Penghujung Rindu

  • Uploaded by: firdaus hafiy
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penghujung Rindu as PDF for free.

More details

  • Words: 2,662
  • Pages: 11
Aku pasti menangis bila melihat ombak yang menghempas pantai.Kenangan lalu pasti singgah tatkala aku terlihatkan lautan.Ahh! Ombak… ~~~ Deras detak jantungku tatkala melihat tubuh abang yang lemah longlai tanpa nyawa diusung oleh orang kampung ke tepi pantai.Aku duduk bertelut lutut.Tubuhku menggigil.Airmata tanpa henti menyalir bersama sendu yang menyesakkan dada. Aku lihat dari jauh mak meraung memanggil-manggil nama abang.Abah juga begitu.Adikku Murni masih tidak mengerti apa-apa hanya mengikut apa yang dilakukan abah dan mak. “Tengok apa kau dah buat.Tengok!!”tengking abah. Tubuhku menggeletar ketakutan.Mata abah bersinar marah bak pedang tajam yang menunggu masa memenggal kepala mangsanya. “Kau bunuh abang kau Amir!”jerkah abah depan ramai orang. “Abah… Mir minta ampun.Mir tak bunuh abang, ombak yang bunuh abang…”rayuku. “Kau nak salahkan ombak pula hah?! Hey anak sial, mulai hari ini kau bukan lagi anak aku.Kau berambus dari rumah aku faham?Aku benci tengok muka kau!” “Mengucap Taha.Mengucap! Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Hey! Itu anak kau.Kenapa cakap macam tu?”Tok ketua member nasihat. “Dia bukan anak aku!Tok tengok apa yang dah dibuatnya pada Zamil.Sanggup dia bunuh abangnya sendiri!”jerkah abah. “Sumpah tok! Amir tak bunuh abang.”aku terus-terusan menangis. “Amir cerita baik-baik dengan Tok, macam-mana perkara ni boleh berlaku?”pujuk tok ketua. Aku pandang wajah abah.Muka bengis marah bila mata kami bertentangan. “Mir yang ajak abang pergi laut tok,”aku berterus-terang. Dengar sahaja kata-kataku tanpa bertangguh aku ditampar abah. Berdesing telinga.Aku tersungkur ke bumi.Bibirku mengalir darah merah.Sakit! Sekali lagi aku menangis. “Taha! “Tok ketua menahan tangan abah.

“Kau jangan sentuh dia!”Jerit abah bila aku turut membantu mengusung abang.Tubuhku sekali lagi tersungkur ke bumi.Ah! Kepalaku berdarah dek kerana terhantuk tunggul kayu. Sekali lagi aku menangis. “Amir.. kenapa ni nak,”bahu disentuh seseorang.Aku menoleh. “Mir nak tengok abang?”pujuk Pak Wan lagi.Aku mengangguk laju. “Mari..”tanganku dipimpin agar menurutinya. “Tak mahulah Pak Wan.Mir takut abah marah,”bisikku. “Tak..Pak Wan ada.Abah takkan berani marah Amir,”lenganku digenggam kukuh. Abah bangkit.Marah melihat aku disisi abang.“Cepat cium abang,”suruh Pak Wan. Dengan tubuh yang terketar-ketar aku ikut kata Pak Wan. Ya ALLAH..dinginnya tubuhmu abang. Sampai hati kau tinggalkan adikmu ini abang.Airmata sekali lagi mencurah-curah jatuh. “Sudah-sudah.”pujuk Pak Wan. Aku menoleh memandang mak.Wajah ibuku itu basah lencun dek airmata. Perlahan-lahan tangan ibu ku sentuh.Aku mahu mencium tangan mak.Tapi belum sempat bibirku mencium tapak tangannya mak menarik tangannya sambil memaling muka kea rah lain.Hatiku hancur lagi Ya ALLAH…. Aku bangkit berlari keluar dari rumah.Tanpa tujuan aku berlari hinggalah kakiku letih. Hanya yang terlintas difikiran ketika itu hanyalah masjid.Hanya itu sahaja tempat paling selamat bagiku. Sudah seminggu hari abang pergi.Aku tinggal dirumah Pak Imam.Dia dan Mak Hamimah sangat baik padaku. Sudah hampir seminggu juga aku hanya berani memerhati mereka dari jauh.Kadangkala waktu tengah bulan remang dan ada kalanya sedang embun jantan sudah mulai turun aku masih memerhati atap rumah abah dengan harapan agar pada satu saat akan terbuka luas pintu rumah itu menjemputku pulang. Hari ini, aku beranikan diri mahu menegur mereka.Sesungguhnya tiada daya upayaku menahan rindu yang menyeksa jiwaku ini. “Mak…”panggilku. Mak menoleh.Riak mukanya berubah. “Hey!Berani kau balik kemari ya?!”jerit abah dari halaman rumah.Langkahnya deras mendekati ku.

