A
ku ni, hmmm…seorang gadis yang simple.Not like other girl yang suka make up – make up.Aku senang dengan duniaku yang semuanya serba sederhana.Aku ada sebuah scooter berwarna maroon.Aku sayang sangat scooter aku tu. Kalaulah takda,alamat tak bergeraklah kerja aku. Well,aku layan indie band.Because what,indie song ni lirik ye cool je..tak lebih-lebih.Tak macam other song yang jiwa-jiwa.Aku pun boleh jugaklah main sebarang dua lagu dengan gitar. Abah dan mama selalu kata..aku anak yang nakal.Suka ikut kepala sendiri.Bayangkan, aku pernah sangkut dekat puduraya pukul 10.00malam sedangkan tiket last balik kampung aku pukul 9.00 malam. Aku call abah.Abah marah aku. Dia kata, “Abah tak boleh tolong.Awak dah besar, so carilah jalan sendiri macam-mana nak balik,” Fuyoo..nak nangis jugaklah time tu.Dahlah first time sampai KL.Well, aku try mintak tolong pakcik yang bawa bas untuk tumpangkan aku naik bas KLSeremban.Nasib baik pakcik tu sudi tolong. Sampai seremban aku jalan pergi KTM.Tiket malam tu pulak habis.So,terpaksalah duduk dekat pintu gerabak.Hampir jam 2.00 pagi baru sampai.Haha.. itulah aku. Bukan apa, kadangkala masalah yang macamtulah yang mematangkan kita.Sekarang ni kalau tak ada tiket ke tersangkut ke aku ada banyak cara macam-mana nak balik kampung. Masa sekolah dulu kawan-kawan aku selalu kata aku minat rempit.Ishh..! Bukan apa, bukan sebab aku ni girl yang sosial tapi sebab aku ni gila motor. Kalau boleh berhabis duit touch-up motor pun aku tak kisah asal motor aku nampak cun.Saman? hehe… ada jugaklah dua tiga kali. Adik-adik aku selalu kata, mak aku salah lahirkan anak. Maybe nak anak lelaki tapi lahirnya perempuan. Sebab tulah adik-adik aku panggil aku ni tomboy.What everlah! Ada aku kisah? 2007 aku dapat masuk U.Time tu,budak kelas panggil aku ni Yakuza. Because what, muka aku ni kadang-kadang macam orang tak ada perasaan.Muka ganas,muka sombong, muka berlagak.Ah! Semualah! Aku dah lali dengar semua tu.Tapi apa boleh buat…inilah muka aku! Takkan nak aku cucuk botox kot? Aku tak layan cinta-cinta ni.Bukan apa, aku rasa belum masanya.Suatu hari, aku diperkenalkan oleh seorang kawan dengan kawannya.Ah! Macam nak jodohkan kamilah kononya.Tapi aku kan Yakuza. Hahaa… kesian dia.Well,cintakan tak boleh dipaksa-paksa.Aku dah terang dan nyatakan bahawa aku belum bersedia menerima cinta tapi si dia ni tak faham-faham.Haii..!
Ada seorang lagi mamat ni.Hah! Dia ni lagilah pulak.Psiko sikit! Dia ada ajak aku jadi kekasih dia. Apa? Hehee..Aku katakan pada dia, aku tak boleh terima cintanya. Hatiku belum terbuka menerima mana-mana cinta.Entahlah..bukan menolak fitrah manusia tapi… entahlah! Aku belum ada jawapan mengapa sukar untukku menerima cinta.Mungkin sebab belum jumpa dengan seseorang yang betul-betul berjaya menyunting hati ini. “Adoooiiii!!”jeritku. Tiba-tiba sahaja scooter aku hilang kawalan dan menyebabkan aku jatuh terduduk dijalan raya.Serentak itu juga aku lihat seorang lelaki turun dari kenderaannya. “Hoi!! Mata letak mana hah?!” sergah lelaki itu. “Alamak! Sorry bang,sorry sangat-sangat..tak sengaja.”aku menggaru-garu kepala.Aduhai! Macam-mana boleh tersondol Myvi mamat ni?Abislah aku.. “Tak sengaja kau