaya mahu menerima misi kristian yang mereka lakukan serta mengikuti agama mereka atau menjadi
murtad. (Al-Islam Fi Wajhit Taghrib:370-371). Kesimpulannya, kaum orientalis adalah pasukan terdepan yang membuka jalan bagi missionaris untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin terhadap akidah Islam. Mereka berupaya merentas jalan bagi misi kristian untuk mencela agama Islam dan Nabinya saw. Sudah tentu dengan berbagai cara sulapan ilmiah yang mereka istilahkan dengan pengkajian dan istinjaj tahlili (inference analysis). Murid-murid Orientalis Bahaya yang ditimbulkan oleh kaum orientalis semakin jelas, baik dalam bidang pendidikan, kebudayaan, ataupun pemikiran. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari penyokong dan pengikut yang dapat membantu mereka menyebarkan kebohongan tentang Islam dan memerangi akidah, akhlak, dan hukum-hukum Islam sesuai dengan yang mereka inginkan. Thaha Husein adalah termasuk kelompok pertama orang yang mengagumi dan menjunjung tinggi metode kaum orientalis. Dia mengibarkan bendera untuk membela hawa nafsu kaum orientalis. Dia sering mengatakan , "kenyataan yang ada dalam sejarah kaum muslimin atau pemikiran mereka tidak disukai oleh kaum orientalis. Metode berfikir mereka ketinggalan zaman.. begitulah Thaha Husein yang latah kepada kaum orientalis. Bahkan sebahagian orang mengatakan bahawa Thaha Husein adalah seorang orientalis yang berbangsa Arab tulen. Keyakinan Thaha Husein terhadap pemikiran Barat dan orientalis melebihi keyakinan kaum orientalis itu sendiri.Begitulah dia mengikuti mereka dan merasa sangat puas hati terhadap apa yang mereka katakan, sehinggakan dalam masaalah-masaalah yang membahayakan sekalipun. Seperti pendapat mereka tentang kemanusiaan Rasulullah dan Al-Quran. Dan bukunya yang berjudul" FisySyi’ril Jahili " jelas diilhami oleh pemikiran orientalis itu, meskipun dia tidak menyatakan secara terang-terangan. Yang lebih menghairankan lagi ialah kesungguhan Thaha Husein untuk menjadikan kaum muslimin hidup di bawah kibaran bendera Barat. Dia mengendalikan kaum muslimin meleleh didalam perapian bangsa-bangsa tersebut yang tak lain adalah bangsa-bangsa yang beragama Nasranidan bangsa Yahudi. Dia beranggapan bahawa bangsa Arab dan kaum muslimin tidak mungkin dapat bangkit dan maju melainkan melainkan dengan meleburkan diri ke dalam bejana bangsa-bangsa bukan Islam itu. Hal ini telah dikemukakan secara terus terang dalam beberapa buah buku, khususnya buku" Mustaqbalatus Tsaqafah Fi Mishr " (Mas depan kebudayaan di Mesir). Dia menganggap bangsa Arab sebagai bangsa penjajah seperti Rumawi dan Parsi. Nampak sekali antusiasme. Misalnya, dalam mukadimah buku " Rasailu Ikhwanish Shafa" usahanya untuk mempengaruhi cetakan buku "Alfu Lailah Wa Lailah" dan kesungguhannya mempelajari perjalanan penyair-penyair gila dalam bukunya "Haditsul Arbia" yang mengandungi tiga jilid. Dan dalam mengkaji perjalanan mereka itu, dia sempat melontarkan keraguan yang mengandungi racun melalui kata-katanya: "Sesungguhnya abad kedua hijriyah adalah abad
