KELAB RAKAN MASJID
01 MEI 2009 04 RABIUL AKHIR 1430H
MEMBINA KEPERIBADIAN MUSLIM BERILMU, BERAMAL & BERAKHLAK
BACALAH AL-QURAN MOGA SELAMAT Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca 200 ayat setiap hari akan mendapat memberi syafaat kepada 7 kubur”(Riwayat Abu Darda’) Hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran, Bahkan paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya. Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru. Ini kerana mengingati Allah membolehkan kita mendapat syafaat. Selain itu juga, carilah ilmu agama walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya. Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita. AlQuran akan membenarkan kita dan menjadi saksi kepada Ustaz Md Isa Man keimanan kita. KJ JAPIM
LANGKAH PERKUATKAN CAHAYA IMAN Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia"Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?" Di dalam ayat di atas, Allah mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan hidup mereka penuh dengan kepura-puraan. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam. Mereka menyatakan kononnya mahu melaksana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan programprogram maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit. Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah. Sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah Tuhan segala manusia. Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Allah berfirman dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat." Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, Ia menjadi manis bagi orang biasa melakukan
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Umat Islam terutamanya parakhilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, muda mudi amat meminati muzik dan5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, Di samping itu, duduk pula di atas lagu. Para remaja Islam dari kalangan3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : pentas menjadi tontotan lelaki, jika lelaki dan wanita juga tidak terkecualilarangan ini bermaksud kaum wanita para ulama semasa menghukumkan dari menjadi peminat muzik ini. Walaumenipiskan suaranya (lembut, lunak dan haramnya bersanding pengantin di atas bagaimanapun, mereka mengalihkanmanja) apabila bercakap di hadapan pentas dalam keadaan senyap tanpa minat itu kepada dendangan lagu-lagukhalayak lelaki. berkata. nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita suara yang sebegini akan menjadikan yang bersolek adakala seperti Tidak dapat dinafikan, banyak jugaorang-orang lelaki munafiq dan ahli pengantin ini dan melentuk-lentuk nasyid-nasyid ini yang dilihatmaksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn tubuh dan suaranya di hadapan lelaki menyimpang dari landasan asal lalu sifatKathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Albukan mahram, sudah tentu haramnya komersialnya melebihi nasihatnya.Quran, 14/177) lebih besar. Liriknya yang asalnya membawa kepada Dengan pakaian yang menjolok mata nasihat agama mulai bertukar kepadaBerdasarkan dalil ayat ini, apa yang ditambah ketat, perkara ini menjadi puja-puji wanita dan kekasih. Bezanyaboleh saya fahami adalah nyanyian suatu fitnah kepada umat Islam. dengan lagu pop rock, biasa hanyalahwanita juga tergolong dalam bab yang kerana ia diadun sedikit dengandiharamkan oleh Islam apabila iaSelain itu juga, hukum memberi menyebut nama-nama Allah sekalidiperdengarkan kepada lelaki yangsokongan dan menaja penyanyi wanita sekala, kalimah Islam atau apa-apabukan mahram. Adapun jika iaadalah haram malah dilaknat Allah dan elemen Islam. dinyanyikan oleh kanak-kanak wanitaRasulullah saw. Ini berdasarkan yang belum baligh atau ia dinyanyikankepada sabda nabi saw yang Amaran Allah khas untuk para wanita. Ia adalahdiriwayatkan oleh al-Baihaqi: Allah SWT yang menciptakan manusiadibenarkan. “Laknatlah penyanyi perempuan dan sememangnya telah memberi peringatan kepada siapa mereka perdengarkan akan hal ini apabila menyebut :Yang dilembutkan dengan sengaja,nyanyian (pendengar)” dimanjakan dan dimerdukan. Ianya Maka janganlah kamu wahai wanita, adalah diharamkan untukRasulullah juga menyatakan bahawa merendahkan (melembutkan) suaramu diperdengarkan kepada khalayak lelakipetanda kepada kiamat adalah maka dibimbangi orang yang secara Ijma' selama-lamanya. ( An-berleluasanya penyanyi dan penari berpenyakit di hatinya beringinan Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-wanita yang tidak mempunyai perasan jahat kepadamu, maka bercakaplah Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-malu dan aib kepada lelaki. hanya dengan kata-kata yang baik Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; Perkara haram adalah haram dan yang (kandungan dan tatacaranya)" 1/161) halal tetap halal. Kesimpulannya adalah (Al-Ahzab : 32) Maka kumpulan penyanyi wanita hari iniwanita yang menyanyikan lagu adalah Para ulama tafsir menyebut, suaratermasuk di dalam kumpulan yang yangsuatu perkara haram mutlak selamawanita yang dilagukan adalah termasukdiharamkan Allah. Malah bukan sekadarlamanya. Manakala, pihak yang terlibat dari kecantikan-kecantikan (yang tidak‘illah suara sahaja yang bolehjuga mendapat saham dosa selama harus dipertonton dan dipeerdengarkanmenjadikan mereka tercebur dalammana dia tidak bertaubat kepada Allah kepada lelaki bukan mahram) tiada perkara haram, malah pakaian danTaala.