“Mir minta ampun bah…Mir nak jumpa mak.Mir rindu mak…”rintihku. “Jangan panggil aku mak! Kau bukan anak aku lagi.Kau bunuh Zamil!” Demi ALLAH jantungku seakan-akan berhenti mengepam darah.Wajah mak ku pandang. Ya ALLAH… mengapa sanggup mak berkata begitu padaku? “Mak… Mir sayang abang.Mustahil Mir tergamak bunuh abang.Sampan kami bocor..”aku mahu bercerita tapi tubuhku terlebih dahulu diseret abah menjauhi pintu rumah.Sekali lagi aku tertiarap di pasir. “Taha! Kalau kau tak mahu anak kau ni biar aku yang jaga dia! Jangan kau pukul lagi si Amir ni. Dia tak bersalah!”marah Pak Imam.Tubuh abah ditolak menjauhi aku. “Kau Siah.. Betul kamu tak mahu lagi si Amir ni?”tanya Pak Imam pada mak. Aku pandang wajah mak.Berharap jawapannya tidak mengecewakan hatiku tapi… mak menggeleng tanda dia tidak perlukan aku lagi dalam hidupnya. Ah! Hati.. kau harus kuat berhadapan dengan kenyataan yang bisa membunuh denyutmu. “Astaghfirullahal’azim… kenapalah dengan kamu berdua ni Taha,Siah?Mana perginya iman kamu.Kerana dugaan kecil sahaja kamu sudah membuang darah dagingmu sendiri,”keluhan keluar dari Pak Imam. “Sudahlah Amir.Mari ikut Pak Cik pulang… disini bukan tempat kau.”ajak Pak Wan yang datang bersama Pak Imam tadi. Aku menangis teresak-esak. Ketika itu jua aku menoleh memandang Murni dia juga menangis namun tidak kedengaran suaranya. “Mir tak mahu… Mir nak tinggal disini,”teriakku. “Kamu tinggal disini buat apa?Mak abah kamu tak sayang kamu lagi!” marah Pak Wan. Aku terdiam. Lama.Dengan langkah berat aku melangkah.Buat kali terakhir aku memandang wajah abah dan mak. Kedua-duanya memalingkan wajah bila aku memandang mereka.Cuma Murni… ah! Tapak tanganku menggosok dada.Terasa pedih! Sudahlah Murni.. jangan menangis.Biarlah angah pergi andai itu takdirnya. “Bang Ngah!”jerit Murni tatkala tubuhku membolosi perut kereta Pak Wan. Aku masih juga menangis, menangis dan terus-terusan menangis.. **** 15 tahun kemudian…

“Lamanya duduk termenung tuan doktor.Fikirkan buah hati ya?”usik Mak Leha. Aku ketawa kecil.Sifat bondaku ini periang.Setiap hari aku rasa bahagia bila dia disisiku. “Ayah mana ummie?”tanyaku sambil memanjangkan urat leher memandang halaman rumah. “Ayah ke rumah Pak Isa.”kepalaku diusap tanda sayang.Dingin seakan air dari pergunungan salji bila tangan bonda itu menyentuh.Itulah tanda keramatnya cinta seorang ibu.Kalaulah tangan itu milik ibuku sendiri… “Kenapa?Selalu benar mie tengok kamu termenung. Ada masalah apa?” “Tak ada apa-apalah Ummie.Cuma, Mir rindu pada mak,abah,murni dan arwah abang. Sampai bila agaknya mereka boleh terima Mir balik.” Ummie mengeluh.Matanya sayu memandang wajahku.Mungkin Ummie sudah bosan barangkali mendengar kata-kata itu.Tapi hanya itulah hakikatnya.Hakikat bahawa aku terlalu merindui mereka. “Mie, Amir nak balik kampung boleh?”pertanyaanku dibalas kerutan didahi ummie. “Kalau mereka marah kamu lagi macam-mana?” “Mir dapat tengok dari jauh pun jadilah Ummie.Boleh ya Ummie..”pujukku.Dalam lambat-lambat ummie mengizinkan.Aku tahu hatinya berbelah bahagi.Aku tahu dia tidak mahu aku terluka lagi. *** Abah sakit. Sudah dua hari dia terlantar dihospital.Adikku Murni yang bawa abah ke hospital cerita Pak Imam sebaik aku mendengarnya aku terus mohon pertukaran tempat kerja. “Amir minta tukar ke sana?”tanya Pak Wan. “Ya ayah.Amir nak jaga abah.” “Dia kenal kamu?” “Tidak.Masa Mir datang melawat hari tu mak pun tak kenal Amir.Mereka sangkakan Amir doktor yang bertugas disana.”ceritaku. “Kamu dah fikir masak-masak?Bukan mudah kalau kamu minta tukar ke mari semula nanti.”