yang penuh keraguan dan kegilaan."dalam pembahasan-penbahasannya ini dia merujuk pada referensi guru-gurunya, iaitu para orientalis Yahudi. Disamping itu, dia pun merujuk juga pada buku "Ansabul Asyrof " yang dicetak di perguruan Tinggi Ibrani di Al-Quds - yang telah dijuluki Israel. Dia juga mengikuti para orientalis Yahudi dalam mengingkari dan meragukan eksistensi Ibrahim dan Ismail. Bahkan dia menyatakan secara terus terang tentang keraguannya terhadap wujud (adanya) Ibrahim dan Ismail meskipun telah disebutkan dalam Taurat dan Al-Quran. Bekas-bekas Orientalis. 1. Dengan segala syubhat dan seruannya yang beracun, para orientalis telah berhasil mengubah cara pemikiran masyarakat Islam pada zaman modern ini. Mereka telah mengeluarkan bermacam-macam syubhat (kesamaran). Mereka mengeluarkan seruan dan kemudian dengan begitu sahaja ditulis dalam bahasa Arab oleh para penulis dan pemikir yang suka meniru-niru mereka dalam mengumandangkan westernisasi dan faham kebangsaan yang sempit. Hal ini sangat jelas dengan adanya seruan untuk itu yang mulai dikumandangkan oleh Walcok dan Welmourdan lain-lainnya. Seruan itu kemudian diikuti oleh Salamah Musa dan Ahmad Luthfi As-Sayyid. Kemudian dalam menyerukan faham kedaerahan atau kesukuan sempit seperti Finiqiyah dan Fir’auniyah, Fambry dan Kromer-lah yang memulainya . Dan lantas diikuti oleh Thaha Husien, Luthfi Sayyid dan lain-lainnya . 2. Para orientalis bekerja keras merendahkan dan menyeret nash-nash ajaran Islam kepada pemikiran dan hawa nafsu mereka.Dan banyak sekali nash yang mereka ubah sesuai dengan keinginan mereka. Bila tidak dapat memalingkannya, maka diertikan dengan erti yang sangat buruk. 3. Mereka pilih rujukan-rujukan yang sesuai dengan selera mereka,lalu mereka mencapurrkansejarah dan sumber-sumber hukum Islam.Mereka baca buku-buku sastera lalumereka masukkan dalam sejarah hadits Nabawi. Mereka pelajari sejarah yang sesuai dengan hawa nafsu mereka lalu mereka masukkan dalam sejarah fiqh Islam.Merka benarkan apa yang dinukilkan oleh Dumairi dalam bukunya Al-Hayawan dan mereka dustakan apa yang diriwayatkan Imam Malik dalam kitab beliau Al-Miwaththa. 4 . Mereka kumpulkan syubhat-syubhat yang bermacam-macam lalu mereka kemas dalam bentuk yang bagus. Misalnya seperti yang dilakukan orientalis Jerman Wlihem Haur Nabach ( Guru besar Universiti Bon)yang menghimpun potongan-potongan dari kitab Al- Ishobah karya Al Hafizh Ibnu Hajar. Kemudian diterbitkannya dengan judul Ar-Riddah dan dikatakannya sebagai karya Ibnu Hajar yang disusun oleh Abu Zaid Ibnu Furat seorang Persi ( wafat tahun 237 Hijriyyah). Kitab ini (yang asli) telah hilang, lalu Ibnu Hajar menulis lagi sebahagian isinya dalam beberapa tempat. Yang dilakukan oleh Wilhem hanyalah menghimpun potongan-potongan riwayat orang-orang yang murtad dari Islam. Dan tidaklah orang melakukan hal seperti ini kecuali kerana mengikuti hawa nafsu, meskipun hal ini tidak sesuai dengan kajian ilmiah yang sihat. Serupa dengan diatas, apa yang dikemukakan oleh para orientalis bahawa
bangsa Arab sebelum zaman kenabian telah mengalami kemajuan, dan periodeNabi s.a.w sama sekali tidak menambah kemajuan mereka.Padahal sebenarnya bangsa Arabpada zaman jahiliyyah hidup dalam perpecahan dan permusuhan.Islamlah yang menyatukan mereka dalam kesatuan dan mendorong mereka untuk memperoleh kemajuan dan kelapangan: " Walaupun engkau belanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat mempersatukan hati mereka’ akan tetapi Allahlah yang telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfal:63) " Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (pada masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah menjinakkan hatimu, lantas jadilah kamu bersaudara kerana nikmatnya, padahal kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya." (Ali Imran:103) 5 . Mereka menyanjung-nyanjung serta memuji kelompok Qaramithah (kelompok ekstrim Syi’ah) sebagai pencari keadilan dan kedamaian. Padahal, mereka tidak dapat membuktikannya bahawa kaum Qaramithah itu sebagai penyeru kebenaranketika mereka memegang kendali kekuasaan pada abad keempat hijriyah. Bahkan, nampak kebatilan dan kepalsuan mereka,dan nampak pula hakikat mereka sebagai produk Yahudi yang hendak menghancurkan Daulah Islamiah dengan berpadu bersama musuh-musuh kaum muslimin. 