FIQH
HUKUM WANITA MENYANYI
pergerakkan mereka di khalayak awam Rujukan: www.zaharuddin.net juga.
FATWA Kategori Tajuk (ghibah) Keputusan
KEADAAN DIBOLEHKAN MNGUMPAT : Sosial/Syariah : Keadaan Yang Membolehkan Mengumpat : Majlis Fatwa Negeri Perlis
Keadaan Yang Membolehkan Ghibah mengikut keputusan Jawatankuasa Syariah adalah seperti berikut: Pertama:Orang yang dizalimi Orang yang dizalimi boleh membuat pengaduan kepada pihak berkuasa untuk mendapat pembelaan dari terus dizalimi. Menurut sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a bermaksud:“Sesungguhnya yang punya hak itu mempunyai perkataan (berhak berbicara).” Kedua:Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran Menyampaikan sesuatu (perkhabaran) kepada orang yang mampu mengubah kemungkaran. Allah swt berfirman: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” Ketiga:Meminta Fatwa Meminta fatwa seperti dikatakannya kepada Mufti: “Aku telah dianiaya oleh si fulan. Apakah caranya untuk aku mendapatkan hak aku?” Diriwayatkan dalam hadis muttafaqun alaih dari Aisyah r.a bahawa Hindun berkata kepada Nabi saw: “Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Ia tidak memberikan kepadaku, apa yang mencukupi bagiku dan anakku. Bolehkah aku mengambil (wang) tanpa pengetahuannya?” Maka Nabi saw menjawab: “Ya, ambillah”. Keempat:Memberi peringatan kepada orang lain terhadap orang fasik. Menyebut keburukan orang fasik untuk dihindari oleh orang lain tidak dikira ghibah (mengumpat) sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh: At Tabrani, Ibnu Hibbah dalam Kitab Dhu’afa’ dan Ibnu Ady dari Bahz bin Hakim bermaksud: “Berilah peringatan (kepada manusia) tentang kejahatan orang fasik agar mereka dapat menjauhinya” Kelima:Memberi peringatan dari kejahatan seseorang. Keenam: Menyebut seseorang dengan gelaran yang masyhur bagi dirinya sekiranya tidak dapat diketahui seseorang melainkan disebut gelaran itu. Ketujuh:Menegakkan hak di mahkamah.
SEMASA
AWAS !!! SELESEMA BABI
Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu. Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini. Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian. Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia. Dalam perkembangan berkaitan, Tiong
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan
AKHLAK 1. Malas beribadah kepada Allah SWT . 2. Lupa kepada Allah SWT. 3. Melalaikan solat fardu. 4. Mempercepat mengerjakan solat. 5 Gemar meninggalkan solat berjemaah. 6. Meninggalkan solat Jumaat. 7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf. 8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi. 9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan 10. Riak. 11. Hasad dengki. 12. Dusta. 13. Mungkir janji. 14. Bakhil. 15. Suka menabur fitnah. 16. Mencaci maki. 17. Mengumpat. 18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang
SAINS dan ALSebuah kenyataan penting telah disebut di dalam AlQur’an bahawa langit mempunyai 7 lapisan; “Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berberkehendak menuju langit, lalu di jadikannya tujuh lapisan langit.. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah alBaqarah: 29) “Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiaptiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintangbintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fussilat: 11-12) Perkatan “langit” yang
19. Mengingkari takdir Allah. 20. Mempersenda kesucian agama. 21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT. 22. Menghina sahabat Rasullullah SAW. 23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar . 24. Menangguh pembayaran hutang. 25. Menipu dalam jual beli. 26. Ghasab. 27. Bergaul dengan orang yang memperolok-olokkan Al-Quran. 28. Memakan harta anak yatim. 29. Membuka rahsia orang lain. 30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa. 31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai. 32. Menghalang orang daripada atmosfera adalah terdiri daripada 7 lapisan. Kajian saintifik kontemporari juga mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain. Penakrifan yang dilakukan berdasarkan kriteria kandungan unsur atau jumlah suhu telah memastikan atmosfera bumi adalah terdiri daripada tujuh lapisan. Berdasarkan kepada model “limited Fine Mesh” (lFMMii), iaitu sebuah model atmosfera yang digunakan untuk meramal keadaan cuaca selama 48 jam turut menyimpulkan bahawa atmosfera terbina daripada tujuh lapisan. Berdasarkan kepada definisi geologi moden berhubung tujuh lapis langit seperti berikut:Troposfera, Stratosfera,Mesosfera,Termosfe ra,Eksosfera,Ionosfera,Magneto sfera Sebuah keajaiban lain yang