“Mir dah bincang dengan Doktor Theva.Dia penolong kanan di hospital tu.Mir minta ditukarkan kesana sehingga abah sembuh saja. Nanti bila abah dan sihat Mir pulanglah ke Kuala Lumpur.”Pak Wan mengeluh berat. “Baiklah.Buatlah apa yang perlu Mir.Ayah sentiasa doakan yang terbaik buat kamu.”kata-kata ayah membuatkan dadaku sebak.ALHAMDULILLAH Ya ALLAH..kau izinkan aku berlindung dengan kasih sayang ayah.Dialah insan yang terlalu banyak berkorban demi melihat aku berjaya. *** Aku perasan matanya asyik memandang wajahku dari tadi.Apa sahaja yang aku lakukan dalam pengawasan matanya. Aku menoleh lalu menghadiahkan sekuntum senyuman buatnya. Dia juga membalas.Ah! Manis sekali. “Awak doktor baru disini ya?” dia memulakan bicara. Aku hanya mengangguk. “Sebelum ni bertugas dimana?” “KL,”jawabku ringkas. Dia mengangguk-ngangguk.Aku jadi kurang selesa bila anak matanya masih menikam ke mukaku. Apakah dia mengenaliku? Ah! Mustahil… sudah berbelas tahun kami tidak ketemu pasti dia sudah mula lupa wajahku. “Siapa nama doktor?”dia bertanya lagi. “Hassan,”jawabku.Sengaja aku memberitahunya nama itu. “Kenapa pandang saya macam tu?”giliran aku bertanya. “Oh! Saya minta maaf.Saya..saya tiba-tiba teringatkan seseorang bila memandang mata doktor,”dia berterus-terang. “Siapa seseorang tu?” Dia terdiam sebentar. “Seseorang yang sangat saya rindu,”bisiknya.Aku telan air liur.Akukah yang kau rindukan itu Murni? Katakanlah adikku… “Doktor, bagaimana keadaan abah saya?”dia bertanya lagi. “Abah..err.. Encik Taha nampaknya ada perubahan.Ada kesan positif bila kami beri rawatan rapi. Jantungnya juga sudah kembali normal.Cuma strok yang dialami masih membuatkan saya khuatir. Sudah berapa lama Encik Taha sakit?” “Sudah hampir 5 tahun. Tapi sejak dua menjak inilah yang semakin teruk sampaikan pengsan dalam bilik air.Nasib baik ada jiran yang datang tolong kalau tidak tak tahulah saya doktor,” Murni bercerita.