6 . Mereka berusaha menghidupkan warisan spiritual Majusi dan aliran kebatilan Ghunusa klasik (yang mencampur adukkan falsafah dengan agama) dengan maksud untuk merosak akar pemikiran Islam. Hal ini amat jelas menampakkan langkah mereka untuk menghidupkan semua kebiasaan beracun ini, khususnya yang berhubungan dengan penyelewengan akidah dan berkebolehan melakukan segala sesuatu demi untuk mencapai tujuan ibahiyyah. Atau yang berhubung dengan wihdatul-wujud, hulul dan ittihad serta yang berhubungan dengan perilaku kegilaan, seperti syair-syair Basyar bin Barad, Abu Nawas, kitab-kitab Al-Hallaj dan Ibnu Arabi, Ibnu Sab;in, dan kelompok-kelompok ekstrim dari kalangan Syi’ah Rafidhah, Ismailiyah dan Fathimiyah. 7 . Tak diragukan lagi bahawa bekas-bekas dan pengaruh orientalisme yang paling membahayakan ialah menjadikan buku-buku pada pembahasan kaum orientalis sebagai rujukan yang asasi dalam bidang sejarah, bahasa, fiqh, akidah dan sebagainya . Khususnya, diUniversiti dan Perguruan Tinggi-Perguruan Tinggi Barat seperti Eropa danAmerika. Padahal banyak putera Islam yang dihantar untuk belajar disana dibawah asuhan dan bimbingan kaum orientalis dan guru besar-guru besar Yahudi dan Nasrani yang fanatik. Kalau mereka kembali kenegara masing-masing dan menyebarkan ajaran-ajaran beracun yang mereka terima dari sana. Mereka menamakan semua itu sebagai pembaharuan dan kebebasan ilmiah. Mereka menyebarkan luaskan ensiklopedia dan kamus-kamus untuk dijadikan rujukan bagi yang memerlukannya. Dan mereka penuhi ensiklopedia dan kamuskamus itu dengan racun dan syubhat, misalnya:
Dairat Al-Ma’arif Al-Islamiah. Al-Munjid Fi Al-Lughah wa Al-‘ulum wa Al-Adab. Al-Mausu at Al-Arabiyyah Al-Muyassarah. Kerana itu orang yang menggunakan buku-buku tersebut sebagai referensi hendakklah waspada dan berhati-hati kerana didalamnya banyak terdapat kesalahan,kepalsuan dan penyimpangan, sebab jiwa penyusunnya penuh berisi dendam terhadaap Islam. Beberapa Contoh Kajian Orientalis 1.Yoseph Shoct meniru gurunya Goldzhiher (keduanya orientalis Yahudi) dalam mempersendakan syariat Islam. Dia mendakwakan bahawa syariat Islam itu tidak berbeza dengan tradisi jahilyyah. Ini jelas merupakan dakwaan batil yang telah mempngaruhi banyak penulis lain. Dan diantara kebohongan dan kesesatan Schot lagi ialah anggapannya bahawa pemikiran bangsa Yunani libih utama dan lebih maju daripada pemikiran Islam. Padahal para sarjana Barat sendiri seperti Sidio, Dwamber, dan Sarton telah mengakui bahawa Islamlah yang telah memasukkan metode eksperimentel ke dunia Barat. Dan peradaban dunia moden adalah peradaban kaum muslimin yang berpijak pada metode yang merepukan asas peradaban Islam ini. 2.Bertlaw tidak mengku buku-buku kimia berbahasa Latin yang mencantumkan nama Jabir bin Hayyan tiu sebagai kitab yang asalnya berbahasa Arab yang ditulis oleh seorang ilmuwan muslim.Oenyababnya hanya kerana kitab aslinya yang berbahasa Arab telah hilang. Tetapi banyak ilmuwan yang menyangkal pendapar Bertlaw ini, bahkan menuduhnya tidak mengerti dan mengadaada. Sarton mengatakan,"Siapa saja yang mengerti bahasa Arabmaka nampak jelaslah baginya bahawa buku-buku berbahasa Latin ini adalah terjemahan dari buku-buku berbahasa Arab, sebab uslub bahasa Arab nampak jelas dalam terjemahan berbahasa Latin itu, baik karangan Jabir maupun lainnya ". 