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya. 36. Sombong sesama manusia. 37. Melampaui batasan Allah 38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim. 39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup. 40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah. 41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah. 42. Mengkhianati sesuatu amanah. 43. Memutuskan silaturrahim. 44. Memecah belahkan kaum muslimin 45. Menghalalkan perkara yang haram. 46. Membuat kerosakan di muka bumi. 47. Menuduh orang beriman bodoh. 48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah. 49. Bersumpah selain nama Allah SWT. dengan tugas dan fungsi tertentu. Memang benar, seperti yang telah dilihat sebelum ini, setiap lapis mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan lain di atas muka bumi. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan. Ayat di bawah memaklumkan kita mengenai tujuh lapis atmosfera: “Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Nuh: 15) “Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat.” (Surah Al-Mulk: 3) Penemuan yang menakjubkan ini, yang tidak Sumber: Harun Yahya; Keajaiban aldapat diperolehi tanpa Quran
MUSLIMAH
APA PERLU MUSLIMAH?
DIJAGA
1. Bulu kening: Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening . 2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng: “Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan: (Surah an-Nur:31). Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah. 3. Wangian: “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal”. (Hadis riwayat an-Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban). 4. Dada: “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka”. (Surah an-Nur: 31) 5. Gigi: Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani). “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 6. Muka dan leher: Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 7. Muka dan Tangan: Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja” (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari) 8. Tangan: Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi) 9. Mata: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka 10. menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Surah An Nur: 31). Sabda Nabi Muhamad saw: “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi) 11. Mulut (suara): Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataanperkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda saw: “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi” (Hadis riwayat Ibn Majah) 12. Kemaluan: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka”. (Surah an-Nur:31). 13. Pakaian: Rasululah saw bersabda: Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan SUKACITA BAHAWA MASJID ATterutama yang menjolok mata , maka Allah akan DIMAKLUMKAN memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Riwayat Ahmad, an-Nasaii dan Ibn Majah) TARBIYAH AKAN MENGADAKAN KELAS
BIMBINGAN AL-QURAN DENGAN KERJASAMA
29:51 “Dan apakah tidak cukup bagi JPP. KEPADA SESIAPA BERMINAT BOLEHLAH mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) MENGHUBUNGI SAUDARA MOHD FAHDLI sedang dia dibacakan kepada mereka? BIN OTHMAN (PISMP PA) 013 7001920 DAN Sesungguhnya dalam (al-Quran) itu SAUDARA MOHD NIZWAN BIN PERAYATNA terdapat rahmat yang besar dan pelajaran INGATLAH DUHAI UKHTI MUSLIMAH (PISMP PA) 0137147020. bagi orang-orang yang beriman”
KESIHATAN
BAHAYA MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat sememangnya popular di kalangan pengguna. Hakikatnya, biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula. Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering ‘dipinggirkan seketika’ terutamanya pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.
Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa. Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berlebihan berat badan dan obesiti. Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.
Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan. Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.
REMAJA
“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan."
“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kirakira 10 sudu teh gula."
Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok. Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat. Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid? Dah tak de kawan sejenis ke nak berdiskusi? Adakah duduk berdua-duan ni ada maksud tertentu? Antara celah-celah tu ada “orang ketiga” bersama kamu. *(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Apa tanda batang berlubang, Bila dibelah isinya hampa, Apa tanda orang terbuang, Kurnia Allah ianya lupa.