kata? Tulah bawa motor sambil berangan lagi!”marah abang tu. “Yelah…sorry!Tak sengajalah…”sekali lagi aku mohon maaf.Tapi muka abang tu still merah padam. Hish! Bukan penyek pun keretanya. “Habis calar kereta aku..tengok! lampu kereta aku pecah kau buat!”bebel abang tu lagi. Aku menjuih bibir. Kecoh! “Bang, saya balik dululah ya?” “Woi.. Amboi! Suka hati kau aje kan?Dahlah langgar kereta aku lepastu siap minta izin nak balik lagi. Ni, semua yang rosak ni…siapa nak ganti?Calar ni, siapa nak tanggungjawab?”marahnya. “Saya mana ada duit bang.” “Habis siapa suruh kau langgar kereta aku?” “Laa…abang ni tak ada telinga ke?Kan dah cakap tadi saya tak sengaja.Diulang sekali lagi takkk sengajaaa…!”jeritku. “Tak ada, tak ada…kau kena bertanggungjawab juga!” Mamat tu masih tak puas hati dengan aku.Seboleh-bolehnya dia nak aku ganti-rugi keretanya. Mana aku nak ganti?Duit aku dalam poket just ada RM10.00 je..Kalau aku hulur duit ni dekat dia aku nak makan apa? Dalam pada masa kami terkekak tanpa aku dan dia sedar ada dua orang lelaki yang cuba ‘menculik’ scooter aku yang comel itu.Seorang berbaju hitam dan seorang lagi pakai sweater dan jeans. “Allahuakbar! Motor aku..!!”macam orang gila aku melolong.
Abang tu terlopong.Ternyata dia juga terkejut. “Motor aku…”aku sudah mula mahu menangis. “Hoi! Tunggu apa lagi.Cepatlah kita kejar!”laung abang tu sambil terburuburu membuka pintu keretanya. Uih! Baiklah abang ni… sudi dia tolong aku yang dalam kesusahan ini walaupun tadi aku yang langgar keretanya. “Mata kau pandang mana motor tu pergi.”suruh abang tu. “Mereka masuk kiri tadi! Hah..Hah!! tu mereka. Laju sikit bang!” Tanpa berlengah abang itu menekan pedal minyak keretanya.Kelajuan dua kali ganda dari tadi. Syukur ke hadrat Illahi kerana saat itu jalan tidak langsung sesak seakan-akan memberi ruang untuk ku mendapatkan kembali scooter kesayanganku itu. “Mereka masuk dekat deret kedai tu bang,”jari telunjukku menuding kearah mereka yang macam lipas kudung memecut. “Hahaa…Kau nak lari mana hah! Depan tu jalan matilah bodoh!” abang itu membebel sendiri. Aku jungkit kening.Wah! Dia pula yang semangat lain macam! Aku nampak dua orang pencuri itu cuak.Mahu tidaknya depan dah tak ada jalan.Jalan mati! Hanya yang ada tembok tinggi. “Apa kita nak buat bang?” “Sabar..kita tengok apa diaorang nak plan apa.” “Tak boleh ke kalau kita turun serang dia bang?” “Kau gila?Kalau mereka langgar kau macam-mana?”abang itu memberi alasan yang munasabah dikepalaku.Yelah, mereka kan tengah bingung cari jalan lepaskan diri than kalau aku keluar sure dia ambil peluang ni untuk langgar aku dan lepastu senang-senanglah dia orang bawa lari aku punya scooter. Aku melihat pencuri itu memerah-merah minyak motorku.Hoi! Habis minyak aku…!! Kurang asam kau pencuri! “Nanti kalau dia orang cuba mencelah dekat sebelah sisi kau, kau buka pintu tu biar mereka jatuh.Faham?”suruh abang tu. Keningku berkerut.Abang ni biar betul? “Habislah kereta abang ni nanti,” “Jangan fikir kereta,fikirkan macam-mana nak tangkap pencuri tu.Kau tak nak scooter kau balik ke?”abang tu sempat menjeling sekilas kemukaku. “Nak!” “Tahu pun! Buat apa aku suruh faham?”aku angguk beberapa kali.