3.Sadrasky mengatakan bahawa cerita- cerita atau sejarah dan beritaberita yang dikemukan dalam Al-Quran atau kitab tafsir itu mengacu oada karya-karya Yahudi, Taurat dan Injil. Basyar Faris telah menyangkal penfapat ini dengan mengatakan,"Sesungguhnya antara nash-nash ajaran Islam ( kitab suci Islam ) dengan Yahudi dan Nasrani terdapat jarak yang jauh, meskipun ada sebahagian yang sesuai atau hampir sepadan…. " 4.Nalino berusaha mengingkari kenyataan bahawa suku Quraisy sebagai suku bangsa yang paling fasih bahasa Arabnya. Dalam hal ini dia melakukan banyak sekali kesalahan yang memang disengaja untuk menimbul keraguan dalam masaalah ini. Dan dia mengatakan diutamakanya suku Quraisy kerana mereka mencintai Rasulullah saw. 5.Luis Cecho mengatakan bahawa sebahagian besar penyair jahiliyyah dari nara sumberIslam adalah orang-orang Nasrani, kerana orang-orang Ghasaniyah adalah beragama Nasrani. Pendapat ini sudah tentu akan ditolak oleh orang-orang yang mengetahui sejarah bangsa Arab pafa zaman jahiliyyah, sebab diantara bangsa Ghasasanah
(Ghasaniyah ) ada yang menyembah berhala, ada yang beragama Yahudi, dan ada pula satu kelompok dari mereka yang beragama Nasrani. Dan diantara penyair yang dianggapnya beragama Nasrani itu ialah : Al- Akhnas bin Syihab, Umruul Qais, Umiyah bin Abi Shilt, dan Sumual. Demikian yang dilakukankaun orietalis dalam usahanya menciptakan kesamaran dan kekaburan terhadp Al-Quran Al-Karim dan bahasanya, Al-hadis Asy-Syaruf, dan tasyri` Islami yang kiranya tidak mencukupi tempat ini untuk mengemukan contoh contohnya.(Vude:"Difa `An Al-Aqidah wa Asy-Syariah " .karya Syeikh muhammad Al Ghazali, dan" Al-Islam Fi Wajhi At-taghrib "karya Ustaz Anwar AlJundi). Para Orientalis Yang Jujur Tak disangkal lagi bahawa diantara orientalis itu ada pula yang bersikap moderat dan jujur, tentunya dengan tingkat kejujuran yang berbeza-beza. Diantaranya ada yang keliru dan ada yang benar,dan ada pula yang masuk Islam setelah mengadakan pengkajian yang mendalam dan objektif. Renan misalnya, setelah melakukan pengkajian tentang Al-Masih as, dia menetepkan bahawa Al-masih bukan Tuhan dan bukan pula anak Tuhan.Beliau hanya seorang manusia biasa yang mempunyai keistimewaan dibanding dengan makhluk lain serta memiliki jiwa (roh) yang mulia. Selain itu dia juga mengatakan bahawa buku berbahasa Arab yang membahas sejarah Nabi Muhammad saw,seperti Sirah Ibnu Hisyam,adalah buku tarikh yang sangat bagus yang melebihi Injil yang beredar dikalangan kaum Nasrani sekarang. Diantaranya lagi ialah Thomes Karlyle yang memasukkan Nabi Muhammad saw dalam kelompok pahlawan dan dia telah menyediakan halaman yang khusus dalam bukunya Al-Abthal (pahlawan-pahlawan). Dalam buku tersebut dia mengatakan, "adalah suatu perbuatan yang tercela bila ada orang berperadaban masa kini yang memperdengarkan dan memerhatikan bualan-bualan orang yang dan mengatakan: "sesungguhnya Islam itu adalah kebohongan dan bahawa Muhammad itu tidak berpegang pada kebenaran". Risalah yang diserukan oleh Nabi (Muhammad saw) ini telah menyinari berjuta-juta manusia selama empat belas abad. Dan adalah risalah yang dibawanya itu semuanya benar, bersumberkan dari zat yang Maha Mengetahui lagi Maha Ghaib. Dan risalah ini menjadi pelita yang menyinari seluruh pelusuk dunia. Itu adalah perintah Allah, dan itu adalah kurnian Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya." Dan diantaranya lagi ialah Tolstoi, penulis Rusia yang kenamaan. Ketika dia mengetahui perlakuan aniya terhadap Islam dan RasulNya, dia mengemukakan kekaguman terhadap Islam. Dia juga membicarakan Al-Masih, dan ia ingkari kepercayaan orang yang menganggap Al-Masih sebagai tuhan. Bahkan dia menyimpulkan bahawa Paulus tidak tahu ajaran Al-Masih, malahan dialah yang menghancurkanya, dan gereja sendiri menambah-nambah ajaran Al-Masih dalam bidang akidah dengan memejamkan mata. Dia (Tolstoi) mengatakan,