MAKLUMAN: Sebarang soalan, cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan Suara Masjid At-Tarbiyah boleh diajukan kepada AJK Penerbitan Masjid At-Tarbiyah atau melalui e-mail
[email protected]
KEKELUARGAAN
Hari itu, ramai orang berbaris-baris panjang dengan muka berseri-seri. Aku bertanya orang barada dihadapanku, ”Ke mana kita akan pergi?” Dengan tersenyum, dia menjawab, ”Tentulah ke SYURGA.” Aku mengintai-ngintai tempat yang dikatakan oleh orang tersebut. ”Wah, cantiknya tidak dapat digambarkan dengan katakata! Tak sabar rasanya memasuki SYURGA.” Kini aku berada dihadapan pintu ’solat’. Tiba-tiba pintu itu tertutup buatku. Perasaan sedih mencengkam diriku. ”Maaf, saudari tidak boleh memasuki pintu ini kerana saudari bukan ahli solat,” ujar penjaga pintu itu dengan sopan.
CINTA SEBAGAI FITRAH Aku terus berlari ke pintu ’zakat’. Kesedihanku bertambah apabila penjaga itu tidak membenarkan aku memasuki SYURGA melalui itu. Penjaga di pintu ’puasa’ juga berkata begitu. Tanpa berputus asa aku berlari ke pintu ’taubat’. ”Maaf, taubat saudari belum diterima!” Air mata menitis di pipiku. Aku berjalan-jalan hingga ke pintu ’rahmat’. Nyatanya, ia juga tertutup buatku. Kesedihan dan keletihan membuatkan aku tersimpuh di hadapan pintu itu... ”Bukalah pintu ini untukku!” Surah Maryam kubaca sekusyuk mungkin diiringi linangan air mata. Selepas itu kuteruskan ke surah Thaha hingga ayat ke-99.
Sekarang, pergi ambil wuduk dan ucapkan apa yang aku katakan tadi. Aku akan menunggumu di sini,” terang bonda Maryam... Aku terjaga daripada lenaku. ”Kenapa ni?” soal suami dan maduku dengan kerisauan. Aku menceritalan mimpi yang kualami. Kelihatan mereka terkesima. Dengan ceritaku. ”Bolehkah, tolong aku berwuduk dan menyebut kata-kata itu?” soalku. Mereka memapah dan membantuku untuk berwuduk. Setelah itu aku dibaringkan kembali di atas katil hospital. Suamiku mengajarku kalimah itu dan aku mengikutinya dengan tenang. Sesuatu keluar dari jasadku dengan perlahan-lahan. Aku tersenyum riang, pastinya bonda Maryam sedang menungguku. Karya ini telah diedit dari sumber asalnya, novel ‘AYAT-AYAT CINTA’ karya ‘HABIBUR RAHMAN’
MAKSIAT PELEMAH KEKUATAN HATI
”Aku bonda Maryam. Kamu telah menyebut-nyebut namaku sehingga didengari oleh Allah yang menyuruhku untuk menemuimu,” terang perempuan itu. ”Aku ingin memasuki SYURGA, tapi semua pintu tertutup buatku, apa harus aku lakukan,” aduku.
Tiba-tiba... Seorang perempuan keluar dari pintu itu. ”Kamu perlu mempunyai kuncinya.” ”Kunci?” Soalku. ”Kuncinya ialah dengan sepenuh jiwa menyatakan bahawa ’tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah.’
MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.” Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”
MOTIVASI
BARANGKALI KITA…..
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu. Beliau tentu tersenyum.....
Mestinya kita akan sangat berbahagia memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Tapi barangkali, kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesagesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum..... Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah. Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum..... Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Apakah kesan tarbiyyah tanpa da'wah? Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb.Jika air tersebut diperam didalam badan ie tak dibuang,ia akan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi da'wah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. Tanpa da'wah,tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri
MATI!!! Sampailah waktu ajalkan datang, Malaikat maut segera menjelang, Di cabut nyawa tiada terbilang, Sakit terasa bukan kepalang, Mati itu terlalu sakit, Didalam kubur terlalu sempit, Ular dan kala datang menggigit, Papan dan bumi pula menghimpit, Masuklah mayat ke dalam bumi, Mungkar dan Nakir tanyakan diri, Tiada terjawab amalan sendiri, Dipukul malaikat ke dasar bumi, Setelah di kubur baru menyesal, Teringat diri membuat dosa, Teringat diri tiada beramal, Tak mungkin lagi pulang ke dunia, Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum pilu, senyum sedih