Ternyata benar telaah abang tu, dia orang memang nak cabut dengan mencelah di sebelah sisi tempat dudukku. “Sedia!” abang tu memberi peringatan. “BISMILLAHIRAHMANIRAHIM….!” Aku membuka pintu sekencang yang boleh dan taktik abang itu memang betul-betul menjadi.Mereka akhirnya jatuh tersungkur. “Tangkap dia bang! Jangan bagi diorang lepas!”Aku bersorak gembira melihat abang itu mengikat kedua-dua orang pencuri itu.Peh! Mana dia dapat tali tu pun tak tahulah..bagus betul abang ni! “Call polis cepat!”suruh abang tu.Aku tanpa berlengah terus membuka langkah. “Hoi! Nak pergi mana?Aku suruh kau telefon polis kan?” “Nak telefon polislah ni..nak cari public phone.Handphone saya tak ada kredit,”muka selamba badak aku berkata-kata. Abang tu tepuk dahi. “Ambil fon aku dalam kereta.Call cepat!” Wah! Abang ni…memang class lah! Baik kuasa dua! Tanpa berlengah aku dail nombor 999. “Kejap lagi polis sampai.”Laungku pada abang. Aku melangkah mendekati scooter. “Aduhh!! Calar..!!!Cermin sisi tercabut pulak tu.Apa lagi.. Hah! Nombor flat aku pun patah.Box aku pun hampir kopak.” Laknat betul! Aku merenung tajam muka dua orang pencuri itu.Dadaku turun naik menahan marah. Mataku melilau mencari sesuatu.Nah! Kayu… siaplah kau orang. “Weh! Kau nak buat apa hah?!” tiba-tiba seorang dari pencuri itu bersuara. “Aku nak pecahkan kepala kau! Nak rasa?!”tengkingku. “Weh!Rilexlah… bukannya jahanam pun scooter kau ni.OK lagi apa?”jawab yang seorang lagi. “Apa kau kata?Relax??Hah!”aku mencengkam kolar leher mamat yang pakai sweater tu. Kayu yang didalam pegangan tangan kananku sudah diangkat tinggi tinggal menunggu masa yang sesuai untuk dihayunkan. “Ehh! Jangan!”abang tu cepat-cepat memegang tanganku.Tubuhku ditarik menjauhi mereka. “Argh! Apa ni…”marahku. “Kau ni biar betul dik.Kalau ya pun marah janganlah sampai nak hentak dia orang dengan kayu. Kalau polis datang nanti apa kita nak jawab?Karang tak pasalpasal kau pun diangkut masuk balai sebab pukul orang,”omel abang tu.
Aku terdiam.Betul jugak! Peh! Nasib baik… kalau tak haiii.. Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH… hatiku berzikir bagi memulihkan semangat dan membina kewarasan minda. Hampir 15 minit menunggu akhirnya polis datang.Dua orang pencuri itu dibawa ke balai.Kami pun terpaksa diangkut sama bagi memberi keterangan.Hampir sejam jugalah aku dan abang tu ditahan untuk disoal siasat.Dan lebih kurang jam 1.30tengahari kami dibenarkan pulang.Syukur…tapi, motor aku still tak boleh bawa balik.Polis ada prosedur yang harus kita turuti. Hmm..nampaknya terpaksalah aku call abangku Hairi.Nasib baik aku ada abang kat KL ni.Maybe dia tengah lunch hour. “Haii.. tak balik lagi?”sapa seseorang. “Belum..tunggu abang jemput,” “Motor macam-mana?Apa kata polis?”tanya abang tu. “Tak boleh bawa balik lagi.Mereka masih ada prosedur.Mungkin dua tiga hari la baru dia bagi balik.”jelasku.Abang itu hanya mengangguk-ngangguk. Mataku terpandangkan kereta Myvi hitam milik abang itu yang tersadar tidak jauh dari pintu masuk balai. “Ya ALLAH…”hanya itu yang terluah. “Kenapa?”aku tuding jari kearah keratanya.Dia tersenyum. “Tak apa..sikit aje tu,” Aku memandang mukanya? “Sikit abang kata?Remuk tu?Aduhh..banyaknya hutang saya pada abang,” “Hutang?”dia bertanya. “Yelah..tadi saya langgar kereta abang lampu pecah, calar pula tu.Ni,remuk pun disebabkan saya jugak,”kataku. Abang itu tersenyum lagi.Eh!Eh…! Comellah pula tengok dia senyum. Hehe! “Tak apa.. abang tak marah malah rasa bangga sebab dapat tolong orang.Seronok dan advanture juga tadikan?Peh! Macam dalam filem rasanya,” Aku ketawa.Advanture katanya? Yelah! Sikit lagi nak putus urat perut tengok pencuri tu bawa lari motor aku.Hmm..ternyata dia memang benar-benar orang baik. Kalau nak diikutkan ada ke orang nak tolong free macam tu. Alhamdulillah Ya ALLAH..kau temukan aku dengan abang ni.Kalau tak ada dia..habislah scooter aku.Nangis tak berlagulah aku! Hampir sejam aku menunggu akhirnya abang sampai. Saat abang sampai abang itu pun sudah mula menginjak masuk ke perut keretanya.Alah! Nantilah dulu… “Hoi makcik! Balik…”laung abangku Hairi.
