Semua Kerana Cinta

  • Uploaded by: firdaus hafiy
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semua Kerana Cinta as PDF for free.

More details

  • Words: 1,134
  • Pages: 4
Dalam kesibukan majlis kenduri kahwin sepupuku tanpa sengaja mata ini singgah pada wajah mulus seorang gadis. Bibirku tersenyum.Dialah Nurul Atiqah.Gadis manis yang berjaya mencuri hatiku. Sudah lama aku pendamkan rahsia hati ini.Dan dia sendiri maklum yang hatiku hanya ada dia. Tapi aku masih khuatir.Bagaimana cara untukku berterus-terang pada abahnya?Aku dan dia sepupu.Bapa kami adik-beradik.Aku tahu aku boleh menjadi wali pernikahannya.Dan kerana itu aku risau, andai sahaja ku luahan isi hati ini bakal menjadi permusuhan antara keluarga. Namun hari ini aku nekad.Aku mahu menyatakan hal ini pada Pak Ngah.Aku mahu menyuntik Atiqah untuk menjadi suri dihatiku. “Fi dengan Tiqa ni mak su tengok dah macam pinang dibelah dua!”usik Mak Su Hasnah ibu saudara kami.Seluruh ahli keluarga ketawa.Komplot mengenakan kamilah tu! “Kalau kahwinlah..anak mesti comel-comel,”suara Mak Alang pula kedengaran.Sekali lagi rumah datuk riuh-rendah. “Apa sajalah kamu ni Nah,Alang.. Atiqah dan Fi ni dah macam adik-beradik.Aku dah anggap Fi ni macam anak aku sendiri.Fi, Pak Ngah nak pesan.. Kalau Pak Ngah tak sempat walikan Atiqah, Pak Ngah nak kamu yang bertanggungjawab menguruskan walimah dia nanti. Ini amanat tahu! Kamu kena ingat sampai bila-bila.”bahuku ditepuk beberapa-kali. Subhanallah..! Aku telan air liur.Hatiku tiba-tiba jadi bengkak.Sakit! Aku toleh ke muka sungguh-sungguh Pak Ngah.Dan seketika aku toleh pula ke wajah gadis yang duduk disisi ibunya.Atiqah! Mata kami berlaga sebentar.Aku melihat riak wajahnya berubah.Riak wajahku?Aduh! Aku benar-benar kegelisahan! Malam ini aku duduk diruang tamu bersama 3 sepupuku,Ayah,Pak Ngah dan Pak Usu. Pelbagai topik keluar.Politik, pergolakan negara jiran,agama semuanya ada. “Fi,Pak Ngah sebenarnya ada hajat.” “Hajat apa Pak Ngah,” “Kamu tahukan Nurul Atiqah tu,satu-satunya anak Pak Ngah.”keningku berkerut. “Maksud Pak Ngah?”soalku. “Pak Ngah ni dah tua. Pak Ngah teringin nak lihat Atiqah nikah sebelum Pak Ngah pejamkan mata.Kalau boleh,Pak Ngah nak minta kamu carikanlah seseorang yang terbaik buat Nurul Atiqah,” “Kenapa saya?”suaraku tenggelam timbul.Terasa seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkong.Pedih! “Pak Ngah hanya percaya pada kamu.”jari-jemariku digenggam.Aku tahu ini bukan perkara main-main. Pak Ngah.. bagaimana harus aku mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup Atiqah sedangkan jiwa ini terlalu menyintainya?Haruskan aku berterus terang saja pada Pak Ngah? Ah! tidak! Aku yakin sulit pada Pak Ngah bila aku nyatakan hasrat hati ini.Aku sedar Pak Ngah tidak senang bila bila Mak Su dan Mak Lang menyakat kami tadi.Dia sendiri sudah menyatakan kami seperti adik-beradik.Mana mungkin mudah bagi Pak Ngah menerimaku sebagai teman hidup Nurul Atiqah.

