Surat Cinta

  • Uploaded by: firdaus hafiy
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Cinta as PDF for free.

More details

  • Words: 893
  • Pages: 4
“bagaimana kan kumula , tiadakah kata-kata Yang indah untuk diabadikan Tiap wajah berkisah , Tiap madah bererti , Manakah ilhamku Cahaya dimatamu , Senyum dibibirmu Mengukir seribu tanda pertanyaan Mungkinkah kau jua dalam kerinduan Disaat begini aku merindukan Berhelai-helai surat terbiar didepanku Tak dapat aku utuskan Kuramas semua , Dan kubuangkan jauh dari pandangan Lalu aku kesal ku kumpul semula Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa Jika engkau tahu didalam hatiku Mungkinkah kau sahut jeritan batinku Dengarkanlah, panggilanku.. Dengarkanlah lagu untukmu Angin lalu kau sampaikan , Rasa rindu yang membara kepadanya… Warna-warna cintaku kian pudar bersama malam yang gelap gelita Apakah kau rasakan apa yang aku rasa atau kau tak endah Tapi aku percaya semua telah tertulis Dan niat suciku takkan disiakan Dan disuatu masa dihari yang indah Kuhulur tanganku lalu kau.. terima… Bait-bait lagu ‘Suatu Masa’ nyanyian M.Nasir kedengaran lantang dicorong radio. Hatiku tercuit. Bukan sedih tetapi.. ah! Entah.Aku sendiri sukar mentafsirkan apa sebenarnya gelodak yang sedang menyerang hatiku. Hairan.. kenapa mudah benar wajahmu melintas ruang fikiran tatkala aku sendirian apatah lagi kalau aku sedang melayani lagu-lagu balada tahun 80-90an. Pasti dada ini rasa sempit.Adakah ini angkara syaitan durjana Ya Rabbi? Atau akukah yang terlalu lemah melawan emosi? Ah! Bantu aku Ya Rabb!! Aku bangkit mengangkat wuduk. Aku mahu duduk dekat dengan Sang Maha Pengasih. Aku mahu menangis dihadapannya supaya terhambur segala keperitan yang bermaharajalela dijiwa. Kepekatan sepertiga malam membunuh rasa mengantukku. Walaupun cuaca dingin namun tubuhku terasa berbahang dek kehangatan cinta yang tidak tahu dimana pengawalan dan pengakhirannya.Selesai zikrullah dan duduk berteleku hampir 20minit didada sejadah akhirnya aku bangkit. Aku mahu mencoretkan sesuatu.Hatiku tidak tertanggung resahkannya kalau dipendamkan lama. Aku takut hatiku yang retak semakin parah.Atau yang lebih hebat aku takut ia tidak berfungsi lagi nanti. Aku menuju ke bilik bacaan.Di meja kerja aku meletakkan sekeping kertas putih dan sebatang pen dakwat hitam ditengah-tengahnya.Aku duduk bersandar. Memutar idea untuk ku lakarkan keatas kertas tadi.