Aku berdecit. Aku berlari-lari anak mendekati Honda Accord abang. “Bang, itulah abang yang tolong Zaf tadi.Dia baik gila bang…salut la dekat dia.” aku berceloteh sambil membetulkan tali pinggang keledar. “Siapa nama dia?”tanya abang. “Alaa..tak sempat nak tanya nama dia,” Aku terdiam.Alahaiii….! Lupa nak tanya. Aku menoleh kebelakang.Kalau-kalau dia masih ada mahu sahaja aku turun dari kereta mahu bertanyakan namanya.Tapi….dia dah baliklah.Hampa! “Ok..fine.Well, story lah dekat abang what happen tadi?”Haa.. aku terus bercerita dari A-Z. Setiap saat kejadian aku ceritakan pada abangku.Dia pulak asyik gelak je. Aku pun hairan.Wayar kepala dia ni putus jugak agaknya! Aku cerita serius dia ketawa pulak. *** Sudah 3 hari kejadian itu berlaku. Aku seperti selalu yang sentiasa sibuk dengan projek dan assignment.Dah tiga hari juga aku naik kereta abang.Mama dah tak bagi aku bawa motor.Dia kata takut apa-apa jadi dekat aku. Scooter? Ni yang aku sedih ni... tak ada siapa yang sudi repair! Waa.. aku pernah memberi usul kepada abangku Hairi but dia buat tak reti je.Abah? Eee...minta ampun! aku tak berani. “Zaf, ko tau tak Encik Syukri dah dinaikkan pangkat?”kata Masrah sambil duduk disisi aku. “Eh! Aku tak tahu...bila?Habis, dia still ajar kita ke?” “Puan Riza kata ada lecture baru yang akan ganti position dia.Tapi untuk sementara sebab lecture baru tu pun bukannya lecture tetap.”cerita Masrah lagi. “Eh! Scooter kau mana?Dah dua tiga hari aku tak nampak kau naik scooter buruk kau tu,”tiba-tiba Boy bersuara. Eh!Eh...Ewah,ewah! “Hoi!Suka hati kau panggil scooter aku buruk! Sikit punya cun berkilat-kilat aku jaga kau kata buruk? Hah!”bahunya ku tenyehtenyeh.Geram woo! “Tengok Jat, aku baru gurau sikit dia dah nak gaduh dengan aku.”kata Boy sambil menjeling ke arah Aizad disebelahnya. “Laa...diakan Yakuza.Sure lah garang.Kau ni pun....!”perli Aizad.Aku mendengus marah. Kepalanya yang sedia dilengkapi helmet ku ketuk.Geramm!! “Hoi!Hangin betullah aku dengan minah ni..!”marah Aizad.Namun seketika aku terdengar bunyi gelak dari mereka bertiga.Sure mengumpat akulah tu! What ever...ada aku kisah??