"sesungguhnya orang-orang Islam, Yahudi, Nasrani mengakui adanya wahyu ilahi. Orang-Orang Islam mengakui kenabian Musa dan Isa, tetapi mereka juga mempunyai Musa dan Isa yang telah diubah dan dikacauakan. Mereka juga beri’tikad bahawa Muhammad adalah penutup para nabi, dan beliu juga telah menjelaskan dalam Al-Quran ajaran-ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa sebagaimana adanya tanpa ditambahi atau dikurangi." Selanjutnya Tolstoi juga melakukan studi tentang hadis Rasulullah saw. Dalam hal ini ia mengatakan, "Tidak disangsikan lagi bahawa Nabi Muhammad ini termasuk pembesar juru damai dan kebajikan yang memperhatikan tata kehidupan sosial dengan perhatian yang besar. Sungguh membanggakan, bahawa beliau telah menunjukkan kepada umatnya cahaya kebenaran dan menjadikannya mereka cinta perdamaian, menjauhi pertumpahan darah dan suka berkorban. Dan yang membanggakan lagi ialah bahawa beliau telah membuka jalan kemajuan. Ini merupakan karya besar yang tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang tegas, bijak dan berpengertian. Orang seperti ini patut mendapat kepujian dan kehormatan",(At-Tabsyir wal Istisyraq Ahqad wa Hamlat, karya Muhammad ‘Azzat Ismail At-Thabrani, halaman 59-62) Kemudian diantara mereka yang memeluk Islam setelah melakukan pengkajian yang seksama tentang islam ialah Lord Hedly, Aten Dinech, penyair Jerman Gothe, dan DR Gerinech seorang anggota parlemen Prancis. Ketika ditanya mengapa dia masuk Islam, dia menjawab, "saya telah melakukan studi terhadap semua ayat Al-Quran yang berhubung dengan ilmu kedoktoran, ilmu kesihatan dan ilmu alam dan yang berhubung dengan pelajaran saya waktu kecil serta pengetahuan baru yang saya peroleh. Setelah saya kaji ayat-ayat tersebut ternyata sangat sesuai dengan pengetahuan moden. Kerana itu saya masuk Islam kerana saya yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah membawa kebenaran sejak sebelum seribu tahun yang lalu, dan sebelum ada seorang manusia pun yang mengajari beliau. Seandainya seluruh pakar ilmu pengetahuan mahu membandingkan ayat-ayat Al-Quran denganilmu pengetahuan sekarang sebagaimana yang saya lakukan, nescaya dia akan masuk islam, jika mereka berfikiran secara objektif tentunya"(Ibid, halaman 67, dan Uruba wal Islam, karya DR Abdul Halim Mahmud). Maha Benar Allah yang telah berfirman: "Akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar." (Fushilat: 53). Ketiga : Missionarisme Musuh-musuh Islam merasa yakin bahawa tidak ada jalan untuk memurtadkan kaum muslimin selama akidah Islam masih hidup dalam hati mereka. Kerana itu usaha Kristenisasi melalui Perang Salib mengalami kegagalan. Demikianlah yang dikemukakan dalam buku Ringkasan Sejarah Missionarisme karya Edwin Balls (yang disalin kedalam bahasa Arab oleh Muhibbuddin Al-