◊◊◊ Tarikh : 19 April 2009 @ Ahad Waktu : 03.45am ASSALAMUALAIKUM..wbt Kehadapan insan istimewa Fatimah Najwa.. Diluar sana hujan gerimis tatkala aku menulis warkah ini buatmu.Entah kenapa mata yang sememangnya keletihan tidak mahu dipejamkan malah bertambah segar tatkala aku teringatkan kamu. Maha Suci ALLAH yang menciptakan kamu sebarang wanita yang sungguh indah akhlaknya bagiku. Dan kerana keindahan itulah aku jatuh cinta. Aku tahu salah bagiku mengirimkan surat cinta ini. Malah, aku juga sedar akan dosa kerana tanpa segan menitipkan rasa hatiku buatmu. Tapi ketahuilah… sesungguhnya amat derita untukku menyimpan segalanya sendirian.Dan kerana itu aku memberanikan diri mengutuskan surat rahsia ini kepadamu.Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu namun serba ringkas ku cuba mencoretkan sesuatu hanya untuk memohon pengertianmu. Wahai wanita yang aku kasihi.. sungguh berani kau mencuri hatiku dalam diam hingga tanpa kau sedar akulah insan yang selalu kepingin melihat senyumanmu setiap saat dan waktu. Pertama kali kita ditemukan ALLAH tatkala sama-sama menanti waktu solat di masjid kampus. Tanpa sengaja kita bertembung.Sama-sama mahu masuk ke ruangan solat.Ah! Aku yakin disitulah detik permulaan dimana aku terasa mahu memilikimu. Tanpa banyak bicara dan tanpa lirikan manja hatiku jatuh cinta. Tanpa rupa, harta serta darjah keturunan aku jatuh cinta.Tanpa sedar bila,dimana dan mengapa aku jatuh cinta pada dirimu. Ah! Aku tahu kau pasti tidak suka mendengar semua ini.Tapi inilah hakikatnya.Hakikat bahawa hatiku telah ditawan oleh seseorang. Kau milik ALLAH.Dan aku juga sama.Kerana itu aku takut mahu melafazkan dengan lisan apa yang ada dihatiku. Aku tidak mahu berjanji.Namun tujuan aku mengutuskan surat cinta ini adalah untuk aku ketakui apakah ada ruang buatku menyuntingmu menjadi yang halal bagiku. Oh! Mungkin aku belum memperkenalkan diriku.Hingga buat kau tertanyatanya lelaki manakah yang sudah mabuk cinta padamu ini. Maaf..sebenarnya tiada yang indah dalam diriku untuk diceritakan. Namaku Muhamad Zikri.Insan kerdil lagi dhaif dimata RABBI. Terlalu lemah dengan dugaan.Terlalu sedikit dengan amalan… Buat pengetahuanmu, Ayahandaku sudah lama dijemput ILLAHI.Aku Cuma ada bonda yang sejak kebelakangan ini selalu tidak sihat.Aku selalu khuatir dengan keadaannya.Rumah kami hanya papan buruk yang sudah dijamah zaman.Tiada hiasan menarik atau kerusi mewah buat menjamu punggung tetamu.Tiada juga

bunga-bungaan yang digubah indah menjadi hiasan diruangtamu.Ah! Andai sahaja kau menjadi suriku.. kaulah bunga indah yang menjadi penyeri buat diriku dan bonda. Aku juga mengenalimu melalui seorang sahabat.Aku juga pernah mengikuti pertandingan bahas dan kau adalah salah seorang pesertanya.Aku yakin kau gadis pintar.Lihat sahaja cara kamu berdialog dan berbahas.Sungguh memukau penonton.Dan aku juga kagum melihat keberanian serta kepetahan kau berbicara. Insyaallah.. aku berdoa moga sahaja cita-citamu menjadi salah seorang peguambela syariah termakbul.Heh!Mungkin kau terkejut.Ya.. hampir semua tentang dirimu di kampus aku tahu.Kenapa? Entah! Aku tidak punya alasan lain kecuali aku suka padamu. Maafkan aku andai kau marah.Hukumlah aku, bencilah aku andai kau tidak suka dengan apa yang aku lakukan.Tapi, demi ALLAH! Tuhan yang menjadikan aku insan yang punya keinginan untuk mengasihi kamu, bahawasanya apa yang aku lakukan tidak lain hanya mahu mengenali siapa dirimu.Dan kalau diizinkan aku mahu kau menjadi pendamping hidupku hingga hujung nyawa. Gadis..melalui warkah ini aku Cuma mahu bertanya sudahkah kau menjadi kepunyaan orang? Jika belum..aku harapkan masih ada ruang bagiku mendekatimu.Jika kau sudah dimiliki, aku mohon maaf.Anggap sahaja ini surat dari seorang sahabat yang ingin berkenalan denganmu. Sekali lagi aku mahu mohon maaf kerana tanpa kau tahu wajahmu selalu aku rindu.Ah! maafkan aku… Aku pohon, balaslah warkah ku ini walau hanya sedang satu perkataan.Biar hatiku tenang walau apa jawapanmu. Aku nantikan warkahmu … “ASSALAMUALAIKUM..”

Jam : 4.15 pagi Insan yang mahu mengasihimu,

(Muhammad Zikri b Abdullah)

Related Documents

Surat Cinta
May 2020 19
Surat Cinta
November 2019 34
Surat Cinta
May 2020 21
Surat Cinta
November 2019 18
Surat Cinta Untuk Malaysia
November 2019 22
Surat Cinta Seorang Hacker
December 2019 29

More Documents from ""

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
1.4.3 = I Love You
May 2020 27
Penghujung Rindu
June 2020 20
Surat Cinta
May 2020 19
Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Lagi2 Chaos Luv
June 2020 10