“Mak mana?err… maksud saya Mak Cik Asiah.”sekali lagi aku tersasul. “Tadi ke surau.Solat zuhur..”jawabnya.Kening berkerut.Entah apalah yang difikirkannya. Lewat jam 2.00petang baru aku lihat wajah mak masuk ke kamar rawatan abah.Wajahnya muram. Aku tidak berani memandang wajahnya.Jantungku jadi tidak tenteram.Denyutnya juga sudah tidak keruan punca.Detaknya laju dari tahap normal. Dia berdiri disisiku. Aku sengaja pura-pura sibuk. Minta-mintalah mak tak menegurku.Takut-takut juga kalau dia tahu siapa aku sebenarnya. “Doktor, macam-mana suami saya?”langkahku terhenti bila kedengaran suara mak bertanya. “ALHAMDULILLAH..kesihatan Pak Cik Taha semakin membaik.Mak Cik jangan risau ya,”dadaku sempit bila terpaksa membahasakan diri sebegitu dengan ayah dan ibuku sendiri. Mak mengeluh.Tangannya menyentuh lengah abah.Matanya berair.Bila-bila masa sahaja air jernih itu akan turun dari tubir matanya. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Bahunya ku sentuh. “INSYAALLAH..Pak Cik pasti akan sembuh.Saya janji akan bantu apa yang termampu agar Pak Cik kembali sembuh,”janjiku.Ya.. janji seorang anak agar abahnya kembali sihat dan normal. “Terima kasih doktor…makcik tak tahu nak kata apa lagi.Doktor terlalu baik dengan kami.” Aku tertunduk.Aku risau kalau-kalau airmataku tumpah dihadapannya. “Memang dah tanggungjawab saya,”bisikku.Sekali lagi bahunya ku sentuh.Mak semakin susut tubuhnya.Mungkin kerana terlalu risau akan kesihatan abah barangkali. “Kalau boleh doktor, biarlah pakcik dirawat sehingga sembuh disini.Kami tak mampu rawat dia dirumah.Makcik bukan apa..makcik dan anak makcik ni samasama perempuan.Manalah larat nak uruskan pakcik kamu ni.” “Makcik tak ada anak lain?Maksud saya anak lelaki.”dengan dada yang perit aku bertanya. Sengaja mahu mendengar jawapan apa yang akan keluar dari mulut mak.Adakah nama abang yang akan keluar dari bibir mak atau kata-kata yang mengatakan dia masih membenciku. “Dulu makcik ada anak lelaki tapi dia dah lama meninggaldunia.”

Aku menarik nafas dalam-dalam.Sengaja aku menundukkan wajah.Hatiku kecewa.Amat kecewa! Mungkin dalam benar luka dihati mak hingga tidak mahu mengaku aku sebagai anaknya lagi. “Makcik sebenarnya ada seorang lagi anak lelaki.Tapi, makcik tak tahu mana dia sekarang.”aku mengangkat muka.Terkejut! Wajah mak ku pandang.Ada riak kekesal diwajahya. “Kenapa makcik tak tahu dimana dia sekarang?”sengaja aku menyoal. Mak mengeluh berat. “Itulah kesalahan makcik.Kesalahan yang membuatkan makcik terasa menyesal seumur hidup.”bisiknya.Sesekali tangan kanannya terangkat kemuka mengesat airmata yang jatuh. “Makcik rindu benar padanya.Kalaulah diizinkan ALLAH, makcik mahu sangat jumpa dengan dia. Nak minta maaf padanya,nak cium dan peluk dia eraterat.Makcik rindu benar padanya,”luahan hati mak. Aku berpaling menghadap dinding bilik wad. Airmataku tidak dapat ditahan lagi.Jatuh laju tanpa segan silu.Sengaja aku mengalikkan tubuh.Tidak mahu mak nampak aku menangis.Sesungguhnya hati ini terlalu bahagia hari ini.Aku berdehem beberapa kali membetulkan suara supaya tidak serak. Tanpa aku perasan ada sepasang mata tidak lepas merenungku.Bila aku terpandang wajahnya aku lihat seperti ada sesuatu yang ingin terkeluar dari bibirnya namun tidak dizahirkan. Aku minta izin untuk pulang ke ruangan bilikku.Sengaja tidak mahu berlama-lama.Entah apalah yang akan berlaku kalau aku terus disisi mak. Aku menoleh bila pintu bilikku dikuak. “Ya Cik Murni?”keningku berkerut melihat Murni dihadapanku. “Ni Abang Ngah kan?”soalnya tiba-tiba. “Cakaplah ini Abang Ngah kan?Abang Amir?”bahuku digoyang beberapa-kali. “Murni adik abang…”aku menarik Murni dalam pelukanku.Aku menangis begitu juga Murni. Akhirnya rindu kami terlerai juga. “Mana abang pergi selama ni?Murni rindu abang…” bisiknya.Ah! Aku gagal lagi menahan airmata.Adikku Murni andai sahaja dapat ku bukukan apa yang tertulis dihatiku pasti kau juga tidak akan termampu kau membacanya.Maha hebat rasa peritnya rindu yang ku tahan 13tahun lamanya. “Dah,dah..jangan menangis.”pujukku.Dahinya kukucup dan pipi mulusnya ku usap.Beban rinduku terlerai perlahan-lahan.Dia juga mengucup dahiku.Bukan sekali