Khathib dan Sa`id Al-Baqi dengan judul Al- Ghaarah `Ala Al-Alam Al-islami. Misisonaris Pendeta Zwemer pernah mengatakan bahawa Jazirah Arab yang merupakan hamparan Islam itu tetap membahayakan bagi agama Kristian. Dan untuk melengkapi perkataan Zwemer ini, Willliam Geford Bilkraf mengatakan, "Bila Al-Quran dan kota Makkah itu sudah tertutup dari negara- negara Arab, maka pada saat itu kita dapat melihat bangsa-bangsa Arab maju dalam peradaban yang tidak dijauhi kecuali oleh Muhammad dan kitabnya." Dalam meyerukan Missionaris (Kristenisasi ) terhadap kaum Muslimin, mereka telah menempuh beberapa cara, antara lain : 1 . Membuka sekolah-sekolah (perguruan tinggi) diseluruh penjuru dunia Islam sampai ke ibukota Khilafah Islamiah sendiri. Dan sekolah-sekolah itu hendak mempengaruhi secara kangsung terhadap anak-anak dan remaja Islam, namun hasilnya sangat terbatas dan tidak dapat menghapuskan akidah mereka secara total. Kerana itu mereka cukup menyebarkan benih-benih keraguan dan penyimpangan. Dan diantara pengruh sekolah-sekolah misi ini ialah didirikannya Universiti Amerika diMesir dan Universiti Amerika diBeirut yang tidak diingkari misinya oleh tokoh-tokoh Barat sendiri. Sejalan dengan itu, dilakukan pula westernisasi pendidikan atau sekularisasi. Hal itu seperti yang dilakukan Inggeris diMesir dan India. Masaalah ini akan kami bicarakan -insyaallah - dalam membahas wasilah (sistematik) missionarisme moden. 2. Diantara hal yang sangat membahayakan ialah penberia tugas belajar (bea siswa ) ke negara-negara Barat Kristian. Salah satu contoh pengaruh yang timbul akibat belajar di negara-negara Kristian tersebut ialah sebagaimana yang terjadi pada diri Rifa`ah Ath-Thanawi. Dia telah bermukim diParis sejak tahun 1242 Hijrah (1826 masihi ) hingga tahun 1247 hijrah (1831 Masihi). Setelah dia pulang ternyata cara pemikiran dan pandangannya telah jauh berubah dan pertimbangan-pertimbangannya telah rosak. Dia pernah memperkatakan tentang masaalah tarian yang dilihatnya di Paris. Acara tersebut dipandangnya sebagai cara berseronok bagi remaja, dan bukan dianggap sebagai suatu kefasikkan. Padahal dalam tarian mereka harus bersenuhan kulit (berpelukkandan berciuman). Rasulullahsaw telah bersabda: "Tiap-tiap angota anak adam mempunyai andil dalam perzinaan. Kedua mata punya andil dalam berzina dan andilnya ialah memandang (kepada lain jenis, gambar porna, tulisan-tulisan yang merangsangkan dan sebagainya). Kedua tanganya dapat berzina, dan zinanya ialah mengamuknya (memegang, meramas, menyentuh dan sebagainya). Kedua kakinya punya (punya andil dalam) berzina, dan zinanya ialah berjalan. Mulutnya pun (punya andil untuk berzina) dan zinanya itu ialah mengucup sedangkan hati mengiginkannya dan mengagan- angankan, dan kelaminnya itu membenarkannya (mempraktikkanya) atau mendustakannya (menolaknya). (H.R AHMAD, BUKHARI DAN MUSLIM)
Benarlah sabda Rasullullah saw dan berdustalah Syaikh Ath-Thahthawi. Dia juga mengatakan rasa kebangsaan untuk mengantikan rasa keagmaan. Dalam hal ini dia sangat tertarik kepada cara kehidupan jahiliyah dulu dan berusaha untuk mengembangkanya. Maka dia menyebut mengenai pemerintahan Mesir zaman Fir’aun dan dilupakan keadaan Mesir pada masa pemerintahan Islam. Dia sangat kagum terhadap masaalah kebebasan, tetapi dia tidak memahaminya secara Islam. Padahal Islam telah mendidik pengikutnya untuk bersikap bebas yang merdeka dari penghambaan diri kepada selain Allah, dan hanya beribadah kepada Allah semata-mata. Tetapi sayang, dia memahamikebebasan dengan pahaman cara Barat, iaitu bebas dari ikatan akhlak dan dari Islam itu sendiri. 3 . Selanjutnya dilengkapi sarana dan prasana missionarime, misalnya dengan membuka dilengkapi sarana dan prasana missionarisme, misalnya dengan membuka rumah-rumah sakit dan balai pengobatan. Banyak orientalis yang mengakui dalam kongres dan tulisan-tulisan mereka bahawa metode ini lebih efektif daripada dengan mengirimkan pendeta-pendeta. 