**** “Weh! Sorry-sorry... aku lambat!”aku melulu masuk ke dalam kelas.Sambil tak pandang kiri kanan aku terus cari kerusi kosong.Beberapa pasang mata memerhatikan aku. “Apasal?” Farah menuding jari menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang sibuk memasang projector. “Lecture baru..ganti En.Syukri,”bisiknya. Mulutku membentuk seperti huruf O.Patutlah satu kelas senyap.Selalunya kalau kelas dengan En.Syukri sure riuh,kecoh dan heboh.Dah macam acara sukaneka.Sebabnya, En.Syukri sporting.. “Ok student, Can we start this class now?”suara lecture baru itu membuatkan semua mata terarah kepadanya. Mataku membulat. HAHHHH???! Biar betul? Eh! Tak mungkinlah..Arrgghhh..!!TIDAK!! “Ok class,how about my topic? Can we disscuss it?”soal lecture muda itu sambil mengedarkan kertas bersaiz A4 kepada student-student. “Farah, dia nak bincang pasal topik apa?”bisikku.Malas aku nak baca soalannya.Panjang berjela! “Dia tanya,setuju atau tidak kalau cipta robot yang boleh mempermudahkanlah segala pekerjaan manusia.Contohnya memasak,menguruskan pejabat...”terang Farah dengan panjang lebar. “So, miss.. do you want to share something?”tiba-tiba kedengaran lagi suara lecture itu begitu dekat denganku.Aku menoleh. “Saya nak kena jawab ke?”soalku. “Yes and no excuse!”jawabnya.Wah! Berlagaknya.. tak nak cakap Melayu sikitpun. “Can I speak in Malay?” “Why?”soalnya. “Because i’m malay and not Mat Salleh...”hahaaa...ambik! Merah muka kau.. “Pada saya,saya tidak setuju dengan cadangan Encik untuk mencipta robot yang boleh menguruskan segala pekerjaan manusia.Memang saya tak nafikan sekarang dunia teknologi. Segalanya canggih dan dunia sentiasa mahukan transformasi.Tapi, cuba fikir..kalaulah semua kerja robot yang buat kita pasti susah cari kerja.For sure tuan punya syarikat lebih prefer untuk menggunakan tenaga robot daripada tenaga manusia kerana diaorang boleh jimatkan kos.”
“Selain tu, dengan terciptanya robot manusia akan jadi pemalas.Because what, diorang boleh goyang kaki kerana semua kerja robot buat.Dan paling pasti mesti berkali ganda ramainya pesakit-pesakit dihospital sebabnya semua obesiti atau serangan jantung.” “Ok..idea yang bagus.Terima kasih,”ucap lecture muda itu sambil tersenyumsenyum.So Kiut..! Kelas 3jam hari itu akhirnya tamat lewat jam 12.00 tengahari. Aduh! Lenguhnya punggung duduk lama-lama. Kalaulah dengan En.Syukri dulu sure tak sampai 2 jam kelas dah ditamatkan. “Miss...” “Miss baju biru!”laung seseorang. Farah mencuit bahuku. “Apa?” “Tu, En. Haqim panggil.”aku menoleh. “Nama dia Haqim ke?Oo..Eh! Dia panggil Miss baju birulah bukannya aku,” “Habis baju yang kau pakai tu warna apa?Bukan biru?”bahuku ditenyehtenyeh. Aku tersengeh. “Ha’ah..baju aku warna birulah,” Masrah tepuk dahi. “Mabuklah kau ni Zaf! Dah pergilah jumpa dia.Entah apalah yang dia nak agaknya tu.Kitorang balik dulu tau.Jumpa kelas esok!”katanya sambil mencicit lari mengejar Farah yang dah start enjin motornya. “Encik Haqim panggil saya?”dia tersenyum. “Apa pula En.Haqim..panggil abang sudah.Macam hari tu,”guraunya.Aku ketawa.Huh! Maknanya dia still remember muka akulah! “Kita keluar lunch nak?” “Eh! Tak apalah En.Haqim saya...” “You still berhutang dengan I kan? Ingat lagi kereta I yang calar,lampu yang pecah dan pintu yang rosak teruk tu? Haa.. Now I give you choice sama ada nak bayar segala ganti rugi atau nak keluar makan dengan I,”Aku ketawa.Ada-ada saja dia ni! Kalau keluar makan boleh selesaikan hutang apa salahnya! “Scooter mana?”soalnya. “Ada.Tapi tak ada siapa nak repair..”dia ketawa nipis.Comelnya dia...ehemm! Sejak hari dan saat itu aku dan dia semakin rapat.Di kelas aku tetap pelajarnya tapi bila diluar dia adalah sahabat paling akrab.Segalanya kami kongsi bersama.Ah! Entah kenapa aku rasa diri ini bukan , lagi Zaf yang dahulu.Zaf kini