tapi berkali-kali.Aku menangis lagi.Ah! Murni.. abangmu ini terlalu lemah dengan airmata. “Macam-mana Murni kenal abang?”tanyaku. Ketika Murni ku tinggal dahulu usianya baru 8 tahun.Walaupun aku perasan adindaku itu selalu mencuri-curi pandang tapi tak sangka dia lebih mengenaliku dari mak. Dia tersenyum. “Naluri seorang adik,bang.”katanya sambil tersenyum manis.Aku juga tersenyum. “Kenapa abang pura-pura tak kenal kami?Kenapa abang panggil mak, makcik?”pertanyaan Murni mematikan senyumanku. “Abang takut mak masih tak terima abang lagi.Pak Imam yang bagitahu abang yang abah dirawat disini sebab itulah abang minta tukar.Itupun hingga abah sembuh.Nasib baik penolong kanan hospital ni kenalan abang,”ceritaku.Murni mengangguk-ngangguk. “Tapi tadi abang dah dengarkan mak kata apa kan?Mak dah lama nak cari abang tapi dia tak tahu nak cari dimana.” “Mak menyesal sangat bila dapat tahu kisah sebenar dari Pak Muiz.Dia yang cerita bagaimana sampan abang dan arwah abang Zamil boleh karam.” Keningku berkerut. “Pak Muiz?Macam-mana dia tahu?”setahuku hanya Pak Imam dan ayah yang tahu kisah sebenarnya kerana aku tidak pernah bercerita pada sesiapa pun. “Pak Muiz sendiri nampak apa yang berlaku.Dia cerita macam-mana abang cuba selamatkan arwah abang Zamil.Dia juga kata abang Zamil lemas kerana kekejangan otot.Dialah yang tarik abang naik ke botnya bila lihat abang juga hampir lemas.” Lama aku terdiam.Memikirkan sesuatu.Memutar kembali kepada kisah 13 tahun dahulu. Memang aku juga hampir lemas ketika itu dan akhirnya pengsan.Siapa dan bagaimana aku diselamatkan aku sendiri tidak tahu dan tidak sedar.Aku mengeluh.Benarlah kata-kata bijak pandai.Lambat laun kebenaran tetap akan kelihatan juga. “Abah masih marah pada abang?”tanyaku. Murni diam.Dia angkat bahu. “Selama ni Murni tak pernah dengar pula abah menyebut-nyebut nama abang.Kalau mak bercerita tentang rindunya pada abang Mir abah tak cakap apa-apa Cuma diam tak bersuara.”

Aku mengeluh.Adakah marah abah akan reda bila kami bertemu lagi? Ah! Aku takut menghadapi kenyataan menyakitkan itu sekali lagi. Aku takut ditampar dan diherdik oleh abah lagi. Aku sudah tidak sanggup diheret serta dipukul hingga berdarah dan pecah-pecah dibibir. “Jom kita jumpa mak!”tanganku ditarik. “Eh!Jangan.Bukan sekarang Murni,” “Habis bila?Abang, mak dah tak marah lagilah.” “Abang tahu.Tapi, abang belum bersedia lagi.Nanti-nanti ya,”pujukku.Benar.Aku masih belum yakin yang mak mahu menerimaku. “Doktor! Pesakit wad 12A dah sedar tapi tiba-tiba ada problem!”jerit Nurse yang bernama Rose Marry dari muka pintu. Aku dan Murni berpandangan. “Abah!”laung kami serentak lalu bergegas menuju ke bilik rawatan abah. Aku lihat mak sudah menangis teresak-esak.Murni disisi mak berusaha menenangkannya. Dua orang nurse turut membantuku.Dahiku berpeluhpeluh.Dadaku berdetak kencang.Kalaulah terjadi apa- apa pada abah.Aku tak akan memaafkan diriku sendiri,bisik hatiku. “Doktor, jantung pesakit semakin lemah!” Jururawat bernama Falina menjerit kearahku. “We try again!”jeritku. Risau aku melihat flatline abah yang semakin tidak sekata detaknya. “I rasa dia tak ada harapan doktor,”seorang lagi jururawat berbangsa India bersuara. “No.No..! Abah.. Bangun bah.Bangun! Jangan tinggalkan Mir,bah...”aku tanpa sedar menangis dan meraung sekuat hati. “ Abah dengar Mir cakap… Abah kena kuatkan semangat!Abah kena berjuang.Lawan sakit tu bah... ”bisikku pada telinga abah. Tanpa aku sedar ada sepasang telinga yang mendengar perbualan kami. Perlahan-lahan bahuku disentuh. Aku menoleh.Bibir mak tergetar-getar.Airmatanya jatuh laju di pipi kerepotnya. Mukaku direnung dalam-dalam. “Amir?”suaranya kedengaran. “Ini Amir anak mak kan?”soalnya lagi.