4.Mengadakan seminar-seminar, diskusi, kongres, menyebarkan buku-buku, majalahmajalah, surat khabar, brosur-brosur, dan sebagainya (seperti komik atau cerita bergambar). Konferensi missionarisme. Konferensi Missionarisme telah diselenggarakan berkali-kali, antara lain: 1 . konferensi Cairo pada tahun 1324 Hijriyah (1924 Masihi) 2 . Konferensi Bidenburg pada tahun 1328 Hijriyah (1910 Masihi) 3 . Konferensi Lucknow, India pada tahun 1329 Hijriyah (1911 Masihi) 4 . Konferensi Al-Quds pada tahun 1343 Hijruyah (1906 Masihi) 5 . Konferensi Al-Quds tahun 1354 Hijriyah (1935 Masihi) 6 . Konferensi Al-Quds tahun 1380 hijriyah (1961 Masihi) Dan hanya sedikit sekali hasil dari konferensi-konferensi itu yang sampai kepada kita. Yang paling terkenal, ialah yang disiarkan oleh majalah Al-‘Alam Al-Islam. Kami tidak mempercayai bahawa apa yang disiarkan itu sama persis dengan apa yang dibicarakan dan dibahas. Disamping itu perlu kami kemukakan beberapa contoh keputusan muktamat (konferensi) yang pertama dan ketiga sesuai dengan informasi yang kami terima. Konferensi Kairo: Diselenggarakan di Rumah Pemimpin Mesir Yang Beragama Islam, Ahmad Arabi. Para peserta muktamar telah menetapkan cara-cara untuk mengkristienkan oarang-orang muslim dalam sebuah buku yanh khusus. Biku tersebut diterbitkan hanya untuk kalangan khusus dari para missionaris. Dan buku itu merupakan makalah dari pendeta Amerika Flaming. Kemudian para panitia muktamar menghadap ke Al-Azhar. Lalu diumumkanlah,
bahawapintu pendidikan dibuka untuk umum, lebih-lebih lagi kerana waqaf AlAzhar yang banyak itu sangat membantu untuk menyelenggarakan pendidikan secara gratis. Dan sekretaris muktamar dalam menghadapi hal ini mengusulkan agar dibentuk lembaga Kristien untuk mengkristienkan pemerintahan Islam. (ada yang mengatakan bahawa pembentukkan Universiti Amerika di Mesir adalah pelaksanaan wasiat tersebut). Maka muktamar pun merumuskan metode pengkristenan dunia Islam untuk masa sekarang ini. Untuk kepentingan ini, Pendeta Zwemer (ketua sidang) dengan bantuan temantemannya menerbitkan sebuah buku dengan judul Al- aalam Al-Islam Al-Yauma (dunia Islam hari ini). Dalam buku ini dia menunjukkan kekukuhan akidah kaum muslimin (dan inilah yang menjadi sasaran utama serangan mereka). Katanya, "Belum ad akidah yang bersendikan tauhid yang melebihi Islam sehingga mampu mendominasikan dua benua, Asia dan Afrika. Dan akidah, syariah serta tradisinya telah menyebar pada dua ratus juta manusia yang dirakit dan dihubungkan menjadi satu dengan bahasa arab." Lalu Pendeta Zwemer mengemukaka beberapa nasihatnya, antara lain: 1 . Wajib menanamkan dalam hati umat Islam bahawa kaum Nasrani itu bukan musuh mereka. 2 . Wajib mengkristienkan kaum muslimin dengan menggunakan orang Islam sendiri dari barisan mereka sendiri. Kerana, suatu pohin itu harus dipotong salah satu dahannya. 3 . Akhirnya dia menggembirakan hati para missionaris agar tidak putus asa, bahawa hati kaum muslimin mempunyai kecenderungan yang sangat terhadap ilmu-ilmu Eropa dan terhadap kebebasan wanita. Konferensi Lucknow, India tahun 1329 Hijriyah (1911 Masehi). Materi yang dibicarakan dalam konferensi ini banyak sekali, dan yang paling membahayakan ialah; 1 . Mengamati Aktifitas Perguruan Tinggi Islam beserta tujuan dan metode yang diterapkannya, lalu mereka masukkan upaya kristenisasi. 