Tahap Nasionalisme

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tahap Nasionalisme as PDF for free.

More details

  • Words: 1,672
  • Pages: 7
3.0 Tahap-Tahap Perkembangan Gerakan Nasionalisme

Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:

Tahap

Tahun

Pendidikan

Agama

1906-1926

Arab

Sosioekonomi

1926-1937

Inggeris

Politik

1937-1941

Melayu

3.1 Agama (1906-1926) Pergerakan

nasionalisme

di

Tanah

Melayu

pada

dasarnya dipengaruhi

oleh

perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan PanIslamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara Turki telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah Melayu dan juga Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama

Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir dan Ahmad al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar “Golongan Muda (Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang tidak mahu menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai golongan yang telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya hinggakan beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu terpaksa meletak jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai kedudukan yang kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan. Dengan menggunakan pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa masuk ke negeri-negeri Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar. Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), alManar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar tersebut terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh perkara mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu pengetahuan baru. Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka yang utama ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.

3.2 Sosioekonomi (1926-1936) Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920an disebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922. Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution di Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) dan Raffles College (1928). Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927. Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka. Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila mereka mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialah Tan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti

dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob. MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan Semenanjung-Borneo (ISB) dalam tahun 1930. Tujuan penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar mereka sedar dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep yang menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini telah diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad Amin. Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Inggeris. Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil langkah-langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang terlibat dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak dapat mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI menjadi lumpuh. Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan awam dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau diberi kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

(KMS). KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan akhirnya dalam tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas bagi orang Melayu. Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu. Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negerinegeri Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah ditubuhkan Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan Kesatuan Melayu Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein bin Mohammad Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri Sembilan oleh Tengku Mohammad Nasir. Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937, perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

3.3 Politik (1937-1941) Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa

pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang. Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan Disember 1940, sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali ialah wakil-wakil dari Sarawak dan Brunei. Telah diputuskan persatuan akan mengadakan kongresnya yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat diadakan disebabkan meletusnya peperangan. Pergerakan KMM telah meluas dan ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu. Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul Rasihd. Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka pada 1940, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam. Mereka ditahan sehingga kedatangan tentera Jepun.

Rujukan:

John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2. R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, William R. Roff, Nasionalisme Melayu, Penterjemahan Ahmad Boestamam, 2003. Penerbit Universiti Malaya. http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm

Related Documents