Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.=20 Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.=20 Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan
biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
Tahu tak�?!!! cinta sebenarnya sm seperti seseorang yg menunggu bas. Bl bas tu dtg, awk tgk bas tu dan awak kt pd dr awk, "Eee...penuhnya...xde tmpt duduk." Jadik, awk katakan pd dr awk, "Sy akn tunggu bas yg lain." Awk pun biarkan bas tu berlalu dan awk tggu plak bas yg lain. Kemudian, dtg plak bas yg kedua. Awk tgk bas tu dan awk akn ckp, "Eee...bas ni buruk sgt...mesti x selesa. Dan mayb bas ni akn rosak kat tengah jalan. "Jadi, awk pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awk bercadang utk tggu bas yg seterusnya. Setelah beberapa ketika, dtg lg sebuah bas.. Bas yg dtg tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg td tp kali ni awk kt, "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik sy tggu bas yg lain. "Dan sekali lg awk biarkan bas tu berlalu dan awk bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awk perasan yg awk pula da terlambat rupanya. Awk mula panik dan terus naik bas yg dtg ketika itu, walaupun bas itu
x sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awk sedar bahawa... awk da naik bas yg salah. Jd, selama ni awk da membazir byk masa dan wang utk menunggu apa yg awk nak. Walaupun yg dtg tu adlh bas yg berair-cond, adakah awk dpt pastikan bhw bas tu x akn rosak di tengah jalan atau mayb bas tu x terlalu sejuk utk awk? Jadik, mengingini apa yg awk idamkan tu memang x salah. Tapi, x salah juga klu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... sy pasti awk semua tentu ada pengalaman yg mcm ni. Awk nampak sebuah bas dtg (tentulah bas yg awk nanti-nanti kan), awk tahan bas tu tp pemandu bas tu plak wat x faham dan pura-pura wat x nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adlh BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sbb setiap kali awk mengejar, awak akn terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adlh ibarat menunggu bas, sama ada awk nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awk. Dan bila awk berjalan, awk sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta! Moral: marilah kite tunggu bas... x yah naik kereta... hAvE A NiCe dAy
..:: Antara Kawan dan Kekasih ::. Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus kupilih. KAWAN pengubat kesunyian, KEKASIH penyembuh kelukaan Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus didahulukan. KAWAN tempat mengadu, KEKASIH tempat bermadu Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa kusisih.
KAWAN menghulurkan bantuan, KEKASIH menghulurkan sokongan Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya aku harapkan. KAWAN sekuntum senyuman, KEKASIH sepenuh perhatian Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan kutemui. KAWAN sejujur kata, KEKASIH setulus setia Andai KAWAN itu KEKASIHKU Andai KEKASIH itu KAWANKU Akan kuhadiahkan SEDALAM LAUTAN SETINGGI KAYANGAN KASIH SAYANG YANG TIADA SEMPADAN.....