Tatkala Aku Rindu..

  • Uploaded by: firdaus hafiy
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tatkala Aku Rindu.. as PDF for free.

More details

  • Words: 940
  • Pages: 9
“Sekadar berkongsi rasa.Sekadar berkongsi pengalaman… Kenangan terindah (umrah 3 Mei 09)”

Tatkala Aku Rindu … Aku masih teringat..3minggu dari tarikh penerbangan. Aku dapat panggilan dimana tarikh penerbangan terpaksa diawalkan dari iaitu dari 10 Mei 09 kepada 3 Mei 09 atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Aku bungkam.Aku takut mendengar kenyataan itu.Saat itu aku akan menjalani peperiksaan akhir semesterku.

Kalau aku pergi bagaimana peperiksaanku?Kalau aku tak pergi… aahh! Aku keliru..keliru! Aku mahu menangis.Tapi… aku malu andai teman-teman melihat.Lalu ku kuatkan langkah menuju ke musolah. Wuduk ku angkat dan dengan hati yang walang ku tunaikan solat. Sesungguhnya Kau saksi paling utama Ya ALLAH…Aku tanpa segan menangis dihadapanMu.

Setiap rakaat solat ku iringi dengan derai tangisan.Aku mohon dengan sungguhsungguh agar kau kirimkan berita gembira buatku lagi.

Usai solat..aku kembali ke kelas.2 jam perjalanan kelas tidak memberi sebarang input padaku.Hatiku benar-benar resah! Pulang dari kelas…ku sembamkan wajahku ke bantal.. bukan mahu menangis.Tapi berharap agar dapat melelapkan mata.Otakku perlu rehat.Pening yang menjengah membuatkan fizikalku terasa lemah. Lewat jam 6.00 petang…

Aku dapat panggilan dari nenenda.Satu berita yang membuatkan aku mahu menjerit riang. ALHAMDULILLAH YA ALLAH… kami bisa lanjutkan perjalanan umrah walaupun pada tarikh yang sama 10 Mei 09 tetapi jadual penerbangan yang lain. Ah! Aku tidak kisah…asal aku dapat menjejaki Al-HaramMu..

Tetapi kuasa ALLAH mengatasi segala-gala keputusan. Sekali lagi perkhabaran gembira ku terima. Jadual peperiksaan menunjukkan aku aku selesai final 5 hari sebelum penerbangan pada tarikh asal.

Alhamdulillah….! Malam itu ku segera lakukan solat taubat. Aku mahu suci dari sebarang noda. Itu kisah 4 bulan lalu… ●●● Petang 26 Ramadhan @ 15/9/2009 tiba-tiba aku tergerak buka youtube. Lalu ku taip “qiyam dua sheikh shuraim” Subhanallah…. Hatiku bergetar hebat. Tanpaku dapat menahan air jernih ini jatuh laju Ya ALLAH… Sesungguhnya amat pilu hatiku tatkala ku bisikkan kerinduan ini buatMu Ya Rahman…

Sesunguhnya aku mahu menangis sepuas-puas hati kerana tatkala aku rindu jasadku terasa luka seluruh badan… ALLAH…. Bilakah lagi aku kan dapat menjejakkan kaki ke tanah al-haramMu?Bilakah lagi tangan kerdil ini dapat menyentuh lembutnya baldu kaabahMu..Bilakah lagi kain jubahku akan dilekati debu-debu liar tanah penuh barakahMu?

Bilakah lagi akan ku dengar gema azan dari Masjidilharam yang tiap kali menembusi telinga membuatkan hati ini terasa ingin tinggal beribu tahun disana.Bilakah lagi kaki ini akan berlari-lari lagi mencari keberkatan ketika melalui safar dan marwa..

ALLAH.. Aku rindu mahu solat dihadapan kaabahMu.Aku rindu mahu solat dibawah pancur emas di Hijr Ismail.

Aku rindu mahu berdoa seribu satu penyesalan di hadapan mumtazam. Aku angkat kedua tangan ku yang dhaif ini kelangit memohon limpah rahmat dan kasihsayangMu.

Ku berbisik dari hati.. ALLAH..Kau ampunilah dosa-dosaku,dosa ibubapaku,nenenda kedua ku,adindaadindaku dan seluruh ummat Islam.

ALLAH, berkahilah usia yang kau kurniakan buatku. Jadikanlah aku ummat yang kau kasihi.Jadikanlah kami bersaudara anak-anak yang soleh, yang taat serta patuh pada kedua orang tua.

Jauhilah diri ini dari fitnah hidup dan mati.Juga aku pohon agar satu saat aku dijemput pulang, ambil dan matikanlah aku dalam Islam..

Lalu..ku bisikankan lagi mungkin ribuan zikrullah sambil melengkapi pusingan tawaf dan saie.