Aku hilang suara.Hanya mampu menganggukkan kepala. “Saya Amir. Muhammad Amir Hassan bin Mohd.Taha,”bisikku. Mak meraung.Tubuhku dipeluk erat.Bajuku basah dengan airmatanya. Bertalu-talu pipi dan dahiku dikucupnya.Ahh! Inilah nikmat yang terperi bagiku Ya RABB..Alhamdulillah.. bisik hatiku. “Bang.Abah bang..!”jerit Murni yang disisi abah. Aku menoleh.Hampir lupa kisah abah. Aku lihat matanya bergerak-gerak.Aku lihat kedua-dua belah bibirnya bergetar-getar seakan-akan mahu mengatakan sesuatu. Aku dekatkan telingaku di bibir abah. “Amir..”bisiknya. Suaranya tenggelam timbul.Berkali-kali namaku disebut. Dada abah diurut.Dahi abah ku cium. “Abah Amir minta ampun,maafkan Amir bah,”bisikku ditelinga abah. “Tidak nak... abah yang berdosa.”bisik abah. Pipiku semakin dibanjiri airmata. “Abah pukul Mir,abah halau Mir,abah...”suaranya tersekat.Dadanya kembali turun naik. “Sudah bah,sudah...jangan ungkit lagi kisah lama.Amir dah lupakan.Abah jangan banyak bercakap.Biar Mir rawat abah dulu.Nanti bila dah sihat kita cerita panjang ya?”pujukku. Emak dan Murni sama-sama mengangguk.Setuju dengan kata-kataku. “Abah takut tak sempat..”bisik abah lagi. “Apa cakap macam tu?Mir ada.Mir akan berusaha rawat abah.” “Amir anak abah,”panggil abah.Aku menangis.Sesungguhnya ayat itu terlalu menyentuh hatiku.Aku dekatkan lagi telingaku ke bibirnya. “Abah minta maaf... abah...” “Shhtt...”aku melarang abah terus bercakap. “Abah sayang Amir,”bisik abah tanpa mempedulikan laranganku. Airmataku jatuh bagaikan banjir bah.Aku merasakan bagai seekor burung yang baru sahaja bebas dari sangkar. Senang,bahagia,damai dan gembira sekali. Kalimat abah itu seakan-akan kunci bagi rindu yang kutanggung bertahun-tahun lamanya. Aku lihat ada senyuman dibalik alat bantuan pernafasan yang dipakai abah. Airmatanya jatuh lebat dari alur mata. Sesekali aku terdengar bibirnya menyebut

kalimah ALLAH berulangkali.Namun tidak lancar.Tersekat-sekat dek nafas yang semakin pendek. “ALLAH...”ajarku.Abah ikut perlahan-lahan. Aku menoleh bila ada tangan yang menyentuh bahuku. “Dan sampai masanya Mir,”kata Ayah yang beridir disisi kananku. Aku sendiri tidak tahu bila ayah dan Pak Imam datang.Namun aku dapat merasakan apa yang ayah katakan itu benar. Perlahan-lahan ku bisikkan kalimah Syahadah ditelinga abah.Perlahan tanpa suara abah mengikut.Namun untuk kali kedua Syahadah yang kubisik sudah tidak lagi didengari abah.Abahku sudah dijemput DIA. Aku pandang mak.Aku pandang Murni.Aku lihat mereka menangis sambil berpelukkan.Aku sekali lagi menatap wajah abah.Ahh! Tidak sanggup rasanya berpisah dengan abah.Aku belum terasa nikmatnya dicintai abah.Namun takdir berkehendak lain. ALLAH..ku mohon, andai abah pernah mengingkarimu maka ampuni dan kasihanilah dia. Sesungguhnya dia manusia biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan dosa. Buat abah, Amir janji..mak dan Murni tak akan Mir sia-siakan.Semoga abah tenang bertemu DIA disana....

Related Documents

Penghujung Rindu
June 2020 20
Rindu
June 2020 38
Memburu Rindu
November 2019 33
Rindu Bayangan
November 2019 38
Rindu Belanda
May 2020 36
Nasgor Rindu
May 2020 17

More Documents from "nino'z"

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
1.4.3 = I Love You
May 2020 27
Penghujung Rindu
June 2020 20
Surat Cinta
May 2020 19
Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Lagi2 Chaos Luv
June 2020 10