Namun sesulit apa pun perasaan Pak Ngah, seksa lagi dadaku.Amanah ini telah diletakkan dibahuku.Mahu atau tidak aku tetap telah dipilih.Amanah adalah tanggungjawab.Dan tanggungjawab harusku laksanakan dengan ikhlas.Tapi hatiku? ** “Ya ALLAH...ujian apakah ini?”bisik Muzammil sebaik sahaja aku ceritakan segalanya pada dia.Hanya pada Muzammil yang tahu betapa aku kagum dengan indahnya insan yang diberi nama Nurul Atiqah. “Doakan aku supaya diberi hidayah untuk memberikan yang terbaik buat Atiqah,Mil.” Sahabatku itu terdiam.Wajahku masih dipandang.Ah! Kau takkan jumpa kekecewaan diwajahku Mil. Kenapa apa?Kerana perasaan itu telah ku ganti dengan cinta Illahi. 2 minggu aku istiqamah dengan Ishtiqarah.Dah hari ini aku yakin aku temui jawapannya. Muhamad Azzim. Dialah jawapannya.Dia sahabatku sejak di Maahad.Rutin hariannya telah ku hafal malah aku cukup kenal sifat dan perwatakkannya.Sabar,taat,sentiasa bersederhana.Aku yakin dialah yang terbaik untuk Nurul Atiqah. Pada Azzim aku ceritakan tentang Nurul Atiqah.Pada dia juga aku ceritakan hajat Pak Ngah.Dan pada dia aku nyatakan hasratku.Alhamdulillah..Azzim menerima.Dan dari situ bermulalah perkenalan antara Atiqah dan Azzim. Aku yakin niat Azzim sudah bulat mahu menyunting Atiqah.Sejak pertemuan yang ku rancang beberapa bulan lalu aku lihat ada cahaya bahagia terpancar dari wajah Azzim. Jadi, aku harus menjalankan urusan yang seterusnya. Petang semalam aku bawa Azzim pulang ke kampung bertemu Pak Ngah.Nampaknya Pak Ngah setuju. Namun hatiku jadi bengkak bila melihat Atiqah langsung tidak memandangku.Ah! Marahkah dia padaku? Atiqah call bila mata ini hampir sahaja terlelap.Aku lihat jam didinding.Hampir 12 tengah malam.Hatiku tiba-tiba jadi gentar.Lambat-lambat butang hijau ku tekan. Senyap.Tiada suara. “Atiqah...”seruku. “Kenapa abang buat semua ni?”pertanyaannya membuatkan tubuhku terasa lemah.Sakit! “Atiqah, dengar apa yang abang nak katakan ni baik-baik.Sungguh, abang tidak punya niat melukakan perasaanmu.Abang hanya laksanakan tanggungjawab yang Pak Ngah serahkan pada abang,” “Tapi bagaimana hati abang?”soal Atiqah.Aku terdiam lagi. “Apa yang Tiqa pernah dengar dari mulut abang dulu itu adalah rasa hati abang.Tidak ada satupun yang palsu.Tapi abang mohon...lupakanlah segalanya.Itu kekhilafan abang.Aku yang berdosa meluahkan rasa hati tanpa sedar janji telah abang taburkan buatmu,” “Atiqah, Azzim adalah sahabat abang yang paling taat pada perintah ALLAH. Sudah 2minggu abang istiqarah.Dan naluri abang kuat mengatakan dialah yang terbaik buatmu.Jadi abang pohon, terimalah dia sebagai pendampingmu.”suaraku hampir hilang dibalik tangisan yang ku tahan-tahan.