Aku rindu kedingin air zamzam yang terasa menjalar diseluruh badan tatkala ia memasuki kerongkong ini.

Aku rindu mendengar suara-suara halus ummatmu menangis,meratap dan merayu minta dibelas olehMu.. ALLAH…. Aku rindu 7 pusingan tawaf.Hatimu belum puas mengadu padaMu.Airmataku belum puas mengalir menangisi dosa yang telah ku perbuat. Aku zalim pada diriku…Aku manusia kerdil yang belum puas memohon ampunMu…

Aku rindu Jabal Rahmah.Disana pernah kuutuskan doa agar kau pertemukan aku dengan seseorang yang ikhlas menyintai ku keranaMu. Aku rindu Ta‟nnaim tempat bermiqat.Usai subuh disanalah ku jejakkan kaki ini.Dan disetiap perjalanan usai miqat Sheikh yang membawa kami tidak henti mengalunkan kalimah yang kurasa bisa membunuh diriku.

Laungnya…. “LABBAIKALLAHUMMALABBAIK…. LABBAIKALA..SYARIKALAKALABBAIK… INNALHAMDA..WALNIQMATA..LAKAWALMULK.. LAA..SYARIKALAQ..!”

ALLAH…. Aku rindu Madinatul munawwarah.. keindahan kilauan lampu-lampu pada tiangtiang masjid membuatkan kaki ini enggan bergerak. Aku rindu RaudhahMu…. Aku Rindu Makam kekasihMu… Ya Rasulullah… Tatkala aku sentuh pagar makamMu aku menangis…Akulah ummatmu yang terlalu banyak dengan dosa dan maksiat dunia…Terimalah aku sebagai ummatMu Ya Rasulullah.. ALLAH… Berkali-kali aku membisikkan rasa hatiku padaMu tatkala selesai solat, jemput aku lagi kesana Ya ALLAH… Jemputlah aku lagi kesana sesungguhnya hati rinduku ini sudah tidak tertanggung lagi rasanya…

ALLAH.. Tatkala KalamMu ku baca, aku teringat waktu-waktu aku duduk di di masjidMu menunggu masuk waktu solat.Aku bisa tersenyum puas tatkala selesai ku kerjakan umrah. Aku bisa tersenyum senang tatkala selesai ku kerjakan ibadahmu. ALLAH… Kau kurniakan aku 22 tahun usia.Dan dengan jujur baru kali ini aku merasakan puasnya hidup.Puas hidup dengan udara panas terik bumi barakah-Mu.

Kadangkala aku rasakan tiada tempat untukku disisiMu berbanding ramai lain insan-insan yang jauh lebih suci dariku.Namun Ya ALLAH..aku pohon padaMu janganlah kau benci pada diri ini…Sesungguhnya kalau KAU benci pada siapa lagi ingin ku kongsikan segala kekeliruan dihati ini.Pada siapa lagi ingin ku ceritakan luka hati ini kalau buken kepadaMU Tuhanku yang Alif..

ALLAH… Aku merasa jutaan nikmat di tanah alHaram-Mu… aku phon jemputlah aku,kami sekeluarga.. Kata datuk, kalau ada Liqa‟ tak kira dimana,bagaimana dan siapa pasti akan sampai. Aku sayu melihat datuk menangis tatkala ku perlihatkan video bacaan ayat quran dari Sheikh Misyari Rasyid al-Afasy salah seorang imam yang amat aku kagumi.

ALLAH.. Betapa aku bangga menjadi salah seorang ummatMu. Betapa aku bangga menyebut “I‟m muslim” pada warga yang bukan beragama Islam. Betapa aku bangga dilahirkan dengan darah keturunan Islam. Dan betapa aku bangga kau lahirkan aku hasil zuriat kedua ibu dan ayah yang begitu cinta akan agamaMu. Betapa aku bangga punya nenek dan datuk yang juga cintanya tidak ada dua untukMu.

Betapa aku bangga adinda-adindaku walaupun usia masih setahun jagung namun punya cinta yang semakin tebal buatMu.

ALLAH.. Jadikanlah kami keluarga yang sakinah, keluarga yang mawaddah, keluarga yang soleh-solehah…

ALLAH.. Jauhkanlah kami sekeluarga dari kesusahan dan kesedihan… ALLAH MA‟ANA..ALLAH MA‟AKUM… aku „seseorang..‟ yg masih rindu ( FIRDAUS HAFIY…)

Related Documents

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
Aaaku Cinta Aku Rindu - -na
November 2019 11
Rindu
June 2020 38
Memburu Rindu
November 2019 33
Penghujung Rindu
June 2020 20

More Documents from "firdaus hafiy"

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
1.4.3 = I Love You
May 2020 27
Penghujung Rindu
June 2020 20
Surat Cinta
May 2020 19
Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Lagi2 Chaos Luv
June 2020 10