2 . Meningkatkan kehidupan wanita Islam. (Perlu diperhatikan bahawa mereka menggunakan kata-kata yang memikat dengan maksud-maksud tersembunyi. Sebab bagaimanapun juga para missionaris Kristian tidak menginginkan wanita Islam mengalami kemajuan. Dan yang lebih membahayakan lagi adalah move yang dilontarkan oleh Zwemer yang mengatakan, bahawa Sultan Abdul Hamid (Khalifah kaum muslimin) yang dipenjarakan di Salanik pernah menyatakan bahawa kaum muslimin yang tunduk dibawah pemerintahan Islam tinggal 27.128 orang. Dan kekuasaan khilafah Islam telah pindah ke tangan bangsa Inggeris, Prancis, Rusia, dan Belanda. Dia juga mengatakan bahawa bilangan kaum muslimin yang berada dibawah kekuasaan negara-negara Kristian dalam waktu yang terdekat akan bertambah banyak.Adapun buti-butir keputusan yang diambil pada waktu itu antara lain:
1. Mendesak diadakan sekolah missi di Mesir. 2 . Memasukkan tenaga wanita untuk melakukan kristenisasi untuk mengkristiankan wanitawanita mislimah dan anak-anak mereka.(Al-Gharah Al-‘Alam Al-Islam: 61-63) Sekarang mereka tidak lagi mengajak kaum muslimin secara terang-terangan untuk memeluk agama Kristian, tetapi mereka berusha menjijik-jijikkan Islam dan melemahakan nilainya. Keempat: Memotong Akar Daulah Islamiah. Disamping melakukan serangan terhadap akal dan hati, dalam usha merosak dan menghancurkan Islam, bangsa-bangsa Barat Kristian juga melakukan serangan bersenjata dan politik. Maka terjadilah kesepakatan antara dua negarapada waktu itu untuk memotong akar daulah Islamiah dan membagi-bagikannya untuk mereka. Pada pertengahan abad kesembilan belas (1857 Masihi/1274 Hijriyah). Inggeris berhasil menguasai India dan berpindahlah pemerintahan dari tangan Serikat India Timur ke tangan Pemerintahan Britinia. Dan dengan demikian, lenyaplah salah satu Daulah Islam yang telah berdiri sejak abad ke-16 (iaitu Daulah Mongolia di India atau Daulah Timuriyah, dinisbahkan kepada pendirinya, Timur Lank). Pada tahun itu pula, tentera Perancis menduduki kawasan padang pasir Islam bahagian barat. Bermula dengan penaklukannya terhadap Al-Jazair pada tahun 1246 Hijriyah (1830 Masihi). Setelah itu, secara beransur-ansur Inggeris menduduki negara-negara Islam yang lainnya. Dan mereka berhasil menduduki Mesir pada tahun 1300 Hijriyah (1882 Masihi). Kemudian setelah Perang Dunia pertama, pada tahun 1338 Hijriyah (1920 Masihi) Perancis menduduki Syiria dan Libnon. Dan beserta kapal-kapal perang yang mereka kirimkan, ada sebuah kapal yang memuatkan wanita-wanita (pelacur). Ketika komandan ditanya mengenai masaalah ini, dia menjawab dengan suatu jawapan seolah-olah dia mengetahui perkara yang samar. Katanya: "Sesungguhnya kapal-kapal itu bekasnya dapat lenyap, sedangkan kapal yang memuatkan pelacur-pelacur itu tidak akan lenyap bekasnya." Dan sebelum itu, tentera Itali yang menyeberang lautan untuk menduduki Libia menyayikan lagulagu Fasis. Dengan penuh dosa, mereka mencaci Al-Quran, Islam serta mengancam bahawa umatnya akan dibinasakan. Diantara nyanyian yang mereka alunkan itu berbunyi: "Wahai ibu sempurnakanlah kebaktianmu dan jangan menagis, tertawa dan bergembiralah, tidakkah engkau tahu bahawa Itali memanggilku, sedangkan aku pergi ke Tarablus dengan gembira ria,
untuk mengorbankan darahku demi menghancurkan umat-uamt yang terkutuk, dan untuk memerangi Islam yang menyuguhkan anak-anak gadis kerana sultan, Aku akan kerahkan segenap kekuatanku untuk menghapuskan Al-Quran". Demikianlah gambaran bagaimana bangsa Barat memerangi daulah Islamiyah. Mencabut dan menghancurkan Khilafah Islamiyah serta membahagi-bahagikan di antara mereka. Kemudian menyerahkannya kepada orang yang sakit hatinya. Setelah itu mereka terus melancarkan kegiatan sebagai merealisasikan keputusan beberapa muktamar. Diantaranya, memisahkan agama dari pemerintahan yang merupakan tema pembahasan kedua ini.