“Abang ikhlas?” Aku menggosok dada. “Demi ALLAH abang ikhlas,”bisikku. “Sudahlah Tiqa,dah larut malam ni. Esok rombongan Azzim datang. Tidurlah dik...”perbualan kami berakhir disitu.Muka ku sembam ke bantal.Dadaku turun naik.Sakitnya Ya ALLAH...! “Kenapa tak kau katakan saja pada Pak Ngah tentang hati dan perasaan kau tu?”aku menoleh memandang Muzammil. “Sudahlah Mil, aku tak mahu kau ungkit kisah ni lagi.” “Ini soal hati dan perasaan Fi!Kenapa dengan kau ni?”keras bunyi suara Muzammil. “Kalau kau ditempat aku mungkin kau akan rasa apa yang aku rasa.”bisikku.Muzammil mengeluh. Dia segera meninggalkan bilikku. Aku juga bangkit menuju ke kamar mandi.Aku mahu menghamburkan resah hatiku pada DIA Tuhan yang Satu. Sejadah ku bentang.Takbir ku angkat.Surah yang biasa ku hafal hari ini tidak selancar selalu kerana diganggu dek tangisan yang mengiringi solat. ‘ALLAH.. KAU Maha Tahu bahawa hanya dia yang aku cintai.Namun takdirMu berkehendak lain.Jadi aku mahu menjadi insan ikhlas menerima dugaanMu.Aku yakin dibalik kelukaan ini ada kebahagiaan yang KAU sembunyikan buatku.Namun ALLAH...aku masih hambaMu yang lemah.Kerana itu aku pohon, KAU lindungilah hatiku dari kekecewaan. Barakahilah majlis mereka esok.Pimpinlan mereka supaya tidak jauh dariMu.ALLAH.. kau ambillah rasa cintaku buat Atiqah ini.Lalu kau gantikanlah cinta itu buatMu.’ Amin... Malam itu, sampai ke subuh aku tidak tidur.Sepanjang malam ku lewati dengan berdampingan dengan Kalamullah. Serba sedikit hatiku terubat. Dan tatkala aku tekan minyak menuju ke kampung hatiku masih tenang. Aku saksi bagi pernikahan Nurul Atiqah.Aku yang menyatakan sah bagi akad yang dilaksanakan.Aku yang membawa borang untuk ditandatangan Atiqah tatkala selesai hijab. Aku juga yang melihat airmatanya tumpah tatkala makmum mengaminkan doa khadi setelah usai majlis walimah. “Selamat pengantin baru Nurul Atiqah,”bisikku tatkala selesai upacara membatalkan air sembahyang. Aku lihat sekali lagi dia menyeka airmata. “Jangan menangis dik..”bisikku lagi. Tanganku digenggam lalu dikucup. “Terima kasih... abang adalah abang Atiqah dunia akhirat,”balasnya. Aku tersenyum.Aku rasa tubuh ini baru sahaja dilangir dengan air sejuk dari pergunungan.Dingin dan mendamaikan. Lalu ku hulurkan kad istimewa buatnya.Kad itu bukan lagi kad cintaku padamu tapi kad itu adalah coretan ringkas dari seorang abang buat adiknya. Assalamualaikum..wbt “Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala..”

Adindaku Nurul Atiqah, Ambillah kata-kata ini sebagai azimat.Kerana inilah falsafah yang abang pegang selama ini. Nurul Atiqah..Setiap kali kau rasa susah ingatlah ALLAH ada untukmu.Setiap kali kau rasa suka ingatlah ia hanya secebis nikmat yang ALLAH beri padamu.Dan setiap kali kau rasa sedih,renunglah wajah suamimu kerana disana ada ALLAH kurniakan bahagia yang tidak ternilai.

Saudaramu, Ilham Firdaus..

Related Documents

Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Kerana Ku Cinta Kau
October 2019 37
Lirik Lagu Kerana Cinta
April 2020 24
Semua Tentang Cinta
October 2019 31

More Documents from ""

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
1.4.3 = I Love You
May 2020 27
Penghujung Rindu
June 2020 20
Surat Cinta
May 2020 19
Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Lagi2 Chaos Luv
June 2020 10