lebih terserlah kewanitaan.Peh! Dah pandai perfume, berdandan... aduh! Wabak apakah ini?Janganlah kau katakan inilah bahana virus cinta.Ah! Aahhh!!!! ***** “Zaf tunggu!”laung seseorang. Aku menjeling wajah lelaki yang sedang jalan beriringan denganku itu.Haaa..namanya Taji atau nama sebenarnya Tajuddin bin Ali.Dia senyum pada aku.Uwekkz! Eee... “Apa kes senyum-senyum ni!” “Alaa...sayang ni garanglah.Sayang, I nak ajak you lunch dengan I boleh?”suara manja Taji kedengaran merengek-rengek. “Aku tak da selera nak makan.Lain tahun lah,” “Alaaa..please.I dah lama nak makan dengan you,”Aduih! Mamat ni... nak kena pelempang jepun ke apa ni? “Aku taknak.Tak faham ke??”marahku. “Please.....Tolonglah jangan hampakan I.I rayu pada you,”dia sudah berlutut dihadapanku. Seketika dia membuka zip beg.Aku sudah mengundur beberapa tapak kebelakang.Takut juga kalau pisau ke,pistol ke tapi..alahaaiiii...bunga rupanya!Ros merah dua kuntum.Ingat aku cair?Please lah! “Khas buat Zaf yang I cintai,”katanya.Aku ketawa.Naik bulu tengkuk aku! “Dah la Taji..Baliklah,” “No! I tak mahu balik selagi you tak mahu keluar lunch dengan I!”bentak Taji lagi.Adoi haii..! Untuk mengelak insiden yang memalukan aku pun terimalah ajakan Taji. Makan dekat tepi tasik tu. “I suapkan you ice-cream ya?” “Eh! Tak apa, tak apa...” “Please lah.I suapkan you sekali aja,”Taji terus ngada-ngada dengan aku. “Tak! Aku tak makan ice-cream.Elergik..nanti badan gatal-gatal,”ha! Tu je alasan yang terlintas dikepala aku time tu padahal tiga batang keneto pun tak sure cukup pada aku! Hahaa.. “Oh! You elergik ice-cream rupanya.So sorry dear,”mukanya agak kesal. Seketika tangannya sudah mula nakal cuba mahu menyentuh jarijemariku.Tapi sempatku tepis. Kemudian pinggangku pula menjadi mangsanya.Berkali-kali juga aku menolak lengannya.Ah! Aku mula bosan.Apa yang patut aku buat.Datanglah idea..datanglah idea! Dan...
“Baby!”jeritku.Ah sudah! Baby lah pulak! Tangan melambai-lambai kearah seseorang yang kebetulan sedang melangkah masuk ke restoran tersebut.Aku terus bangkit dari kerusi meluru mendekati seseorang.Lengannya ku paut mesra.Keningnya berkerut minta penjelasan. “Please help me En.Haqim...”bisikku. “Siapa dia ni?”Taji bertanya dengan nada cemburu. “I Haqim.Bakal tunang Zaf,”mataku membulat.Wah! Bakal tunang tu.. “Zaf tak pernah cerita dengan I pasal you?” “Actually I dulu belajar di UK.Sekarang I part-time job sebagai pensyarah di faculty Business Management.”Haqim memaut jari-jemariku seakan-akan membakar kemarahan Taji. “Hm..tak apalah! I jalan dulu.”Taji terus bangkit.Aduh! Sorry Taji... Sesaat hilang wajah Taji Haqim terus-terusan merenung wajahku. “Apa?”soalku.Dia ketawa. “En.Haqim kalau ya pun nak tolong janganlah sampai sanggup cakap bakal tunang pulak. Jadi boyfriend sudah,”kataku. Dia senyum. “Saja nak nampak real.”aku ketawa. “You nak jadi girlfriend I tak?”tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya.Aku tercengang. “Ape tercengang?I tanya ni bukannya nak tengok you melopong,”perli Haqim. “You serius?” “Amat serius!”jawabnya dengan tegas.Aku terdiam.Aduh! jantungku dang,dig,dug..bunyinya..! Laju kalah F1. “Kenapa saya?” “Sebab I suka you.” “Lagi?” “I cinta you,” “Lagi?” “I sayang you,” “Sure?”
“Sure! Nak ke taknak ni?”soal Haqim. “Nak!”dengan muka tak malu aku jawab. “I nak you panggil I baby boleh?”pinta Haqim. “Eee....gelilah tekak!”Haqim ketawa besar.Aku melurut leher.Serius! Tekak aku kembang.Loya! “Haii..apalah nasib I dapat awek ganas macam threk ni.”perli Haqim. “Threk?Ni sudah lebih....” Dan aku sendiri tidak tahu dimana dan bagaimana kesudahan cinta yang baru bermula itu. Kalaulah dia dan aku sememangnya di takdirkan ALLAH untuk bersatu aku hanya pohon dekatkanlah hatinya padaku.Tapi kalau dia bukan milikku...jauhkanlah hatiku dari perasaan sayang padanya.Amin!